MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

Bertindak segera..............Ini Perosak Komputer anda!!!

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Tuesday, September 14, 2010

Xkisah jadi apa pun, ini dah kira 1 pengalaman

Salam Syawal buat semua blogger yang masih bersengkangmata mengupdate entry masing2.. N buat my latest follower Mun ... 'Hai.. TerimaKasih sudi ikut I' .. hehehe..

Ramadhan kali ni lain dari lain sikit.. Sebabnya, tahun ni xberpuasa bersama2 teman sekampus.. Tapi, aku berpuasa bersama2 kawan sekerja.. Hajat nk cari duit raya lebih, tuh yg aku kerja kt 1 mall kt Ipoh ni starting Ramadhan hari tu.. Haaa, mana2 bloggers2 yg nampak aku kt kedai tuh, janganlah malu2 nk tegur cek naa....

Ini pengalaman pertama aku kerja di Ipoh, walopun hanya kerja di kedai biasa, tapi pengalaman itu sgt luarbiasa..

Jadi Kuli
Adatlah, bila kita kerja bawah orang kn... Xkan la kita jadi boss pl..Itu nak kena buat, ini nak kena buat.. Dapat pula boss yg selalu hangin.. Adeiii.. Memang semua kerja yg kita buat jadi xkena dimata beliau.. Adeii.. Tapi, lepas ni, aku kerja lagi mencabar kot, byk kerja..lagi byk hangin boss aku tuh nnt..Pengalaman, pengalaman..

Mengira Pakai Otak
Disebabkan aku ni budak Matematik, so, aku lagi suka guna otak bile mengira, n bila guna kalkulator, aku rasa macam kekok.. hehe.. N plus, aku selalu ingat kata Prof aku, gunakan otak anda semaksimum mungkin.. Masalahnya, bila aku mengira pakai otak aku, customer xpercaya plk, lebih2 lagi bila angka dah mencecah ratusan.. Aishhhh, pas tu bising2 plk, nape leh beratus2.. Kalu xnak beratus2, bajet la harge dl yang..

Cakap Omputih
Satu hari ada customer Arab datang kedai aku.. Diorang belek2 le barang2 yg dijual kt kedai tuh smbil ber-Arab2.. Aku pun dengan poyonya pun, explain la dalam omputih kt mamat n minah Arab ni..Aku bajet diorang xpaham BM.. waaa.. tibe2 macam buih sabun plk bila aku speaking.. Macam omputih.. hehe..tapi, tiba2, minah Arab ni buka mulut sambil tunjuk 2 keronsang kt aku '' Dik, keronsang ni sama ek? '' . Aku pun terus ''Ek ?? ''

Amik dan letak balik
Dulu2 kalau g shopping kt mall, selalu belek2 barang2 pas tu, letak merata2 klu xjadi beli.. Dushh2.. Sekarang ni jadi kt aku, bila customer belek2 keronsang, pas tuh, main letak aje kalau xnak beli .. Adeii.. memang rasa nk pancung2 aje tangan2 yg reti nk letak balik kt tempat dia.. Punyalah berpinar mata aku nk cari balik tempat asal keronsang tuh.. Keronsang bukan ada 1 jenis, beribu2 jenis.. Arghhh.. Taubat2, baru aku tau macam ne orang yg kerja kt mall, yg kena kemas2 barang2.. Perit tau..

Pandang Rendah
Memang mentaliti orang sekarang, yang selalu pandang rendah pada pekerja bawahan... Nama pun dipanggil hoi2 aje, mata dijeling2 aje.. Biasalah.. Dan bila aku bekerja disini, baru aku nampak macamne ragam customer2 yg datang membeli.. Aishh,belajarlah mengormati orang lain.. Mungkin customer2 ni ingat aku xpas UPSR agaknya.. hehehe..

Pandang Tinggi
Aku memang pandang tinggi pada kawan2 sekerja aku..Kalau customer2 tau ni, mesti diorang melutut mintak ampun.. keke.. Kawan2 sekerja bukan calang2 orangnya.. Salah seorang adalah bakal mahasiswa Master in Industrial Chemistry UTM.. 3orang lagi pekerja swasta, n 2 orang lagi pelajar sekolah..Aku memang pandang tinggi kt diorang sebab diorang sgt2 rajin mencari rezeki buat menampung hidup n kos pembelajaran.... I wish to be like them.. Sgt tabah!! Bayangkan yg sorang kawan sekerja aku ni, habis aje kerja kul 5 ptg, terus shoot g sini smpi hbs kerja kul 10mlm.. Fuhh.. Sgt kagum!!!!! Korang ada??

Bagi aku, terlalu banyak pengalaman disini dimana pengalaman2 ini lah yg bakal mengajar aku jerit payah mencari rezeki, memandang setiap manusia ini tanpa ada perbezaan dari segi kaum dan agama, dan menerima setiap dugaan itu sebagai kekuatan yang akan mematangkan aku.. Tiada lagi istilah zon selesa untuk aku!!!


P/s:: Esok dah kena cari kerja baru.. Kedai dah tutup maaa.. Boss g bercuti...


Sunday, September 12, 2010

Dato Sosilawati dibunuh !!!

Di pagi Syawal ke-3 ini, sedang enak mengunyah kerepek2 yang ranggup ni, tiba2 dikejutkan berita tentang kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya yang sebelum ni dilaporkan hilang oleh pihak media..

Aku xdelah amik port sgt pasal kes Dato ni sebab kes nya tengah hangat masa semua umat Islam beribadat di Bulan Ramadhan.. Tapi, sekarang ni, semua bloggers tengah menaikkan rating blog masing2 dengan kejadian Dato ni.. Aku pun nak amik port jugak la.. hehehe...


P/s :: Di bulan yang mulia dan penuh barakah ni, masih ada insan yang sanggup mengambil nyawa orang lain dengan cara yang paling kejam sekali.. Semoga kita semua meninggalkan dunia ini dalam keimanan!!!

Tuesday, August 17, 2010

INI BUKAN MALAS

Againnnnn....

Belog sudah lama terabai.....


Ohhh..

Sungguh ini bukan malas ya!!!!!



Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan
Ramadhan AlMubarak ini..

Peace No War!!!

Wednesday, July 28, 2010

Perkataan Tahniah itu sgt menggerunkan



Salam..

Syukur Alhamdullillah kehadrat Ilahi atas kurniaannya, akhirnya aku berjaya dipanggil temuduga utk GSTS...

Perkataan Tahniah itu cukup menggeletarkan kaki serta tangan aku, sebab :

1 : Interview minggu depan aje.. Aduii.. Aku bajet lagi 2, 3 minggu lagi.. Adeii.. Kena buka buku balik..

2 : Tempat interview yang agak jauh dari Ipoh.. Kat Putrajaya tuh.. Kalau wat kt Ipoh ke, xpelah.. Tempat tumpah darahku, dan sekaligus menyejukkan hati ku yg tengah gelisah ni.. Pagi2 boleh lagi bangun2 lambat sikit, xdelah terkejar2.. hehe...

3 : Terlalu banyak mitos2 yang kawan aku bagi, sampai aku xtau nak baca + nak cari info yg mana.. Biasalah kan, bila masa dah suntuk ni, semua benda pun jadi xtentu arah dah... Yang pasti, sape yang rajin nak tolong aku bacakan ttg PIPP,NKRA,MEB,MBIMBM,PPSMI, SEKOLAH KELOMPOK (KLUSTER), SATU MALAYSIA, TERAS STRATEGIK KE – 6 PIPP, NAMA-NAMA MENTERI, KBSR, KBSM, FPK, FPN, RMK 10 ???

Ape2 pun, aku mengharapkan doa2 kalian supaya mendoakan aku berjaya dalam temuduga nnt ya!!!!! Dan aku juga mendoakan juga semoga kawan2 yg seangkatan dengan aku akan berjaya dalam temuduga ini.. Semoga Allah swt mempermudahkan segalanya bg kami!! Amin..

p/s:: KAMI SANGAT2 BERSEMANGAT WAJA UTK MENJADI CIKGU!!!!

Tuesday, July 27, 2010

Hari seorang pengganggur bersukaria

Yeahhhh.... Hari ini aku isytiharkan .....

HARI INI IALAH HARI SEORANG PENGGANGGUR BERSUKARIA ..

HAHAHAHA .. Malam ni nak duduk depan Miss Aceria & nak update entry terbaru... Yeahh... Bersemangat giler nak update setelah berhari2 aku berpenat lelah dirumah menjadi suri rumah tanpa gaji tetap.. kekeke..

TanjungMalim (TM) memang meninggalkan memori yg amat2 mendalam pada aku.. Tapi, bukan memori kisah cinta ye, tapi macam2 memori la, yang suka duka,masin, masam, semua cukup!! Walaupun, U aku ni xdelah segah nama2 universiti lain yg termasuk dalam list Excellent Universities yang dikeluarkan baru2 ni,tapi ttp aku gah bangga giler study sini, sampai sanggup datang , lepak, tidur, makan kat sini balik lepas 6bulan aku meninggalkan TM...

Minggu lepas, aku, Ida, Husna n Fatin lepak2 di TM selepas selesaikan misi amik transkrip yg menjadi bukti tauliah yang kami dah habis study kt U ni... Yang nak tergelaknya, boleh pulak aku lupa ID Matrik aku.. Nampak sgt lepas habis study, terus lupa sume.. Aku bg 4digit akhir ID Matrik aku, no IC aku.. hahaha... Amik ko, jenuh abang kt kaunter tu cari transkrip aku xjumpe2.. adeihh.. Iyalah masa cuti ni, banyak guna no IC utk carik keja..

Muke2 bangga jadi Graduan2 Kelas Atas2

Bertuah n bertambah havoc kelepakan kami di TM sbb adanya Fatin n geng 704 yang slumber, gempakzz n baik hati ini.. Apatah lagi, aku, husna, ida n fatin ni dah lama xjumpa , jadi mmg gelak sakan sampai xingat jam nak balik tidor..

Inilah kehidupan pengganggur...kekeke


Malam tu pulak kami g karokzz.. Karokzz tu wajib ye.. hehe.. Ini salah satu latihan vokal kalau esok2 tu nak ada presentation ke, or nak g ngajar.. So that, bile dah biasa pegang mic tu, xdelah kekok n neves semacam nak present.. Inilah rahsia kami yg selalu xgentar masa presentation ye... kahkahkah...

Esok petang nya pulak kami g rumah 704 ni, buat BBQ.. Kami ingatkan bila g sana, kami la yang kena masak2 sume bagai, tapi kami datang cuci tangan aje, sbb azar n baim ni sgt2 la rajin & sgt2 chef sbb diorang dan settle perap2 ayam.. Tinggal nk bakar aje.. Malam masa dinner tu pulak, kami datang , diorang dah siap masak mee goreng.. Salute giler aku dgn diorang ni... Mulut n tangan sama2 gerak.. kekekeke....
Ini lah dinamakan 'Air Tangan' hehe...
Sebelum di bbq kn...

Gelak sakan sgt smpi hangit dah ayam bbq ni...

Selepas di bbq kan.. Yummm.. Sodap aiiihhh
Mereka yg aku sayang
KAMI TETAP VOGUE!!

Dinner Time.. Masa kami datang lepas Maghrib tu, tengok mee goreng siap dimasak.. Perghh.. Memang pro n cekap betui diorang ni.. Kalah kami yang pompuan ni.. Salute!!
Balik ke kmpg halaman masing2 dgn perut yg boroi .. First time aku naik train..
Fatin, Baim n Azar setia menghantar smpi ke stesen .. kekeke.. Simbol 'V' for Vogue xdilupakan.. kahkah...


InsyaAllah masa hari konvo kami datang lagi n kita gelak2 sakan lg ok!! Aku rasa macam sayang aja nak tinggalkan masa belajar yg penuh dgn gelak ketawa .. Xtau la nnt, bila dah start alam pekerjaan masih ada masa utk bersukaria??

Sunday, July 18, 2010

Fuhhhh........ Penat tapi tetap Vogue ok!

PENAT GILE BARU BALIK DR TANJUNG MALIM...

BYK SGT AKTIVITI YG DIBUAT , RASA MACAM BARU KEMBALI KEALAM U DULU2 KALA..



*entry akan menyusul nnt*

Wednesday, July 7, 2010

Siapa suruh aku malas masuk contest Alengz & Asada

Melepas semua contest yang aku nak masuk!!

Alengz & Asada punya contest dah ada pemenang, ok2, sangat jeles sekarang ni sebab Alengz bagi perfume pada pemenang dan Asada pula bagi piramid dari Mesir tau! Ohhh.... Jeles! huhuhuhu..

Ape nak buat, buzy la lately ni... Especially masa cuti sekolah yang lepas... Asyik merayap aje kejenya... Dah namanya pun Alam Ria Cuti Sekolah, ape lagi kn.. Dari Selatan ke Utara aku merayap... Barat ke Timur aje belum lg... Xpe2, tunggu cuti sekolah hujung tahun pulak la...

Korang layan ajelah gambar kt bawah ni.. Bagi kecur air liur ckt..hehehe....

Ais Kacang & Kuew Teow yang memang sedap n murah di NK Hussain di Kulim Kedah
SnowIce..Hanya 100yen!!! Best!! Penghilang rasa kepanasan di tengah2 bandar Ipoh

Xsangka Chicken Chop di Mee Rebus Ramli sedap sehingga menjilat jarii!!
Ada2 nur cahaya keimanan bila menikmati ABC di TKK... kekeke

Bercuti bersama family di Sabak Bernam!
Ikan Siakap 3rasa.... Sedap dan berjaya mengemokkan perut ku malam itu!!


Ok, sekarang aku xrasa jeles lagi sebab makan2 adalah cara untuk menghilangkan rasa kejelesan ini...hehehe..

Related Posts with Thumbnails