MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 28, 2013

WEDD PREP : BORANG NIKAH SELAMAT DIHANTAR

Alhamdulillah................ Borang nikah dah selamat dihantar di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang bersebelahan Balai Polis Trafik dekat Medan Kidd, Ipoh itu...Alhamdulillah, syukur sangat, dah terasa sebelah kaki menuju ke masjid idaman.. Eceh !!!

Siapa kata proses Borang Nikah dan urusan di JAIP  susah dan melecehkan??Mudah sangat prosedur nya, kalau kita ikut arahan dan sediakan apa yang diperlukan.....

Ustaz di kaunter pun bagitahu, nanti bulan depan, boleh la call Tok Kadi, tanya dia samaada borang nikah Cik Pia sudah diambil oleh dia atau belum.............. Bakal-bakal pengantin perlu pastikan borang nikah telah diambil/ada pada Tok Kadi sebelum majlis ye...Jangan segan silu untuk menelefon Tok Kadi anda masing-masing...... Jangan susahkan ibu bapa anda ya !! Alhamdulillah, semoga semua urusan dipermudahkan oleh Nya....

**** Sekarang waktu terbaik untuk hantar Borang Nikah ye kawan-kawan.. 3 bulan sebelum majlis..
******TQ Ustaz Zainal Abidin  Tok Kadi Tambun (Mukim Ulu Kinta) dan seluruh warga JAIP
********Legaaaa sangat.. Baru lah boleh buat persiapan kawen dengan lenanya..heeeeeeeeeeeee

Wednesday, March 27, 2013

WEDD PREP : BORANG NIKAH YANG OHSEM

Alhamdulillah............... Bertemankan emak Cik Pia petang tadi, kami pun memecut laju menuju ke rumah Penolong Pendaftar Tambun aka Tok Kadi yang bakal menikahkan kami......Alhamdulillah, Ustaz Zainal Abidin sangat baik orang nya, soft spoken gitu, anak lelaki dia pun sama...hehehe... Sebabnya, anak lelaki dia mengajak kami masuk ke dalam rumah sambil menunggu ayahnya minum petang.. So sweet anak dia..hehehehe.............

Mari Cik Pia listkan kembali pada B2B Perak yang terlupa ye(pasangan sama negeri)...

Dokumen Pihak Lelaki yang perlu ada :
  1. Borang Permohonan Nikah yang telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar mukim pihak lelaki
  2. Borang HIV (dr Jabatan Agama Islam + Klinik Kesihatan)
  3. 2x salinan IC pihak lelaki
  4. 2x salinan IC pihak perempuan
  5. Sijil Kursus Kahwin yang original
  6. 1x salinan Kursus Kahwin
  7. Surat Akuan Bujang yang original - Majikan sign
  8. Borang pemastautin (kalau alamat IC dan alamat tempat tinggal semasa tak sama) - Majikan sign
Dokumen Pihak  Perempuan yang perlu ada :
  1. Borang Permohonan Nikah yang telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar mukim pihak perempuan
  2. Borang HIV (dr Jabatan Agama Islam + Klinik Kesihatan)
  3. 2x salinan IC pihak lelaki
  4. 2x salinan IC pihak perempuan
  5. 2x salinan IC wali pihak perempuan
  6. Sijil Kursus Kahwin yang original
  7. 1x salinan Kursus Kahwin
  8. Borang wakalah wali
  9. Surat Akuan Bujang yang original - Majikan sign
  10. Borang pemastautin (kalau alamat IC dan alamat tempat tinggal semasa tak sama) - Majikan sign
Alhamdulillah, dokumen semua cukup , rasa lega sangat bila tengok ustaz tu cop dan tanda tangan pada borang Cik Pia, baru lah rasa lega nak buat persiapan kahwin...

TIPS : HATI & PERASAAN



Preparing for wedding is a happy process..

Jangan bersedih, jangan putus asa, jangan marah-marah, jangan cepat melenting, jangan over excited , jangan dekati aura-aura negatif.......

Banyakkan berdoa, berzikir,  bertanya,  permuafakatan, tingkatkan azam , cekalkan diri, kuatkan semangat !!!!!!!!

Yeaaaahhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!
Im the happpppyyyyyyyyyyy b2b

Tuesday, March 26, 2013

CREATE EVENT KAWEN KT FB

Sabar aja lah.. Lepas aja En Tunang dapat kad kawen hari tu, dia terus create event kawen kat FB, ajak kawan-kawan datang kenduri dia........  sabar ajalah, tak sabar-sabar betul........

Rilex la, chill la En Tunang ooooi, lambat lagi, dua bulan lagi kot...... Cik Pia siap cakap lagi kat dia, jangan invite Cik Pia lagi........ hahahahaha............... 


**** p/s: Orang lelaki ni kadang-kadang tak sabar juga ek?? heeeeeeeeeeeeeeee.. Jangan marah..........

WEDD PREP : BORANG NIKAH

En Tunang, dah ambil cop dan pengesahan dari Naib Kadi Mukim dia.....

Sekarang giliran Cik Pia pula.. Tapi, apa pun tak buat lagi..heeeeeeeeeee.. En Tunang dah risau.. Jadi mari kita bereskan borang nikah dalam minggu ini..
  1. Sediakan dokmen-dokumen yang diperlukan (IC/SIJIL KURSUS NIKAH/ HIV TEST)
  2. Ambil pengesahan surat akuan bujang dari majikan
  3. Ambil pengesahan pemastautin dari majikan juga
  4. Ambil pengesahan borang nikah kat Naib Kadi Mukim Cik Pia
  5. Hantar Borang Cik Pia + En Tunang dekat Jabatan Agama Islam..
HARAPAN >>>>>>>>>>>>> NAK SETEL MINGGU INI JUGA!!!

Monday, March 25, 2013

WEDD PREP: PERIHAL KAD KAWEN YANG SEDIH

Alahaiiiii, bila sebut pasal kad kawen, terus Cik Pia tak ada mood oke..

Al-kisahnya mcamni, En Tunang ada pergi pameran pengantin kat stadium hari tu, Cik Pia tak ikut pun sebab ada hal... Tup-tup-tup, En Tunang mesej,  bagitahu ada promosi kad kawen, lepas tu dia dah booking siap bagi deposit lagi.....Huhuhuhuhu.............

Kad kawen 1000 pcs ( dgn sampul kosong) + 700 tq tag + 2 bunting + 1 poster A3 = RM 680 

Dipendekkan cerita, Cik Pia dan En Tunang pun pergilah jumpa  Cik Adik Designer sebab nak deal design kad kawen..Cik Pia tengok design dia biasa-biasa sangat, custom ready made dia pun biasa-biasa.... Last-last dalam biasa-biasa tu , kami pun pilih la design yang berkenan, dan isi semua borang bagai........

Dipendekkan cerita nya lagi, Cik Adik Designer yang kami deal tu pun, email contoh draft kad kawen......... Tak cantek oke dia buat, kombinasi warna dia sangat tak cantik.. Bagitahu En Tunang, dia kata oke aja,eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee............... Lepas tu,  Cik Adik Designer tu pula jenis nak cepat aja, banyak pula kesalahan dekat map belah Cik Pia....... Rasa tension oke sepanjang Cik Pia berurusan dengan dia........... Kaluttttt semacam aja.........

Tup-tup-tup................ Dia bagitahu, DESIGN KAMI HILANG OKE!!!!!!!!!!!!!!! eeeeeeeeeeeeeeeeee,, sabar ajalah sebab Cik Pia cuba memahami perasaaan jika barang kita hilang..  Cik Adik Designer  pun design balik, dan kali ni design dia oke pada pandangan mata Cik Pia............. Tapi, masih ada kesalahan dekat map Cik Pia dan yang lain...........  Cik Adik Designer  masih kalut dan asyik nak cepat-cepat aja buat kerja................ eeeeeeeeeeeeeeeee.....geram-geram.....

Dipendekkan cerita, design semua dah siap, kesalahan  dekat belah Cik Pia pun dah setel..... Cik Pia pun suruh la En Tunang cek pula untuk belah dia, sebab Cik Pia mana lah tahu map rumah dia macam na kan.......... En Tunang kata ok, tak ada masalah dah boleh proceed untuk print kad kawen..............

 Cik Adik Designer  kata, sebarang kesalahan selepas di print tak boleh di claim lagi ..............

Tup, tup, tup, bila kad kawen dah siap, emak En Tunang kata ada dua kesalahan :

1) Alamat rumah pengantin lelaki tak cukup lengkap
2) Nama jalan  rumah pengantin lelaki  tak cukup lengkap dekat map

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................... rasa nak nangis sebab semuanya dah di print dan tak boleh claim kesalahan dari pihak dia dah, sebab En Tunang kata semua dah oke untuk belah dia............. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, menyesal sangat sebab Cik Pia asyik beratkan tentang belah Cik Pia aja, lansung tak pandang kesalahan dekat map En Tunang.................huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Walaupun, En Tunang dan Emak En Tunang kata tak apa salah sikit, tapi Cik Pia rasa sangat-sangat bersalah... So, sekarang ni Cik Pia cuba untuk tampal kesalahan tu sikit, bukannya apa, nanti kawan-kawan En Tunang yang tak pernah datang rumah dia, sesat la pula...

**** Sori, entry agak panjang... Kesedihan dan kekecewaan mungkin ............



KEMAHUAN DAN KEPERLUAN

Bila tengok kawan-kawan dan sedara mara semua dah habis buat kenduri, tengok semua meriah-meriah, cantik-cantik baju dan gambar, kadang-kadang terfikir, alamak, nanti majlis Cik Pia macamna, secantik mereka ke.. huhuhuhu...Tiba-tiba pikir,  macam nak tambah itu dan ini, nak tukar yang itu ini.. huhuhu.., pas tu pikir, macam rugi tak amik dengan ini, proses banding membanding berlaku.. huhuhuhu....

Mungkin bisikan syaitan yang jahat, yang sentiasa menghasut-hasut agar kita sentiasa mahu lebih dari orang lain..

Yang penting, Cik Pia perlu stick pada apa yang Cik Pia mahu iaitu 'KESERDAHANAAN MAJLIS DAN KEBERKATAN MAJLIS'... Amin............. Majlis akan diingat sehari aja, tapi kebahagian dan keberkatan rumah tangga dibawa selamanya.... Amin...

Friday, March 22, 2013

SEPUPU-SEPUPU KAHWIN

Alhamdulillah.. Tahun ni 3 orang sepupu Cik Pia kawen..

Yang sorang tu, kawen 2 minggu yang lepas , yang lagi dua orang tu hari ni..... Tapi, Cik Pia tak dapat pergi akad nikah diorang malam ni, sebabnya esok ada program kat sekolah...

Waaaaaaaaaaaaaaaaa............ Bila tengok diorang dah habis majlis, rasa macam dup dap dup dap kat Cik Pia semakin lajuuuuuuuuuuuuu


Waaaaaaaaaaaaaa.............. Neves nya.....................
Related Posts with Thumbnails