MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 9, 2017

RAMADHAN : BULAN PERUBAHAN

Image result for RAMADHAN KE 15
Allahuakbar .... Udah nak masuk malam Ramadhan ke 15 kita ya.. Kejap nya masa berjalan, hampir tak sedar,,, Macam na dengan kawan-kawan semua,,, Sejauhmanakah ramadhan kawan-kawan semua, masih sama, semakin baik, atau biasa-biasa aja... Jika semakin baik, apa yang baik nya ? Tepuk dada, tanya la diri sendiri ya.. Pia pun nak bertanya diri sendiri juga ni.... Banyak juga yg tertinggal ...huhuhuhuhu

Ramai sebenarnya, TTCian yang sedih bila memikirkan masih berdua di bulan Ramadhan ini... Jangan begitu, think positif ya... Allah nak beri kita nikmat dan ganjaran bersabar di bulan puasa.. Orang yang bersabar dapat reward tau !!
  1. Ramai yang bersedih , masih berbuka berdua, tidakkah kamu bersyukur , kamu boleh makan dengan tenang tanpa gangguan, Allah memberi ruang dan peluang utk kita suami isteri makan dengan tenang, makan bermesra di ruang makan sambil berdoa di kala nak masuk waktu berbuka dengan tenang.. Bukan kah ini peluang yang jarang orang dapat?
  2. Ramai yang bersedih, masih berterawih berdua, tidakkah kamu bersyukur, kamu boleh menjalankan ibadat dengan tenang, tak perlu tergesa-gesa, boleh menghabiskan malam-malam dengan tenang, bersolat hajat dan tahajjud tanpa perlu memikirkan perkara lain.. Allauakbar, tidakkah kamu terfikir, ada orang lain yang mahu bersama-sama  jadi seperti kamu, tapi tidak mampu, perlu menjaga anak kecil dan sebagainya.. 
Allah bagi nikmat, Allah bagi peluang utk kita raih sepenuhnya pahala di bulan Ramadhan yang terbuka SyurgaNya bagi sesiapa yg berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari.. Allahuakbar, tidakkah kamu bersyukur ???? 

Jadi, jangan pernah rasa kurang ya kawan-kawan semua, jangan pernah membandingkan diri kita dengan orang lain, sebalik nya , bersyukur kawan-kawan, Allah bagi kita peluang sepenuhnya untuk kita rembat khatam Al-Quran, bersolat sunat, berterawih, bersedekah, Allahuakbar, sedangkan ada kawan-kawan kita yang tak berpeluang nak melakukannya...

Image result for RAMADHAN KE 15

Jadi, tanya diri sendiri, apakah sudah cukup amalan kita 14 hari yang lepas, atau kita lebih banyak mengadu nasib /mengeluh/bersedih/negatif thinking selama 14 hari ini??

Tak terlambat lagi utk kita sama-sama berubah....
    1. Bagi kawan-kawan yang baru nak start live and eat healthy, bulan Ramadhan adalah bulan terbaik utk kita bermula.. InsyaAllah
    2. Bagi kawan-kawan yang baru nak bermula bersolat sunat dan etc,bulan Ramadhan adalah bulan terbaik utk kita melakukan perubahan... InsyaAllah
    3. Bagi apa jua perubahan baik yang kita nak buat, sama-sama kita berdoa Allah  bantu kita untuk terus istiqamah, semoga Allah terus bantu kita untuk perkemaskan lagi amalan-amalan kita....
InsyaAllah,,,, sama-sama kita doa ya syg !!!



1 comments:

عبده العمراوى said...


شركة تنظيف منازل بصفوى
شركة مكافحة العتة والنامس والوزغ بالهفوف

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails