MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 18, 2014

TTC FOR PREGNANT + BABY


Apa ni ????

Oke, nanti Puan Pia akan cerita ya!!!

Kawan-kawan blogger semua doakan suhu Puan Pia semakin tinggi, dan jangan drop sampai jumpa line merah itu ya !!!!!

****Nanti Puan Pia akan cerita apa benda graf-graf semua ni k.. Mentang-mentang la Cikgu Math ya!!!

PERANCANGAN 2014

Alhamdulillah.. Bila dah berkahwin, makin matang pemikiran.. Macam-macam difikirkan untuk kebahagiaan bersama... Perkara remeh temeh jarang difikirkan.. Sekarang ni masa untuk focus pandang ke hadapan menuju hari-hari indah yang lebih bermakna.......
 
Untuk tahun yang lepas, 2 sasaran telah dapat dicapai.... Wishlist come true... Alhamdulillah, selepas kahwin, rezeki dating mencurah-curah... Dapat pula APC walaupun tak sampai 3 tahun mengajar di sekolah.. Itulah namanya rezeki, setelah berhempas pulas untuk tahun sebelumnya.. Bukan untuk dilihat orang atasan tapi untuk kepuasan diri sendiri.. Walaupun banyak tentangan dari kawan-kawan yang mungkin tak percaya dengan anugerah ini,tetapi yang penting, ini menambahkan semangat Puan Pia terus berkhidmat buat sekolah.....
 
 
 
 
Ini sasaran untuk tahun 2014 ini pula....
 
 
1) Nak terus-terus menjadi 'Great Teacher Sofia'
2) Tahun ni plan nak beli rumah
3)Kami berdua nak kurus, nak maintainkan berat..
4)TTC to get pregnant + baby
5) sampingan nak HP/kamera baru
6)Kewangan stabil, kukuhkan simpanan dan tak mau boros2..

Wednesday, January 8, 2014

SEWA : EASEL DAN BLACKBOARD

Tahun baru dimulakan dengan bisnes kecil-kecilan..
 
Bermulalah kerja menghantar sewaan easel dan blackboard di sekitar Ipoh...
  
Alhamdulillah, rezeki murah, B2B suka, Puan Pia lagi suka...
  
Semoga lebih banyak rezeki lagi untuk tahun 2014...
 
*** Terimakasih Cik Abg syg yang sentiasa membantu !!!

 
B2B yang nak menyewa easel dan blackboard ini, sila PM saya sahaja di sophiaon7@yahoo.com ok!!!
 
Tengok gambar kat sini : SEWA EASEL + BLACKBOARD DI IPOH
 
***Keutamaan diberikan pada B2B Ipoh dan sekitarnya !!
 
***Best Price, dun wori !!

Thursday, December 5, 2013

REVIEW REVIEW REVIEW ....

OMG !!!
 
Dah 6 bulan kawen, review pasal kawen semua, Puan Pia belum buat habis lagi...Ampunnnnn.....
 
Puan Pia akan  buat dengan segera ok...
 
Terlampau busy dengan kerjaya guru, habis tak buat review semua.. hehehe... Nasib baik ada masa cuti sekolah, boleh la marathon review kawen semua ok !!!
 
Lupa kan semua pasal kesedihan-kesedihan, mari kita buka buku baru yang lebih mantap dan bersemangat !!!
 
Terima kasih rakan-rakan blogger yang memahami diri ku, memberi kata-kata semangat dan dorongan !!! Yeaaahhh2, I can do it !!!
 
 
Bak kata kakak Puan Pia, jangan dipikir kan sangat !! Allah akan bagi rezeki anak itu tepat pada masanya...Just enjoy every single moment with your love one !! Nanti dah anak, tak boleh nk berdua-duaan ...... Mungkin masa sekarang ini, Allah bagi masa pada Puan Pia dan suami untuk bentuk dahulu acuan keluarga sendiri, kumpul duit, stabil kan ekonomi, mengenali pasangan (sebab masa sebelum kawen, xsempat nak berkenal-kenalan) dan yang paling penting, Allah akan beri rezeki anak tepat pada masanya.. Hanya Allah sahaja yang tahu samada kita dah cukup bersedia atau belum..Allah adalah sebaik-baik perancang kehidupan.. Siapa kita untuk menentukannya... Kita cuma yang berusaha dan selebihnya serahkan sahaja pada Allah... (Usaha tetap usaha ok !!!! )
 
Teringat masa Puan Pia sekolah-Universiti-masuk kerja... Tak sempat nak mengejar cinta, kadang-kadang pikir juga, bila dah masuk satu tahun ke satu tahun yang lain, tak ada lagi pacarnya... Tengok kawan-kawan semua dah berpunya dan berkahwin... Kadang-kadang fikir juga nak cari yang steady, tapi Allah belum temukan.....  Cuba kawan dengan orang lain pun tak menjadi juga.. Tapi dengan suami Puan Pia ni,Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. Itulah jodoh yang ditetapkan oleh Allah.. Kalau Puan Pia boleh bersabar untuk mendapatkan cinta yang halal, kenapa Puan Pia tak boleh sabar sikit aja lagi untuk dapat anak.. InsyaAllah.... Puan Pia pasti....
 
 
P/S :: I Love You , Baby !! Come to mama !!! Ececeeh !!!

Monday, December 2, 2013

DUHAI HATI, BERHENTI BERSEDIH LAGI

Semalam, tak tahu kenapa, laju betul air mata ini mengalir di hadapan emak kesayangan..
Teresak-esak menangis macam ada yang tak kena.. Bukan sebab dipukul/dicerca/dimaki tapi hanya sebab sudah 6 bulan berkahwin masih belum ada tanda-tanda dikurniakan anak..... Ya Allah, sungguh kecil aku sehingga menidakkan keagungan -MU... Bukan sebab 6 bulan itu, tapi sebab mata-mata luar yang memandang, kata-kata orang luar yang berfikiran macam-macam terhadap aku.. Ya Allah, aku lebih memikirkan hati manusia dari MU YA ALLAH...
 
Semalam, masa kami tidur, dalam baringanku, laju betul air mata mengalir.. Suami menepuk-nepuk badan ku untuk tidur , dan tak pasti dia tahu atau tidak aku dalam tangisan.. Sungguh kecewa agaknya dia, kalau tahu aku menangis untuk hal itu... 6 bulan berkahwin masih belum dikurniakan rezeki anak.... 6 bulan juga berjanji untuk tidak menangis lagi...  Aku tewas dengan janji itu.... Maaf abang, sayang tak kuat untuk tepis semua ini..
 
Semalam, aku bangun dari duka, bangun dari kesedihan... ALLAH itu lebih berkuasa, dia adalah perancang yang terbaik.. Aku diberi oleh NYA keluarga yang harmoni, ibu bapa dan adik beradik yang penyayang, suami yang terbaik dan setia, keluarga mertua yang meyayangi ku, kerjaya yang stabil, kewangan yang mencukupi, sahabat-sahabat yang mendamaikan.. Aku lupa, aku lupa untuk bersyukur.. Ini juga rezeki.. Ya ALLAH , aku berjanji YA ALLAH , untuk tidak mempersoalkan nya lagi.. Aku akan cuba...  Aku yakin dengan janji-janji MU.. InsyaAllah, ALLAH telah menetapkan rezeki yang terbaik buat diri kami....
 

Monday, November 4, 2013

AWAL MUHARRAM, AWAL PENGHIJRAHAN

 
InsyaAllah, sama-sama kita amalkan..
Semoga tahun-tahun yang sebelum ini, diterima amal ibadat ku dan kami semua..
Semoga tahun-tahun yang akan dating adalah lebih baik dan bermakna buat Puan Pia sekeluarga.. Amin..
 
Harapan ku::
Semoga menjadi insan yang lebih dekat dengan Penciptaku
Semoga menjadi isteri yang lebih baik kepada suami tersayang ku..
Semoga menjadi anak, menantu, serta insa yang lebih baik lagi..
Semoga diberi kan anugerah  anak yang melimpah ruah oleh-Mu...
Serta sentiasa dipermudahkan setiap urusan yang dibuat oleh ku
Amin..............

Wednesday, October 30, 2013

GUEST BOOK CORNER

My DIY Guest Book Corner
Comey ke idok????
 
 
Board yang ada gambar Pre-Wedding kami di letakkan atas easel itu....
Sebenarnya , kena tulis dalam Guest Book atas meja itu...
 
 
 Cameraman lupa nak snap gambar Guest Book tu.....
 
 
 
Ini adalah papan putih dan papan hitam... Depan belakang ada tau...
Ini pula ala-ala bunting la.... Cik Puan letak kat walkway yang ada karpet itu....
 
Comey ke idok??
Ada siapa-siapa nak sewa easel dan papan putih ni tak???
Cik Puan bagi best price punya.. PM me at sophiaon7@yahoo.com ok!!!

Sunday, October 20, 2013

ENJOY MARRIED LIFE WITH YOUR LOVE ONE

Masa dulu-dulu sebelum kawen, kita jauh abang, jauh sangat-sangat................
 
Kita jarakkan hubungan , kita bataskan pergaulan, kita simpan semua ini untuk merasai rasa nikmat perkahwinan.....
 
Dulu, kita panggil 'awak, saya' ... Sekarang kita 'abang,sayang' sampai tak boleh lekang dari mulut..Perkataan yang paling indah kita sebut setiap saat, masa dan ketika, dalam doa sentiasa ada ruang untuk kita berdua....
 
Dulu, kita jalan jauh-jauh, sorang kanan, sorang kiri, sorang ke depan, sorang kebelakang........... Kini kita jalan sama-sama, berpimpinan tangan menyelusuri setiap saat susah dan senang bersama-sama....
 
Kini, kita telah halal dan selama-lamanya akan kekal sebagai suami-isteri.. Kita merasai nikmat perkahwinan ini, kita akan sama-sama bina impian hidup kita, sama-sama bangun dan duduk dalam sedih mahupun gembira.. Kita akan bersama-sama abang, jangan risau, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar dan berusaha....
 
 
Terimakasih Allah swt yang mengurniakan aku lelaki ini untuk bergelar suamiku untuk selama-lamanya..Rasa kasih dan sayang ku hanya untuk mu abang....
 
p/s:: sedihnya nak tinggalkan abang ku sorang-sorang kat rumah sebab kena pergi kursus 5 hari ... huhuhuhu...
 
 
 
 
 
Related Posts with Thumbnails