MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 11, 2013

WEDD PREP : JAMUAN AKAD NIKAH

Akad nikah Cik Pia dijadualkan mula pukul 5 petang, memandangkan ada 3 pasangan yang bakal dinikahkan oleh Tok Kadi di masjid, confirm habis akad nikah dalam pukul 6 lebih kot.. 

Memandangkan habis dalam pukul 6 lebih, confirm la lepas tu kena balik rumah sebab nak buat batal air sembahyang kan.. Sekarang ni, rata-rata Tok Kadi suruh buat batal air sembahyang kat rumah....

Pas tu , mesti kena ada makan-makan kan.. Sebab nak jamu orang makan.. Ingat kan nak buat bihun mee macam tu, tapi bila pikir saudara mara confirm dah ramai dah petang Jumaat tu, tukar plan, tempah nasi terus.. Kenyang sikit sampai ke malam.

Tadi Cik Pia dan emak baru aja tempah makanan akad nikah dengan jiran Cik Pia, tapi nak tergelak nya, kami tak dapat nak beri idea kat makcik tu jenis lauk yang kami nak... Makcik tu pula jenis ikut pelanggan, dia pun tak bagi idea lansung..... Adeiiiiiiiiiii..Last-last kami pilih :

  1. Nasi Putih
  2. Air manisan berais
  3. Ayam goreng berempah
  4. Kari dalca
  5. Ulam-ulaman , sambal belacan
  6. Teh tarik
oke tak  untuk makan selepas akad nikah ?

3 comments:

cik mah said...

ayam goreng berempah..sedapnyer...hehehhe

NinaAz said...

ULAM2an dan sambal belacan tuuu yang best. nyum2

Shin Chan Comel said...

tahniah tak lama lagi nak kahwin:) menu tu okey..yang penting menu time majlis sanding...time tu yang ramai orang:)

http://shinchancomel.blogspot.com/2013/04/percutian-ke-hong-kong-day-4.html

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails