MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 27, 2013

WEDD PREP : BORANG NIKAH YANG OHSEM

Alhamdulillah............... Bertemankan emak Cik Pia petang tadi, kami pun memecut laju menuju ke rumah Penolong Pendaftar Tambun aka Tok Kadi yang bakal menikahkan kami......Alhamdulillah, Ustaz Zainal Abidin sangat baik orang nya, soft spoken gitu, anak lelaki dia pun sama...hehehe... Sebabnya, anak lelaki dia mengajak kami masuk ke dalam rumah sambil menunggu ayahnya minum petang.. So sweet anak dia..hehehehe.............

Mari Cik Pia listkan kembali pada B2B Perak yang terlupa ye(pasangan sama negeri)...

Dokumen Pihak Lelaki yang perlu ada :
  1. Borang Permohonan Nikah yang telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar mukim pihak lelaki
  2. Borang HIV (dr Jabatan Agama Islam + Klinik Kesihatan)
  3. 2x salinan IC pihak lelaki
  4. 2x salinan IC pihak perempuan
  5. Sijil Kursus Kahwin yang original
  6. 1x salinan Kursus Kahwin
  7. Surat Akuan Bujang yang original - Majikan sign
  8. Borang pemastautin (kalau alamat IC dan alamat tempat tinggal semasa tak sama) - Majikan sign
Dokumen Pihak  Perempuan yang perlu ada :
  1. Borang Permohonan Nikah yang telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar mukim pihak perempuan
  2. Borang HIV (dr Jabatan Agama Islam + Klinik Kesihatan)
  3. 2x salinan IC pihak lelaki
  4. 2x salinan IC pihak perempuan
  5. 2x salinan IC wali pihak perempuan
  6. Sijil Kursus Kahwin yang original
  7. 1x salinan Kursus Kahwin
  8. Borang wakalah wali
  9. Surat Akuan Bujang yang original - Majikan sign
  10. Borang pemastautin (kalau alamat IC dan alamat tempat tinggal semasa tak sama) - Majikan sign
Alhamdulillah, dokumen semua cukup , rasa lega sangat bila tengok ustaz tu cop dan tanda tangan pada borang Cik Pia, baru lah rasa lega nak buat persiapan kahwin...

2 comments:

tenku butang said...

nak tawen yekk..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Cik Eka said...

kami berlainan negeri. hehehe

kene tggu lelaki siap baru boleh proses.

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails