MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 22, 2012

BRIDE TO BE

Alhamdulillah... Selesai semuanya majlis merisik dan bertunang aku dan pasangan pilihan hati.. Cewahhhhh, sedar tak sedar, dah genap sebulan aku bergelar tunangan... Alhamdulillah.... Semoga semua urusan kami pada tahun hadapan akan dipermudahkan.....

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis aku.. Majlis yang tidak lari bajet, sederhana tapi meriah.. Aku suka, aku suka... kekeke...


Alhamdulillah.............
Majlis pertunangan berjalan dengan lancar sekali.... Alhamdulillah....
Terimakasih kepada semua :
Emak Ayah Adik Beradik Abg Ipar yang banyak membantu dari awal bulan Jun hingga la tamat hari pertunangan...
Saudara mara yang menggamatkan suasana, memeriahkan kekalutan...
Sahabat handal yang datang yang mententeramkan jiwa, mengharmonikan keadaan...
Keluarga En Tunang yang sudi datang merisik, meminang dan menerima aku sebahagian dari hidup mereka.......
Semua yang terlibat termasuk lah MUA, tukang tangkap gambar, tukang pelamin, tukang buat hantaran, catering, tempat membeli belah hantaran, baju tunang , tukang khemah, tempat beli cincin dan semuanya...

Kalau ikut kan pada plan asal, tahun depan masa cuti sekolah kami akan melansungkan perkahwinan, eeeuwwwwwwww jadi takut pula I sebab macam xready apa2 aja lagi........ saving pun xcukup lagi.. Tapi bab kata tunang aku, kalau kita asyik pikir pasal duit tak cukup aja, memang tak menjadi semua kerja..... Rezeki tu akan Allah bagi dalam banyak bentuk.. Aku harap dapat la mana2 sponsor dari Dato'  Dato' kekekeke....

Dalam kepala sebenarnya, banyak perkara yang aku nak mula... Walaupun majlis lebih kurang 8bulan dari sekarang, nampak macam lambat lagi, tapi nak dekat.. Sebabnya majlis aku nanti masa cuti sekolah, confirm berebut B2B nak sewa pelamin/baju pengantin/makeup/catering semua.......... Fuhhhh....... Aku harap aku dapat setelkan semuanya masa cuti sekolah nanti.. Bukannya apa,  masa weekend dan cuti-cuti ajalah aku ada masa nak buat semua ni, kalau masa aku bekerja, maaflah, memang aku tak pandang dah benda2 camni.... Kahwin kahwin juga, tugas hakiki di sekolah dan rumah kena dahulukan... heeeheee....

Minggu lepas, dah pegi survey-survey butik-butik pengantin... Ada yang mahal dan murah..Standard la tu.... Kalau yang mahal, confirm cantik, tapi xtau la servisnya macamna pula kan... Kalau yang murah, memang la murah,tapi nanti tak cantik kita complain pula.. eemmmmm, tak apa, still ada masa nak survey yang terbaik.... Yang penting, tak nak berbelanja mengalahkan artis sampai lepas kawen nanti kena nganga tadah air hujan.. heeeeeeeeeeeeeeeee



2 comments:

YanaHime said...

tahniah ye cikgu cofia....insyallah, rezeki tu ada nt...bertunang ni byk dugaan, jd kena tabah ye

Sofia Karim said...

Tq kak yana.. InsyaAllah, amin...

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails