MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Tahun 2012 yang mencabar

Tahun 2012 semakin sampai ke penghujungnya... Tinggal lagi 2minggu masa untuk bercuti sekolah...
Minggu ni sekolah sampai Rabu aja, sebab sekolah aku ambil cuti Khamis Jumaat utk Raya Haji....
Minggu satu lagi depan pula, Khamis ada taklimat SPM..... 
Sabtu 3/11/2012 pula ada perkhemahan kat sekolah....
Minggu lagi satu depan pula, minggu terakhir sekolah, adalah minggu SPM.... so, tinggal lagi 2 minggu ajalah ak kat sekolah untuk setelkan apa2 yang patut... sepatutnya, lagi nak dekat cuti sekolah, lagi happy kn, tapi aku tak...............
Sebabnya, lagi banyak kerja nak kena setelkan :
-Nak setelkan yuran majalah budak2 yang ketegaqqq nak bayar...
-Nak setelkan PIBG (Bendahari PIBG)
-Nak setelkan Kad 001, Kad kesihatan, Kad ape2 lagi...
-Nak setelkan pasal majalah (Fotografi sekolah)
-Semua pasal PBS Form 1 yang tak ada kena mengena gn aku(nasib r jadi SU PBS)

Baru  lepas habis print Sijil PBS KRSV

Aku lah SU PBS yang paling rajin sebab tolong susun, tolong label no, tolong susun ikut kelas, buat filing.. hahaha..... Ada sapa2 nak jadi SU PBS tahun depan tak?


Walaupun hakikatnya, tahun ni aku rasa otak aku bukan saja dibelah kepada dua (otak kanan-otak kiri sebab ngajar Matematik dan Seni Visual) , malah aku rasa otak aku telah pun dipecah-pecah kan kepada bahagian2 yang lebih kecik, sebab nya banyak betul tugasan yang diberi sampai satu tahap aku rasa macam nak resign aja semua nya tuh... 

Tapi, bila difikir-fikir balik, aku bersyukur sebab dapat semua jawatan2 penting sekolah, sebab maksudnya, sekolah merasakan aku sangat-sangat penting kat sekolah, sangat-sangat diperlukan dan mereka percaya kepada aku dan kebolehan aku... sebab itu, semua jawatan2 dan tugasan yang diberi oleh mereka aku akan beri all out 200% walaupun kadang2 kena korbankan masa tidur dan rehat aku...... walaupun , kadang2 aku terlambat siapkan, tapi aku akan pastikan hasil nya memang all out dan tak sia-sia kelewatan aku itu.... kekekeke....

Jadi, bila semua kerja-kerja aku dah setel, boring pula bila tak ada kerja.... Rasa macam ternanti-nanti kerja-kerja yang lain... kekeke.... Jadi, mula lah gatal memakai shawl ilham dari sepet... Macam best la pula..... Padahal nak pergi tesco aja pun... kekeke... Sempat jugak la beli shawl rm10 kt tesco sebab rasa macam best la pula pakai pegi jalan2... 






Sunday, November 14, 2010

Sudah Baru

cats

Yeaaahhh.. Akhirnya blog sudah berubah wajah dan rupa… Setelah banyak template dicuba dan diedit2, akhirnya ini yang aku berkenan sebab nampak simple, tak ada bunga2, dan kerawang2 bagai…hehehe.. walaupun aku ni perempuan melayu terakhir yang ayu, tapi aku tetap tak berminat pada bunga2 kt blog aku.. hohoho.. tapi kalau blog orang lain, aku tengok cantik dan cute aja…

Ok, sempena tahun baru yang bakal menjelma ni, aku ada buat transformasi baru sikit pada blog aku ni… Kalau sebelum ni, aku main letak aje widget-widget yang ada dimana-mana dalam blog, tapi pada template blog yang baru ni, aku menyusunnya dengan lebih teratur dan kemas… Bukan apa, ini bagi menyenangkan aku , lebih-lebih lagi aku memang suka melepak di blog aku dan blog-blog kawan2 , otai2 dan juga followers.. Xpercaya? Sila tengok ruangan komen korang, mesti penuh dengan nama ‘Sofia Karim’ .. hehehe..

NEW LOOK OF MY BLOG

YeMFu2

Header blog yang baru lagi menawan.. hehehe.. Sebenarnya teringin juga nak buat header guna Photoshop.. Hari tu, Lili dah bagi link pada aku, cuma aku ni yang masih buta photoshop lg.. Ok, akan aku pelajari photoshop secepat mungkin.. Sebelum ni pun, blogger GuaOtai pun ada design header kat aku, tapi xboleh nak apply kat blog sebab saiz besar, bila kecilkan nampak tak ok pl..,Setakat ni, aku menggunakan header ihsan dari ilmu blogger Muje 100Penulis.. Kalau korang rasa cun, boleh la korang try kat blog korang pula ye..

cats

Para pengikut setia aku letak di bahagian atas sekali, tanda aku amat-amat menghargai kedatangan dan taat setia mereka pada blog aku.

catsKalau korang semua tengok kat sebelah kiri blog ni, aku ada letakkan link Geng Cikgu Cikgi untuk kawan2 aku dari zaman sekolah sampai la universiti..

cats 1Link Blogger Hebat plk adalah untuk blogger alam maya yang best, baik hati dan aku suka baca blog mereka bila ada update terbaru diorang..

catsbLink Blog Wajib Terjah disebelah kanan pula khas untuk blogger2 otai yang aku kagumi dan suka menerjah blog mereka!!! Apa-apa pun, sesungguhnya kesemua blog mereka dan korang semua adalah sungguh gempak dan hebat!! Aku sayang blog korang semua…

cats 2 Kalau kat sebelah kanan pula, ada link untuk tutorial-tutorial komputer/blog/photoshop/dslr yang aku rasa senang dan simple mimple untuk orang yang macam aku ni, yang susah bangat nak paham2 bahasa komputer ni.. hehehe.. Jadi,untuk sesiapa yang ada masalah-masalah macam aku ini, boleh la terjah tutorial-tutorial yang aku dah linkkan itu ye.. Gerenti best!! Dan penggunaan BM nya pun mudah jugak la nak faham..InsyaAllah kalau ada tambahan blog lagi, aku akan masukkan link dalam blog ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila dah ada wajah baru ni, barulah bersemangat waja nak update blog.. Tak gitu???

Related Posts with Thumbnails