Wahhhhhhhhhhhh, tajuk bukan kemain lagi kau ye Cik Pia....
Masa bertunang hari tu dalam hati tak nak la pakai photographer bagai ni sebabnya, rasa macam I is OVER okeh... Mengalahkan artis gitu..... Tapi, along selaku kakak yang dah berpengalaman suggest photographer yang pernah shoot time dia kahwin dan majlis akikah anak dia dulu..
Bab photographer ni Cik Pia memang selected sikit sebabnya, ada beberapa syarat yang Cik Pia pertimbangkan sebelum Cik Pia nak pilih seseorang photographer tu.. Demand kan.. hehehe.. Apa nak buat, Cik Pia kan photographer sekolah...kekeke.. (apa kena mengena nya ???)
- Tak mahu cari photographer yang mahal-mahal sampai beribu-ribu hanya sebab untuk majlis bertunang aja pun.
- Tak mahu photographer yang suka edit-edit pengantin sampai wajah pengantin terus flawless gila, bersinar-sinar macam baru lepas polish, putih melepak macam tepung gomak hingga nampak muka ja putih, tangan hitam.. hahahaha..
- Tak mahu photographer yang edit-edit gambar, last2 gambar tu macam mode instagram aja atau lebih tepat macam guna mode grayscale atau sepia sahaja.
- Tak mahu photographer yang tak friendly sebab nanti mesti macam akward gila
- Yang penting, kualiti diprint adalah baik sekali dan gambar jelas cerah , warna warni, bukannya kusam macam tak cukup ink nak print..
Alhamdulillah sangat-sangat sebab Cik Pia ditemukan dengan photographer yang tiada satu pun ciri-ciri negatif seperti kat atas tu.... Best sangat-sangat sebab photographer untuk majlis bertunang Cik Pia ni :
- Harga sangat berpatutan... Dia tak ada guna pakej-pakej.. Dia punya stail pakai roll.. Jadi, terpulanglah korang nak pakai berapa roll untuk majlis korang.. Harga memang sangat berpatutan.. Cuba tanya kat photog lain, ada dapat camni? Tak ada punya...
- Photographer Cik Pia ni dia memang bukan style yang edit-edit gambar punya.. BAGUS!! Jadi, gambar-gambar yang dapat tu memang 100% dari effect kamera... Kalau dia edit pun, dia edit sikit-sikit saja..
- Photographer ni pun dia tak adalah nak edit-edit gambar macam ala-ala grayscale ke apa.. Gambar dia memang colorfull habis.. Kalau kau pakai baju biru, biru la.. Tak adalah ko dapat warna grayscale
- Memang friendly habis...... Suka melayan Cik Pia bergambar....... Hahahaha....... Tak ada limit masa, lepas bergambar, bergambar lagi dan lagi dan lagi bergambar... hahahahaha.....
- Kualiti gambar memang superb habis.. Cik Pia memang suka sticky album, sebab gambar dia print memang cantik sungguh, naik semua warna dalam gambar...
- Dan yang paling Cik Pia terharu adalah Cik Pia ingatkan dapat album biasa sahaja, tapi sekali dapat album besar, 1 cd semua gambar dari awal sampai habis, 1 frame gambar edit.... wahhhhhh... suka sangat!!! Fifi sukeeeeeeee
Overall, gambar bertunang Cik Pia adalah ohsem!!!
Sesiapa yang mahu photographer Anuar , boleh minta contact no dari Cik Pia , ok?
The Real Photographer of My E-Day....
Tengok la punyalah ramai yang nak tangkap gambar Cik Pia, feeling artist la Cik Pia ni, apa lagi.
Gambar-gambar di atas ni pula Cik Pia yang edit masuk guna photoscape.. Tiada edit color digunakan.. Gambar original Cik Pia edit masuk dalam page sahaja...
0 comments:
Post a Comment
Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe