Lagipun, IUI ni bukan nya guna air liur,.. guna duit ye.... banyak duit yang dilaburkan untuk mendapatkan zuriat...,jadi bila dah buat IUI ni, kena jaga lah betul-betul, manalah tahu ada rezeki kami kan...Ingat ye TTCIAN sekalian, walaupun ada orang yang cakap 'alaaaa, orang lain mengandung rileks aja berlari kesana kemari, kamu buat IUI je punnn' ..... Nasihat Puan Pia adalah, biar lah mereka, mereka senang dapat, kita payah.. Ingat dan niat untuk diri kita, tak salah dan mengganggu orang pun.
Antara penjagaan nya :
- Selepas menjalani proses IUI di hospital, rehat seketika di katil hospital sekitar 15 minit, dan sambung berehat di atas katil sepanjang hari.
- Doktor menasihatkan kami untuk bersama (BD) bagi meningkatkan peratus hamil selepas proses IUI.
- Jaga makan (jangan makan proses food, air manis/karbonat/kafein/teh, betik, nenas, air kelapa, makanan pedas)
- Minum air yang banyak, makan ubat Duphaston(kuatkan rahim), acid folic diteruskan
- Amalan makanan sunnah ( Badam, Buah delima, kismis, kurma, susu kambing)
- Kurangkan aktiviti lasak, stress, mengemop dan aktiviti yang melibatkan otot perut digunakan di tahap max. Puan Pia siap makan atas katil lagi...hehehehe...
- Pertingkatkan kualiti amalan kerohanian (Solat wajib/sunat/dhuha/suami berpuasa selepas IUI/zikir/amalan surah Yassin dan Maryam)
Alahai, seronok betul jadi orang sakit, dimanja kan suami ku setiap hari, dia siapkan makan pakai ku, angkat ku, kemas bilik dan rumah, cuci baju, sidai baju, lipat baju..... Bestnya jadi orang sakit... Bila lagi nak dimanja kan macam tu kan.. Terimakasih buat suami ku yang banyak meringankan bahu dan tangannya sepanjang melalui proses TTC dan IUI ini...... Bukan hanya sehari dua, tapi dari dulu sampai kini... Terimakasih kerana terus menyokong dan berjuang bersama-sama ku....
Hai baby bonda, hari ini sudah DPIUI 6 , maksudnya sudah 6 hari selepas IUI .. Ada lagi seminggu untuk kita tahu keputusannya, POSITIF KE NEGATIF ye....
Baby bonda, tengok papamu, rajin betul dia jaga bonda, beruntung kita ada papa macamni kan???? Nanti kalau bonda mengandung, lagi papa jaga bonda dan baby bonda kan, agak nya, mesti dia nak duduk 24jam dengan bonda kan??? hehehehhehe......
(Monolog seorang TTCIAN---->>> Think Positif itu penting ye TTCIAN sekalian!!!!!!!)
Cik Anna doakan POSITIF... allahumma amiiinnnn...
ReplyDeleteawin doakan semoga keputusannya positif inshaallah....
ReplyDelete@Cik Anna Jamu Susuk Dara tq cik anna.... InsyaAllah, nak juga join team cik anna..hehe
ReplyDelete@Puan Awin Tq cik awin. minta baby cik awin doakan Pia ye....
ReplyDeletemoge positive pia. aminn..
ReplyDeleteHw ur result pn.pia? ☺
ReplyDeletepn pia, hows now?doc suggest i buat iui jg..
ReplyDeleteHai Puan sy nervous ni.mgu dpn 21hb dh iui..mcm mana result Puan
ReplyDeleteSy pun baru lps bt iui, mcm org pantang juga. Baring kt bilik. Hari kedua baru bangun katil. Jln pn slow2 pegang perut. Cuma lps bt iui ni. Ovari sy belah kanan sakit2. Mcm sakit segugut. Tpi doc ckp tu tindak bls telur2. Semoga kite mendapat sinar. Amin...
ReplyDeleteSy baru lepas buat iui td..moga ada rezeki sy dan dan suami..sama2 kita berdoa ye..moga Allah kurniakan rezeki zuriat buat kita semua..#TTCFIGHTER
ReplyDeleteSaya baru hari ke 4 selepas IUI…doakan saya & suami jugak yea😊
ReplyDelete