MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

DIMANA PERLU BERJIMAT

Kredit kepada penulis artikel ini.... Sangat memberi motivasi disaat nafsu-nafus jahat yang mengiyakan duit-duit yang berterbangan...............

Bukannya kita ini sayang duit, kedekut sampai nak buat majlis cincai-cincai... NO!!!!! tapi, selagi ada ruang untuk berjimat , saya akan cuba dan cuba dan cuba.....Walaupun orang kata gaji cikgu ni besau, tapi saya tak nampak pun dimana besaunya gaji tu.. Banyak tanggungan lain walaupun  tidak berkahwin lagi.. Biasalah, orang hanya nampak di luaran sahaja, dalam hati kita siapa yang tahu, ye x? Majlis kahwin untuk sekali sahaja, kebahagian kahwin untuk selama-lamanya............. 


Majlis walimah saya dilangsungkan setelah lebih kurang tiga bulan saya bernikah. Jadi dengan adanya suami, adakalanya saya terpaksa gunakan nama suami, ‘kuasa veto’ suami untuk menghentikan keinginan orang lain yang nak kita habiskan duit untuk kenduri kahwin sehari…

Dan 15 Mac 2009, berlangsunglah majlis perkahwinan saya di rumah ibu bapa saya, nun di pinggir hutan di sebuah kampung di Kuala Pilah. Minta maaf ya sahabat handai yang sesat untuk ke kampung permai saya..

Alhamdulillah saya berpuas hati tidak terlalu banyak duit yang kami habiskan semata-mata untuk majlis perkahwinan, saya gembira saya tidak berperasaan untuk segala bentuk pelamin, andaman, hiasan yang dengannya saya juga tidak menyusahkan perasaan suami yang menyediakan semua sumber kewangan.

Saya meminjam beberapa perhiasan perkahwinan dari ibu saudara, tapi ada juga yang saya beli..dan kemudiaannya saya pinjamkan pula pada orang lain.

Dengan gaji suami saya seorang pemandu, boleh saja bermewah-mewah untuk majlis perkahwinan puluhan ribu, tapi tergamakkan hati menghabiskan duit untuk keinginan dan impian peribadi sewaktu ada insan-insan yang daif sukar mendapat sesuap nasi…?

Mungkin sedikit pengajaran yang boleh dikongsikan ialah:

Berjimatlah agar tidak terlalu banyak duit dileburkan untuk majlis perkahwinan kita..

Jangan kerana kenduri sehari, berbulan-bulan sebelum itu kita dah stress dengan duit yang tak cukup-cukup, dan malah bertahun-tahun selepas itu, kita stress dengan puluhan ribu yang kita dah habiskan untuk sehari kenduri kahwin, sedangkan kita sangat perlukan duit itu untuk memulakan kehidupan baru bersama pasangan dan anak-anak yang bakal dikurniakan.

“Kahwin hanya sekali, apa salahnya berhabis sikit” ..slogan ini tidak benar, tiada siapa menjamin yang kita tidak akan berkahwin lagi. Dan seandainya hanya itulah perkahwinan kita, maka sebab itulah kita buat yang terbaik, berusaha menepati majlis perkahwinan yang sesuai dengan syariat islam yang penuh kesederhanaan.

Yang paling penting, jangan kerana majlis perkahwinan, kita dah bergaduh dengan pasangan kerana keinginan kita seorang perempuan untuk lapan pasang baju untuk sesi bergambar, untuk pelamin dan hiasan bilik pengantin yang canggih menelan belanja yang banyak, untuk juruandam yang berkualiti, untuk album gambar kahwin – yang pakej-pakej ini menambahkan ribuan jumlah hutang kita dan pasangan. Kesian bakal suami…tapi hanya dipendamkan, nanti pengantin perempuan merajuk panjang.

Setelah selesai majlis perkahwinan, kita tergolek kepenatan, duit juga telah habis dalam simpanan, dan selepas itu kita meneruskan hidup dengan keserabutan untuk membayar hutang dan untuk ‘cover’ balik segala perbelanjaan pernikahan dan perkahwinan...

Apakah kita ingin kebahagiaan rumahtangga yang kita harapkan itu dimulakan dengan hutang dan tekanan menyelesaikan hutang…?

Ya, dengan segala kos barangan yang makin naik, mungkin kita dah terlanjur mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang (baca:mahal) dengan berhutang dan kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada adik-adik kita, anak-anak kita … jadi apa cadangan untuk merendahkan kos perkahwinan..?

Sama-sama kita fikirkan cara yang praktikal …insyaALLAH nanti kita sambung bincangkan tentang ini..

Penting juga untuk kita bincangkan baik-baik dengan mak ayah sebelum mendekati tarikh majlis perkahwinan, bahawa kita tak mahu spend duit yang banyak, sebab kita sangat memerlukan duit itu untuk keperluan rumahtangga kelak. Elakkan suasana gaduh, sebaliknya bersabar dan bertenang bertahan dalam menjelaskan.. Ini tidak mudah, kerana rata-rata ibu bapa dan adik beradik mahukan kita ‘buat kenduri macam orang lain’.

Komunikasikan dengan tuhan setulusnya sewaktu manusia tidak menyokong untuk kita ‘memurahkan kenduri kahwin’ dan tabahkan hati dengan kata-kata dan sindiran yang sememangnya kita tidak ada kuasa menghentikan, melainkan orang-orang itu sendiri yang akan berhenti bercakap bila penat.

Alangkah bagusnya nanti selepas bernikah, bila si isteri ingin membeli keperluan-keperluan baru untuk rumah yang telah didiami bersama suami tercinta, si isteri punya duit simpanan untuk membeli sendiri tanpa meminta-minta dari suami..

“Abang.. alhamdulillah dulu tak ambil pakej fotografi yang seribu lebih. Dan kita buat kenduri di kampung yang murah dengan gotong royong masak.. Kalau catering, banyak juga duit yang kita perlu keluarkan.. Sekarang duit tu kita dapat beli tumble dryer, senang nak uruskan pakaian kan.. kita ada banyak masa untuk spend berdua”

Cerita elok-elok pada mak, duit ribu-ribu yang kita kumpulkan dengan tekanan dan penat lelah, adalah supaya kita mulakan hidup dengan agak selesa dan baik.. Peti sejuk, mesin basuh, oven dan lain-lain peralatan yang memudahkan kita yang sememangnya sibuk dengan dunia kerjaya..

Lepas kahwin, kita perlu banyak duit untuk berziarah atau berkenalan dengan saudara mara, atau bercuti ke pulau impian menikmati cinta halal..

Hati tenang memulakan cinta di alam pernikahan, bila duit itu kita salurkan pada tempat yang lebih prioriti. Suami tenang jika isteri mengerti betapa besarnya tanggungjawab suami menyediakan kewangan untuk keluarga yang baru dibina..

Pada diri yang mampu dan senang, silakan berkenduri mengikut impian peribadi, namun jangan berlebihan. Bersyukurlah dengan kesenangan yang dimiliki oleh anda dan famili…

Pada hati yang sedang tak tenang dan kegusaran tentang majlis pernikahan yang mendatang, ayuh renungkan ayat Allah..

“…Mohonlah ampun (istighfar) kepada Robbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah, kenali dan akui kesalahan diri kita insan yang lemah ini di hadapan ALLAH.. 

Moga dengan hati kita yang selalu istighfar, kusyuk mengharap ampunan Allah, Allah akan menambah harta dan melimpahkan rezeki lainnya..

Hingga akhirnya kita tenang mencipta syurga rumahtangga..

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya, dan dijadikanNya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. 

(Ar-Ruum:21).


0 comments:

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails