MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 20, 2013

KANTOI DENGAN WEDDING PLANNER

Alamak,hari tu onn whatsapp, tiba-tiba masuk mesej ..  Cik Pia punya Wedding Planner mesej .

WP : Salam. Kat blog nama Cik Pia ye?

agagagagagagaga........... Terkejut Cik Pia, alamak-alamak, kantoiiii terus sebab ada belog, terus rasa, takutnya, takutnya, kenapa WP tanya camtu, alamak terus pikir, Cik Pia ada tersalah cakap/tertulis benda-benda yang tak elok ke, diorang nak saman Cik Pia ke apa ke? huwaaaaa, takut nya, takut nya..Cik Pia tak suka komen-komen yang negatif tau, Cik Pia ni positif orang nya, ***tibe-tibe, haha....Cik Pia pun terus tarik nafas dalam-dalam, dan reply ............

Cik Pia : Aik, camne tau , stalk ye? hehehehehehehe

Terus WP reply .....

WP : Tq sangat, sebab ayat-ayat sofia , ada orang book dengan butik , nak kena belanja makan ni....

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............ rasa nak nangis oke, Cik Pia punya la nervous semacam , hahahahahahaa.......


****** dalam hati , dok pikir, Cik Pia belum mention lagi nama WP Cik Pia, ooh, mungkin ada komen-komen di belog orang kot.. hiksssss

To my WP yang baca belog saya ini, TQ sebab suka layan karenah customer macam saya ini, jangan lupa pasang pelamin next month ye...hiksssssss....

''Setiap rezeki itu telah tertulis, 
hanya tinggal usaha kita dan berdoa sahaja ''

Wednesday, April 17, 2013

WEDD PREP : TEMPAHAN DJ SEKITAR IPOH

Alhamdulillah, legaaaaaaaaaaaaaa sgt2 legaaaaaaaaaaaaaaaa..

Pencarian DJ telah pun berakhir, sebenarnya, DJ tu jiran Cik Pia yang tolong tempahkan , Makcik Ton namanya... Tapi, macam tak sedap hati pula bila diconfirm oleh orang lain kan.. Macam di awang-awangan sebab nya, Cik Pia tak ada contact number DJ itu, macam tak tahu status samada available atau pun tak DJ itu.. Cik Pia pula jenis yang kalau bab confirm-mengconfirm suka nak dengar dari telinga sendiri.. Alhamdulillah, DJ MIZI dan anak-anak buah dia available 1 Jun itu, dan dah memang CONFIRM Cik Pia ambil DJ + KAROK  dengan dia... Alhamdulillah, legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, macam nak nangis rasa oke (drama sangat..hehehehe)

Ini Cik Pia listkan DJ-DJ yang ada di Ipoh ini yang boleh anda contact untuk dapatkan perkhidmatan DJ oke.......
  1. DJ HISHAMMUDIN : 013-5130927,  Blog dia : http://hisham70ibrahim.blogspot.com/
  2. DJ http://ipoh.olx.com.my/dj-perkahwinan-pa-system-iid-113033413 : 013-5130927
  3. DJ WAN :  016 - 5063545 FB dia : https://www.facebook.com/djwanretro/info
  4. DJ SHAHRIL : 0175511265 FB dia : https://www.facebook.com/shahrilentertainment
Oke, DJ MIZI, nanti sebelum majlis, DJ Mizi pesan datang jumpa dia, sebab nak bagi kad kawen Cik Pia dan aturcara majlis , wahhhh, I LIKE !!! Do your best DJ MIZI.......... Lepas 1 Jun, saya review ye..hehehe...

Tuesday, April 16, 2013

WEDD PREP : ALAHAI KOMPANG SAYANG

Memandangkan tempahan kompang macam semua dah full aja kan, Cik Pia pula malas nak semakkan kepala otak Cik Pia untuk mencari lagi... Jadi, keputusan akhir, Cik Pia tak mahu ambil kompang, guna aja CD Player, ok tak ? Pasang kuat-kuat masa pengantin sampai.... hahahahaha

Tapi, dalam kepala otak Cik Pia ni pun, ada satu lagi idea, TERBAIK punya..  Nak suruh budak-budak kompang sekolah Cik Pia main kompang, confirm terbaik punya dan siap masuk surat khabar lagi..hehehe... Nape ek? Sebabnya, ahli kumpulan kompang sekolah Cik Pia semuanya budak-budak NON-MALAY, confirm terbaik punya !!!! 

Monday, April 15, 2013

WEDD PREP : KOMPANG HABIS

Huwaaaaaaaaaaaaaaa........................ Kompang semua dah sold out !!! Macam mana ni? Kompang habis tak apa, boleh guna CD aje, DJ habis macam na pula? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Sesiapa ada contact DJ-DJ yang best sikit area Ipoh ini !!!!!

Saturday, April 13, 2013

SAVE THE DATE


*****************Cik Pia sudah pun mula mengumpul alamat-alamat kawan-kawan secara senyap dan terancang di FB, hehehehehehe, konon nya tak mahu la kecoh-kecoh lagi kan...Sebab lambat lagi kan, 47 hari lagi....Tapi, rupanya, ramai gileeee kawan-kawan, saudara mara kepada kawan-kawan yang ambil tarikh wedding Cik Pia itu.. Sangat sedih oke, Cik Pia kalau boleh nak kawan-kawan semua berada dalam majlis Cik Pia itu(demand pula, konon artis ke)

*****************************Jadi, dengan rasa rendah diri, Cik Pia menjemput B2B yang disayangi semua ke majlis Cik Pia.. B2B yang nak kad, boleh la letakkan alamat kat sini atau kalau segan boleh email kan ke misssofia87@gmail.com ye.............. 

MEMORY KAD YANG HANCUS

Habisssssssssssss akuuuuuuuuuuuuuuu

Friday, April 12, 2013

3 SEBAB KENA TEGUR

Hari ini, kena tegur dengan emak, sebab asyik mengadap depan laptop, kejap-kejap facebook, kejap-kejap belog, pas tu keluar tengok tv, makan-makan, gelak-gelak, lepak-lepak main hp, lepas tidur petang dengan lenanya, lepas tu ajak emak keluar, pergi ronda-ronda pekan .. hahahahaha... Memang boleh mengundang kemarahan emak kalau selalu buat macam tu setiap hari kan......
3 sebab yang tidak diketahui emak kenapa Cik Pia relax-relax selepas balik sekolah :
  1. Penat sangat-sangat lepas balik sekolah.. Penat sebab mengajar + terkejar-kejar buat kerja-kerja rasmi + latihan rumah sukan + belum ditambah lagi dengan kerja-kerja lain  , so, konon-konon nak release tension la kononnnnn
  2. Balik lambat, pukul 2 , 3 petang baru nak balik, tapi mesti balik sebelum pukul 3 ,sebab nak layan cerita Filipina , Broken Vow kennn
  3. Drive jauh kot, Ipoh ke Buntong, kalau jem, dalam 30 minit baru sampai rumah, dengan panazz nya lagi, tapi sekarang ni kena double drive, sebab, sebelum balik kena ambil adik Cik Pia dulu, sekolah dia pun jauhhh dengan sekolah Cik Pia..
3 sebab yang tidak diketahui Cik Pia kenapa emak marah-marah Cik Pia :
  1. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
  2. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
  3. Majlis nak dekat dah, masih duduk relax-relax
Sebenarnya ada banyak kerja-kerja, sebab itu Cik Pia relax.............

Sebab-sebab yang B2B yang lain tak tahu yang sebenarnya banyak kerja nak dibuat oleh B2B : 
  1. Nak siapkan balang kaca untuk lelaki
  2. Nak lekat-lekat goodie bag
  3. Nak cari idea tudung bersanding belum lagi
  4. Baju khatam Al-quran dan marhaban tak cari lagi
  5. Rumah sewa tak dapat lagi
  6. Idea Guest Book tak datang lagi
  7. Nak cari dj, kompang belum lagi
  8. Nak cari deco-deco hantaran belum lagi
  9. Nak ambil alamat-alamat kawan-kawan lagi
  10. Persiapan mental, fizikal, rohani, jasmani belum lagi
 Dan banyakkkkkkkkkkkkkk lagi... 
Yes, Im Bridezilla Nowwwww !!!!!!!!!
*****Kadang-kadang banyak benda nak dibuat , tapi kita tak tahu nak mula dari mana kan...... 
************Nanti lepas kawen, lagi banyak kerja ooooooooo

Thursday, April 11, 2013

WEDD PREP : JAMUAN AKAD NIKAH

Akad nikah Cik Pia dijadualkan mula pukul 5 petang, memandangkan ada 3 pasangan yang bakal dinikahkan oleh Tok Kadi di masjid, confirm habis akad nikah dalam pukul 6 lebih kot.. 

Memandangkan habis dalam pukul 6 lebih, confirm la lepas tu kena balik rumah sebab nak buat batal air sembahyang kan.. Sekarang ni, rata-rata Tok Kadi suruh buat batal air sembahyang kat rumah....

Pas tu , mesti kena ada makan-makan kan.. Sebab nak jamu orang makan.. Ingat kan nak buat bihun mee macam tu, tapi bila pikir saudara mara confirm dah ramai dah petang Jumaat tu, tukar plan, tempah nasi terus.. Kenyang sikit sampai ke malam.

Tadi Cik Pia dan emak baru aja tempah makanan akad nikah dengan jiran Cik Pia, tapi nak tergelak nya, kami tak dapat nak beri idea kat makcik tu jenis lauk yang kami nak... Makcik tu pula jenis ikut pelanggan, dia pun tak bagi idea lansung..... Adeiiiiiiiiiii..Last-last kami pilih :

  1. Nasi Putih
  2. Air manisan berais
  3. Ayam goreng berempah
  4. Kari dalca
  5. Ulam-ulaman , sambal belacan
  6. Teh tarik
oke tak  untuk makan selepas akad nikah ?
Related Posts with Thumbnails