MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 4, 2011

Penumpang bas yang tegar

school_bus_stop_sm_nwm

Akulah penumpang bas yang tegar… Kalau ada award ini di Shout Awards, tentunya pemenang nya ialah aku.. hehehe.. Aku mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penumpang bas ini, sejak aku Tingkatan Tiga lagi.. Memandangkan ayah ku, partime nya seorang pemandu van anak-anak mengaji Al-Quran ini tak bermaksud ayah boleh senang-senang ambil hantar kami dengan van merah itu.. Sebab, ayah perlu utamakan anak-anak yang mengaji Al-Quran ini dahulu.. Memandangkan, aku belajar sesi pagi, habis sekolah tidak menentu, jadi bas pekan la kenderaan yang paling best untuk naik pulang ke rumah… Pakcik-pakcik bas pekan agaknya dah kenal muka kami adik beradik.. Bermula dengan kakak aku, aku, adik lelaki aku, dan adik-adik perempuan aku, aku rasa pakcik-pakcik bas ni memang xasing lagi dengan kami.. Bas yang perlu kami naik, tentunya bas yang tertera perkataan IPOH PARADE, RAJA PEREMPUAN TAAYAH, atau TNJG RAMBUTAN.. Ok, pas… 3 jenis bas ini sahaja yang perlu kami tggu untuk balik kerumah.. Mana-mana satu yang sampai dulu, kami rembat…

Kalau naik bas yang tertera IPOH PARADE, perasaan akan berbunga-bunga riak sikit, sebab bila pakcik bas tanya, nak turun mana, orang lain cakap nak turun kat IPOH PARADE,…. hahaha.. tapi kalau pakcik itu tanya aku nak turun mana, aku akan jawab, ‘’LIBRARY pakcik’’, yeahhhh, nampak tak tanda-tanda riak disitu padahal xpergi LIBRARY pun, tapi aku kena sebut LIBRARY juga sebab, rumah aku memang betul-betul depan LIBRARY tuh dan perlu menapak-napak guna kaki yang persis a tlet ni utk sampai ke rumah.. Ohhh, lagi best kalau bawak beg berat-berat, jinjit pulak buku-buku teks kat tangan.. Waahhh, rajin betul anak melayu ini… hehehe..cats

Pelan ke rumah pengantin perempuan… Jemputlah, Sila! hehehe….

Sampai ke hari ini, aku masih naik bas pekan lagi di Ipoh… Lebih-lebih lagi kalau dulu aku belajar di Tanjung Malim, malas nak suruh ayah amik di stesen bas, jadi aku pun ambil bas pekan dan menuju laju-laju terus ke rumah aku.. Tapi, hari itu aku tersentak dengan pakcik bas pekan tu… hohoho…

Pakcik : Lama xnampak.. Pergi mana?

Aku : Sekarang xdok kat Ipoh dah pakcik.. Saya kerja kat Pantai Remis..

Pakcik : Ohhh, kerja apa?

Aku : Kerja biasa-biasa aja , pakcik

Pakcik : Iyelah, biasa-biasa tu kerja pa?

Aku : Mengajar, jadi cikgu…

Pakcik : Ohhoo, cikgu.. Patutla lama xnaik bas.. Cikgu mana nak naik bas ye tak?

Aku : Alaaa.. Mana daa pakcik…

p/s: Aduhaiiiiii, tanpa mu bas pekan, aku xmungkin boleh sampai ke tahap ini tau!!!! Huwaaaa…Lagipun, naik bas pekan la syok, save duit dan minyak….. air cond free maaaa….. 

p/s lagi : Jangan malu untuk menggunakan perkhidmatan awam! Gunakan lah dengan sewajarnya…

0 comments:

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails