MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 19, 2013

Kursus Guru Kadet Bomba

Alhamdulillah, tamat sudah kursus kadet bomba selama 4 hari 3 malam.. 
Kembali ke alam realiti, kembali menyiapkan persiapan perkahwinan Cik Pia... 

p/s: Nanti Cik Pia review perkhemahan ni.. best sgt!!!!!

Friday, March 15, 2013

GUDBYE BLOG !

Minggu ni sangat-sangat mencabar dan penat !!!!! Berkejar-kejaran di sekolah mengejar dateline kerja... Akaun PIBG, Daftar PBS, Hias Bilik PBS, marking paper exam, fotografi sana-sini, kejar pergi kelas pula, preparation kawen lagi dan macam-macam lagi.. Ini semua kadang-kadang men-give up kan Cik Pia sebab rasa tak terhandle nak buat sorang-sorang............

Hari ni pula Cik Pia akan pergi kursus kadet bomba di Kandu Eco Adventure Gopeng selama 4 hari.. horrreeeyyyyyy.. rasa macam best sangat sebab boleh lari kejap dari suasana kerja yang banyak itu..Semalam memang balik lambat dari sekolah sebab nak setel kan semua kerja, bagi kerja-kerja relief siap-siap kat cikgu-cikgu..  Harap-harap boleh release tension di sini.. 

Gudbye sekolah, gudbye kerja-kerja, gudbye preparation kawen dan gudbye belog untuk SEKETIKA.... hehehehe....


p/s: Ini semua ihsan sumber dari google image ye..

Tuesday, March 12, 2013

HIV TEST 15 MINIT

Semalam kami baru lepas buat HIV Test kat Klinik Kesihatan Kampung Simee, Ipoh...
Cepat aja proses nya, 15 minit ja....
Cik Pia ingatkan lama bebenar....
Kejap aja, ingat kan sampai nak kena ambil cuti satu hari.. Malu aja kalau ambil cuti dengan Pengetua sebab nak buat HIV Test...hehehe..

Overall, HIV Test  kami dah setel.. Borang nikah pun dah check dengan En Tunang, so, En Tunang boleh pergi jumpa Naib Mukim dia dulu untuk ambil pengesahan.. Weeeehhhhhoooo....Lepas dia siap, Cik Pia pula bawa borang kami ke Naib  Mukim Cik Pia , kemudian hantar ke Pejabat Agama Islam... Weeeeehhhooooo...

Plus Minus, awal bulan 4 , kami plan borang dah siap dan boleh hantar borang ke Pejabat Agama Islam.. InsyaAllah Amin.. Semoga Allah mempermudahkan jalan kami, serta membuka pintu-pintu rezeki kami.. Amin... 
En Tunang dicucuk...Terketar-ketar tangan...hehehe

CINCIN NIKAH BUAT TERUNA

Memandangkan orang lelaki ni kalau dah kawen , bukti orang lelaki kawen kat mana ye? Kalau orang perempuan, tengok jari ada cincin, mesti orang tau dah berpunya.. Kalau orang lelaki??? emmmmmm, ini merisaukan Cik Pia, nanti ada yang dikebas orang.. hehehehe..

Jadi, kesimpulannya, Cik Pia pun beli la cincin nikah untuk En Tunang sebab kesian kat dia tak ada cincin.. hehehe... 

Ada banyak pilihan cincin untuk lelaki ni, antara nya platinum, palladium dan perak..Cik Pia pilih palladium sebab nya gred nya bawah sikit ja dari palladium, harga pun meletop-letop... Masa survey tahun lepas, harga semuanya beribu-ribu siap tawar menawar lagi,..Berkira Cik Pia ni, En Tunang tak berkira pun masa beli cincin-cincin masa merisik dan bertunang itu.. hehehehe...Terus insaf..

Last-last, 2 hari yang lepas, pergi la UO kat Ipoh ni(nama lain dia Greentown Mall/Angsana Mall)... Dah lama dah survey cincin kat REEFA GOLD ni, sebab nya kedai cincin ni yang jual palladium dan boleh ukir nama... Yeahhh, itu la yang Cik Pia cari selama ni. Tapi, hari tu pergi, harga memang tengah murah tanpa kos sampai habis bulan Mac ni.... Apa lagi, terus la kami menyambar sebentuk cincin untuk En Tunang cik pia ni..  Harga semua dengan ukir tak sampai rm 800.....Siap boleh ukir nama lagi... Yahuuu.. Tapi, 3 huruf je lah, nak tau apa yang diukir, tunggu selepas 31 Mei ni ya.....

Monday, March 11, 2013

B2B , JANGAN MALAS, WAKE UP LADY !!!!

PERHATIAN / ATTENTION !!!!

p/s: Pesanan khas buat Cik Pia dan rakan bloggers.. Nasihat keras !!! hehehehe..

B2B yang nak kawen bulan 5 atau 6 tu (macam Cik Pia, Cik Ana, Cik Izana, Cik Sha, Cik Izyan, Cik Ayong dan lain-lain)..
  1. Jangan malas-malas lagi  okay.. Wake Up, Wake Up.. Sudah tinggal kurang dari 3 bulan syg... Tak ada masa lagi nak mengelamun okeh.. Bangun-bangun..
  2. HIV Test/ Booking Tok Kadi/Hantar borang nikah dah boleh sekarang ni syg.. Jangan lambat2, nanti tak sedar, sebab perkara-perkara tu yang paling penting sekarang ni... Bangun-bangun..
  3. B2B yang super-super rajin nak buat DIY , boleh dah mula-mula sekarang, buat sikit-sikit.. Mula sekarang syg.... Nanti, nak dekat majlis , tak adalah penat sangat siapkan semua.. Tak semua saudara mara kita boleh tolong kita... Mari syg, kita mulakan...
  4. Barang-barang hantaran yang belum beli lagi.. Marilah syg, kita beli, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang..
  5. Tempah-menempah tu sepatutnya dah siap tempah semua.. Apa ditungu lagi tu syg, mereka tak menunggu kita, cepat-cepat call , dan order terus...
****Peringatan untuk Cik Pia yang super duper kuat menangguh kerja !!!!!!

Friday, March 8, 2013

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Bippppp......

Kad kawen dah siap didesign oleh Cik Adik Designer yang pernah Cik Pia cerita kat sini .. Tapi. cerita dia tak habis lagi tau.. Nanti Cik Pia review lepas dapat kad kawen....

P/s::: Apadaaaa...Borang nikah + HIV Test tak buat lagi pun, tapi kad kawen pula nak siap dulu.. Apa cerita ni.. hehehe... 

Monday, March 4, 2013

TRAUMA ACCIDENT

Cik Pia accident.. huhuhuhu...
So, blog berhenti rehat kejap....
Nnti Cik Pia update k....
**segala persoalan Cik Pia akan jawab nnt k..

Thursday, February 28, 2013

WEDD PREP : BENDA-BENDA KECIL TAPI JADI RUMIT

Alhamdulillah.. Semakin menuju ke hari bahagia, tak ada masalah antara kami berdua.. Alhamdulillah.. En Tunang sangat memahami, dan sentiasa bagi sokongan kalau Cik Pia memerlukan dia.. Terima Kasih En Tunang...... Cik Pia takut sangat kalau ada terjadi perselisihan faham antara kami, sebab kadang-kadang apa jua benda boleh terjadi.. Semoga Allah pelihara hubungan kami, Amin....

Tapi, ujian Allah swt itu diberi dalam bentuk yang berbeza-beza kepada umatnya...  Cik Pia dan En Tunang diduga dengan masalah-masalah dengan vendor-vendor yang ditempah..
  1. KAD KAWEN : Dah tempah, dah siap design semua, tapi tak memenuhi keinginan Cik Pia huhuhu... (sebenarnya tempat design kad kawen ni bukan pilihan Cik Pia, huhuhu).... Tapi, tiba-tiba Cik Adik Designer tu mesej bagitahu yang design kami hilang,  sebab laptop dia  kena curi , habis semua design kami.. huhuhu.... Lepas tu, banner dan tq tag belah En Tunang dia tak design lagi.. Dalam hati angin aja, bila nak siap nya, last-last bagitahu Cik Adik Designer, apa-apa pun kami nak siap kad kawen sebelum April....
  2. BAJU SANDING : Sedih, belum jumpa baju sanding yang sesuai dengan ketinggian dan kekatikkan Cik Pia... Mesej WP Cantik Manis  suruh cari baju yang sesuai, dan dah tunjuk kat dia baju yang diingin kan, simple kebaya lace tak mahu meleret-meleret.. Tapi, sampai sekarang tak dapat apa-apa feedback lagi... Sedihhh.. Hopefully WP Cantik Manis dapat cari baju yang sesuai dengan Cik Pia ni..
  3. MUA NIKAH : Cik Pia tempah MUA NIKAH, SANDING & BERTANDANG dengan junior upsi Cik Pia, Cik Adik Manis  . Dia ni memang pandai makeup dan memang mak andam.. Makeup dia,, Cik Pia suka sebab Cik Pia dh tengok macamna rupa kawan Cik Pia yang hitam-hitam manis dia makeup, tak nampak bertompok putih dan natural aja... Dah tempah Cik Adik Manis ni last year lagi, sebab memang ramai giler booking dia tau.. Tup-tup-tup-tup, dia mesej semalam, bagitahu tak dapat nak makeup masa nikah nanti sebab baru dapat jadual belajar... Tapi, sanding dan bertandang , dia confirm makeup..Sedihhhh sebab kalau boleh nak dia makeup kan untuk semua majlis...Tapi, tak boleh salahkan dia sebab dia pun tengah belajar kan.. Tapi, nasib baik ada 1x makeup dari butik..
Semoga Cik Pia dapat selesaikannya satu persatu-satu..... Jangan stress-stress, rilexx-rilexx.. Tarik nafas.... hembussssss.. Tarik nafas.... hembusssssss.....
Related Posts with Thumbnails