MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts
Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Antara rela dan tidak rela…

cats

Biasalah… Sebagai guru baru yang baru mula nak menapak di sekolah yang baru, semestinya banyak kerja yang diberi dan dikerah.. Biasalah… Ini baru sikit dik, nanti dah buka alam persekolahan nanti.. Baru dikau tau klcc ke rumah pondok yang tinggi hah? Cuba dikau jawab!!!

Ok, sekarang ni, aku masih tak boleh tarik nafas lega lagi, sebab baru-baru ni pihak tertinggi sekolah aku ada panggil aku ke pejabat.. Katanya status aku masih lagi pending kat sekolah ni, sebab sekolah terlebih guru!! Adeii.. Nanti akan ada mesyuarat dalam PPD, jadi aku tunggu ajelah.. Kalau PPD kata, aku kena tukar sekolah, kena tukar la gamaknya.. Kalau tak kena tukar, stay la aku di SMKDI ini.. Yesss!!!

Sejujurnya dalam hati aku, aku tak nak tercalon kena tukar sekolah, sebab :

  • Aku dah mula suka+sayang sekolah ni sebab dah ada kawan-kawan yang best, & diorang sangat peramah, sangat senang nak masuk dengan cikgu-cikgu kat sini, dan paling penting cikgu2 kat sini sgt2 sporting, tua muda sama baya aje.. cuma aku yg masih malu-malu kucing lg.. hehe.. iyalah, baru-baru ni xkan la nak bertepok bertampor plk kn.. nnt kan terover dose pulak.. hehe
  • Timbunan kerja xbanyak, lebih-lebih lagi sesi petang.. tepat 6.40 ptg, cepat2 cabot lari.. yg penting, kerja2 setelkan di sekolah, balik rumah , boleh layan internet.. hehehe…
  • Sekolah ni suka bagi aku makan free, ada saja makanan turun dari langit untuk aku, makanan kat sini sedap2 wessss….
  • Duduk kat sini memang jimat betul.. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku xkeluarkan duit.. Sebab pekan sini jauh, kalau xda kereta, jangan la bermimpi untuk bersiar-siar di pasar malam…
  • Rumah aku sebelah pagar sekolah aje wesss.. Nak pergi sekolah, aku main lompat pagar sekolah je.. Xda masalah lansung nak pergi sekolah.. Kalau hujan, bawak payung aje wess…
  • Urusan gaji cepat wess… Sangat seronok dapat gaji awal, duit gaji pun cepat habis wesss…

Tapi, kalau memang rezeki aku memang kena tukar juga, aku harap :

  • Biarlah aku kena tukar sekolah lepas aku dah pas lesen & boleh bawak kereta.. Dah la aku daftar lesen kereta kat sini.. Huwaaa.. Kang kena tukar jauh-jauh kang, aku merajok kang, terus malas amik lesen kang…
  • Kalau boleh nak dapat sekolah yang macamni jugak. Ada kuarters sebelah sekolah.. Senang & best !!!! Xpayah nak fikir cari rumah sewa dah…. Plzzzzz….
  • Kalau boleh xnak la jauh-jauh sangat walaupun dalam daerah Manjung ni pun…Xjumpa dalam GPS kang..
  • Alang-alang nak tukarkan aku, baik tukarkan aku terus ke Daerah Kinta-IPOH!!!! hehehe….

Tapi tak kisah la, dimana pun aku ditempatkan, aku akan terus berbakti.. Cewahhhh… Haaaaa, sebut pasal berbakti ni, mulai tahun depan , aku kena berbakti untuk ::

  • Guru Kelas Tingkatan 105
  • Guru Matematik Tingkatan 1 & 2
  • Guru Sivik & Kewarganegaraan Tingkatan 1 & 2

Thursday, December 16, 2010

Berjimat untuk hidup yoo!!

Dulu masa zaman hingusan, muda mudi, kalau pergi shopping barang-barang dapur dengan emak, wajib dan sah membodek emak untuk beli apa-apa sahaja… Huwaaa.. Waktu tu kira boleh beli apa sahaja la, ingat emak ayah cop duit la.. Amboiii, bukan kemain lagi aku…Ala, bukan bodek nak beli apa pun, setakat lepas beli pencuci muka aja pun.. Kalau nak beli baju ke apa ke, mesti xdapat, sebab adik beradik ramai, dan mesti fikir nanti tahap kejelesan akan naik secara mendadak.. Hahaha.. Tapi, sekarang dah cukup besar, dewasa dah, matang dah.. Dah tak pandai nak bodek-bodek sebab tahu emak ayah pun dah habis bergolok bergadai untuk kami adik beradik dah… Kalau nak beli apa-apa ke, silalah guna duit kerajaan.. Nasib baik kerajaan baik, tanggung aku adik beradik belajar.. Hohohoho…. Ok, sebagai ganjaran, aku akan berkhidmat sepenuh jiwa dan ragaku untuk mu kerajaan..

Okay, bila cerita pasal berjimat cermat ni, aku rasa aku bukan antara orang yang pandai nak berjimat cermat.. Memang aku tak mewarisi bakat terpendam emak aku yang sangat hebat dalam nak berjimat cermat.. Kalau Rm20 kat pasar Ipoh pun, emak aku boleh beli macam-macam untuk makan seminggu.. Hebat emak aku.. Banyak nak kena belajar dengan emak aku…Sayang emak aku..

Tapi, bila aku dah mula masuk alam kerjaya ni, lagilah aku kena berjimat cermat.. Kena berjimat untuk beli belah, makan pakai, kenderaan, holiday dan semua-semua la yang menggunakan DUIT!!! Aishhhh, emak ayah aku pernah kata kat aku, gaji ayah aku yang dulu rm700 tu pun boleh sara kami 5beradik, siap masuk universiti semua, tak kan la aku yang bergaji ribu ++  xboleh nak sara hidup aku dan keluarga kot… Huwaaaa… Satu tamparan wanita untuk aku tuh.. hehehehehe.. InsyaAllah aku akan belajar berjimat cermat mulai sekarang…

Kalau dulu, nak beli barang-barang, aku malas nk buat list apa yang nak kena beli atau tak, atau dengan kata nama lain, LIST KEPERLUAN & KEMAHUAN.. hahahaha… Tapi, ajaib, sejak aku duduk dekat PR ni, aku dah rajin nak tulis-tulis list nak beli apa.. Sebab belajar berjimat la katakan….IMG_3700

Ini list sebelum aku nak beli barang-barang kat Billion PR

Yesss, aku berjaya dengan jayanya membeli barang-barang diatas… Xada tambahan pun, tapi, bila aku lalu dekat frozen food, tiba-tiba nampak ayam dan nuget yang sedap xterkata, lantas aku amik mereka berdua dan tanpa segan silu membayarnya untuk kali kedua plk….. Huwaaa… Lari bajet list aku.. Tapi, xpelah, kerana mu makanan!!!

IMG_3702

Thursday, December 2, 2010

Go-Go-Go …..

Semakin hari semakin aku dapat sesuaikan diri disini.. Walaupun agak terpisah dari pekan dan bandar, tapi sekurang-kurangnya aku tetap bersyukur sebab ada connection wireless free di sini.. Ntah siapa la yang baik hati untuk tidak mem’password’kan wireless ini… hehehe.. TerimaKasih daun keladi!
Sekarang aku dah boleh tarik nafas lega sikit, sebab bilik pun dah macam rupa bilik dah sekarang.. Kalau minggu lepas, masih takut2 nak duduk kat bilik, dengan bilik tak ada langsir lagi… Rasa macam ada orang intai aje.. hehe.. Jadi guna tudung yang dijumpa aja ganti sebagai langsir.. Lawak, lawak bila difikirkan balik…
IMG_3638
       IMG_3690 
Minggu pertama (klik)  -------------------------->>>>>>>>  Minggu kedua
Aku bawa carpet dari rumah untuk lapik toto.. Malas nak bawak tilam, sebab nanti kat rumah aku xada tilam kalau aku angkut semuanya..hehe… Lagipun, ini pertama kali aku ada bilik sendiri tau.. Sebelum ni, kami adik beradik mana ada bilik.. Semua dok tidur depan tv ramai2.. Haaaaaaaa, rindunya nak tidur depan tv ramai2..
IMG_3692

Dan tambahan , ada radio! Ok la kan.. Radio dari aku sem 1 sampai sekarang ni.. Panjang sungguh hayat radio ini.. Sampai adik aku pun boleh bawak pergi rumah sewa dia.. Boleh la jadi pengubat rindu hati ku yang lara ini… Radio ni aku letak atas kotak, dan aku tutupkan dengan tudung yang aku jumpa minggu lepas…hehehe…Beginilah hidup diperantauan ye adik2 semua..hehe… InsyaAllah, tahun depan aku akan mula upgrade lagi deco dalam bilik aku ni.. Hehehe… Lagipun, rasanya aku bakal duduk lama disini.. Rasa-rasa macam 5tahun keatas kalau xkena tukar kemana-mana…
Go-Go-Go, Fight-Fight-Fight, Win-Win-Win
P/s: Perlu bersyukur sangat-sangat sebab ada orang lain yang tidur bawah jambatan, tepi longkang……

Saturday, November 20, 2010

Bukan lagi anak jati Ipoh

Yeahh.. Itulah suratan takdir yang harus aku telan dan tempuh sekarang ini lebih2 lagi apabila pihak JPN memberitahu lokasi kawasan yang akan ku dipostingkan..

image Peta negeri Perak Darul Ridzuan

‘’Kawasan Pantai Remis, Manjong, Perak DR’’ Kata si empunya suara dicorong telefon JPN..

Apa-apa pun aku bersyukur pada Yang Esa dengan penempatan ini jika mahu dibandingkan dengan beribu lagi guru yang tidak mendapat penempatan di negeri asal dan juga bertahun-tahun menunggu penempatan.. Nasib menyebelahi aku, setelah sebulan konvo, penempatan diberikan Alhamdulillah, jika mahu dibandingkan dengan beribu graduan lain.…Tapi, sungguh, penempatan ini adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat yang ada.. Mungkin Ipoh/kawasan sekitar aku sudah penuh dengan guru-guru Matematik, dan khidmat aku lebih diperlukan disana sebagai tenaga kerja yang baru.. Walaupun, jauh disudut hati aku, terasa juga kecemburuan pada teman-teman yang dapat di Ipoh tempat ku yang tercinta.. Namun aku harus akur pada tuntutan ibadah dan kerja ini.. Baru kini aku mengerti bahawa, kerjaya pendidikan/guru memerlukan pengorbanan yang tinggi.. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Hati ku jua turut tersentap apabila ada suara-suara yang mengatakan kawasan yang bakal aku ditempatkan itu sukar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar, jauh dari kawasan pekan, dan sebagainya… Namun walaubagaimana  sekalipun kawasan nya, masyarakat nya, sosial nya, aku akan cuba untuk kuatkan semangat dan azam , kentalkan jiwa dan raga ku, dan cuba sedaya upaya membuka seluas-luasnya hati dan minda ku seperti mana terbentang luasnya Pantai Remis itu..Tak kenal maka tak cinta.. Manalah tahu, lagi hebat dari Ipoh.. Macam pengalaman praktikal di Grik.. Sangat seronok!

Seorang teman ku telah berkata apabila aku runsing memikirkan apabila aku tidak dapat posting di Ipoh….

‘Allah telah mengabulkan doa mu, Sofia untuk posting di Perak, tapi ini tidak bermakna Allah tidak mengabulkan doa  mu untuk posting di Ipoh… Allah telah melakukan perkara yang jauh lebih baik dari ini..Allah telah mengabulkan doa insan-insan disana yang memerlukan pendidikan, memerlukan kasih sayang dan memerlukan perubahan untuk masa depan, serta ekonomi keluarga mereka.. Maka, dengan ini Allah telah mengabulkan doa mu , Sofia yang sentiasa berharap dapat membantu masyarakat sebegini’

Ya……. Baru kini aku mengerti tujuan ku untuk menjadi guru bukan kerna pangkat mahupun harta ……… Semoga niatku serta sahabat-sahabat ku untuk menjadi guru sentiasa diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah Amin…

Walaupunbagaimanapun, hati aku ni tetap terasa gusarannya, lebih-lebih lagi apabila memikirkan nama sekolah yang belum pasti, urusan rumah sewa serta pengangkutan.. Masalah nama sekolah yang masih belum diketahui menyukarkan aku untuk membuat pilihan rumah sewa dan sebagainya.. Tetapi Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang pernah menjalani praktikal disana, dan memberi beberapa maklumat kepada aku, serta no telefon yang harus dihubungi untuk menyewa rumah..

Apa-apa pun, mulai minggu hadapan aku akan mula berdikari seorang diri, tiada lagi keluarga dan teman-teman rapat disisi yang sentiasa menghulurkan bantuan..Tiada lagi… Semuanya aku harus bergerak pada kaki sendiri….Jika perlu berjalan kaki ke sekolah, silalah berjalan kaki..hehe.. AKu perlu bergaul dengan kawan-kawan sekerja yang baru, persekitaran yang baru dan yang paling penting adalah membawa imej diri di tempat yang baru.. Semoga Allah permudahkan setiap segala-galanya bagi aku.. Amin....

p/s:: Pantai Remis terkenal dengan hasil kutipan remis.. Eeeemmm, nampaknya, pagi-pagi aku mengajar, petang-petang kutip remis pula.. Best2.. Xsabar nak jejakkan kaki kesana…Wish me luck!!

Related Posts with Thumbnails