MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 27, 2009

Jom g Jamuan Raya UPSI

Salam... Seperti tahun lepas juga, UPSI bakal mengadakan 1 Jamuan Raya sempena Bulan Syawal..Disebabkan diri ini memang kuat makan, jadi apa2 yang berkaitan makanan pasti akan menjadi perhatian ku.... hehe...Masa ni lah nak makan banyak.. Jimat duit sikit.. Hehehe...

Tempat : Belakang Auditorium Utama, UPSI

Tarikh : 1 Oktober 2009 (Khamis)

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang


Jadi ape tunggu lagi, jom kita pakat2 serbu Open House UPSI..Rezeki jangan ditolak..Bala jangan dicari...Hehe..Lagipun menu tahun lepas agak best jgk.. Banyak makanan yang direbut2.. Jadi, jom kita serbuuuu Khamis ni..

Emm, tp ada 2 Jamuan Raya yang ku tunggu.. Satu Jamuan Raya Rexco Keusahawanan punya, dan satu lagi Jamuan Raya 311... emm... 311 tu rumah saya utk sem ni.. Xpasti lah samada jadi buat ke x? Chef Nadia n kak Juliya semangat bincang nak buat sebelum raya hari tu.. hehe...Perut ni pun semangat nak makan jgk...

p/s::Jangan lupa simpan perut dan bawak tuperware lebih untuk hari Khamis nanti ye...

Saturday, September 26, 2009

Hilang Mood Raya...Datang Mood Buzy


Salam...

Aidilfitri semakin lama semakin meninggalkan kita.. Cuti raya sudah sampai ke penghujungnya...

Tak sedar semester 7 pada tahun ini berjalan dengan begitu pantas sekali.. Pejam celik pejam celik akhirnya berjaya juga diri ini sampai ke penghujung fasa terakhir di UPSI ini... Dalam hati ini betapa seronoknya bakal meninggalkan dewan kuliah, nota kuliah, assignment, study, stay-up, peperiksaan.... Tapi.. Jauh di sudut hati ini, sedih juga nak tinggalkan UPSI yang membawa sejuta kenangan pahit manis selama hampir 3tahun setengah disini..Terima Kasih Ya Tuhan kerna tempatkan diri ini disini.. Rasanya belum cukup lagi ilmu di dada untuk menjadi seorang guru yang benar2 berkualiti..InsyaAllah akan ku cuba lakukan yang terbaik dalam membawa nama UPSI nanti di alam praktikum..

Bila semester nak dekat habis, assignment pun semakin bertambah2 sampai xterpikul dek beban..Tapi, sem ni kira kurang sikit dari sem lepas..(Mcm sama je) Lebih2 lagi cuti2 sakitku yang lepas menyebabkan lebih banyak kerja tertangguh yang terbeban...Aduishh.... Sabar2.. Semua ini akan beres juga...InsyaAllah...

  • Tesis submit to Prof 2hb Oct 09
  • Tesis submit to KPM n JPN (lambat2 pun xpe---kata diorang...ntah betul ntah x)
  • Pokok dan Baja Kompos TSE (setiap hari kena selia)
  • Gunung Nuang XPDC (InsyaAllah 2hb-4hb Oct klu xda pe2)
  • Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang (submit on 8-9hb Oct 09..harap2 la menang)
  • UPSI Environmental Day ( 15 Oct 09)
  • Quiz Intro Of Chemistry II (xtau bila tarikhnya)
  • RPA (ada 4 kali perjumpaan lagi xsilap)
  • Program Mari Mengajar -P2M (xconfirm tarikh lagi, tp after raya kot)
  • Tak lupa Minimart kusayang (Khamis n Jumaat xtermasuk OT hari lain...Money is Money... hehe)
  • Study
  • Final Exam (xkuar lagi tarikhnya)
Emm... itu belum ditambah lagi dengan solat, makan, minum, mandi, basuh baju, tidur, gosip, main2, tgk movie, mesej, telefon, ym, surf internet, jalan2, balik kampung, rebut bus, kelas, merewang xtentu pasal.. emmmm....Yang pasti , xsabar nak semua keje2 kat atas td ni BERESSSSS....

p/s: Tetapi.. biasalah bila dah buzy ni, main internet tetap x buzy.. emm... Kenapa ek? Ok lah, nak layan Sinergi Bab 5 pl... Dah keluar.... Can't wait Sinergi Bab 6 plk...

Friday, September 25, 2009

Syawal dan kemaafan

Salam kepada semua.. Rasanya belum terlambat lagi untuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada ayahandabonda terchenta, adik beradik serta saudara mara kaum kerabat , sahabat-sahabat baik di Ipoh,mahupun di seluruh Malaysia terchenta...

Dari jauh ku kirim salam,Walau langkah tak bertemu,Tangan tak berjabat, Ucap tak terdengar,Mata tak bertentang, Mohon maaf segala kekhilafan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar,lidah terlanjur berbicara, hati tersalah menduga.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

p/s: Tahun ini xdapat diri ini untuk beraya dan tawaf satu Ipoh bersama sayang-sayangku..Maaf ye.. Tuntutan Ilmu memerlukan diriku ini lagi..InsyaAllah kita berjumpa di Raya Haji nnt..
Gambar raya tahun lepas bersama sayang2ku


Saturday, September 19, 2009

Syawal itu

Salam...

Alhamdulillah...

Akhirnya hidup kita pada pagi 1 Syawal 1430 H ini..

Alhamdulillah...

Seharusnya diri ini bersyukur kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang diberi olehNya.....

Alhamdulliah...

Diri ini masih diberi kesempatan untuk memohon kemaafan dari ayahandabonda serta keluarga terchenta atas segala kekasaran bahasa, kesilapan bicara, serta tindakan yang mengguris rasa Sekurang2nya diri ini masih bersama insan2 tersayang yang hidup sihat waalafiat di muka bumi ini jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang tidak berpeluang bermaafan di atas muka bumi..Hanya pusara sebagai pengubat rindu....

Alhamdulillah...

Diri ini masih berpeluang untuk meraikan lebaran di dalam suasana yang cukup bahagia serta meriah..Masih mampu bergelak ketawa, bergurau senda, serta berjenaka bersama sanak saudara..Itu tandanya diri ini aman tiada musibah....Alhamdulillah... Jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang perlu beraya di dalam ketakutan serta tangisan berpanjangan...

Alhamdulillah....

Diri ini masih berpeluang menyambut Syawal dengan persalinan baru, wajah baru serta serba serbi semuanya baru.. Alhamdulillah YaAllah..Namun, jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang daif, yang hanya memandang Syawal seperti 11 bulan yang lain..Tida beza.. Tiada baju baru, tiada kasut baru, tiada apa2 pun yang baru...

Sesungguhnya, diri ini perlu bersyukur atas segalanya.. Bersyukur atas segala apa yang ada dan dapat dalam hidup ini...



“Barangsiapa bersyukur atas nikmat kurniaan-Ku nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan barangsiapa kufur maka ingatlah bahawa azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim:7)
SAY ALHAMDULILLAH....
THANK YOU ALLAH
p/s:: Kadang-kadang diri ini lupa untuk bersyukur atas nikmat yang dikecapi... Selalu merungut..... hurmmmm..

Friday, September 18, 2009

Menjelang Syawal

Salam..

Alhamdulillah...Sesudah sebulan kita menunaikan puasa di bulan ini, akhirnya kita semua bakal tiba di hujung fasa ketiga di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..Tahniah diucapkan kepada semua..Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan Bulan Keberkatan ini dan seterusnya bakal meraikan nya dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mahupun di bandar tercinta...

Pastinya, keadaan di bandar sekarang ini agak lenggang serta sunyi sepi kerana anak2 kota mula meninggalkan kehidupan hiruk pikuk untuk kembali ke kampung halaman masing2... Di kampung halaman pula, pastinya anak2 serta kaum keluarga sibuk menghiaskan rumah bagi merayakan sambutan Syawal...

Dan tidak ketinggalan juga untuk keluargaku dalam memperindahkan teratak kami.. walaupun, untuk tahun ini, batalion keluarga kami kekurangan tenaga lelaki serta berkurang seorang ekoran kakak ku pulang ke rumah mentuanya,tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk membuat persiapan Aidilfitri..

Ini antara gambar2 yang berjaya dicandid sempena menjelang Syawal...



Antara kuih-kuih tunjuk yang tertunjuk di kedai2.


Menyusun kuih-kuih raya yang berjaya ditunjuk-tunjuk.



Cuci gelas sampai bersinar.

Malam 7 likur.


Potong lemang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Pantun Raya Mengikut Negeri

Salam....
Jom kita berpantun sempena dengan kedatangan Bulan Syawal yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi ini... Pastikan ketika anda membaca pantun2 ini dengan menggunakan loghat negeri2 nya ye....

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi

Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak
Jauh nak kena naik belon baru boleh buat pantun…hehehe...



Wednesday, September 16, 2009

Salam Yang Pertama

Salam… Alhamdulillah..

Akhirnya tercapai sudah impian ku untuk memiliki sebuah blog.

Alhamdulillah ku panjatkan,, semoga dengan lahirnya blog ini, dapat lah diri ini berkongsi serba sedikit input berguna serta pengalaman2 hidup kpd pembaca2 blog ini…

Semoga diri ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT supaya dapat mencipta serta mengharungi pelbagai lagi kenangan2 di dunia ini dengan baik dan seterusnya berkongsi dengan semua…

Sesungguhnya, yang baik itu datang dr Allah SWT, dan yang buruk itu dtg dr kelemahan sy sendiri.. Terimalah..Epilog Sebuah Kehidupan…

Melangkah itu mudah, Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah, Namun memahami destinasi itu yang susah. Menyusuri susur itu mudah, Namun menuju nokhtah itu pasti mendatangkan lelah. Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah SWT.

p/s:: Im a new beginner…. Kalau salah tolong tunjukkan…..
Related Posts with Thumbnails