MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 3, 2015

IKHTIAR TTC : IUI (Intrauterine insemination)

Tahun 2015 tahun ini dimulakan dengan semangat dan azam yang lebih membara macam nak pergi ke medan peperangan..hehehehe.. 

Tahun lepas, Puan Pia dan suami dah mulakan rawatan kesuburan di LPPKN.... Alhamdulillah, kami berdua tak ada masalah yang kritikal berbanding orang lain... Masa doktor bagitahu keputusan ujian-ujian yang dibuat ke atas kami berdua, kami terimanya dengan linangan air mata, bukan kerana keputusan yang teruk tapi keputusan yang SANGAT NORMAL berbanding TTCIAN yang lain.... Syukur, Alhamdulillah, ini pun satu rezeki...... Tiub tak tersumbat, Rahim normal, paras hormon normal, telur normal, sperm normal, semua normal lah doktor cakap...... 

Ya Allah, tuhan sahaja lah yang tau macamna perasaan gembira nya kami.... Itu belum dapat double line lagi... hehehehehe.. Bukannya apa, bila dah tau semua normal, sekurang-kurangnya kami tahu rezeki belum tiba lagi, dan kos rawatan pun tak makan belanja yang besar... Berbanding TTCIAN lain yang ada masalah lain, tiub tersumbat , rahim terbalik, PCOS  dan sebagainya.....Sesungguhnya Allah uji kita , sebab Dia tahu tahap mana kita boleh melaluinya... Syukur.. Ini adalah rezeki dan bahagian kami.. Tinggal nak usaha lebih lagi aja.....

Dipendekkan cerita, 31 JANUARI 2015 yang lepas, doktor mencadangkan kami untuk mulakan langkah untuk mendapatkan anak dengan cara IUI (Intrauterine insemination), sesuatu yang tidak dijangka oleh kami berdua, iaitu sperm suami diinject masuk terus ke rahim, macam gambar kat bawah ni..

Boleh rujuk sini untuk memahami lebih lanjut  tentang IUI ye --- >> 

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, takut tak, takut tak ?????  hehehehehehehehehe.. Puan Pia yang mengalaminya lagi lah takut. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan dalam hati ini... Iyalah, bila benda asing masuk ikut Miss V kita, tapi prosedur ni tak sakit pun, xsampai 5 minit je doctor inject masuk.. Syukur, Alhamdulilllah, Doktor kata prosedur tak sakit sebab Puan Pia tak ada blockage dan rahim normal...Lagipun, sebelum nak buat IUI ni dah macam-macam rawatan yang Puan Pia buat, semua jolok masuk ikut Miss V, bertabahlah...Walaupun Puan Pia belum mengandung dan beranak lagi, tapi Puan Pia dapat merasai semua prosedur ini macam orang nak bersalin.... Bukan senang untuk menjadi seorang bonda, dan bila sudah menjadi bonda pun ada dugaan nya... Semoga Allah permudahkan setiap urusan kami...

Sekarang ni, Puan Pia dalam fasa 2weeks waiting atau istilah TTC ni kita panggil 2WW.... Inilah fasa yang paling mencabar sebab Puan Pia kena banyak rest, makan makanan yang sihat2, kurangkan aktiviti-aktiviti lasak dan yang paling penting, dia akhir fasa 2WW ni, Puan Pia kena cek UPT  .... Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... UPT ini lah yang akan menentukan samada IUI yang Puan Pia berjaya atau tidak......

Semoga ikhtiar IUI ini berjaya, dapat DOUBLE LINE UPT, baby sihat dalam perut dan seterusnya melahirkan bakal-bakal khalifah di dunia...... Doakan kami ye..... Ini bukan langkah yang terakhir bagi kami, tapi satu permulaan yang baik untuk kami berdua......


YA KHALIQ, YA BARI', YA MUSAWWIR, YA WAHAB, YA ALLAH
Itulah zikir bonda buat mu, zuriat ku, bukan hari ini malah sudah sekian lama, bukan untuk hari ini, tapi untuk selamanya, bukan untuk kamu seorang, tapi untuk semua zuriatku....
Jalan elok-elok ke rahim bonda tau, Pegang rahim bonda kuat-kuat tau, Menempel cantik-cantik dekat rahim bonda tau, Membesar dengan baik dan sihat dan kita tunggu 2 WW lagi, bagi bonda Double Line tau.... hehehehehehehehhe....

Yes, this will be OUR's in this 2WW..
 yeaaaaayyyyy, baby boleh, bonda boleh, papa boleh, yeayeyeyehhhhh.. Amin.......

p/s: banyak lagi nak cerita nya, nanti Puan Pia akan update satu persatu, dari mula kami buat rawatan sambil tunggu 2WW ni ye....

7 comments:

Anonymous said...

YA KHALIQ, YA BARI', YA MUSAWWIR, YA WAHAB, YA ALLAH.. Itulah zikir walid buat mu, zuriat ku, bukan hari ini malah sudah sekian lama, bukan untuk hari ini, tapi untuk selamanya, bukan untuk kamu seorang, tapi untuk semua zuriatku....Jalan elok-elok ke rahim bonda tau, Pegang rahim bonda kuat-kuat tau, Menempel cantik-cantik dekat rahim bonda tau, Membesar dengan baik dan sihat dan kita tunggu 2 WW lagi, bagi bonda Double Line..insya-Allah..abg sentiasa memohon doa pd Ilahi agar kte dikurniakn zuriat..

Diyana said...

InshaaAllah... hope everything went well (^_^)

Keyna said...

waa... semoga berjaya ye... insya'allah kita usaha kan je.. yang lain allah dah aturkan... tq sudi jalan2 kat blog ina.. :)

Cik Jelita said...

insya-Allah semoga berjaya ye...be positive always...

cik mah said...

Insyaallah..xsbrnya....moga2 ada rezeki..

cikCT said...

lama tak bkk blog, tiba2 dh terlepas 2 entry pia.hehe
alhamdulillah pia, selamat dah buat iui. kita xberani nak buat lagi sbb kami dua2 ada [roblem sikit je. kena setelkan dulu mslh.hehe

kita doakan iui pia selamat hingga melahirkan insyaallah :)

PUAN PIA said...

YaAllah, TQ all doakan pia ye.. nebesssss giler ni... InsyaAllah, ada rezeki pia, adalah, tak ada pia akan cuba lg sehingga berjaya , Aminnnnn

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails