MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 10, 2017

WHERE ARE YOU IN THIS TTC JOURNEY ?

Waaaaa.... hari ni aja udah 3 post Pia buat, terlajak rajin sudah... Inilah padahnya bila dah pandai guna hotspot.. kekekekekeke...

ok, go back to the topic...

WHERE ARE YOU IN THIS TTC JOURNEY ? 
SEJAUH MANAKAH ANDA DALAM PERJALANAN TTC INI ?

A) Masih samar, zero, tempuh sahaja dan tak buat apa-apa
B) Belum lagi berjumpa doktor walaupun dah lama TTC
C) Masih dalam rawatan doktor etc
D) Rehat sebentar dari rawatan
E) Rehat betul-betul rehat

I choose D as the answer..... Tapi rehat Pia ini, bukan lah rehat saja-saja macam E tau...
REHAT Pia adalah :
  1. Secara keseluruhannya, Pia berhenti sekejap dari makan sebarang ubat , jumpa doktor dan etc, memandangkan Pia dan suami tak ada masalah yang besar, jadi we choose to be free from visit doc ...
  2. Start 2017 ni, Pia berazam nak mengamalkan pemakanan yg sihat (free from oil, salt, sugar, xdapat free, less pun oke ). Alhamdulillah, berada dalam 1 kumpulan TTC yg ada misi yg sama, Pia tak ada masalah nk menjalankan misi ni... Alhamdulillah, sebenarnya misi ni dah start lama,, cuma tahun ni lebih bersemangat waja lagi.. Alhamdulilllah, Allah beri kekuatan.
  3. Start 2017 ni juga, Pia boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti pergi exercise, keluarkan peluh, i think its good for us, less stress, dan badan pun rasa lebih ringan, dan rindu pula nak exercise  bulan Ramadhan ni...
  4. Gali lebih banyak ilmu berkaitan TTC ni, ilmu parenting, dan segala jenis ilmu lah... rasa rugi sangat tak menggunakan masa yang ada untuk menggali ilmu lebih-lebih lagi yang berkaitan dgn TTC, BF, parenting dan etc....... Sekurang-kurangnya, bila kita dah sampai fasa menjadi ibu bapa nnt, kita ada ilmu tu, fasa TTC tu memang kita rasa lama, tapi nnt bila kita dah start mengandung, tak sempat dah nak serap semua ilmu tau, so,... gunakan masa yg ada.. Ilmu yg ada ni luas....
  5. Doing more detoks, good for me , 2x IUI tak berjaya, salah satu faktor kegagalan mungkin datang dari keadaan  rahim yang tak bersedia, rahim penuh toksin dan etc... so... misi 2017 ni, detoks + exercise, Pia juga sebelum  ni dah 6 tahun guna produk penuh merkuri (tahun ni dah nekad campak produk tu) , rasa nya ia mungkin menganggu kesuburan Pia selama ni, so.. detoks, detoks, detoks, detoks and detoks....
  6. Mungkinkah IUI 3 ? Mungkin, tapi bila tak pasti lagi, tapi bukan masa terdekat lagi, mungkin Pia akan menjalani ujian darah/ husband ujian sperm analisis sekali lagi, mungkin juga nak bertukar ke doktor lain...... so, number 6 tu, tak pasti lagi macmna perancangannya.....Image result for keep positive quotes

Jadi... itulah makna REHAT pia, MORE HEALTHY IN MY LIFESTYLE...... macamna pula dengan anda??


1 comments:

mak ani skywalker said...

Mak ani so far bru start TTCing for 2 months. Masih noob org cakap. Hehe.. so spjg masa 2 bulan ni mmg kerja google blog,ig, & sometimes forum utk dptkan info lebih. In shaa Allah lepas raya ni baru nak pegi klinik dr hamid arshat utk 1st appoinment kami suami isteri :) semoga Allah swt permudahkan urusan kita utk dpatkan zuriat. Aminn..

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails