Gambar dari hp aja...
Fuyyooo, macam artis sangat kan ada malam berinai bagai.. Saja-saja buat poyo camni, padahal biasa-biasa aja tau....
Kebetulan , pelamin semua dah pasang hari Selasa lagi (majlis hari Jumaat tau), jadi pakai la inai hari Rabu, awal gila, tapi tak apa, sebab inai yang Cik Pia pakai ni, lagi lama pakai, lagi merah tau... Susah nak luntur sikit....
Malam berinai tu, datang la keluarga along dan saudara mara terdekat, tak ramai pun
, geli-geli aja, menengok pia diinai kan.. hehehe.. kelakar pun ada, sebab kena baring semua tau, sebab Cik Pia inai 10 jari tangan dan 10 jari kaki... Seksa betul sebab tak ley nak buat apa, dah la berinai depan pelamin, last sekali tertidur depan pelamin tu..hehehehe...
Makcik yang pakai tudung merah tu saudara belah ayah, Makcik Zah namanya.. dia la yang menginai kan Cik Pia sampai lebammmm.. hehehehehehehe..Dia memang suka berinai, asal habis aja inai kat tangan dia, dia inai lagi, habis lagi dia inai lagi.. Perghhhhhh, hebat tak hebat....
Tengok tu tangan dia....
Tapi, Cik Pia tak suka buat henna kat tangan tu, tak nampak keaslian inai itu... Cewaaaahhhhh....
Tapi, bila dah malam nak tidur, tak senang nak tidur Cik Pia ni.. Asyik-asyik nak bukak inai, asyik-asyik nak tengok hasilnya...
Tangan Cik Pia yang hitam ni nampak macam putih sikit pula bila pakai inai...hehehehe...
Kos malam berinai : FOC (kata saudara..hehehehe.. TQVM Makcik Zah)
ni inai tumbuk ke Pia?? cantek la.. suke nye.. xsaba nk pkai jugak =)
ReplyDeleteAah. Inai tmbk. Smpi skrg, masih ada inai kt jari lg.hehe
DeleteBestnya ada malam berinai...best kan
ReplyDeleteHehe. Ngada2 aje ni. Hehe. Tp,best gk.hehe. Kenangan.
DeleteSyoknya inai tumbuk. Nina pakai yg picit jea. Huhuk
ReplyDeletehehehehe ika pun nak guna inai tumbuk ni,taknak yg henna lukis2 tu. hehehehe
ReplyDelete