MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 5, 2012

Pernikahan Bukan Satu Percubaan


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


'' Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2 ''

Pzzzzzzzzzzz......
Alamakkk... Takut pula aku nak bertunang dan berkahwin ni........ 

Saturday, August 4, 2012

PERSEDIAAN PERTUNANGAN

Malam ni rasa susah sangat nak tidur... Kebetulan pula petang tadi lena panjang sebab penat kemas rumah dan driving ...... Hajat di hati nak siapkan tanda buku-buku anak murid, tapi bila buka aja laptop, terus rasa macam nak update something.......... hehehe......

Waktu awal2 persediaan pertunangan, banyak juga aku google blog2 yang menceritakan pengalaman bertunang dari segi kewangan/makanan/hantaran dan sebagainya... Blog2 ni banyak sangat membantu aku untuk mengurangkan bajet dan dalam masa yang sama beri aku ilham untuk merealisasikan impian pertunangan.. Aku mahukan sebuah majlis pertunangan yang simple, sederhana tapi meriah dengan kunjungan saudara mara lebih2 lagi majlis tu berlansung masa hari raya...... 



Ini buku ala-ala macam diari aku la..... Buku nota yang biasa tapi aku balut cun2............ Untuk apa buku ni? haaaaaaaaaa. ... penting ya buku ni untuk orang yang macam aku yang suka boros beli macam2 ni..  
Rekaan baju tunang......... Rekaan adalah imaginasi pelukis sahaja... kekeke.... Tidak meniru mana2 designer....kekeke....


Sempena pertunangan aku, segala apa yang aku mahu, segala list barang2, segala duit keluar, resit2 dan sebagainya aku tulis dan tampal dalam buku ni... Sedikit sebanyak buku ni dapat membantu aku lihat dan buat semakan apa yang belum aku beli, dan berapa duit yang diperlukan lagi....... Have fun with this book.... Sebabnya, aku bebas nak tulis pa...... Kalau hilang, meraung jugak la........ 

Jadi kepada bakal-bakal kawan2 yang akan bertunang, tips pertama dari aku adalah : 
BUKU CEKLIST DAN PERBELANJAAN.. Sangat penting okeh!!!!!!

Yang penting adalah, dalam kita nak buat sesuatu majlis, kita perlu ukur dahulu kewangan diri sendiri dan keluarga.......... Jangan kita terlalu membazir sebab kita banyak lagi nak pakai duit untuk majlis perkahwinan baik perempuan ataupun lelaki........... Yang penting, kita tahu nak pilih barang yang murah tapi nampak cantik dan grand.. Untuk majlis aku nanti, aku buat simple2 je, yang penting aku lebihkan untuk makanan, sebab aku nak semua orang happy kekenyangan selepas majlis aku......... Aku kira2 bajet dari depan khemah-hujung bucu dapur, lebih kurang RM3000 aje yang dikeluarkan.. Itupun, aku tarik2 aja duit gaji untuk beli yang patut, dan duit gaji masih cukup untuk tambung aku dan family sebulan.......... 

Selamat bertunang semua........

Ayat bunga-bunga


Alhamdulilllah............ Walaupun tiada adegan-adegan romantis seperti diatas, namun keihlasan dia untuk menjadi suami ku dibalas oleh ku dengan : Yeaahhhh, jom kawen!!!! 

Bukan senang nak kawen sebenarnya . Perkara pertama yang aku fikir bila dipropose adalah :
-Bersedia kah aku untuk menjadi isterinya yang terbaik, ibu cemerlang kepada zuriat kami, menantu kepada ibu bapa nya, ipar/biras kepada adik beradik nya, serta menjadi sebahagian daripada jiwa saudara maranya.. Aku berkahwin bukan sahaja dengan dirinya, malah dengan seluruh kaum kerabatnya.. Malah aku juga berfikir, bolehkah si dia melakukan perkara yang sama kepada keluarga ku.............

Alhamdulillah, melihat diri si dia dalam masa setahun lebih ini, walaupun kami jarang keluar bersama macam pasangan lain, nak bercintan cintun pun jarang sekali, aku yakin si dia la yang terbaik buatku.......... Konon2 ala2, cinta selepas kahwin la tu.. Itulah yang aku harapkan dari dulu hingga kini...... Keikhlasan yang ditunjukkan, ciri2 seorang suami dan ayah yang baik yang dilihat, aku yakin kami boleh lalui semua perkara bersama........Amin......... 

InsyaAllah ,,, lagi 3 minggu kami akan disatukan sebagai pasangan tunang, dan InsyaAllah akan disatukan sebagai suami isteri kurang dari 12bulan dari sekarang.... 

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku, keluarga ku, si dia, dan keluarga baru ku......Semoga Allah terus perlihara hati2 kami agar tidak sesat, dan banyakkan bersabar dalam menempuh cabaran sebagai tunang.. Amin........Nak jadi tunang ni pun, dah banyak dugaan.... 

Orang kata lepas bertunang, lagiiiiiiiiiii banyakkkkkk dugaannnnnnnnnnnn.. Takut mak jemah... 


Kalendar setia yang menemani diri ku......... Menghitung hari la sangat sampai xdapat beza hari ini 3 Ogos ke 9 Ogos... hehehe... 9 Ogos adalah hari bonus.. Tq gov... Syukur Ya Allah.. Boleh la guna bonus ni nak tampong2 apa yang patut masa hari pertunangan nnt........... 

Thursday, July 26, 2012

Menghitung Hari

Melalui Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rasa girang gembira disamping menanti Syawal yang bakal menjelma tiba...............


InsyaAllah..........

Saturday, July 7, 2012

LAMA GILE XUPDATE BELOG

Assalamualaikum.................................


Lama sungguh xberblog hampir setahun ya, sampai lupa password semua... Nasib baik boleh diselamatkan semuanya..... Tahun ini tahun buzy gler........ Banyak sebenarnya cerita yang nak diceritakan, tapi xtercerita semuanya........... Tapi yang pasti tahun ini MEMANG TAHUN BEKERJA..........

Saturday, November 26, 2011

BUKA LEMBARAN BARU. SALAM AWAL MUHARRAM

Agak lama oke aku tak menulis dalam belog kesayangan ini oke... Sejak jadi pendidik berkaki lebar ni agak sibuk la pula nak menaip-naip dalam belog... Tapi, sekarang ni dah start cuti sekolah.. Yahuuuuuuuuuuuu.... Memang la syok dan banyak masa free, sampai tak cukup jari jemari ku ini nak main internet je kerjanya.. hehehe..

Alhamdulillah... 22NOV2011 yang lepas , genap setahun aku jadi cikgu, dan dalam masa setahun ni, dah 2buah sekolah yang telah aku ditempatkan.... SMKDI vs SMKB.. Dugaan yang berlipat-lipat ganda aku dapat setelah berpindah, walaupun sepatutnya aku perlu bergumbira tepuk tangan sama-sama sebab dapat duduk bawah ketiak emak ayah kembali... huhuhuhu... Walaupun diluaran aku nampak macam happy go luck , tapi sebenarnya, di sisi dalaman ni, ada satu sudut jauh dalam hati aku yang sebenarnya aku terlalu merindui tempat kerja lama, dan rasa macam satu penyesalan pula.. Ada sesuatu yang aku rasa tertinggal di SMKDI.. Hati aku mungkin.. Masih terlekat kat sana ! Semua yang ada / tidak senang di SMKB aku selalu bandingkan dengan SMKDI..

Tapi, semuanya pun sudah menjadi bubur, dan sempena kedatangan Maal Hijrah ini, aku tak akan biarkan bubur itu menjadi basi dan masam.. InsyaAllah.. Apa yang jua yang bakal mendatang, aku akan terima dengan hati yang terbuka & lebih bersemangat .. InsyaAllah aku akan cuba jadi guru yang terbaik walau dimana jua aku berada, InsyaAllah........... Aku akan cuba lakukan yang terbaik !!! Yeaaaaahhhhhhhhhhh !!!!!!


Sunday, May 22, 2011

Berkurun lama sudah!!

Kesian blog ku ini.. Dianaktirikan lagi ya? Alololo siannya dia..
Anak ku kena paham, ibu mu ini pergi bekerja , mencari rezeki untuk mengisi perut sendiri…
Dan bajet macam aku lah yang kerja sampai tak cukup kaki tangan kan, padahal diri sendiri yang tak pandai urus kan diri sendiri  , tahu nak melekap depan internet 24jam je kan? … Ooo yeahh, jangan diamalkan selalu ya adik-adik.. Waktu bekerja tidak sama dengan masa kita belajar dulu ya!!
Kalau masa belajar dulu boleh lagi la nak beronggeng-ronggeng pergi KL sehari sebelum exam, karaoke pada malam nak exam,sanggup stay up study sampai pagi esok nak exam, ditambah pulak amik nescafe sampai 2cawan takut tertidur masa tengah kusyuk jawab soalan Matematik Diskrit yang macam ‘oo aku rasa aku macam xpernah belajar selama ini’..
Ohhh, zaman bekerja sangat-sangat berbeza dengan zaman belajar …. Bajet macam aku dah bertahun-tahun kerja kan? Aduhh Sofia, kenapa cepat sangat mengeluh ni, kamu tu bekerja baru beberapa bulan tau, dan nak kena tunggu sampai umur 50 lebih baru pencen tau??
Ohhh, semoga aku sentiasa diberi semangat yang baru untuk terus-terus mengajar, mendidik dan pelbagai jenis ‘men..’ lagi la… Aminnnnnnnnnn…………
p/s: Amik mood semak paper exam………..

p/s lagi : Entry ini macam marah diri sendiri je.. hukss..

Wednesday, May 4, 2011

Potluck itu sumber kekenyangan

Yeah… Kalau sebut pasal makanan dan kekenyangan, bab ini memang kena serah pada aku bulat-bulat… Sebelum ini, aku ingat apa la agaknya potluck ni ya, sebab masa dulu-dulu tak pernah buat pun kat sekolah aku praktikal atau mana-mana tempat yang pernah aku menyinggah... Tapi , Ohhh, baru kini aku tahu lepas dapat posting di SMKDI ini, sebab rupa-rupanya potluck ini upacara bawa makanan ramai-ramai dan sesi makan-makan sampai kenyang-kenyangan.. hehehehehe.. Lebih-lebih pula, menu potluck kali ni ‘Lunch Hour’ , jadi tak payah cakap pasal jenis makanan, macam-macam ada, sampai tak sempat nak rembat semuanya….Gulai Ikan Tongkol, Ikan Singgang, Ayam Masak Merah, Gulai Ikan Masin masak Nenas, Ayam masak Berempah, Puding Mango,Kek, Pengat Durian, KuihMuih, BuahBuahan, Air Kelapa, dan macam-macam lagi la yang aku tak ingat tapi yang penting sodappp okay? IMG_3940

IMG_3943

IMG_3950 IMG_3949 IMG_3953 IMG_3951 IMG_3955 IMG_3954 IMG_3957 IMG_3956 IMG_3959 IMG_3958 IMG_3961 IMG_3960

Amaran :: Sodappp kan? Tapi, jangan lah tanya aku resipi nya, sebab aku hanya masak nasi putih aje ... kui2…

Tapi, Potluck hari itu tiba-tiba jadi sedih sebab sorang cikgu naik pangkat ke PPD, jadi hilang sebutir mutiara di sekolah.. Semoga Cikgu Syed terus-terus maju dalam karier…

IMG_3942 IMG_3931

Sedih-sedih juga, tapi bab makan, totap licin okay??

IMG_3973IMG_3971 IMG_3970 IMG_3972

Muka-muka kekenyangan harus ada!!

IMG_3945 IMG_3947 IMG_3946 IMG_3966

Dan muka mamarazzi, totappp kena ada!!! Nah…..

IMG_3939

Related Posts with Thumbnails