MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Bukan lagi anak jati Ipoh

Yeahh.. Itulah suratan takdir yang harus aku telan dan tempuh sekarang ini lebih2 lagi apabila pihak JPN memberitahu lokasi kawasan yang akan ku dipostingkan..

image Peta negeri Perak Darul Ridzuan

‘’Kawasan Pantai Remis, Manjong, Perak DR’’ Kata si empunya suara dicorong telefon JPN..

Apa-apa pun aku bersyukur pada Yang Esa dengan penempatan ini jika mahu dibandingkan dengan beribu lagi guru yang tidak mendapat penempatan di negeri asal dan juga bertahun-tahun menunggu penempatan.. Nasib menyebelahi aku, setelah sebulan konvo, penempatan diberikan Alhamdulillah, jika mahu dibandingkan dengan beribu graduan lain.…Tapi, sungguh, penempatan ini adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat yang ada.. Mungkin Ipoh/kawasan sekitar aku sudah penuh dengan guru-guru Matematik, dan khidmat aku lebih diperlukan disana sebagai tenaga kerja yang baru.. Walaupun, jauh disudut hati aku, terasa juga kecemburuan pada teman-teman yang dapat di Ipoh tempat ku yang tercinta.. Namun aku harus akur pada tuntutan ibadah dan kerja ini.. Baru kini aku mengerti bahawa, kerjaya pendidikan/guru memerlukan pengorbanan yang tinggi.. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Hati ku jua turut tersentap apabila ada suara-suara yang mengatakan kawasan yang bakal aku ditempatkan itu sukar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar, jauh dari kawasan pekan, dan sebagainya… Namun walaubagaimana  sekalipun kawasan nya, masyarakat nya, sosial nya, aku akan cuba untuk kuatkan semangat dan azam , kentalkan jiwa dan raga ku, dan cuba sedaya upaya membuka seluas-luasnya hati dan minda ku seperti mana terbentang luasnya Pantai Remis itu..Tak kenal maka tak cinta.. Manalah tahu, lagi hebat dari Ipoh.. Macam pengalaman praktikal di Grik.. Sangat seronok!

Seorang teman ku telah berkata apabila aku runsing memikirkan apabila aku tidak dapat posting di Ipoh….

‘Allah telah mengabulkan doa mu, Sofia untuk posting di Perak, tapi ini tidak bermakna Allah tidak mengabulkan doa  mu untuk posting di Ipoh… Allah telah melakukan perkara yang jauh lebih baik dari ini..Allah telah mengabulkan doa insan-insan disana yang memerlukan pendidikan, memerlukan kasih sayang dan memerlukan perubahan untuk masa depan, serta ekonomi keluarga mereka.. Maka, dengan ini Allah telah mengabulkan doa mu , Sofia yang sentiasa berharap dapat membantu masyarakat sebegini’

Ya……. Baru kini aku mengerti tujuan ku untuk menjadi guru bukan kerna pangkat mahupun harta ……… Semoga niatku serta sahabat-sahabat ku untuk menjadi guru sentiasa diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah Amin…

Walaupunbagaimanapun, hati aku ni tetap terasa gusarannya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nama sekolah yang belum pasti, urusan rumah sewa serta pengangkutan.. Masalah nama sekolah yang masih belum diketahui menyukarkan aku untuk membuat pilihan rumah sewa dan sebagainya.. Tetapi Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang pernah menjalani praktikal disana, dan memberi beberapa maklumat kepada aku, serta no telefon yang harus dihubungi untuk menyewa rumah..

Apa-apa pun, mulai minggu hadapan aku akan mula berdikari seorang diri, tiada lagi keluarga dan teman-teman rapat disisi yang sentiasa menghulurkan bantuan..Tiada lagi… Semuanya aku harus bergerak pada kaki sendiri….Jika perlu berjalan kaki ke sekolah, silalah berjalan kaki..hehe.. AKu perlu bergaul dengan kawan-kawan sekerja yang baru, persekitaran yang baru dan yang paling penting adalah membawa imej diri di tempat yang baru.. Semoga Allah permudahkan setiap segala-galanya bagi aku.. Amin....

p/s:: Pantai Remis terkenal dengan hasil kutipan remis.. Eeeemmm, nampaknya, pagi-pagi aku mengajar, petang-petang kutip remis pula.. Best2.. Xsabar nak jejakkan kaki kesana…Wish me luck!!

Monday, November 15, 2010

Sah… Memang Aku Anak Jati Perak...

gdhd

Persoalan semalam akhirnya terjawab, apabila Semakan bagi Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih telah kusemak dan akhirnya Perak menjadi negeri penempatan ku.. Alhamdulillah… Syukur pada Allah yang senantiasa Mendengar dan Mengabulkan doa-doa ku.. Walaupun jauh dalam sudut hati aku ni, kalau boleh nak posting kat negeri-negeri yang xpernah aku pergi macam Johor, Kelantan, Pahang, Borneo, tapi bila melihat kegembiraan emak ayah ku yang sangat2 gembira sebab aku dapat Perak , aku tahu yang aku memang sangat2 diperlukan di Perak oleh emak ayah ku memandangkan adikberadik ku semua dah tak duduk kt rumah dah.. huhuhu..

Tahniah buat semua kawan-kawan aku yang berjaya dipostingkan.. Seronok bila aku baca wall FB sorang-sorang.. Yang mana tak dapat negeri penempatan pilihan, tak apa.. Mungkin rezeki anda lebih disana.. Mana tau cepat sampai jodoh ke, kurang beban kerja ke apa ke.. Tak mengapalah.. Lagipun, masa interview guru hari tu, kan dah berbuih mulut cakap yang akan sanggup mengajar walau diletak dimana saja kan? Ini lah masa nya untuk memperkotakan segala janji-janji manismu.. hehehe…

seladang

Nasib baik juga aku dapat Perak, sebab nanti masa lawan bola sepak, tak ada lah aku serba salah nak sokong skuad mana kan.. Kejor YeoP Kejor…

Dengan ada nya penempatan ini, maka memang sah lah aku sah dan akan kekal menjadi anak jati Perak sebab penempatan ni mesti kekal lama punya, nak-nak pula kalau aku xbertukar kemana-mana.. Memang melekat la aku kat Perak ni sampai bila-bila.. Perak, I Love U…

perak

HIDUP PERAK 

Apabila malam bukan lagi masa untuk tidur

Ya… Malam ini tepatlah 15hb November 2010… InsyaAllah status penempatan para guru akan diketahui pada tarikh ni.. Tarikh keramat yang bakal mengubah aku dan sahabat2ku yang lain dari title seorang pengganggur kepada pekerja tetap…. Seperti biasa, hari-hari yang aku lalui untuk sampai ke tarikh 15November ini tetap penuh dengan aktiviti ber-FB yang aku rasakan medium paling cepat dan pantas untuk menzahirkan perasaan dan juga maklumat…

Malam ini sahaja, aku dan hampir semua kawan-kawan ku xdapat tidur lena.. Iyalah, inikan melibatkan hal masa depan dan negara… hehehehe.. Macam-macam status yang ada terpampang kat wall Fb masing2 yang sempat aku print screen..

Semuanya mengharapkan harapan.. Begitu jua aku..

cats

Pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan…

cats7

Ramai yang berjaga malam.. Kalau dapat duit, sedap gak ni…

cats4

 cats3

cats1

Dan juga turut memberi amaran bagi mengelakkan jem..

ws

Dan ada juga yang bersengkang mata, dan menonton bola ….cats8

Aku pun sekarang ni tak boleh tidur macam kawan-kawan aku ni, sebab masih berfikir kat mana la agaknya aku bakal ditempatkan esok… Esok kena prepare awal2 bendera mana nak kena naik dulu..

perak ATAU selangor

Apa-apa pun, aku mendoakan semoga yang terbaik akan dapat pada diri aku dan sahabat-sahabat aku yang lain.. Semoga semuanya mendapat penempatan negeri dan sekolah pilihan yang terbaik.. InsyaAllah.. Yakinlah perancangan Allah itu yang TERBAIK.. YaAllah semoga aku dan semua sahabat2 ku dipermudahkan urusan penempatan… Amin…

Related Posts with Thumbnails