MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 6, 2015

IKHTIAR TTC : PENJAGAAN SELEPAS IUI

Apa korang ingat berpantang hanya untuk yang sudah bersalin aja ye? Hehehehe... Puan Pia pun kena berpantang juga tau....Saja aja, bukan wajib pun, lagipun husband Puan Pia yang bersemangat nak jaga Puan Pia tau.... Iyelah, lagipun selepas IUI , Puan Pia kena jaga molek-molek supaya benih-benih yang bercantum dapat menempel dengan baik....hehehehe.. Tinggi betul imaginasi Puan Pia ye....
                                      




Lagipun, IUI ni bukan nya guna air liur,.. guna duit ye.... banyak duit yang dilaburkan untuk mendapatkan zuriat...,jadi bila dah buat IUI ni, kena jaga lah betul-betul, manalah tahu ada rezeki kami kan...Ingat ye TTCIAN sekalian, walaupun ada orang yang cakap 'alaaaa, orang lain mengandung rileks aja berlari kesana kemari, kamu buat IUI je punnn' ..... Nasihat Puan Pia adalah, biar lah mereka, mereka senang dapat, kita payah.. Ingat dan niat untuk diri kita, tak salah dan mengganggu orang pun.

Antara penjagaan nya :
  • Selepas menjalani proses IUI di hospital, rehat seketika di katil hospital sekitar 15 minit, dan sambung berehat di atas katil sepanjang hari.
  • Doktor menasihatkan kami untuk bersama (BD) bagi meningkatkan peratus hamil selepas proses IUI.
  • Jaga makan (jangan makan proses food, air manis/karbonat/kafein/teh, betik, nenas, air kelapa, makanan pedas)
  • Minum air yang banyak, makan ubat Duphaston(kuatkan rahim), acid folic diteruskan
  • Amalan makanan sunnah ( Badam, Buah delima, kismis, kurma, susu kambing)
  • Kurangkan aktiviti lasak, stress, mengemop dan aktiviti yang melibatkan otot perut digunakan di tahap max. Puan Pia siap makan atas katil lagi...hehehehe...
  • Pertingkatkan kualiti amalan kerohanian (Solat wajib/sunat/dhuha/suami berpuasa selepas IUI/zikir/amalan surah Yassin dan Maryam)


Alahai, seronok betul jadi orang sakit, dimanja kan suami ku setiap hari, dia siapkan makan pakai ku, angkat ku, kemas bilik dan rumah, cuci baju, sidai baju, lipat baju..... Bestnya jadi orang sakit... Bila lagi nak dimanja kan macam tu kan.. Terimakasih buat suami ku yang banyak meringankan bahu dan tangannya sepanjang melalui proses TTC dan IUI ini...... Bukan hanya sehari dua, tapi dari dulu sampai kini... Terimakasih kerana terus menyokong dan berjuang bersama-sama ku....
Hai baby bonda, hari ini sudah DPIUI 6 , maksudnya sudah 6 hari selepas IUI .. Ada lagi seminggu untuk kita tahu keputusannya, POSITIF KE NEGATIF ye....
Baby bonda, tengok papamu, rajin betul dia jaga bonda, beruntung kita ada papa macamni kan???? Nanti kalau bonda mengandung, lagi papa jaga bonda dan baby bonda kan, agak nya, mesti dia nak duduk 24jam dengan bonda kan??? hehehehhehe...... 
(Monolog seorang TTCIAN---->>> Think Positif itu penting ye TTCIAN sekalian!!!!!!!)

11 comments:

Anonymous said...

Cik Anna doakan POSITIF... allahumma amiiinnnn...

Puan Awin said...

awin doakan semoga keputusannya positif inshaallah....

PUAN PIA said...

@Cik Anna Jamu Susuk Dara tq cik anna.... InsyaAllah, nak juga join team cik anna..hehe

PUAN PIA said...

@Puan Awin Tq cik awin. minta baby cik awin doakan Pia ye....

Orked said...

moge positive pia. aminn..

Anonymous said...

Hw ur result pn.pia? ☺

Unknown said...

pn pia, hows now?doc suggest i buat iui jg..

Ty said...

Hai Puan sy nervous ni.mgu dpn 21hb dh iui..mcm mana result Puan

Lisa87 said...

Sy pun baru lps bt iui, mcm org pantang juga. Baring kt bilik. Hari kedua baru bangun katil. Jln pn slow2 pegang perut. Cuma lps bt iui ni. Ovari sy belah kanan sakit2. Mcm sakit segugut. Tpi doc ckp tu tindak bls telur2. Semoga kite mendapat sinar. Amin...

mimiayie93 said...

Sy baru lepas buat iui td..moga ada rezeki sy dan dan suami..sama2 kita berdoa ye..moga Allah kurniakan rezeki zuriat buat kita semua..#TTCFIGHTER

Anonymous said...

Saya baru hari ke 4 selepas IUI…doakan saya & suami jugak yea😊

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails