MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sekolah oh Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah oh Sekolah. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

BUKTI SUNBURN

Walaupun kalah, tapi kalah bermaruah.. Tahniah buat pasukan sekolah ku.. Walaupun kalah, tapi kita tetap menang sorakan.. hehehe... Mana tak sunburn nya, cikgu nya pun turut sama terkinja-kinja macam budak-budak.. Nasib badan la Cik Pia oooii, pas ni letak banyak-banyak fair n lovely ye....



Friday, February 8, 2013

CUTI CNY vs KERJA SEKOLAH


Yeyeyeh!!!

Cuti seminggu telah bermula hari ini.. Budak-budak dah selamat diberi kerja sekolah oleh Cik Pia, tapi, kerja sekolah Cik Pia lagi banyak dari diorang...................


Orang lain bawa balik kotak limau, Cik Pia balik bawak sekotak kerja sekolah.. hehehe... 

Tapi, jangan risau, Cik Pia akan update lagi pasal persiapan wedding Cik Pia .... Banyak entry dalam draft ni..... 

Monday, February 4, 2013

KERJA BANYAK

Kerja sekolah banyak berlambak, tapi malas nak buat............. Tak sabar nak cuti raya cina, nak cuti semingguuuuuuuuuuuuuuuuuu............

weeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Saturday, January 19, 2013

APDM - SELESAI DALAM KESEDIHAN

Alhamdulillah.. Selesai ber-APDM .... Legaaaaa, sebab nya 80 % maklumat datang nya dari maklumat-maklumat yang telah guru kelas tahun lepas isi, so Cik Pia hanya buat semakan dan tambahan atau perubahan aja pada maklumat anak-anak murid kelas Cik Pia... Terimakasih cikgu-cikgu... 

Sedihnya hati dan pilu bila tengok  maklumat keluarga setiap anak-anak murid dalam kelas Cik Pia.. Bukan semuanya datang dari keluarga yang kaya.... Ada yang emak/ayah kerja jaga, cleaner, kerani... Ada yang emak ayah berpisah, PJJ, dan tak kurang juga ada anak murid yang duduk di rumah kebajikan ... Sedihnya... Itu belum tengok lagi pendapatan keluarga.. Ada yang rm500 aje, tanggungan keluarga pula sampai 3-5 orang.. huhuhuhu.. Sedihnya bila tengok, nak key in data dalam sistem APDM ni rasa sebak aje.. 

Macam na la Cik Pia tak marah anak-anak murid bila diorang ni malas belajar, sebabnya tanpa pendidikan mereka tak boleh nak ubah nasib keluarga... Aiiisssshhhh, lepas ni kena banyak bagi motivasi lagi kat anak-anak murid!!!!

PANGKALAN DATA MURID : APDM

Hari ni off kejap dari cerita kahwin-kahwin.... hehehe.. Sebabnya, Cik Pia kena fokus buat kerja sekolah masa cuti-cuti ni.. Awal-awal tahun ni, sebagai guru kelas, Cik Pia dan seluruh warga guru kat Malaysia ni kena update maklumat pelajar/ibu bapa/penjaga dalam sistem Pangkalan Data Murid  ...... Jenuh juga nak buat kerja ni sebab nya salah satu halangan nya ialah kemudahan internet.. Kalau internet laju, memang best la buat kerja ni, kalau tak , memang kena berjuang la nak masuk sistem ni dengan beratus ribu guru yang lain yang online pada masa yang sama.....
Tengok la jumlah guru yang log in pada waktu yang sama dengan Cik Pia pukul 9malam... Berpuluh ribu tu..

******Kepada warga guru sekalian, selamat ber-APDM di hari minggu.... Tak apa, kita korbankan sedikit masa cuti kita, untuk kerja-kerja ibadah kita.. Dapat pahala lagi...

Thursday, January 3, 2013

SERABUT MEJA

Emmmmmmmmmm.... Minggu ni Cik Pia agak sibuk sikit, biasalah sebab baru buka sekolah kan... Sibuk di sekolah dan juga bawa ke rumah untuk setelkan.. Paling Cik Pia tak suka buat adalah benda yang nak kena organize sebab nya, Cik Pia ni kalau organize something macam fail ke mesti nak kena perfect , lepas tu bila x perfect Cik Pia akan jadi  stress sebab nak juga benda tu nampak elok dan teratur..... Jadi, benda-benda tu semua akan buat Cik Pia buang masa padahal tak ada siapa pun nak tengok, hanya untuk pandangan mata Cik Pia aja.. emmmm, mungkin kadang-kadang Cik Pia perlu kurang kan sedikit kesempurnaan dalam sesuatu hal kan.... 


Sekarang ni, Cik Pia tengah organize cantik-cantik folder cd-cd gambar sekolah Cik Pia.. Cik Pia kan jurukamera tak bertauliah untuk sekolah Cik Pia... hehehe.... Nanti senang la kalau-kalau cikgu-cikgu nak minta gambar, tak payah Cik Pia penat-penat buka laptop,Cik Pia paling malas bawa laptop pergi sekolah... hehehehehe...

Jadi, B2B yang lain jangan rindu merindu Cik Pia ye sebab kurang sikit update belog 2 minggu KOTTT ......hehehe..... Dengan En Tunang Cik Pia pun terkena tempiass nya.. Tak sempat nak bermesej2.. Puasa mesej ye.... hehe.. Nasib la ye awak!

Saturday, December 29, 2012

SEKOLAH 2013

OMG... 

Lagi beberapa hari sekolah nak bukak dah, dan lagi beberapa hari juga 2013 bakal menjelma tiba.. OMG OMG OMG !!!!!! Dalam kesibukan Cik Pia , mensurvey dan menempah vendor-vendor yang berkaitan untuk majlis tahun hadapan, Cik Pia sekarang ni pun buzy juga untuk memulakan sesi persekolah 2013... Memang umum tak nampak apa yang buzy nya cikgu-cikgu masa cuti sekolah, tapi sebenarnya, kami memang buzy nak sediakan bahan mengajar , cari buku-buku latihan yang baru dan terkini, update fail-fail untuk tahun hadapan dan banyak lagi la......Itupun masa cuti sekolah , Cik Pia banyak kali juga pergi sekolah sebab nak uruskan pasal PIBG dan hal-hal lain..

2 hari lepas sekolah Cik Pia baru aja buat mesyuarat guru bagi persediaan persekolahan 2013... Yang paling excited sekali masa mesyuarat adalah mencari nama dalam takwim sekolah, sebab nak tahu apa tugas yang diberi oleh sekolah untuk kita laksanakan tahun hadapan.. Memang syok highlight2 nama ni, tapi memikirkan tugas-tugas yang diberi untuk tahun hadapan, guuulllppppp, pikir pula pasal nak kahwin , guuullppppppp lagii..... Rasa macam tak cukup kaki tangan Cik Pia aje....... Harap-harap tahun hadapan Cik Pia diberi kekuatan dan pertolongan untuk memudahkan kerja-kerja Cik Pia .. Amin.......


Inilah rupa takwim persekolahan Cik Pia.... Memang mula-mula excited nak tengok isi dalam.. Tahun ni Cik lagi, tahun - tahun akan datang bertukarrrrr...... hehe.. InsyaAllah, Aminnnnnn


Dah mula highlight nama dan tugasan 2013.. InsyaAllah, mari sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara...

Ini antara tugas-tugas Cik Pia bagi tahun 2013, tapi tak banyak beza pun dari tahun lepas :
  1. Matematik Tingkatan 3 (3 kelas)
  2. PJK Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 (3 kelas)
  3. NILAM 
  4. Guru Kelas Tingkatan 3
  5. Jurukamera sekolah
  6. Bendahari PIBG
  7. SU PBS
  8. AJK Headcount
  9. AJK 1 Murid 1 Sukan
  10. Guru Kelab Fotografi
  11. Guru Permainan Bola Jaring
  12. Guru Rumah Hijau
Tekanan dah semakin hampir.... Cik Pia rasa tekanan sebab nya Cik Pia dan pasukan Cikgu Matematik sekolah Cik Pia perlu kekalkan atau tingkatkan peratus lulus dan A bagi subjek Matematik bagi PMR 2013.. Gerun pula bila memikirkan semua tu sebabnya peratus Matematik PMR sekolah Cik Pia 95.8 %, maksudnya % untuk tahun hadapan tak boleh jatuh, kena naikkk lagi..... Risaunya Cik Pia ......

Semoga Cik Pia dan kawan-kawan yang lain dapat buat yang terbaikkkk lagi untuk tahun hadapan....InsyaAllah Amin..... 

P/s: Students.... Please be nice to me, ok!!!

Saturday, November 26, 2011

BUKA LEMBARAN BARU. SALAM AWAL MUHARRAM

Agak lama oke aku tak menulis dalam belog kesayangan ini oke... Sejak jadi pendidik berkaki lebar ni agak sibuk la pula nak menaip-naip dalam belog... Tapi, sekarang ni dah start cuti sekolah.. Yahuuuuuuuuuuuu.... Memang la syok dan banyak masa free, sampai tak cukup jari jemari ku ini nak main internet je kerjanya.. hehehe..

Alhamdulillah... 22NOV2011 yang lepas , genap setahun aku jadi cikgu, dan dalam masa setahun ni, dah 2buah sekolah yang telah aku ditempatkan.... SMKDI vs SMKB.. Dugaan yang berlipat-lipat ganda aku dapat setelah berpindah, walaupun sepatutnya aku perlu bergumbira tepuk tangan sama-sama sebab dapat duduk bawah ketiak emak ayah kembali... huhuhuhu... Walaupun diluaran aku nampak macam happy go luck , tapi sebenarnya, di sisi dalaman ni, ada satu sudut jauh dalam hati aku yang sebenarnya aku terlalu merindui tempat kerja lama, dan rasa macam satu penyesalan pula.. Ada sesuatu yang aku rasa tertinggal di SMKDI.. Hati aku mungkin.. Masih terlekat kat sana ! Semua yang ada / tidak senang di SMKB aku selalu bandingkan dengan SMKDI..

Tapi, semuanya pun sudah menjadi bubur, dan sempena kedatangan Maal Hijrah ini, aku tak akan biarkan bubur itu menjadi basi dan masam.. InsyaAllah.. Apa yang jua yang bakal mendatang, aku akan terima dengan hati yang terbuka & lebih bersemangat .. InsyaAllah aku akan cuba jadi guru yang terbaik walau dimana jua aku berada, InsyaAllah........... Aku akan cuba lakukan yang terbaik !!! Yeaaaaahhhhhhhhhhh !!!!!!


Wednesday, May 4, 2011

Potluck itu sumber kekenyangan

Yeah… Kalau sebut pasal makanan dan kekenyangan, bab ini memang kena serah pada aku bulat-bulat… Sebelum ini, aku ingat apa la agaknya potluck ni ya, sebab masa dulu-dulu tak pernah buat pun kat sekolah aku praktikal atau mana-mana tempat yang pernah aku menyinggah... Tapi , Ohhh, baru kini aku tahu lepas dapat posting di SMKDI ini, sebab rupa-rupanya potluck ini upacara bawa makanan ramai-ramai dan sesi makan-makan sampai kenyang-kenyangan.. hehehehehe.. Lebih-lebih pula, menu potluck kali ni ‘Lunch Hour’ , jadi tak payah cakap pasal jenis makanan, macam-macam ada, sampai tak sempat nak rembat semuanya….Gulai Ikan Tongkol, Ikan Singgang, Ayam Masak Merah, Gulai Ikan Masin masak Nenas, Ayam masak Berempah, Puding Mango,Kek, Pengat Durian, KuihMuih, BuahBuahan, Air Kelapa, dan macam-macam lagi la yang aku tak ingat tapi yang penting sodappp okay? IMG_3940

IMG_3943

IMG_3950 IMG_3949 IMG_3953 IMG_3951 IMG_3955 IMG_3954 IMG_3957 IMG_3956 IMG_3959 IMG_3958 IMG_3961 IMG_3960

Amaran :: Sodappp kan? Tapi, jangan lah tanya aku resipi nya, sebab aku hanya masak nasi putih aje ... kui2…

Tapi, Potluck hari itu tiba-tiba jadi sedih sebab sorang cikgu naik pangkat ke PPD, jadi hilang sebutir mutiara di sekolah.. Semoga Cikgu Syed terus-terus maju dalam karier…

IMG_3942 IMG_3931

Sedih-sedih juga, tapi bab makan, totap licin okay??

IMG_3973IMG_3971 IMG_3970 IMG_3972

Muka-muka kekenyangan harus ada!!

IMG_3945 IMG_3947 IMG_3946 IMG_3966

Dan muka mamarazzi, totappp kena ada!!! Nah…..

