MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 9, 2017

BE POSITIF

Bila bergelar TTCian ni, menjadi seseorang yang POSITIF adalah perkara yang perlu ada dalam diri setiap orang, tanpa kita sedar sebenarnya, BE POSITIF menjadikan kita kekal kuat dan sabar dalam mengharungi setiap ujian bukan sekadar ujian anak, tapi juga ujian-ujian lain..

Tapi, nak mendidik diri dan menjadi  seseorang yang positif amat sukar sebenarnya... susah nak buat sorang-sorang, we need partner in crime gituhhh...

Pia bersyukur di awal perkahwinan dan ketika kami masih di tahun yang pertama , suami merupakan kawan dan teman yang sentiasa berfikiran positif , tak pernah down kan kita, tak pernah kata tidak dan yang penting tak pernah kata putus asa... He such a good mentor to me !!!!!!

Tapi, bila kita melangkah keluar dari rumah, adakah persekitaran kita cukup positif dengan kita ? Keluarga kita, rakan-rakan lama, rakan -rakan pejabat, jiran-jiran tetangga dan semua yang berada jauh dari kita ?

Tidak... tak semua memahami, paling kurang pun hanya bersimpati tanpa memahami, dan ada juga yang menyakitkan hati.... Kat sini lah, perlu sangat wujud diri yang positif , kita ubah negatif orang kepada sesuatu yang positif... Penting sangat, kita ubah mind set kita !!!!

Contoh : 
Kita tak nak balik raya, sebab takut orang bertanya kita ttg anak, padahal raya tu belum lagi cik kak, mana tau time raya nnt kita dah lekat..... 

Nampak tak, betapa negatifnya kita padahal benda yang belum pasti lagi, seolah-olah kita menjemput pertanyaan ttg anak dari orang lain.... Sepatutnya, dalam kepala otak, kita dah set, kalau orang tanya, minta mereka doakan, kalau boleh biar tahun depan datang beraya bertiga/berempat/berlima... jangan pula kita tanya mereka ''Bila awak nak mati?''

Pia pun sebenarnya belum cukup positif, but everyday i learn to be positif, Pia join group-group TTCian yang membina (jangan join jika mereka asyik meroyan dan meratapi nasib) , setiap hari semua nya memberi kata-kata semangat kepada yang rebah, sebenarnya, bila kita memberi kata-kata positif kepada orang, sebenarnya kita juga sedang mendidik diri untuk menjadi positif, Pia juga cuba menghadapi dan berdepan dengan masalah kesuburan Pia dengan lebih terbuka di FB, blog, instagram , sebab ada juga kawan-kawan kita yang menghadapi masalah yg sama tapi mereka tak tahu nak luah pada siapa... Berkongsi pengalaman dan kata-kata semangat, mendoakan dan menyebarkan aura-aura positif pada semua rakan-rakan sebenarnya byk membantu kita to BE POSITIF ....

So, TTCian semua, lets be positif, keluar dari kepompong , jangan malu, jangan segan, stop negativity, spread the aura of positive, fight infertility !!!!! Tanpa kita sedar, setiap cerita kita mungkin menjadi motivasi buat orang lain..... Pia juga berharap setiap kata-kata pia dapat mencetus semangat pada kita semua yang masih berusaha !! never give up ok !!

Tuesday, June 6, 2017

HAPPY 4TH ANNIVERSARY TO US

HAPPY 4TH ANNIVERSARY KHALID & SOFIA 

Image may contain: 3 people, people smiling

Tanjattt tau gegirl, tiba-tiba ada orang datang bagi bunga masa berbuka puasa di Syeun Hotel sempena anniversary dan berbuka puasa.... tak lain tak bukan, semestinya dari Mr Suprise saya, Mr Khalid Ruslan.... Auwwwwww.... Terus rasa diawang-awangan.... ecececehhhhh....

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan selama-lamanya kekal hingga ke Jannah... Sedar tak sedar , dah masuk ke angka 4 tahun, umur pun masing-masing nak masuk 30 tahun... Tiada apa yang ku pinta, selain kekuatan mengharungi setiap liku-liku dalam alam perkahwinan , panjang lagi perjalanan, banyak lagi dugaan yang akan mendatang, semoga terus kuat.... 

Dan yang paling penting, diberikan kesihatan yang baik agar sentiasa dapat menjalankan ibadat kepada Allah, rahmat nya kesihatan agar dapat membantu kami dalam mendapatkan zuriat-zuriat yang sihat dan comel dan manis dan bijak dan semua-semua lahh....

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
4 tahun, 4 gambar lah... 
Jom sama-sama doakan kami, tahun ke 5 akan bertiga/berempat/berlima 
Aminnnnnnnnnnnnn


Thursday, March 23, 2017

IKHTIAR TTC : USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENDAPATKAN ANAK

Image result for berharap pada allah


Bertemu kembali TTCian sekalian... Ni Pia nak kongsi dengan rakan-rakan antara  usaha -usaha yang boleh dilakukan untuk mendapat/menambahkan zuriat... Usaha-usaha ni juga elok la dibaca oleh B2B ye, sebagai persediaan awal untuk mendapatkan anak dgn cepat, ala2 bunting pelamin gitu,koleksi ni Pia kumpul dari rakan2 TTC yg brjaya hamil dan juga sumber bacaan serta tak lupa juga dari amalan pia sendiri.




Aku dah usaha,Aku dah makan macam-macam,Aku dah mengurut sana -sini,Aku dah buat macam-macam, Aku dah perabis duit semua untuk dapat anak,Tapiiiiii... kenapa aku belum mengandung lagi...... kenapa?
Image result for berharap pada allah
Jangan macam ni ya TTC sekalian, redha, kita kena redha, kita dah usaha, jangan mengeluh , teruskan usaha, walaupun ambil masa yang lama, teruskan berusaha, teruskan berdoa, Allah sayang kita, Allah bagi kita ujian, Allah rindu kita, Allah pilih kita untuk tambah pahala, bukankah beruntungnya kita menjadi orang yang terpilih untuk menambah pahala.. Apabila kita sabar dengan ujian, makin bertambah pahala kita.. Untung.. Allah pilih kita untuk melahirkan zuriat-zuriat yang tabah,cekal, kuat semangat, pantang menyerah seperti kita dan pasangan.. Betul tak ????


Apa-apa pun, ingat, 90% datang dari doa-doa kita, manakala 10 % lagi usaha-usaha kita. Berdoa-berdoa-berdoa dan terus berdoa.... Sandarkan semuanya pada Allah ...
Image result for berharap pada allah



Monday, March 20, 2017

LANGKAH PERTAMA 2017

Image result for keep positive

Agak terlambat meng 'up' entry bagi 2017...

Sejak ada facebook, instagram dan sebagai nya, agak terkubur blog ku yang tersayang ni...

Rindu pula nak bermanja-manja dan menaip cerita-cerita yang berlaku sepanjang kehidupan ini..

Mana lah tau, kisah dan pengalaman Pia boleh dijadikan semangat buat kawan-kawan lebih2 lagi buat kawan2 yang masih mencuba untuk mendapatkan  zuriat..

Dan juga , nanti anak-anak dan cucu2 ku boleh la baca coretan ku ini, hehehehehe... malu opah...

Mac 2017 - Masih mencuba / Im still TTCian ...
April 2016 - Fail 2nd IUI
Mac 2015 - Gugur 1st IUI
2014 - My 1st step to TTC world / LPPKN my 2nd home
2013 - Im Married !!







Friday, August 12, 2016

2nd IUI GAGAL LAGI

Ya.........

Kecundang lagi.......

Dimana silapnya, Pia pun tak pasti....

Mungkin belum tiba rezekinya lagi.....

Ia pasti ada, cuma tidak tahu bila masa nya yang paling tepat ......

Give up?? Neverrrrrrrrrrrrr

Walaupun terpaksa menunggu bertahun-tahun lagi, guna beribu-ribu duit lagi, tidak akan kami berputus asa...

Ada banyak lagi usaha yang belum Pia lakukan......

Teruskan berjuang,,,, bila tersungkur !!!!!!!


Sunday, June 12, 2016

RAMADHAN DAN TTC


Baru je berangan besar untuk puasa penuh tahun ni, tapi tetiba dapat cuti la pula... Adeiiiiiii, sadis-sadis.. tak apa, tak apa, tak apa... Think positif selalu... manalah tahu Allah nak beri peluang cuti puas-puas, nanti tahun-tahun akan datang mana la tahu dapat puasa penuh sokmo kan ? hehehehe........angan-angan kena ada tau ...... 
Selain daripada dapat beribadat di bulan puasa, sebenarnya, puasa ini juga baik untuk TTCian tau.... Sebab tu, TTCian digalakkan untuk berpuasa untuk mendapatkan anak, sebab bila kita puasa, proses detox akan berlaku dalam badan, proses detox ni penting sebab ia mengeluarkan toksin-toksin yang berada dalam badan yang menganggu kesuburan rahim.. Penting tau, nak mengandung bukan nya kena BD selalu sahaja, tapi untuk TTCian, rahim yang sihat sangat-sangat penting oke!!!! Rahim tak sihat, rahim tak subur, rahim banyak toksin, apa produk mahal yang kita makan pun tetap tak mau jalan ye...... Ingat tu ye TTCian semua... tapi, apa-apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah jua ye.... Ramai juga rakan-rakan Pia yang berjaya hamil semasa bulan puasa ini.. Kuasa Allah, Rezeki dariNya sudah tiba... 

Sebelum buka puasa tu, lagi 5-10 minit sebelum tu, janganlah lupa untuk berdoa kepada yang Maha Esa yang memberikan kita nikmat rezeki makanan, duit, pakaian dan semua nikmat dunia, dan jangan lupa untuk berdoa apa sahaja yang kita mahu, kerana waktu yang mustajab untuk berdoa adalah ketika sebelum berbuka puasa dan ketika bersahur... Berdoalah, berdoalah, berdoalah, berdoalah .......
Tapi, bila buka puasa tu, jangan lah taram semua makanan dan minuman ye, ke laut la nampak gaya nya......

Selamat berpuasa kepada semua TTCian, jangan putus asa walaupun bendera merah datang bulan ini, teruskan beribadat dan meraih pahalaNya pada bulan yang mulia ini... Mana tahu, ada doa-doa kita yang dimakbulkan Allah swt... Aminnnn....


*** TVM google untuk semua gambar-gambar

Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

Friday, March 18, 2016

IKHTIAR TTC : PROSEDUR DI LPPKN

Pia dan suami membuat keputusan untuk menjalankan prosedur mendapatkan anak di LPPKN , Ipoh.. Sebenarnya, boleh sahaja kami buat di GH Ipoh, tetapi memikirkan pesakit yang ramai dan perlu mengharungi parking , kami sebulat suara memilih LPPKN.... 

Di LPPKN, kena labur duit sikit la, tetapi tak adalah semahal di swasta, dan berita baik buat gov servant, kita boleh claim perbelanjaan rawatan di LPPKN dan tak silap Pia hanya untuk kes mendapatkan anak pertama sahaja macam kes Pia.

Setelah 1 tahun 2 bulan Pia berkahwin dan tinggal sebumbung dengan suami tersayang, mencuba pelbagai supplement dan ubat-ubat , dan juga menggunakan kalendar kesuburan, namun rezeki masih tidak berpihak kepada kami....

Jadinya, pada 17 September 2014 , kami memanjangkan kaki kami berdua ke LPPKN, Ipoh untuk memeriksa tahap kesuburan masing-masing serta mendapatkan khidmat rawatan kesuburan. 

Nurse di LPPKN beritahu Pia kena datang ke LPPKN pada hari kedua period (CD2).

Next entry , Pia akan ceritakan apakah rawatan dan ujian2 yang Pia dan suami jalani.

Tungggguuuuuuuuuuuuu....................
Related Posts with Thumbnails