MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Majlis Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Pertunangan. Show all posts

Friday, December 7, 2012

REVIEW:JURUGAMBAR IPOH: PERKHIDMATAN JURUKAMERA YANG BERBALOI

Wahhhhhhhhhhhh, tajuk bukan kemain lagi kau ye Cik Pia....

Masa bertunang hari tu dalam hati tak nak la pakai photographer bagai ni sebabnya, rasa macam I is OVER okeh... Mengalahkan artis gitu..... Tapi, along selaku kakak yang dah berpengalaman suggest photographer yang pernah shoot time dia kahwin dan majlis akikah anak dia dulu..

Bab photographer ni Cik Pia memang selected sikit sebabnya, ada beberapa syarat yang Cik Pia pertimbangkan sebelum Cik Pia nak pilih seseorang photographer tu.. Demand kan.. hehehe.. Apa nak buat, Cik Pia kan photographer sekolah...kekeke.. (apa kena mengena nya ???)
  1. Tak mahu cari photographer yang mahal-mahal sampai beribu-ribu hanya sebab untuk majlis bertunang aja pun.
  2. Tak mahu photographer yang suka edit-edit pengantin sampai wajah pengantin terus flawless gila, bersinar-sinar macam baru lepas polish, putih melepak macam tepung gomak hingga nampak muka ja putih, tangan hitam.. hahahaha..
  3. Tak mahu photographer yang edit-edit gambar, last2 gambar tu macam mode instagram aja atau lebih tepat macam guna mode grayscale atau sepia sahaja.
  4. Tak mahu photographer yang tak friendly sebab nanti mesti macam akward gila 
  5. Yang penting, kualiti diprint adalah baik sekali dan gambar jelas cerah , warna warni, bukannya kusam macam tak cukup ink nak print..
Alhamdulillah sangat-sangat sebab Cik Pia ditemukan dengan photographer yang tiada satu pun ciri-ciri negatif seperti kat atas tu.... Best  sangat-sangat sebab photographer untuk majlis bertunang Cik Pia ni :
  1. Harga sangat berpatutan... Dia tak ada guna pakej-pakej.. Dia punya stail pakai roll.. Jadi, terpulanglah korang nak pakai berapa roll untuk majlis korang.. Harga memang sangat berpatutan.. Cuba tanya kat photog lain, ada dapat camni? Tak ada punya...
  2. Photographer Cik Pia ni dia memang bukan style yang edit-edit gambar punya.. BAGUS!! Jadi, gambar-gambar yang dapat tu memang 100% dari effect kamera... Kalau dia edit pun, dia edit sikit-sikit saja.. 
  3. Photographer ni pun dia tak adalah nak edit-edit gambar macam ala-ala grayscale ke apa.. Gambar dia memang colorfull habis.. Kalau kau pakai baju biru, biru la.. Tak adalah ko dapat warna grayscale
  4. Memang friendly habis...... Suka melayan Cik Pia bergambar....... Hahahaha....... Tak ada limit masa, lepas bergambar, bergambar lagi dan lagi dan lagi bergambar... hahahahaha.....
  5. Kualiti gambar memang superb habis.. Cik Pia memang suka sticky album, sebab gambar dia print memang cantik sungguh, naik semua warna dalam gambar...
  6. Dan yang paling Cik Pia terharu adalah Cik Pia ingatkan dapat album biasa sahaja, tapi sekali dapat album besar, 1 cd semua gambar dari awal sampai habis, 1 frame gambar edit.... wahhhhhh... suka sangat!!! Fifi sukeeeeeeee

Overall, gambar bertunang Cik Pia adalah ohsem!!! 
Sesiapa yang mahu photographer Anuar , boleh minta contact no dari Cik Pia , ok?


The Real Photographer of My E-Day....
Tengok la punyalah ramai yang nak tangkap gambar Cik Pia, feeling artist la Cik Pia ni, apa lagi.



Gambar-gambar di atas ni pula Cik Pia yang edit masuk guna photoscape.. Tiada edit color digunakan.. Gambar original Cik Pia edit masuk dalam page sahaja... 

REVIEW : MAJLIS MERISIK & PERTUNANGAN

Alhamdulillah... Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan dengan 5 Syawal 1434 Hijrah merupakan tarikh bersejarah buat Cik Pia sebab Cik Pia telah dirisik dan bertunang dengan seorang lelaki yang dahulu nya dikenal kan oleh kawan tempat kerja Cik Pia.. Alhamdulillah.. Match maker menjadi.. kekeke..... 

Sudah 3 bulan 2 minggu  Cik Pia bertunang dengan tunangan Cik Pia ..... Alhamdulillah...

Tinggal lebih kurang 5 bulan 3 minggu dan 4 hari lagi Cik Pia akan meninggalkan zaman bujang.... 

Lambat lagi rasanya...... hehehe...... Bila free2 macam ni mulalah rasa lambat lagi.... Kalau nak dekat nanti baru la rasa kalut sampai tak sempat nak siapkan semua benda.... 

Macam kes pertunangan Cik Pia , bulan Jun En Tunang bagitahu nak masuk merisik dan bertunang dengan Cik Pia lepas raya ok, Cik Pia is malu ok!! Bagi tau emak, hujung2 Jun kot... hahaha.... Kalutness ok !!

Sebabnya, masa tu rumah tengah renovate, so tak tahu sempat atau tak majlis dibuat.... Kebetulan pula En Tunang adalah anak dan cucu kesayangan ok, of course majlis pertunangan dia semua nak datang... So, perlu kan ruang rumah yang besar sikit, plus Cik Pia pun mestilah nak juga keselesaan pada semua yang hadir expecially untuk family Cik Pia sendiri.... 

Kan dah cakap tadi, confirm semua keluarga En Tunang datang majlis pertunangan.. Takut Cik Pia tengok dari atas... Dub dub dub dab dab dab.. Sampai photographer pun kata, ''Ini pertama kali saya tengok majlis pertunangan yang ramai orang..OMG''


Antara hantaran dari Cik Pia kepada En Tunang..... Banyak makanan , sebab masa ni Raya ke-5. Emak kata pihak perempuan baik banyakkan makanan manis-manis pada pihak lelaki.. Sebenarnya plan asal nak buat 7 berbalas 9 sahaja, tapi sebab banyak saudara mara kedua belah pihak bagi macam2, maka jadilah 16 berbalas 16.. hahaha.. Genap, tak pe lah, adat sahaja kan.. 



Yang ini pula hantaran dari En Tunang kepada Cik Pia.. Tema Purple oke.. Sebabnya, Cik Pia kan suka warna purple, so pihak lelaki bagi warna purple dan En Tunang suka warna biru, so, Cik Pia pula bagi hantaran warna biru dan tema majlis Cik Pia pun jadilah warna Biru Turqoise.. Overall hantaran Cik Pia dan En Tunang semuanya perfect walopun kami bagi biasa2 sahaja, xde lah gempak2 sangat.. Perfect sebab cantik, dan dari En Tunang lagi cantik dan beradun aja kerja nya, rasa malu pula Cik Pia bagi hantaran sebab xda la secantik hantaran dari belah En Tunang.

Yang ini masa majlis merisik dan pertunangan.... Pihak perempuan diwakili oleh saudara ayah Cik Pia yang memang dah biasa jadi orang tengah,pihak En Tunang pula diwakili Pakcik nya.. Nebes2 masa ni kat atas... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....


Sweet moment.. 
Terima kasih En Tunang dan sekeluarga kerana sudi merisik dan meminang ku ..


Alhamdulillah, selamat semua, apa lagi, bergambar time la..


Oke, nanti Cik Pia akan review pasal vendor-vendor ni semua ok!

Tuesday, December 4, 2012

TUNGGU SEKEJAP


WILL UPDATE SOON......


Tuesday, August 21, 2012

Semakin Hampir

Just love this messy room 

Semakin hari semakin hampir......Lagi 2 hari ja u allsss.. Walaupun hanya sebuah pertunangan, namun perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh sepenuh jiwa menandakan kita juga menerima pinangan nya dan menerima keluarga nya dalam hidup kita nanti......... Setakat ini semua dah ok dalam 70% ja, lagi 30% finishing kemas2 rumah, ubah2 perabot esok, pelamin, khemah... Pada hari bersejarah tu, cuma catering aja.......

Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan setiap urusan ku.. Amin...


Saturday, August 4, 2012

PERSEDIAAN PERTUNANGAN

Malam ni rasa susah sangat nak tidur... Kebetulan pula petang tadi lena panjang sebab penat kemas rumah dan driving ...... Hajat di hati nak siapkan tanda buku-buku anak murid, tapi bila buka aja laptop, terus rasa macam nak update something.......... hehehe......

Waktu awal2 persediaan pertunangan, banyak juga aku google blog2 yang menceritakan pengalaman bertunang dari segi kewangan/makanan/hantaran dan sebagainya... Blog2 ni banyak sangat membantu aku untuk mengurangkan bajet dan dalam masa yang sama beri aku ilham untuk merealisasikan impian pertunangan.. Aku mahukan sebuah majlis pertunangan yang simple, sederhana tapi meriah dengan kunjungan saudara mara lebih2 lagi majlis tu berlansung masa hari raya...... 



Ini buku ala-ala macam diari aku la..... Buku nota yang biasa tapi aku balut cun2............ Untuk apa buku ni? haaaaaaaaaa. ... penting ya buku ni untuk orang yang macam aku yang suka boros beli macam2 ni..  
Rekaan baju tunang......... Rekaan adalah imaginasi pelukis sahaja... kekeke.... Tidak meniru mana2 designer....kekeke....


Sempena pertunangan aku, segala apa yang aku mahu, segala list barang2, segala duit keluar, resit2 dan sebagainya aku tulis dan tampal dalam buku ni... Sedikit sebanyak buku ni dapat membantu aku lihat dan buat semakan apa yang belum aku beli, dan berapa duit yang diperlukan lagi....... Have fun with this book.... Sebabnya, aku bebas nak tulis pa...... Kalau hilang, meraung jugak la........ 

Jadi kepada bakal-bakal kawan2 yang akan bertunang, tips pertama dari aku adalah : 
BUKU CEKLIST DAN PERBELANJAAN.. Sangat penting okeh!!!!!!

Yang penting adalah, dalam kita nak buat sesuatu majlis, kita perlu ukur dahulu kewangan diri sendiri dan keluarga.......... Jangan kita terlalu membazir sebab kita banyak lagi nak pakai duit untuk majlis perkahwinan baik perempuan ataupun lelaki........... Yang penting, kita tahu nak pilih barang yang murah tapi nampak cantik dan grand.. Untuk majlis aku nanti, aku buat simple2 je, yang penting aku lebihkan untuk makanan, sebab aku nak semua orang happy kekenyangan selepas majlis aku......... Aku kira2 bajet dari depan khemah-hujung bucu dapur, lebih kurang RM3000 aje yang dikeluarkan.. Itupun, aku tarik2 aja duit gaji untuk beli yang patut, dan duit gaji masih cukup untuk tambung aku dan family sebulan.......... 

Selamat bertunang semua........

Ayat bunga-bunga


Alhamdulilllah............ Walaupun tiada adegan-adegan romantis seperti diatas, namun keihlasan dia untuk menjadi suami ku dibalas oleh ku dengan : Yeaahhhh, jom kawen!!!! 

Bukan senang nak kawen sebenarnya . Perkara pertama yang aku fikir bila dipropose adalah :
-Bersedia kah aku untuk menjadi isterinya yang terbaik, ibu cemerlang kepada zuriat kami, menantu kepada ibu bapa nya, ipar/biras kepada adik beradik nya, serta menjadi sebahagian daripada jiwa saudara maranya.. Aku berkahwin bukan sahaja dengan dirinya, malah dengan seluruh kaum kerabatnya.. Malah aku juga berfikir, bolehkah si dia melakukan perkara yang sama kepada keluarga ku.............

Alhamdulillah, melihat diri si dia dalam masa setahun lebih ini, walaupun kami jarang keluar bersama macam pasangan lain, nak bercintan cintun pun jarang sekali, aku yakin si dia la yang terbaik buatku.......... Konon2 ala2, cinta selepas kahwin la tu.. Itulah yang aku harapkan dari dulu hingga kini...... Keikhlasan yang ditunjukkan, ciri2 seorang suami dan ayah yang baik yang dilihat, aku yakin kami boleh lalui semua perkara bersama........Amin......... 

InsyaAllah ,,, lagi 3 minggu kami akan disatukan sebagai pasangan tunang, dan InsyaAllah akan disatukan sebagai suami isteri kurang dari 12bulan dari sekarang.... 

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku, keluarga ku, si dia, dan keluarga baru ku......Semoga Allah terus perlihara hati2 kami agar tidak sesat, dan banyakkan bersabar dalam menempuh cabaran sebagai tunang.. Amin........Nak jadi tunang ni pun, dah banyak dugaan.... 

Orang kata lepas bertunang, lagiiiiiiiiiii banyakkkkkk dugaannnnnnnnnnnn.. Takut mak jemah... 


Kalendar setia yang menemani diri ku......... Menghitung hari la sangat sampai xdapat beza hari ini 3 Ogos ke 9 Ogos... hehehe... 9 Ogos adalah hari bonus.. Tq gov... Syukur Ya Allah.. Boleh la guna bonus ni nak tampong2 apa yang patut masa hari pertunangan nnt........... 

Related Posts with Thumbnails