MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

MASUK TAHUN 2013 PULA


Semoga dilimpahi rezeki yang diberkati, diberi kesihatan yang baik kepada Cik Pia sekeluarga , diberi perlindungan dan dipermudahkan setiap urusan kehidupan, kerjaya dan juga perjalanan ke arah perkahwinan.. Mari bersemangat mulakan tahun baru !!!!!!!

Saturday, December 29, 2012

SEKOLAH 2013

OMG... 

Lagi beberapa hari sekolah nak bukak dah, dan lagi beberapa hari juga 2013 bakal menjelma tiba.. OMG OMG OMG !!!!!! Dalam kesibukan Cik Pia , mensurvey dan menempah vendor-vendor yang berkaitan untuk majlis tahun hadapan, Cik Pia sekarang ni pun buzy juga untuk memulakan sesi persekolah 2013... Memang umum tak nampak apa yang buzy nya cikgu-cikgu masa cuti sekolah, tapi sebenarnya, kami memang buzy nak sediakan bahan mengajar , cari buku-buku latihan yang baru dan terkini, update fail-fail untuk tahun hadapan dan banyak lagi la......Itupun masa cuti sekolah , Cik Pia banyak kali juga pergi sekolah sebab nak uruskan pasal PIBG dan hal-hal lain..

2 hari lepas sekolah Cik Pia baru aja buat mesyuarat guru bagi persediaan persekolahan 2013... Yang paling excited sekali masa mesyuarat adalah mencari nama dalam takwim sekolah, sebab nak tahu apa tugas yang diberi oleh sekolah untuk kita laksanakan tahun hadapan.. Memang syok highlight2 nama ni, tapi memikirkan tugas-tugas yang diberi untuk tahun hadapan, guuulllppppp, pikir pula pasal nak kahwin , guuullppppppp lagii..... Rasa macam tak cukup kaki tangan Cik Pia aje....... Harap-harap tahun hadapan Cik Pia diberi kekuatan dan pertolongan untuk memudahkan kerja-kerja Cik Pia .. Amin.......


Inilah rupa takwim persekolahan Cik Pia.... Memang mula-mula excited nak tengok isi dalam.. Tahun ni Cik lagi, tahun - tahun akan datang bertukarrrrr...... hehe.. InsyaAllah, Aminnnnnn


Dah mula highlight nama dan tugasan 2013.. InsyaAllah, mari sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara...

Ini antara tugas-tugas Cik Pia bagi tahun 2013, tapi tak banyak beza pun dari tahun lepas :
  1. Matematik Tingkatan 3 (3 kelas)
  2. PJK Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 (3 kelas)
  3. NILAM 
  4. Guru Kelas Tingkatan 3
  5. Jurukamera sekolah
  6. Bendahari PIBG
  7. SU PBS
  8. AJK Headcount
  9. AJK 1 Murid 1 Sukan
  10. Guru Kelab Fotografi
  11. Guru Permainan Bola Jaring
  12. Guru Rumah Hijau
Tekanan dah semakin hampir.... Cik Pia rasa tekanan sebab nya Cik Pia dan pasukan Cikgu Matematik sekolah Cik Pia perlu kekalkan atau tingkatkan peratus lulus dan A bagi subjek Matematik bagi PMR 2013.. Gerun pula bila memikirkan semua tu sebabnya peratus Matematik PMR sekolah Cik Pia 95.8 %, maksudnya % untuk tahun hadapan tak boleh jatuh, kena naikkk lagi..... Risaunya Cik Pia ......

Semoga Cik Pia dan kawan-kawan yang lain dapat buat yang terbaikkkk lagi untuk tahun hadapan....InsyaAllah Amin..... 

P/s: Students.... Please be nice to me, ok!!!

Wednesday, December 26, 2012

EXPO PERKAHWINAN GERBANG CINTA

En Tunang mesej ajak pergi pameran pengantin dekat Stadium Indera Mulia Ipoh ahad ni.. Dia dapat tahu pun sebab tengok ada banner kat stadium... Eh2. biar betul ada pameran.. Tak ada dengar berita apa-apa pun, ke atau Cik Pia yang tak alert benda2 macam ni.. hehe.. last-last tadi google lah kejap nak tahu kesahihan nya... 

Ahad ni kalau boleh nak tengok la vendor untuk kad kahwin yang murah-murah......

**KLIK UNTUK LINK


Bersempana dengan penutupan tahun melawat negeri Perak oleh kerajaan negeri Perak dan tourism negeri Perak bersama-sama dengan Utusan Malaysia, satu expo perkahwinan akan diadakan :

Tempat : Stadium Indera Mulia Ipoh Perak
Tarikh : 28 - 30 Disember 2012
Waktu : 10 am - 10 pm

Wednesday, December 12, 2012

MOOD KERJA SUDAH SEMAKIN HAMPIR

Aduuiiii....Lansung xterasa cuti sekolah pada tahun ni.. Sebabnya, tahun ni Cik Pia kena jaga exam SPM, lepas tu kena pergi sekolah lepas habis exam SPM sebab ada kerja-kerja yang tak beres lagi, sebab nya Cik Pia kan jaga exam sebelum cuti sekolah bermula lagi...... Bila tengok-tengok kalendar bulan Disember, tinggal lagi 2 minggu aja cuti sekolah Cik Pia.. Banyak masa Cik Pia habiskan di rumah tak pergi mana2 pun, tapi tak apa lah, sebab nya Cik Pia boleh luangkan masa bersama-sama keluarga , lepas ni, mesti masa dengan emak ayah dan adik beradik Cik Pia dah terhad.... Auuuuuwwww, Cik Pia tak nakkkkkk........ Jadi, Cik Pia akan banyak luang kan masa bersama keluarga Cik Pia untuk masa-masa yang berbaki-baki ini okay....


Kalendar kat atas ini adalah baki-baki hari Cik Pia yang tinggal.. Yang Cik Pia pangkah-pangkah tu semua Cik Pia dah kena book.... Book la sangat kan.. Mai sikit tengok.. kekekekeke..

13 DIS : Bawa emak ayah jumpa doktor pakar
14 DIS : Gotong Royong Perdana di sekolah Cik Pia
18 DIS : Gaji + Bonus masuk... Confirm pergi shopping dah ni.. hehehe
19 DIS : Keputusan PMR 2012 diumumkan keluar. Confirm Cik Pia sibuk di sekolah sebab Cik Pia kan Guru Kelas Ting.3 dan kameraman sekolah, pasti wajib kena tangkap gambar ni
20 DIS : Pergi beli barang hantaran dengan En Tunang
23 DIS : Shopping dengan adik beradik
25 DIS : Krismas... Mungkin shopping lagi...
27 DIS : Mesyuarat Guru 
28 DIS : Mesyuarat Panitia

Ohhhhhhhhh, baru Cik Pia perasan, sesi persekolahan bagi sesi 2013 bakal bermula lagi beberapa minggu sahaja lagi.. Rutin harian Cik Pia akan bermula tidak lama lagi..Harap2 tahun hadapan Cik Pia boleh bahagi kan masa dengan kerja-kerja sekolah, dan juga persiapan perkahwinan Cik Pia .. Bloggers yang lain doakan Cik Pia ya....


Monday, December 10, 2012

Makeup tebal tetapi tetap maintain flawless


**Semua gambar dari sumber : Google Image

Sejuk nya mata memandang artis-artis kat atas ni.... Tengok muka sorang-sorang, walaupun makeup tebal tapi maintain aja makeup dan flawless betul kulit diorang..Licin..... Jelesnya...........
Tak tahu la pula kalau kamera trick atau diorang memang artis jadi kulit memang cantik-cantik semua.....

Alahaiiiiiiiii, bila teringat kan pasal makeup ni, ini lah benda yang paling Cik Pia takut sangat dalam perkahwinan Cik Pia nanti.... huhuhuhu... Paling takut kalau dapat Mak Andam yang jenis makeup kan Cik Pia tebal-tebal pastu bila dah lama-lama muka Cik Pia berpeluh2, berminyak2 pula tu kat sekitar hidung dan muka, pas tu makeup pun macam dah bercampur dengan minyak + peluh kita, pas tu kita pun sapu-sapu sendiri, last2 makeup terus cair... OMG, OMG... Takutnya kalau camtu............. Tak nakkkkkkk macam tu okeh masa hari bahagia Cik Pia nanti.. Tak nakkkk.. Takutnya.. Sebab bagi Cik Pia  muka tu sangat penting okeh masa kahwin... Baju tak cantik tak apa.. Yang penting penampilan... Nanti suami tengok sebelah pun, geli aja.... Alamakk, Cik Pia sendiri pun geli..

Masa bertunang hari tu, Cik Pia pun takut sangat part makeup...... Lepas  MUA Cik Pia makeup kan Cik Pia , Cik Pia tengok first2, OMG, tebal giler... Shading kat pipi kuat giler walaupun dia guna warna natural.. Pas tu bibir Cik Pia pula rasa tebal semacam aja... Pas tu dia pakaikan bulu mata palsu pulak...... Cik Pia tengok macam, OMG, KENAPA TEBAL? Padahal Cik Pia request nak natural, nak biasa sahaja... Tak nak pakai bulu mata palsu.....KENAPA TEBAL????

MUA Cik Pia cakap, first2 memang kita rasa tebal, lama2 okay sebab nak tunggu makeup adapt dengan kulit kita.. Emak, adik beradik, saudara mara, kawan2 yang datang dan teman dalam bilik pun kata OK, CANTIK, tak tebal pun diorang kata.... Tak tahulah kot-kot diorang cakap saja nak sedapkan hati Cik Pia yang gundah gulana ni... Kawan Cik Pia siap kata lagi, nanti dalam gambar nampak OK, XTEBAL AIIHHH..... En Tunang pun kata XTEBAL.... CANTIK, OK dia kata... eeeeeee....

Walau apa pun diorang kata, Cik Pia tetap rasa tebal makeup Cik Pia.. Sebabnya :
  1. Kulit muka Cik Pia kan tak flawless sangat, masih ada permukaan bulan kat muka expecially kat pipi, so Cik Pia rasa MUA Cik Pia terpaksa work hard untuk memflawless kan kulit muka Cik Pia, maka terhasil lah mekap tebal
  2. Kulit muka Cik Pia kan memang cepat sikit berminyaknya, lebih2 kat hidung... Memang silau la kat situ..
  3. Kulit muka Cik Pia pun cepat berpeluh, lebih2 kalau pakai pula makeup di hari yang mendebarkan....
 Jadi, sekarang ni, Cik Pia kena jaga sikit muka Cik Pia  cuba untuk memflawless kan pipi Cik Pia  walaupun tak adalah selicin kulit telur tapi sekurang-kurangnya tak adalah sampai MUA Cik Pia terpaksa work hard sangat... Cik Pia kalau boleh nak makeup yang simple dan natural aja, macam Cik Pia pergi kerja, tapi part yang paling Cik Pia suka ada smokey eyes.. Sebab Cik Pia kan dah biasa pakai eyeliner, so nak mata hitam2 comey2 camtu ja,  nak mata redup2 aja macam Ayu Raudhah je nanti... kekekekeke... 

**Gambar kiri = Masa Bertunang
** Gambar kanan = Makeup normal pergi kerja/jalan2
**Gambar tengah = Nak muka macam Ayu Raudhah......heeeeee

Tq Google Image for Ayu Raudhah Picture




Sunday, December 9, 2012

CHECKLIST PERSIAPAN PERKAHWINAN LAGI

Checklist tentang Persiapan Perkahwinan sebenarnya sudah ada di link ini, tapi macam tak detail sangat, so ini la version yang agak detail sikit ehsan dari blog http://alyasyaqiera.blogspot.com/  Tapi, telah diedit sikit sebabnya, ada banyak yang tak sama ... Apa-apapun tq for the cute tick box there !! 

**P/S: Arghhhh... Macam banyak lagi yang tak dibuat, tapi relax lagi.. hehehe...

1. Tarikh/Hari/Masa
Nikah - 31 Mei 2013 - Selepas solat Asar , lebih kurang pukul 4.30 ptg
Resepsi - 1 Jun 2013 - 12.30 pm
Bertandang - 2 Jun 2013 - 12.30 pm

2. Tempat: 
Nikah - Masjid Tambun
Resepsi: Rumah Pengantin Perempuan di Taman Desa Tambun
Bertandang - Rumah Pengantin Lelaki di Manjoi

3. Tetamu:
Nikah:Saudara mara sahabat handai kedua-dua belah pihak (+- 100 orang)
Resepsi: 1000 orang
Bertandang: 1000 orang

4. Tema warna
Nikah: Cream
Hantaran : Maroon + Gold 
Resepsi: Purple + Gold + Pastel Color
Bertandang: Biru Turqoise


8 - 6 BULAN SEBELUM
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek , koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
5 - 4 BULAN SEBELUM
  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan 
  2. Menempah jurufoto :
    Pre-wedding -DIY
    Nikah & Outdoor
    Resepsi & Outdoor
    Bertandang & Outdoor
  3. Tempah MUA
  4. Tempah caterer & menu. 
    Nikah 
    Resepsi
  5. Tempah marhaban
  6. Tempah pelamin 
  7. Tempah DJ 
  8. Tempah Kompang.
  9. Tempah Khemah
  10. Tempah Silat
  11. Beli/tempah baju family.
    Nikah      
    Resepsi
    Bertandang
  12. Beli bunga telur utk tetamu
  13. Beli bunga pahar
  14. Beli bunga manggar
  15. Tempah kek untuk malam potong kek + buka hadiah
  16. Tempah kek/kuih/cokelat untuk VIP
  17. Beli doorgift.
    Tetamu
    VIP
  18. Tempah henna/inai 
  19. Sediakan aturcara majlis.
  20. Sediakan langsir bilik/ rumah

3 BULAN SEBELUM
  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Beli cadar bilik pengantin & wangian bilik
  3. Beli scallop tq tag
  4. Tempah banner/bunting
  5. Tempah board untuk Guest Book Corner
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. 
  7. Sediakan Surat akuan bujang
  8. Hantar dokumen untuk mempercepatkan proses di Jabatan Agama Islam
    Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
    Surat Akuan Bujang
  9. Pre-wedding photoshoot+save the date -DIY

2 - 1 BULAN SEBELUM
  1. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang
  2. Membeli cincin nikah untuk perempuan & lelaki
  3. Membeli barang-barang hantaran yang belum habis dibeli
  4. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
  5. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
  6. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
  7. Mula menyewa di rumah sewa dan beli/masuk barang-barang sedikit demi sedikit
3 MINGGU SEBELUM
  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis nikah & perkahwinan anda nanti
  4. Telefon vendor-vendor yang berkaitan untuk pengesahan
  5. Pastikan gubahan hantaran siap
3 - 1 HARI SEBELUM
  1. Pasang pelamin.
  2. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  3. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  4. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  5. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  6. Packing beg baju untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Pedicure/manicure.
  10. Pakai henna/inai
  11. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda.
  12. Pelamin siap dipasang
  13. Bilik Pengantin siap dikemas
  14. Doorgift dan semuanya siap
  15. Sediakan guestbook corner.
  16. Pastikan khemah telah tersedia
  17. Pastikan papan tanda/bunting siap dipasang

PADA HARI PERKAHWINAN
 Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
 Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
 Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
 Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
 Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
 Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
 Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


Saturday, December 8, 2012

USAHA-USAHA MEMPERCEPATKAN JODOH

Tahun ini, memang banyak undangan perkahwinan yang datang nya dari kawan-kawan Cik Pia masa zaman persekolahan mahupun zaman seuniversiti dan sekerja... Macam biasa, Cik Pia memang suka kalau dapat pergi majlis perkahwinan ni sebab Cik Pia memang suka memeriahkan dan meraikan pengantin yang berkahwin lebih-lebih lagi kalau pengantin tu Cik Pia amat kenali... Kalau Cik Pia tak dapat pergi masa bersanding, Cik Pia mesti akan pergi akad nikah jika diizinkan dan tiada aral melintang, InsyaAllah...

Dalam bersembang-sembang dengan kawan-kawan , tidak kurang juga ada juga sahabat-sahabat yang bertanya:

  1.  ''Carilah aku sorang calon cikgu ke, doktor ke, atau sesiapa ajalah, umur aku dah 26 tahun ni tahun depan, kawan lain dah beranak-pinak dah'' 
  2. ''Aku takut la pula tengok semua kawan dah kawen, aku tak kawen-kawen lagi.. Macam ni.. Duit dah banyak, calon pula tak ada.. Cari satu calon''
Alamak..... Kalau bab suruh Cik Pia cari calon, minta maaf la banyak-banyak  ya, sebab Cik Pia memang tak pandai nak match-match kan orang ni, takut tersalah match pula.. Tapi, ada beberapa tips yang Cik Pia boleh kongsikan pada sahabat-sahabat Cik Pia mahupun bloggers yang lain dalam usaha-usaha untuk mempercepatkan jodoh... Iyalah, sesetengah tu , nak kahwin sangat-sangat... Tapi, jodoh tak sampai-sampai lagi....

  • Betulkan niat dalam hati terlebih dahulu.. Tanya pada diri sendiri, apa makna kahwin bagi anda? Jika anda kahwin hanya kerana melihat orang lain berkahwin, atau hanya kerana dipaksa berkahwin, atau tidak mahu dilabel sebagai andartu terlampau yang belum kahwin, maka perkahwinan itu akan jadi sia-sia sebab tiada hala tuju yang ingin anda fokuskan.
  • Banyakkan berdoa pada Allah.. Solat hajat/taubat/sunat.. Dekatkan pada Pencipta kita.. Sesungguhnya DIA lah yang mencipta rasa cinta dalam setiap insan.. Mengadu dan memohon la pada Yang Maha Esa. Berdoa supaya diringankan urusan jodoh dan juga ditemukan jodoh yang terbaik (terbaik bukan bermaksud kacak/kaya tetapi melengkapi hidup kita)
  • Berusaha - Tidak salah jika kita berusaha mendapatkan jodoh dengan cara menggunakan orang tengah untuk merisik calon pilihan kita, match maker dari sahabat-sahabat, atau carian jodoh alam maya asalkan kita pandai menjaga diri dan tidak membelakangkan agama serta keluarga kita.
  • Memperbaiki  diri sendiri. Kadang-kadang sesetengah orang sering mengimpikan untuk dapat jodoh yang sempurna, cantik/kacak, alim, baik dan sebagainya, tapi kita tak pernah nak cermin diri kita sendiri. Kalau kita cantik pun, peribadi kita cantik sangat ke? Kalau kita alim pun, tapi dalam hati selalu mengata-mengata orang, eeeemmm.. macam na tu? Jadi, rasanya tidak perlu la kita mencari dan terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang setinggi langit kalau kita pun tak sehebat mana sebenarnya.. Sebaiknya, kita cermin diri kita dulu sebelum meletakkan penilaian pada calon kita.
Semoga dapat membantu bloggers sekalian ... 

Friday, December 7, 2012

REVIEW:JURUGAMBAR IPOH: PERKHIDMATAN JURUKAMERA YANG BERBALOI

Wahhhhhhhhhhhh, tajuk bukan kemain lagi kau ye Cik Pia....

Masa bertunang hari tu dalam hati tak nak la pakai photographer bagai ni sebabnya, rasa macam I is OVER okeh... Mengalahkan artis gitu..... Tapi, along selaku kakak yang dah berpengalaman suggest photographer yang pernah shoot time dia kahwin dan majlis akikah anak dia dulu..

Bab photographer ni Cik Pia memang selected sikit sebabnya, ada beberapa syarat yang Cik Pia pertimbangkan sebelum Cik Pia nak pilih seseorang photographer tu.. Demand kan.. hehehe.. Apa nak buat, Cik Pia kan photographer sekolah...kekeke.. (apa kena mengena nya ???)
  1. Tak mahu cari photographer yang mahal-mahal sampai beribu-ribu hanya sebab untuk majlis bertunang aja pun.
  2. Tak mahu photographer yang suka edit-edit pengantin sampai wajah pengantin terus flawless gila, bersinar-sinar macam baru lepas polish, putih melepak macam tepung gomak hingga nampak muka ja putih, tangan hitam.. hahahaha..
  3. Tak mahu photographer yang edit-edit gambar, last2 gambar tu macam mode instagram aja atau lebih tepat macam guna mode grayscale atau sepia sahaja.
  4. Tak mahu photographer yang tak friendly sebab nanti mesti macam akward gila 
  5. Yang penting, kualiti diprint adalah baik sekali dan gambar jelas cerah , warna warni, bukannya kusam macam tak cukup ink nak print..
Alhamdulillah sangat-sangat sebab Cik Pia ditemukan dengan photographer yang tiada satu pun ciri-ciri negatif seperti kat atas tu.... Best  sangat-sangat sebab photographer untuk majlis bertunang Cik Pia ni :
  1. Harga sangat berpatutan... Dia tak ada guna pakej-pakej.. Dia punya stail pakai roll.. Jadi, terpulanglah korang nak pakai berapa roll untuk majlis korang.. Harga memang sangat berpatutan.. Cuba tanya kat photog lain, ada dapat camni? Tak ada punya...
  2. Photographer Cik Pia ni dia memang bukan style yang edit-edit gambar punya.. BAGUS!! Jadi, gambar-gambar yang dapat tu memang 100% dari effect kamera... Kalau dia edit pun, dia edit sikit-sikit saja.. 
  3. Photographer ni pun dia tak adalah nak edit-edit gambar macam ala-ala grayscale ke apa.. Gambar dia memang colorfull habis.. Kalau kau pakai baju biru, biru la.. Tak adalah ko dapat warna grayscale
  4. Memang friendly habis...... Suka melayan Cik Pia bergambar....... Hahahaha....... Tak ada limit masa, lepas bergambar, bergambar lagi dan lagi dan lagi bergambar... hahahahaha.....
  5. Kualiti gambar memang superb habis.. Cik Pia memang suka sticky album, sebab gambar dia print memang cantik sungguh, naik semua warna dalam gambar...
  6. Dan yang paling Cik Pia terharu adalah Cik Pia ingatkan dapat album biasa sahaja, tapi sekali dapat album besar, 1 cd semua gambar dari awal sampai habis, 1 frame gambar edit.... wahhhhhh... suka sangat!!! Fifi sukeeeeeeee

Overall, gambar bertunang Cik Pia adalah ohsem!!! 
Sesiapa yang mahu photographer Anuar , boleh minta contact no dari Cik Pia , ok?


The Real Photographer of My E-Day....
Tengok la punyalah ramai yang nak tangkap gambar Cik Pia, feeling artist la Cik Pia ni, apa lagi.



Gambar-gambar di atas ni pula Cik Pia yang edit masuk guna photoscape.. Tiada edit color digunakan.. Gambar original Cik Pia edit masuk dalam page sahaja... 

REVIEW : MAJLIS MERISIK & PERTUNANGAN

Alhamdulillah... Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan dengan 5 Syawal 1434 Hijrah merupakan tarikh bersejarah buat Cik Pia sebab Cik Pia telah dirisik dan bertunang dengan seorang lelaki yang dahulu nya dikenal kan oleh kawan tempat kerja Cik Pia.. Alhamdulillah.. Match maker menjadi.. kekeke..... 

Sudah 3 bulan 2 minggu  Cik Pia bertunang dengan tunangan Cik Pia ..... Alhamdulillah...

Tinggal lebih kurang 5 bulan 3 minggu dan 4 hari lagi Cik Pia akan meninggalkan zaman bujang.... 

Lambat lagi rasanya...... hehehe...... Bila free2 macam ni mulalah rasa lambat lagi.... Kalau nak dekat nanti baru la rasa kalut sampai tak sempat nak siapkan semua benda.... 

Macam kes pertunangan Cik Pia , bulan Jun En Tunang bagitahu nak masuk merisik dan bertunang dengan Cik Pia lepas raya ok, Cik Pia is malu ok!! Bagi tau emak, hujung2 Jun kot... hahaha.... Kalutness ok !!

Sebabnya, masa tu rumah tengah renovate, so tak tahu sempat atau tak majlis dibuat.... Kebetulan pula En Tunang adalah anak dan cucu kesayangan ok, of course majlis pertunangan dia semua nak datang... So, perlu kan ruang rumah yang besar sikit, plus Cik Pia pun mestilah nak juga keselesaan pada semua yang hadir expecially untuk family Cik Pia sendiri.... 

Kan dah cakap tadi, confirm semua keluarga En Tunang datang majlis pertunangan.. Takut Cik Pia tengok dari atas... Dub dub dub dab dab dab.. Sampai photographer pun kata, ''Ini pertama kali saya tengok majlis pertunangan yang ramai orang..OMG''


Antara hantaran dari Cik Pia kepada En Tunang..... Banyak makanan , sebab masa ni Raya ke-5. Emak kata pihak perempuan baik banyakkan makanan manis-manis pada pihak lelaki.. Sebenarnya plan asal nak buat 7 berbalas 9 sahaja, tapi sebab banyak saudara mara kedua belah pihak bagi macam2, maka jadilah 16 berbalas 16.. hahaha.. Genap, tak pe lah, adat sahaja kan.. 



Yang ini pula hantaran dari En Tunang kepada Cik Pia.. Tema Purple oke.. Sebabnya, Cik Pia kan suka warna purple, so pihak lelaki bagi warna purple dan En Tunang suka warna biru, so, Cik Pia pula bagi hantaran warna biru dan tema majlis Cik Pia pun jadilah warna Biru Turqoise.. Overall hantaran Cik Pia dan En Tunang semuanya perfect walopun kami bagi biasa2 sahaja, xde lah gempak2 sangat.. Perfect sebab cantik, dan dari En Tunang lagi cantik dan beradun aja kerja nya, rasa malu pula Cik Pia bagi hantaran sebab xda la secantik hantaran dari belah En Tunang.

Yang ini masa majlis merisik dan pertunangan.... Pihak perempuan diwakili oleh saudara ayah Cik Pia yang memang dah biasa jadi orang tengah,pihak En Tunang pula diwakili Pakcik nya.. Nebes2 masa ni kat atas... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....


Sweet moment.. 
Terima kasih En Tunang dan sekeluarga kerana sudi merisik dan meminang ku ..


Alhamdulillah, selamat semua, apa lagi, bergambar time la..


Oke, nanti Cik Pia akan review pasal vendor-vendor ni semua ok!

Thursday, December 6, 2012

B2B BLOGGER

Salam........

Kali ni Cik Pia (wahhhhhh, nama pun dah tukar ye, cik pia ko... kekeke) nak share dengan B2B semua batch2 yang comel2 dari B2B yang tersangat rajin mencreate batch ini untuk kita semua.... Apa lagi, barang free, kita ambil, tapi, jangan lupa bagi kredit pada mereka ya.....

Tapi, sekarang ni, Cik Pia kompius la, nak ambil batch B2B bulan Mei atau Jun ek? Sebabnya, Cik Pia bakal bernikah 31 Mei, sanding pula 1 Jun...... Nak kira yang nikah ke atau sanding tu eh?? Tapi, officially married 31 Mei la kan? so, decide la jadi B2B Mei....... nampak la cepat sikit masa nya......kalau Jun macam lambat aja lagi kan? heeheee

Tapi kan, blog2 B2B ni semua nya bagus la buat DIY... Cik Pia idok la reti nak ber-DIY ni.... Adusssss.. tak ada masa nampak gayanya, walaupun ada sebulan cuti sekolah.... Mungkin minat DIY ni xada kot, xsebab Cik Pia lebih suka menginovasikan sesuatu benda tu bagi nampak fungsi nya, tapi, kalau ada, boleh la kot Cik Pia share kan pada korang..... Kot kalau ada ya??

Tuesday, December 4, 2012

TUNGGU SEKEJAP


WILL UPDATE SOON......


Sunday, November 18, 2012

KURSUS KAHWIN LAGI

Alhamdulillah.... 
Selesai sudah kursus kahwin petang tadi dengan diakhiri dengan ujian 30 soalan objektif.... Result xdapat lagi, tapi sijil kursus kahwin dah dapat.. Kira LULUS la tu ye??hehehe...

Itulah sijil kursus kahwin yang dapat tadi.... Kena simpan elok-elok dan nak buat copy banyak sikit..... Dan tolong simpankan sekali yang copy untuk En Tunang...... Takut dia bagi hilang... Baik p copy siap2..... 

Dari semalam lagi masa kursus kahwin dok tengok peserta-peserta kursus yang datang ambil kursus kahwin........ Bukan usha-usha line yang mana hensem ya, tapi dok tengok attitude sorang-sorang peserta.. hehe.. tak ada kerja kan aku ???  Peserta yang datang kebanyakkanya muda-muda, bagus!! Tapi ada satu sikap yang aku xgemar, rasa macam nak p tegur ja.. hahahaha.. mentang-mentang la cikgu kan.... Boleh pula peserta-peserta ni p tidur masa ceramah... eeeeeeeeeeeee....geram betul la dengan diorang ni............ Macam xbersungguh ja p amik kursus.. Kalau setakat p amik kursus sebab nak  lengkapkan syarat kahwin kat Malaysia ni, baik xpayah amik kursus...... Boleh pula tidur depan2 penceramah.... Nak kata boring , xada la boring, sebab ustaz-ustaz semua nya memang pandai buat lawak... eeeeeeeeeeeeeee....... geram2.....  kalau diorang ni pelajar aku, memang dah lama kena sound!!!!!!! Tapi, bab kata ustaz, kita berprasangka baik ajalah, anggap aja diorang ni tidur tapi boleh serap apa yang ustaz tu cakap...... 



1st STEP PASS... 
MOREEEEEEEEEEE STEP TO GO !!!!!!!


Related Posts with Thumbnails