Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

4 comments:

  1. happy yenniversaryyy chekgu piah.
    hehehe

    moga rumahtangga kekal bahagia smpai syurga.
    moga sofia dapat baby soon.
    aamiin

    :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...menginjak tahun ketiga...semoga bahagia till jannah....

    ReplyDelete

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe