MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 8, 2011

Pengalaman pertama yang memang sah aku tak dapat hadiah hari guru tahun ni!!

3 Jan 2011 : Hari pertama aku betul-betul bergelar seorang Cikgu.. Perasaan sebelum nak melangkah ke 3Jan 2011 tu, agak takot sikit, sebab masa mesyuarat guru 2011, Pengetua dah bagitahu tentang pemantauan PPD masa hari pertama sekolah.. OhMy… Ketaq lutut aku, sebab fikir nama-nama besar yang akan observe.. Fuhhhhh… Tapi, cikgu-cikgu kat sini bagus, siap kata kat aku, rileks-rileks-ice-ice cool-bebeh!!

Memang betul, dalam segala hal kita kena rileks, tp persediaan kena ada la kalu nak relax pun.. Jadi, sehari sebelum nak masuk sekolah, bilik memang agak berterabur sikit sebab, nak lengkap kan buku rekod mengajar, print sukatan pelajaran, n study sikit…Picture 002Masa mula-mula sampai sekolah ni, memang cikgu-cikgi kat sini , dah pesan pada aku dah, janganlah nak buat muka manis-manis awal-awal tahun ni, sebab nanti budak-budak naik kepala, dan biasalah dapat pula menengah rendah, jadi sifat anak-anak umur 7tahun masih belum hilang lagi…. Kalau awal-awal dah mula bermanis-manis dengan diorang, nanti diorang ingat kita ni cikgu baru senang diauta, senang kena makan, & mulalah kita sendiri akan dapat masalah utk kutip yuran, homework & sebagainya, terutamanya kelas hujung2, nakal2.. fuhhhhhhhhhhhhhhh…..

Jadi, sebelum bermulanya sesi persekolahan, aku dah praktis siap2 kat rumah macamna nak buat muka garang… hahahahaha.. Masalahnya, ada tokoh ke aku ni nak buat garang???? Nak tergelak pun ada sebenarnya bila nak buat garang-garang ni….Tapi, kena berlatih jugak….

Alhamdulillah, berjaya jugak aku… Memang confirm tahun ni aku xakan dapat hadiah hari guru dah!!!!!

Alhamdulillah, setelah berguru dengan guru-guru yang lebih senior disini, aku dapat buat kesimpulan yang :

1) Kelas & students yang first time kita nak mengajar, jangan sesekali kita bagi muka pada students… Bukan bermaksud kita sombong, tapi kita kena tegas n garang.. Students akan tahu, yang cikgu ni xboleh dibawa main.. Kerja rumah kena siap, buku teks kena bawa… Memang betul!!! Aku dah cuba method ni pada students yang first time aku nak ngajar.. Memang budak2 F1 ni takut giler xbawak buku teks, (dia tersilap tengok jadual), terus berlari-lari anak nak pinjam kawan kelas sebelah.

2) Untuk kelas & students yang first time kita nak mengajar, masa ni lah, kita nak denda students.. Bukan la denda yang berat2, contohnya, masa kita ngajar sedap2 kat depan, dia pulak dok celoteh2 kat belakang, kita panggil n denda, suh dia berdiri depan kelas ke, @ tukarkan tempat dia ke depan ke… Denda ni masa first kelas sgt2 penting.. Sebab kita nak ingatkan semua pelajar yang masa kelas kita, berikan tumpuan pada P&P…

3) Kurangkan bercakap… Jangan terlalu banyak bercakap dalam kelas terutamanya yang bukan berkaitan pengurusan kelas @ P&P… Cukup dengan hanya jelingan mata, pergerakan tangan.. Contohnya, kita tengok, ada 2, 3 orang budak bercakap2 dalam kelas, cukup kita buat jelingan mata aje.. Awal-awal ni jangan lah banyak bercakap sangat dalam kelas…

4) Elakkan untuk marah-marah students dengan perkataan yang xsopan… Cara aku dalam kelas pulak, kalau nak marah students ‘Kamu yang kat belakang tu, BERDIRI’ --- dengan nada yang sangat tegas&kuat, sampai kelas kat hujung boleh dengar --- Jangan mulakan untuk mengherdik pelajar, walau nakal macamana apa pun sekalipun.. Tolong… Jangan buat macamtu, nanti kena pada anak sendiri, padan muka dikau!!

5) Bila dah denda-denda pelajar tu, janganlah kita buat dek aje ye kawan-kawan.. Kita refleks balik apa yang diorang buat.. Bagitau dia apa tujuan kita denda dia, jadi pelajar akan kurang berdendam dengan kita.. Kalau dendam pun, setakat tayar keta pancit aja kot!! hehehe…

6)Lain sekolah, mungkin lain rentak pelajarnya.. Bagi yang dapat sekolah-sekolah yang hebat, pelajar cerdik, mungkin pendekatan macamni xdiperlukan.. Tapi, untuk sekolah yang aku dapat posting ni, memang kena guna pendekatan macamni.. Aku bukan saja-saja nak denda@garang@marah budak2, tapi ini perlu sebab bayangkan, kalau 5orang buat hal dalam kelas, 20 orang lagi nak belajar.. Kan dah menganggu kawan-kawan diorang yang lain nak belajar…

Aku bersyukur jugak, sebab sebelum ni, aku pernah ada pengalaman praktikal macamni.. Dapat kelas-kelas yang macamni jugak.. Jadi, Alhamdulillah, rasa macam dah imun dengan kes-kes macamni….

Sebenarnya banyak lagi method yang boleh digunapakai, bagaimana nak kawal kelas.. Cikgu-cikgu kat sini selalu pesan kat aku, ‘Kelas yang bising masa cikgu mengajar menunjukkan cikgunya xmampu nak kawal kelas dengan baik’ Jadi, nasihat aku pada kawan-kawan yang bakal posting, praktikal, mengajar dan sebagainya PENGAWALAN KELAS ADALAH SANGAT-SANGAT PENTING, BARULAH P&P BOLEH BERJALAN DGN BAIK, HATI TENANG, & JIWA PUN XTENSION DENGAN PELAJAR2 MACAMNI… Biarlah students nak benci kita ke, kita xdapat pujian@hadiah ke, students nak label kita apa pun, CIKGU GARANG KE, CIKGU RIMAU KE, CIKGU APA PUN SEKALIPUN, yang penting kita dapat kawal kelas dengan sebaiknya, dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu kita dengan baik & berkesan..

Dan banyak lagi yang perlu aku belajar dengan cikgu-cikgu kat sini terutamanya P&P dalam kelas.. Semoga 2011 ni akan bermula dan berakhir dengan indah!!!

p/s:: Sekarang aku tahu, kenapa dulu cikgu-cikgu aku sangat-sangat garang….Sebab nak kawal kelas, nak bagi ilmu dengan mudah…. Kalau kelas bising, pelajar xbagi tumpuan, macamne nak ajar, nak bagi aku masuk Universiti!! hehehe…

p/s lg :: Sekarang hati aku cukup tenang, sebab budak2 dengar kata, dah ada semua dalam kelas sebelum aku masuk, ketaq lutut kena denda buat homework atas lantai sebab xsiap kan homework!!! Tapi xtau la lama mana boleh bertahan.. Huhuhuhu...

5 comments:

E.d.Y said...

tidak...ada cikgu garang kat sini..huhu

Sofia Karim said...

sapa berani dekat? hehe

Ajie Mohd Tahir said...

pling takut dgn cikgu yg garang.
=='
hahaha..tu yg kkdg blaja tak masuk.XD

Sofia Karim said...

oohh.. ajie yg sll ponteng kelas ye? hehe

MOHDFAIRUZcheghani said...

nice2,,sume tu sy wat mse prktkm..hahaha...mmg hari last dpt sket je adiah....xgune btol bdk2..haha..tp xposting2 lg..taun ni bdk mktb lmbt posting..wawawawawa

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails