MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label IUI. Show all posts
Showing posts with label IUI. Show all posts

Friday, August 12, 2016

2nd IUI GAGAL LAGI

Ya.........

Kecundang lagi.......

Dimana silapnya, Pia pun tak pasti....

Mungkin belum tiba rezekinya lagi.....

Ia pasti ada, cuma tidak tahu bila masa nya yang paling tepat ......

Give up?? Neverrrrrrrrrrrrr

Walaupun terpaksa menunggu bertahun-tahun lagi, guna beribu-ribu duit lagi, tidak akan kami berputus asa...

Ada banyak lagi usaha yang belum Pia lakukan......

Teruskan berjuang,,,, bila tersungkur !!!!!!!


Monday, March 23, 2015

PERJALANAN TTC : Keguguran di 1st IUI

6minggu dan 2hari, baby berada di rahim bonda. 
Dikau gugur bagaikan mutiara
Separuh harapan ku hilang, tapi sejuta semangat ku muncul kembali.

Tak mengapa baby, tak mengapa
Belum tiba masa dan keperluan bonda barangkali
Allah merindui usaha ,semangat,rintihan dan doa bonda

Tak mengapa baby, kita cuba lagi, sehingga brjaya
Sekurang2 nya,b0nda diberi pinjaman merasai mengandungmu
Cukup indah, walaupun seketika.

Terimakasih Allah atas kurnianMu. Alhamdulillah.


Diawal kehamilan, pia mengalami spotting darah 0n off. Kejap ada kejap tak ada. hari ni ada, esok tiada, lusa ada balik. Mungkin itu sebenarnya petanda awal baby pia tak cukup kuat. Walaupun, banyak pengalaman orang lain yang mengatakan pendarahan di awal kehamilan adalah n0rmal, tapi mungkin dah tertulis utk pia, itu tidak n0rmal.

Tak mengapa,pengalaman bagi diriku. Sekurang2 nya 1st IUI pia brjaya,cuma rezeki tak panjang. InsyaAllah,sekarang nak rest dulu minda dan jiwa, pas ni, nak mula kembali TTC. Never never never never giveup. 

Friday, February 6, 2015

IKHTIAR TTC : PENJAGAAN SELEPAS IUI

Apa korang ingat berpantang hanya untuk yang sudah bersalin aja ye? Hehehehe... Puan Pia pun kena berpantang juga tau....Saja aja, bukan wajib pun, lagipun husband Puan Pia yang bersemangat nak jaga Puan Pia tau.... Iyelah, lagipun selepas IUI , Puan Pia kena jaga molek-molek supaya benih-benih yang bercantum dapat menempel dengan baik....hehehehe.. Tinggi betul imaginasi Puan Pia ye....
                                      




Lagipun, IUI ni bukan nya guna air liur,.. guna duit ye.... banyak duit yang dilaburkan untuk mendapatkan zuriat...,jadi bila dah buat IUI ni, kena jaga lah betul-betul, manalah tahu ada rezeki kami kan...Ingat ye TTCIAN sekalian, walaupun ada orang yang cakap 'alaaaa, orang lain mengandung rileks aja berlari kesana kemari, kamu buat IUI je punnn' ..... Nasihat Puan Pia adalah, biar lah mereka, mereka senang dapat, kita payah.. Ingat dan niat untuk diri kita, tak salah dan mengganggu orang pun.

Antara penjagaan nya :
  • Selepas menjalani proses IUI di hospital, rehat seketika di katil hospital sekitar 15 minit, dan sambung berehat di atas katil sepanjang hari.
  • Doktor menasihatkan kami untuk bersama (BD) bagi meningkatkan peratus hamil selepas proses IUI.
  • Jaga makan (jangan makan proses food, air manis/karbonat/kafein/teh, betik, nenas, air kelapa, makanan pedas)
  • Minum air yang banyak, makan ubat Duphaston(kuatkan rahim), acid folic diteruskan
  • Amalan makanan sunnah ( Badam, Buah delima, kismis, kurma, susu kambing)
  • Kurangkan aktiviti lasak, stress, mengemop dan aktiviti yang melibatkan otot perut digunakan di tahap max. Puan Pia siap makan atas katil lagi...hehehehe...
  • Pertingkatkan kualiti amalan kerohanian (Solat wajib/sunat/dhuha/suami berpuasa selepas IUI/zikir/amalan surah Yassin dan Maryam)


Alahai, seronok betul jadi orang sakit, dimanja kan suami ku setiap hari, dia siapkan makan pakai ku, angkat ku, kemas bilik dan rumah, cuci baju, sidai baju, lipat baju..... Bestnya jadi orang sakit... Bila lagi nak dimanja kan macam tu kan.. Terimakasih buat suami ku yang banyak meringankan bahu dan tangannya sepanjang melalui proses TTC dan IUI ini...... Bukan hanya sehari dua, tapi dari dulu sampai kini... Terimakasih kerana terus menyokong dan berjuang bersama-sama ku....
Hai baby bonda, hari ini sudah DPIUI 6 , maksudnya sudah 6 hari selepas IUI .. Ada lagi seminggu untuk kita tahu keputusannya, POSITIF KE NEGATIF ye....
Baby bonda, tengok papamu, rajin betul dia jaga bonda, beruntung kita ada papa macamni kan???? Nanti kalau bonda mengandung, lagi papa jaga bonda dan baby bonda kan, agak nya, mesti dia nak duduk 24jam dengan bonda kan??? hehehehhehe...... 
(Monolog seorang TTCIAN---->>> Think Positif itu penting ye TTCIAN sekalian!!!!!!!)

Tuesday, February 3, 2015

IKHTIAR TTC : IUI (Intrauterine insemination)

Tahun 2015 tahun ini dimulakan dengan semangat dan azam yang lebih membara macam nak pergi ke medan peperangan..hehehehe.. 

Tahun lepas, Puan Pia dan suami dah mulakan rawatan kesuburan di LPPKN.... Alhamdulillah, kami berdua tak ada masalah yang kritikal berbanding orang lain... Masa doktor bagitahu keputusan ujian-ujian yang dibuat ke atas kami berdua, kami terimanya dengan linangan air mata, bukan kerana keputusan yang teruk tapi keputusan yang SANGAT NORMAL berbanding TTCIAN yang lain.... Syukur, Alhamdulillah, ini pun satu rezeki...... Tiub tak tersumbat, Rahim normal, paras hormon normal, telur normal, sperm normal, semua normal lah doktor cakap...... 

Ya Allah, tuhan sahaja lah yang tau macamna perasaan gembira nya kami.... Itu belum dapat double line lagi... hehehehehe.. Bukannya apa, bila dah tau semua normal, sekurang-kurangnya kami tahu rezeki belum tiba lagi, dan kos rawatan pun tak makan belanja yang besar... Berbanding TTCIAN lain yang ada masalah lain, tiub tersumbat , rahim terbalik, PCOS  dan sebagainya.....Sesungguhnya Allah uji kita , sebab Dia tahu tahap mana kita boleh melaluinya... Syukur.. Ini adalah rezeki dan bahagian kami.. Tinggal nak usaha lebih lagi aja.....

Dipendekkan cerita, 31 JANUARI 2015 yang lepas, doktor mencadangkan kami untuk mulakan langkah untuk mendapatkan anak dengan cara IUI (Intrauterine insemination), sesuatu yang tidak dijangka oleh kami berdua, iaitu sperm suami diinject masuk terus ke rahim, macam gambar kat bawah ni..

Boleh rujuk sini untuk memahami lebih lanjut  tentang IUI ye --- >> 

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, takut tak, takut tak ?????  hehehehehehehehehe.. Puan Pia yang mengalaminya lagi lah takut. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan dalam hati ini... Iyalah, bila benda asing masuk ikut Miss V kita, tapi prosedur ni tak sakit pun, xsampai 5 minit je doctor inject masuk.. Syukur, Alhamdulilllah, Doktor kata prosedur tak sakit sebab Puan Pia tak ada blockage dan rahim normal...Lagipun, sebelum nak buat IUI ni dah macam-macam rawatan yang Puan Pia buat, semua jolok masuk ikut Miss V, bertabahlah...Walaupun Puan Pia belum mengandung dan beranak lagi, tapi Puan Pia dapat merasai semua prosedur ini macam orang nak bersalin.... Bukan senang untuk menjadi seorang bonda, dan bila sudah menjadi bonda pun ada dugaan nya... Semoga Allah permudahkan setiap urusan kami...

Sekarang ni, Puan Pia dalam fasa 2weeks waiting atau istilah TTC ni kita panggil 2WW.... Inilah fasa yang paling mencabar sebab Puan Pia kena banyak rest, makan makanan yang sihat2, kurangkan aktiviti-aktiviti lasak dan yang paling penting, dia akhir fasa 2WW ni, Puan Pia kena cek UPT  .... Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... UPT ini lah yang akan menentukan samada IUI yang Puan Pia berjaya atau tidak......

Semoga ikhtiar IUI ini berjaya, dapat DOUBLE LINE UPT, baby sihat dalam perut dan seterusnya melahirkan bakal-bakal khalifah di dunia...... Doakan kami ye..... Ini bukan langkah yang terakhir bagi kami, tapi satu permulaan yang baik untuk kami berdua......


YA KHALIQ, YA BARI', YA MUSAWWIR, YA WAHAB, YA ALLAH
Itulah zikir bonda buat mu, zuriat ku, bukan hari ini malah sudah sekian lama, bukan untuk hari ini, tapi untuk selamanya, bukan untuk kamu seorang, tapi untuk semua zuriatku....
Jalan elok-elok ke rahim bonda tau, Pegang rahim bonda kuat-kuat tau, Menempel cantik-cantik dekat rahim bonda tau, Membesar dengan baik dan sihat dan kita tunggu 2 WW lagi, bagi bonda Double Line tau.... hehehehehehehehhe....

Yes, this will be OUR's in this 2WW..
 yeaaaaayyyyy, baby boleh, bonda boleh, papa boleh, yeayeyeyehhhhh.. Amin.......

p/s: banyak lagi nak cerita nya, nanti Puan Pia akan update satu persatu, dari mula kami buat rawatan sambil tunggu 2WW ni ye....

Related Posts with Thumbnails