IMG_3939

Saturday, January 22, 2011

Mari jadi guru yang rajin macam saya

Apabila menjadi guru, jangan la dikau menjadi malas ya.. Suka menangguh-nangguh kerja secara sengaja atau tidak sengaja.. Ini akan menyebabkan dikau akan mula berkata-kata ‘Kerja guru suatu bebanan la, terbeban la, membebankan la’ Ohh yeahh, jangan begitu ya.. Lebih-lebih tenaga muda, bujang lagi cun, jangan kata duduk rumah kena mop setiap hari rumah, sambil tu siram-siram pokok bunga sambil makan biskut mery disapu jem strawbery dan dicicah dengan milo panas.. Yummy.. Ohh, jangan nak menipu kata duduk rumah buzy ya, apa yang ekau buzy tu?

Jadi langkah pertama yang boleh menunjukkan dikau seorang yang rajin adalah dengan tanda buku budak-budak yang rajin hantar buku.. Aku ada ngajar kelas yang hebat jugak, setiap kali bg homework aje, esok harinya, masa perhimpunan kul 1suku, sudah 2-5 orang mengejar-ngejar aku dengan beg berat sambil berkata-kata ‘nak hantar homework, nak hantar homework’ .. Ohh Yeahh, nampak macam aku garang sangat kan sampai belum beratur lagi diorang dah bersemangat nak hantar..

IMG_3743

Tapi, kadang-kadang lemas juga aku dibuatnya.. Bila budak-budak hantar buku non stop sampai kadang-kadang tak menang tangan aku nak menandanya.. Sebab tengok-tengok atas meja dah penuh dengan buku-buku dari kelas lain, ditambah lagi dengan tulisan anak-anak murid yang cantik, yang bulat-bulat, yang macam doktor, dan macam-macam lagi.. sampai kadang-kadang meja guru yang besar itu pun, xcukup ruang untuk aku nak letak cermin tengok tudung hari tu sengit ke tak! Aishh…

IMG_3741

Yang ini aku hangin, sebab tiba-tiba dapat title PUAN.. Mengaku cepat siapa suami aku?

P/S:: Hari minggu yang buzy dengan menanda buku.. Isnin ni kena rombak kelas !!

Saturday, January 8, 2011

Pengalaman pertama yang memang sah aku tak dapat hadiah hari guru tahun ni!!

3 Jan 2011 : Hari pertama aku betul-betul bergelar seorang Cikgu.. Perasaan sebelum nak melangkah ke 3Jan 2011 tu, agak takot sikit, sebab masa mesyuarat guru 2011, Pengetua dah bagitahu tentang pemantauan PPD masa hari pertama sekolah.. OhMy… Ketaq lutut aku, sebab fikir nama-nama besar yang akan observe.. Fuhhhhh… Tapi, cikgu-cikgu kat sini bagus, siap kata kat aku, rileks-rileks-ice-ice cool-bebeh!!

Memang betul, dalam segala hal kita kena rileks, tp persediaan kena ada la kalu nak relax pun.. Jadi, sehari sebelum nak masuk sekolah, bilik memang agak berterabur sikit sebab, nak lengkap kan buku rekod mengajar, print sukatan pelajaran, n study sikit…Picture 002Masa mula-mula sampai sekolah ni, memang cikgu-cikgi kat sini , dah pesan pada aku dah, janganlah nak buat muka manis-manis awal-awal tahun ni, sebab nanti budak-budak naik kepala, dan biasalah dapat pula menengah rendah, jadi sifat anak-anak umur 7tahun masih belum hilang lagi…. Kalau awal-awal dah mula bermanis-manis dengan diorang, nanti diorang ingat kita ni cikgu baru senang diauta, senang kena makan, & mulalah kita sendiri akan dapat masalah utk kutip yuran, homework & sebagainya, terutamanya kelas hujung2, nakal2.. fuhhhhhhhhhhhhhhh…..

Jadi, sebelum bermulanya sesi persekolahan, aku dah praktis siap2 kat rumah macamna nak buat muka garang… hahahahaha.. Masalahnya, ada tokoh ke aku ni nak buat garang???? Nak tergelak pun ada sebenarnya bila nak buat garang-garang ni….Tapi, kena berlatih jugak….

Alhamdulillah, berjaya jugak aku… Memang confirm tahun ni aku xakan dapat hadiah hari guru dah!!!!!

Alhamdulillah, setelah berguru dengan guru-guru yang lebih senior disini, aku dapat buat kesimpulan yang :

1) Kelas & students yang first time kita nak mengajar, jangan sesekali kita bagi muka pada students… Bukan bermaksud kita sombong, tapi kita kena tegas n garang.. Students akan tahu, yang cikgu ni xboleh dibawa main.. Kerja rumah kena siap, buku teks kena bawa… Memang betul!!! Aku dah cuba method ni pada students yang first time aku nak ngajar.. Memang budak2 F1 ni takut giler xbawak buku teks, (dia tersilap tengok jadual), terus berlari-lari anak nak pinjam kawan kelas sebelah.

2) Untuk kelas & students yang first time kita nak mengajar, masa ni lah, kita nak denda students.. Bukan la denda yang berat2, contohnya, masa kita ngajar sedap2 kat depan, dia pulak dok celoteh2 kat belakang, kita panggil n denda, suh dia berdiri depan kelas ke, @ tukarkan tempat dia ke depan ke… Denda ni masa first kelas sgt2 penting.. Sebab kita nak ingatkan semua pelajar yang masa kelas kita, berikan tumpuan pada P&P…

3) Kurangkan bercakap… Jangan terlalu banyak bercakap dalam kelas terutamanya yang bukan berkaitan pengurusan kelas @ P&P… Cukup dengan hanya jelingan mata, pergerakan tangan.. Contohnya, kita tengok, ada 2, 3 orang budak bercakap2 dalam kelas, cukup kita buat jelingan mata aje.. Awal-awal ni jangan lah banyak bercakap sangat dalam kelas…

4) Elakkan untuk marah-marah students dengan perkataan yang xsopan… Cara aku dalam kelas pulak, kalau nak marah students ‘Kamu yang kat belakang tu, BERDIRI’ --- dengan nada yang sangat tegas&kuat, sampai kelas kat hujung boleh dengar --- Jangan mulakan untuk mengherdik pelajar, walau nakal macamana apa pun sekalipun.. Tolong… Jangan buat macamtu, nanti kena pada anak sendiri, padan muka dikau!!

5) Bila dah denda-denda pelajar tu, janganlah kita buat dek aje ye kawan-kawan.. Kita refleks balik apa yang diorang buat.. Bagitau dia apa tujuan kita denda dia, jadi pelajar akan kurang berdendam dengan kita.. Kalau dendam pun, setakat tayar keta pancit aja kot!! hehehe…

6)Lain sekolah, mungkin lain rentak pelajarnya.. Bagi yang dapat sekolah-sekolah yang hebat, pelajar cerdik, mungkin pendekatan macamni xdiperlukan.. Tapi, untuk sekolah yang aku dapat posting ni, memang kena guna pendekatan macamni.. Aku bukan saja-saja nak denda@garang@marah budak2, tapi ini perlu sebab bayangkan, kalau 5orang buat hal dalam kelas, 20 orang lagi nak belajar.. Kan dah menganggu kawan-kawan diorang yang lain nak belajar…

Aku bersyukur jugak, sebab sebelum ni, aku pernah ada pengalaman praktikal macamni.. Dapat kelas-kelas yang macamni jugak.. Jadi, Alhamdulillah, rasa macam dah imun dengan kes-kes macamni….

Sebenarnya banyak lagi method yang boleh digunapakai, bagaimana nak kawal kelas.. Cikgu-cikgu kat sini selalu pesan kat aku, ‘Kelas yang bising masa cikgu mengajar menunjukkan cikgunya xmampu nak kawal kelas dengan baik’ Jadi, nasihat aku pada kawan-kawan yang bakal posting, praktikal, mengajar dan sebagainya PENGAWALAN KELAS ADALAH SANGAT-SANGAT PENTING, BARULAH P&P BOLEH BERJALAN DGN BAIK, HATI TENANG, & JIWA PUN XTENSION DENGAN PELAJAR2 MACAMNI… Biarlah students nak benci kita ke, kita xdapat pujian@hadiah ke, students nak label kita apa pun, CIKGU GARANG KE, CIKGU RIMAU KE, CIKGU APA PUN SEKALIPUN, yang penting kita dapat kawal kelas dengan sebaiknya, dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu kita dengan baik & berkesan..

Dan banyak lagi yang perlu aku belajar dengan cikgu-cikgu kat sini terutamanya P&P dalam kelas.. Semoga 2011 ni akan bermula dan berakhir dengan indah!!!

p/s:: Sekarang aku tahu, kenapa dulu cikgu-cikgu aku sangat-sangat garang….Sebab nak kawal kelas, nak bagi ilmu dengan mudah…. Kalau kelas bising, pelajar xbagi tumpuan, macamne nak ajar, nak bagi aku masuk Universiti!! hehehe…

p/s lg :: Sekarang hati aku cukup tenang, sebab budak2 dengar kata, dah ada semua dalam kelas sebelum aku masuk, ketaq lutut kena denda buat homework atas lantai sebab xsiap kan homework!!! Tapi xtau la lama mana boleh bertahan.. Huhuhuhu...

Thursday, January 6, 2011

Antara rela dan tidak rela…

cats

Biasalah… Sebagai guru baru yang baru mula nak menapak di sekolah yang baru, semestinya banyak kerja yang diberi dan dikerah.. Biasalah… Ini baru sikit dik, nanti dah buka alam persekolahan nanti.. Baru dikau tau klcc ke rumah pondok yang tinggi hah? Cuba dikau jawab!!!

Ok, sekarang ni, aku masih tak boleh tarik nafas lega lagi, sebab baru-baru ni pihak tertinggi sekolah aku ada panggil aku ke pejabat.. Katanya status aku masih lagi pending kat sekolah ni, sebab sekolah terlebih guru!! Adeii.. Nanti akan ada mesyuarat dalam PPD, jadi aku tunggu ajelah.. Kalau PPD kata, aku kena tukar sekolah, kena tukar la gamaknya.. Kalau tak kena tukar, stay la aku di SMKDI ini.. Yesss!!!

Sejujurnya dalam hati aku, aku tak nak tercalon kena tukar sekolah, sebab :

  • Aku dah mula suka+sayang sekolah ni sebab dah ada kawan-kawan yang best, & diorang sangat peramah, sangat senang nak masuk dengan cikgu-cikgu kat sini, dan paling penting cikgu2 kat sini sgt2 sporting, tua muda sama baya aje.. cuma aku yg masih malu-malu kucing lg.. hehe.. iyalah, baru-baru ni xkan la nak bertepok bertampor plk kn.. nnt kan terover dose pulak.. hehe
  • Timbunan kerja xbanyak, lebih-lebih lagi sesi petang.. tepat 6.40 ptg, cepat2 cabot lari.. yg penting, kerja2 setelkan di sekolah, balik rumah , boleh layan internet.. hehehe…
  • Sekolah ni suka bagi aku makan free, ada saja makanan turun dari langit untuk aku, makanan kat sini sedap2 wessss….
  • Duduk kat sini memang jimat betul.. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku xkeluarkan duit.. Sebab pekan sini jauh, kalau xda kereta, jangan la bermimpi untuk bersiar-siar di pasar malam…
  • Rumah aku sebelah pagar sekolah aje wesss.. Nak pergi sekolah, aku main lompat pagar sekolah je.. Xda masalah lansung nak pergi sekolah.. Kalau hujan, bawak payung aje wess…
  • Urusan gaji cepat wess… Sangat seronok dapat gaji awal, duit gaji pun cepat habis wesss…

Tapi, kalau memang rezeki aku memang kena tukar juga, aku harap :

  • Biarlah aku kena tukar sekolah lepas aku dah pas lesen & boleh bawak kereta.. Dah la aku daftar lesen kereta kat sini.. Huwaaa.. Kang kena tukar jauh-jauh kang, aku merajok kang, terus malas amik lesen kang…
  • Kalau boleh nak dapat sekolah yang macamni jugak. Ada kuarters sebelah sekolah.. Senang & best !!!! Xpayah nak fikir cari rumah sewa dah…. Plzzzzz….
  • Kalau boleh xnak la jauh-jauh sangat walaupun dalam daerah Manjung ni pun…Xjumpa dalam GPS kang..
  • Alang-alang nak tukarkan aku, baik tukarkan aku terus ke Daerah Kinta-IPOH!!!! hehehe….

Tapi tak kisah la, dimana pun aku ditempatkan, aku akan terus berbakti.. Cewahhhh… Haaaaa, sebut pasal berbakti ni, mulai tahun depan , aku kena berbakti untuk ::

  • Guru Kelas Tingkatan 105
  • Guru Matematik Tingkatan 1 & 2
  • Guru Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 1 & 2

Saturday, November 20, 2010

Bukan lagi anak jati Ipoh

Yeahh.. Itulah suratan takdir yang harus aku telan dan tempuh sekarang ini lebih2 lagi apabila pihak JPN memberitahu lokasi kawasan yang akan ku dipostingkan..

image Peta negeri Perak Darul Ridzuan

‘’Kawasan Pantai Remis, Manjong, Perak DR’’ Kata si empunya suara dicorong telefon JPN..

Apa-apa pun aku bersyukur pada Yang Esa dengan penempatan ini jika mahu dibandingkan dengan beribu lagi guru yang tidak mendapat penempatan di negeri asal dan juga bertahun-tahun menunggu penempatan.. Nasib menyebelahi aku, setelah sebulan konvo, penempatan diberikan Alhamdulillah, jika mahu dibandingkan dengan beribu graduan lain.…Tapi, sungguh, penempatan ini adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat yang ada.. Mungkin Ipoh/kawasan sekitar aku sudah penuh dengan guru-guru Matematik, dan khidmat aku lebih diperlukan disana sebagai tenaga kerja yang baru.. Walaupun, jauh disudut hati aku, terasa juga kecemburuan pada teman-teman yang dapat di Ipoh tempat ku yang tercinta.. Namun aku harus akur pada tuntutan ibadah dan kerja ini.. Baru kini aku mengerti bahawa, kerjaya pendidikan/guru memerlukan pengorbanan yang tinggi.. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Hati ku jua turut tersentap apabila ada suara-suara yang mengatakan kawasan yang bakal aku ditempatkan itu sukar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar, jauh dari kawasan pekan, dan sebagainya… Namun walaubagaimana  sekalipun kawasan nya, masyarakat nya, sosial nya, aku akan cuba untuk kuatkan semangat dan azam , kentalkan jiwa dan raga ku, dan cuba sedaya upaya membuka seluas-luasnya hati dan minda ku seperti mana terbentang luasnya Pantai Remis itu..Tak kenal maka tak cinta.. Manalah tahu, lagi hebat dari Ipoh.. Macam pengalaman praktikal di Grik.. Sangat seronok!

Seorang teman ku telah berkata apabila aku runsing memikirkan apabila aku tidak dapat posting di Ipoh….

‘Allah telah mengabulkan doa mu, Sofia untuk posting di Perak, tapi ini tidak bermakna Allah tidak mengabulkan doa  mu untuk posting di Ipoh… Allah telah melakukan perkara yang jauh lebih baik dari ini..Allah telah mengabulkan doa insan-insan disana yang memerlukan pendidikan, memerlukan kasih sayang dan memerlukan perubahan untuk masa depan, serta ekonomi keluarga mereka.. Maka, dengan ini Allah telah mengabulkan doa mu , Sofia yang sentiasa berharap dapat membantu masyarakat sebegini’

Ya……. Baru kini aku mengerti tujuan ku untuk menjadi guru bukan kerna pangkat mahupun harta ……… Semoga niatku serta sahabat-sahabat ku untuk menjadi guru sentiasa diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah Amin…

Walaupunbagaimanapun, hati aku ni tetap terasa gusarannya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nama sekolah yang belum pasti, urusan rumah sewa serta pengangkutan.. Masalah nama sekolah yang masih belum diketahui menyukarkan aku untuk membuat pilihan rumah sewa dan sebagainya.. Tetapi Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang pernah menjalani praktikal disana, dan memberi beberapa maklumat kepada aku, serta no telefon yang harus dihubungi untuk menyewa rumah..

Apa-apa pun, mulai minggu hadapan aku akan mula berdikari seorang diri, tiada lagi keluarga dan teman-teman rapat disisi yang sentiasa menghulurkan bantuan..Tiada lagi… Semuanya aku harus bergerak pada kaki sendiri….Jika perlu berjalan kaki ke sekolah, silalah berjalan kaki..hehe.. AKu perlu bergaul dengan kawan-kawan sekerja yang baru, persekitaran yang baru dan yang paling penting adalah membawa imej diri di tempat yang baru.. Semoga Allah permudahkan setiap segala-galanya bagi aku.. Amin....

p/s:: Pantai Remis terkenal dengan hasil kutipan remis.. Eeeemmm, nampaknya, pagi-pagi aku mengajar, petang-petang kutip remis pula.. Best2.. Xsabar nak jejakkan kaki kesana…Wish me luck!!

Monday, November 15, 2010

Apabila malam bukan lagi masa untuk tidur

Ya… Malam ini tepatlah 15hb November 2010… InsyaAllah status penempatan para guru akan diketahui pada tarikh ni.. Tarikh keramat yang bakal mengubah aku dan sahabat2ku yang lain dari title seorang pengganggur kepada pekerja tetap…. Seperti biasa, hari-hari yang aku lalui untuk sampai ke tarikh 15November ini tetap penuh dengan aktiviti ber-FB yang aku rasakan medium paling cepat dan pantas untuk menzahirkan perasaan dan juga maklumat…

Malam ini sahaja, aku dan hampir semua kawan-kawan ku xdapat tidur lena.. Iyalah, inikan melibatkan hal masa depan dan negara… hehehehe.. Macam-macam status yang ada terpampang kat wall Fb masing2 yang sempat aku print screen..

Semuanya mengharapkan harapan.. Begitu jua aku..

cats

Pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan…

cats7

Ramai yang berjaga malam.. Kalau dapat duit, sedap gak ni…

cats4

 cats3

cats1

Dan juga turut memberi amaran bagi mengelakkan jem..

ws

Dan ada juga yang bersengkang mata, dan menonton bola ….cats8

Aku pun sekarang ni tak boleh tidur macam kawan-kawan aku ni, sebab masih berfikir kat mana la agaknya aku bakal ditempatkan esok… Esok kena prepare awal2 bendera mana nak kena naik dulu..

perak ATAU selangor

Apa-apa pun, aku mendoakan semoga yang terbaik akan dapat pada diri aku dan sahabat-sahabat aku yang lain.. Semoga semuanya mendapat penempatan negeri dan sekolah pilihan yang terbaik.. InsyaAllah.. Yakinlah perancangan Allah itu yang TERBAIK.. YaAllah semoga aku dan semua sahabat2 ku dipermudahkan urusan penempatan… Amin…

Thursday, June 3, 2010

Ini Yang Seronok Jadi Cikgu!!

Dulu, aku sempat meraikan hari guru buat2 cikgu2 aku... Aku sempat jugalah bagi hadiah kt cikgu2... Simpan 10sen sehari, boleh la beli getah pemadam byk2 dan bg pd semua cikgu dan tulis kt belakang tu nama penuh sampai xcukup ruang..

Mana2 cikgu yang aku suka, aku up kan sikit hadiah tu, bagi pensil 2B ke.. Sebab pensil aku terlampau banyak, jadi aku sedekahkanlah kt cikgu.. Tp, cikgu2 xpernah pun nak balas balik hadiah yg aku bagi tu.. Mak kata : "Setiap pemberian itu berilah dengan ikhlas, dan jangan sesekali harapkan balasan" .. Ok, mak, saya xharapkan balasan dr cikgu2...Tapi, bila dh masuk alam 13tahun, aku dah stop bagi hadiah kt cikgu, sbb harga getah pemadam makin mahal dan cantek2, sayang nak bg cikgu.. hehe...

Walaupun 14Mei tahun ni dah lama berlalu, aku tetap nak buat entry hari guru..sebab bagi aku hari2 adalah hari guru.. sebab setiap hari students akan beri kita pelbagai pengalaman, kenangan yang tidak pernah meminta balasan..Itulah 'hadiah' kita bergelar guru..

Tapi, yang paling best bila jadi guru... eh jap, praktikal baru.... tp, xkisahla, yang penting aku jadi guru ok.. hehe... dan yang paling excited utk guru2 baru aka praktikal ni masa hari guru tentunya lah, HADIAH...


Banyak giler diorang bagi hadiah, sampai lenguh2 tangan2 aku ni bawak balik rumah.. Aku rasa budak2 sekarang ni banyak duet la... Sepanjang aku bukak hadiah2 ni, xde pun aku jumpa pemadam or pensel.. Yang paling terharu ada student bagi aku lolipop...


Tapi sebenarnya...


HADIAH terbaik adalah peluang mengenali kamu2 semua!!





p/s: Lagi gambar sepanjang Hari Guru 2010 tgk kt FB i ok!





Related Posts with Thumbnails