MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

HAPPY 3rd ANNIVERSARY


Alhamdulillah...

Ku panjatkan rasa syukur buat Yang Maha Esa...

Atas pinjaman 3 tahun ini sebagai suami dan isteri....

Semoga Allah menambahkan rahmat dan rezeki dalam rumahtangga ku..

Bukan mudah sebenarnya membina sebuah rumahtangga, lebih-lebih lagi jika ada pasang surut,  dilanda  angin taufan, puting beliung , banjir kilat dan sebagainya.. Hanya kesabaran yang tinggi menjadi benteng pertahanan untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan...


Blok kehidupan kita adalah berbeza-beza, tetapi saiznya tetap sama sahaja Allah bagi, sama rata, ADIL...

Dugaan kami mungkin belum dikurniakan zuriat anak, tetapi Alhamdulillah, rezeki lain Allah permudahkan, cukup sumber rezeki, ada tempat perlindungan dan aset perjalanan.. Alhamdulillah, aku yakin satu hari nanti yang palingggg tepat Allah pasti akan memberikan kami rezeki zuriat anak... Amin... Bukan kami sahaja, malah untuk semua kawan-kawan TTCIAN yang lain...

Apabila menginjak angka 3 tahun perkahwinan ni, aku mula mencapai perkataan REDHA, doa ku kini lebih fokus, kalau dulu, aku lebih kepada '' Ya Allah, kurniakan kami zuriat , kurniakan kami zuriat dan kurniakan kami zuriat'' tapi kini, 
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu, kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu,dan kurniakan kami zuriat yang membawa kami ke Syurga Mu 
Anak adalah pinjaman yang diamanahkan, boleh jadi menarik kita ke lembah  neraka atau membawa kita ke syurga... Dengan sedikit dugaan ini, aku dan suami masih diberi kessempatan oleh Allah untuk menyesali kesilapan-kesilapan lampau yang kami lakukan tanpa sedar atau tidak...

InsyaAllah, kita nak anak yang baik, anak yang sabar kita juga perlu baiki diri kita dulu untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar... Amin,..

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan dugaan ini, dengan kekurangan ini kerana semuanya terjadi atas izinNya jua..... Allah yang menjadikan, nikmat mana lagikah yang perlu aku dustakan ????

InsyaAllah, satu hari nanti abang, sayang dan babiessss kita ..... 
(tak banyak, nak 5 orang aja, hehehe)

Thursday, November 4, 2010

Yang pertama dan bukan yang terakhir

Tanggal 15Oktober2010 bersamaan petang hari Jumaat ..
Ini adalah konvokesyen yang pertama ku tanpa diploma, terus ke ijazah.. Jadi, perasaan keterujaan untuk berkonvo aku semakin membuak2 sebab, kalau xkonvo yang ini, aku hanya ada SPM aje.. Ok, sangat sedih kalau 4tahun belajar, tp xkonvo kn? Jadi, sekarang aku sgt2 happy, sebab berjaya menambahkan frame konvokesyen dirumah dan yang pasti dapat jgk upload gambar konvo kt FB… hehehe.. motif?
Sebak, gembira, sedih dan teruja masa first2 menjejakkan kaki ke dalam Dewan SITC yg menjadi saksi konvokesyen aku… Serius.. Masa berarak masuk ramai2 tu, hati aku ni macam sebak sgt2, sampai bergenang airmata dalam mata aku ni lebih2 lagi bila semua ibu/para, para tetamu kehormat semua berdiri. menjeling2 hati tertawan, kat kami2 para graduan ni.... Aisshhhh, xtau la macamna nak cakap perasaa masa tu.. Lebih2 lagi bila dengar alunan lagu orkestra ‘Melangkah Megah’ yang membuat aku rasa betul2 megah dan bangga dapat jadi salah seorang dari graduan UPSI yang sebelum ni banyak melahirkan para pendidik yang bukan saja berjuang utk ilmu tp berjuang juga utk kemerdekaan.. Ok, aku rasa sgt sebak sekarang ni.. Tapi, aku xtau la kalau orang lain xrasa sebak kn, mungkin sebab aku berjiwa agak sentimental sikit.. huhuhuhu..Tapi, memandangkan aku pakai eyeliner masa tu, terpaksa la aku serap airmata dlm mata tu guna tisu tau masa dah sampai tempat duduk… Siap bawak cermin lagi dlm beg..hehehe… Bila aku pandang orang2 belakang & depan aku, aissshhh, diorang pun sama sebak! Ok, ada geng sebak sekarang.. hehehehe…
Digital image  Setelah 4tahun, ini akhirnya……
Digital image
Digital image
Ijazah ini buat emak ayah serta adik beradik ku… Syukur…
TerimaKasih pada emak ayah aku yang selama ni menjadi tulang belakang untuk aku berjaya sampai masuk Universiti, sampai boleh dapat Ijazah.. Syukur sgt2, sebab emak ayah aku xjemu2 cari duit, keluar duit nak bagi anak2 masuk universiti, padahal gaji ratus-ratusan aje… Itulah yang aku bangga dengan emak ayah aku ni.. Betullah, rezeki yang sedikit itu adalah berkat, mungkin sebab tu, keberkatan rezeki tu membuatkan kami adik beradik masuk Universiti…Sekarang ni pun, emak ayah aku dah boleh goyang kaki sebab anak2 dah besar, dah kerja nk bagi senang hidup keluarga.. Syukur.. Bersyukur sgt2 sebab adik beradik aku yang lain pun bersemangat belajar .. Xsabar nak jadi macam Along aku ok, dah kerja , ada duit, ada kereta, dan ada segala2nya.. Nak mintak duit pun macam best je.. hehe.. Best nye….. Ok2, lagi beberapa minggu aje lagi.. Sabar ye Sofia ..
Aku pun bersyukur sgt sebab peluang pendidikan kt Malaysia ni ada dimana2 dan macam2 bantuan yg kita dapat.. Aku sedih bila tengok ada ibubapa yang miskin yang terpaksa memberhentikan anak2 mereka hanya sebab perkataan KEMISKINAN.. Tp, mungkin saja mereka xtau nak mintak tolong pd siapa dan bagaimana atau tiada kesedaran bahawa hnya pendidikan dan usaha yang boleh mengubah nasib seseorang.. Ntah la, aku pun xtau mana silapnya…… Setiap orang ada alasan tersendiri…
Aku bersyukur sgt2 sebab masa aku bersekolah dulu, sekolah-sekolah aku terlalu ambil berat pada pelajar2 yang kurang berkemampuan… (wowww, banyak betul sekolah aku tu) Best la sebab dapat duit,makanan.. I like i like!! Lepas tu, cikgu2 selalu gilap bakat2 terpendam aku.. kekeke… Part yang paling best tentulah masa aku jadi tahanan kelas pemulihan masa tahun 2.. Huwawawawa… Bukan pemulihan akhlak ye puan2, kelas pemulihan sebab xpandai 3M….. hahahaha.. Amik kau disitu!! Ya…. Aku dulu buta huruf…. Tapi, aku bersyukur sgt2 sebab ada guru2 yang cepat men’detect’ yang aku ni buta 3M,n cepat2 bagi kelas pemulihan ok!!! Tapi still xpandai2 sebab cikgu sume ajar lembut2 kt aku.. Sekali ayah aku ajar ABC kt rumah, marah2 aku, hahhh, amik kau terus terer ABC, 123 terus jadi pelajar cemerlang, gemilang terbilang ….hahahahahaa….terus sekarang ni nak jadi cikgu Matematik n Sains…Memang xsangka betul.. Alhamdulillah , berkat doa emak ayah aku dan semua..… Digital image
Emak Ayah aku, penerima Anugerah IbuBapa Terbaik…
P/S::: Kini terpulang pada aku bagaimana aku nak mengadun langkah aku, InsyaAllah akan aku uli elok2 hidup aku..

Sunday, October 31, 2010

Contest Mortar Board lagi ….. : The Beauty In Ugly

Sebenarnya hati nk buat entry pasal konvo tp tetiba nk join contest lagi.. hehe.. Memandangkan aura konvo masih membara, dan setiap hari pun asyik tgk gambar konvo aje kn, maka xsalahlah aku masuk contest lg.. kekeke… Lagipun, konvokesyen kan sesuatu yang harus diraikan…
Yeahhhh…. So, terMasuklah aku dlm contest blog E.D.Y yg kedua plk..hehehe.. Sebenarnya, ada satu aje contest ni, tapi ada dua versi tau.. Satu gambar konvo dan satu lagi ucapan.. Dan aku sungguh la tamak nk masuk dua2 sekali ye.. Harap maklum.. hehehe…Sebenarnya aku bukan tamak E.D.Y, cuma aku macam excited malam ni nk bercontest…. hehehe…

  • Follow blog E.D.Y
  • Copy paste banner contest kt entry korang
    image
  • Wt review sikit pasal contest ni and..
  • Lakarkan ucapan konvo anda yg bombastik tu…hehehe
  • Tinggalkan entry kt blog E.D.Y
  • Tag pd bloggers lain

  • Tarikh tutup hari ni 31okt2010, malam ni daaaaaaa….. ngeeeee…….saje tau suka wt last2 minit…huwaaa...
    Setelah bertahun2 mengejar ilmu,
    Berpeluh2 mengadap assignment,
    Berpinar2 mata mentelaah buku,
    Berkeping2 duit ptptn habis dipinjam,
    Alhamdulillah berkat izinNya,
    Mortar board dapat kujulang bangga,
    Segulung ijazah UPSI menjadi milikku.
    Syukur.
    (30 p.p)





    So, aku nak tag membe2 ku yang aku tau diorang ade blog…. :
    Husna, Ida, Lili, Anith, Farhana, NinaAz, Nurun, Yati, Ezzah, Shahir, Judin, dan semua followers n bloggers yang baca entry ini ok!!!

    Sunday, October 10, 2010

    1 hari , akan ada 2 perasaan

    Excited sangat semalam sebab asyik duduk depan tv nak tengok Dato Dr SMS akad nikah  dan bersanding bersama Datin Dr Halina… Sweet sgt2 dua2 mempelai ni..
    Alhamdulillah… Semuanya telah selesai…
    58113_439188295957_25409635957_5321771_2216877_n Tahniah Dato Dr SMS dan Datin Dr Halina
    Tapi, dalam gembira2 ini pun, terkejut juga bila berita TV3 jam 8.58pm smlm pasal kemalangan ngeri 2biji bas , ada kereta dan van juga….Lebih kurang 10 orang maut.. Ngerinya… Aku harap, tiada saudara mara mahupun kawan2 aku dalam kemalangan ni.. Kelik sini ; http://www.mohdhafizuddin.com/2010/04/kemalangan-ngeri-plaza-tol-simpang.html
    Tapi, pagi tadi, aku dapat perkhabaran kurang enak, sebab salah seorang mangsa yang maut tu sahabat upsi ku yang bakal konvo.. AlFatihah buat arwah Norazmi Abdul Karim..
    Dah la hari ni aku nak g Tanjung Malim tercinta sempena raptai konvokesyen aku…. Naik bas lagi tu.. Aishhhh, tetiba macam ngeri plk nak naik bas petang ni… InsyaAllah xda ape2 kan….. “Hai driver Bas SeriMaju, saya xkan berkata ape2 kalau kamu bawak bas slow… 50 km/j pun xpe.. sile2… Asal sy selamat sampai…”
    IMG_3520 copy1
    Amik Jubah – 4Oktober 2010
    Raptai Konvokesyen – 12Oktober 2010
    KONVOKESYEN – 15Oktober 2010
    Banyak hari kan aku kena pergi UPSI… Nampak x duit aku habis kt mana… Duit aku? Duit emak ayah aku.. hehe.. Sebelum ini, emak ayah aku dah pesan, hati2, duduk rumah elok2, kamu tu xkonvo lagi… Hehehe.. Semoga semua nya baik2 aja….
    IMG_3538
    Semoga perjalanan hari ini dipermudahkan, dan segala urusan kami jua dilancarkan.. Amin….

    Wednesday, June 16, 2010

    Kepada semua bloggers, doakan aku ya!

    Alhamdulillah.. Setelah sekian lamanya menunggu result semester akhir sem 8, akhirnya keluar juga malam td.. Alhamdulillah yang xterhingga padaNya , result praktikum aku cemerlang 4flat & ini salah satu pas utk aku bergelar guru kelak.. Just sekarang ni aku kena tggu surat pengesahan senat & konvo aje..

    Syukur sgt2, sebab usaha aku sepanjang praktikum berbaloi... Alhamdulillah!! Aku harap, surat pengesahan senat & konvo tu cepat2 la sampai dirumah aku, sebab tinggal lg 15hari saja lagi aku nak kena isi borang temuduga & posting tu...

    Jadi, aku harap2 biar semuanya berjalan dengan lancar dan xda bengkak bengkok!!


    Harap semua bloggers doakan aku berjaya menjadi guru yang cemerlang ok!!

    Kegembiraan aku adalah lebih happy dari baby diatas!! hehe

    Wednesday, May 5, 2010

    Bagaimana nak senyum untuk hari esok?

    Salam...

    Aduhhhh.. Mak... Tolong... Tengah sakit gusi ni.. Adeii.. Xtau la macamna boleh sakit ni.. Baru2 ni terminum air teh panas.. Memang xbajet air teh tu panas giler.. Sebab cawan yang letak air panas tu mmg xterasa panasnya.. Waktu tu pula tgh excited bermuka buku.. Jadi, mmg pxerasan wap2 kepanasan.. Sekali bila minum aje air teh tu, terus kena kt gusi depan dan lelangit...

    Perghhhhhhhhhh....Panaassss giler.. dan sekarang ni, rasa gusi dan lelangit dah xmacam gusi dan lelangit.. Xtau rasa apa.. Makan pun dh xlalu.. Nak gosok gigi pun xley kuat2... Adehhh...xtau la bila boleh sihat ni... Macamna nak senyum esok hari ni.. Dah la aku ni raja senyum!


    Any idea mcmna nak sembuhkan?





    Sunday, May 2, 2010

    Sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!!


    Fuhhh.. Fuhhh… Berhabuk betul blog aku ni.. Apa?? Bulan April nye entry aku post 1 aje? Adeeii.. cmne nak up traffic ni.. Sori2.. Biasalah agak buzy bergelar cikgu sepanjang berpraktikal ni..Biasalah, nak jadi cikgu cemerlang, kena start dari awal lg.. Betul x? Lebih2 lagi mcm2 aktiviti plk yg ada kt sekolah dan mengurangkan masa aku untuk duduk berblogging.. Tambahan plk, sekarang ni semua dok bermuka buku.. So, disana lebih up to date! So, pada sape2 yang belum add aku di FB , sila la berbuat demikian di kaunter pernyataan ye!


    Sejak aku berpraktikal ni, banyak juga aku join program Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, sebabnya kitorang support 2orang kawan praktikal ktorg yang merupakan bakal kaunselor..Ktorg xsupport duet, support tenaga & air liur aje.. Tapi, mmg berbaloi la, sbb pengalaman2 mcmni mmg jarang2 orang boleh dapat.. Ditambah lagi, ini salah satu kemahiran insaniah yg perlu dipupuk utk jadi cikgu yg terbaik!! Kan dulu aku pernah kata, jadi cikgu ni bukan hnya tahu mengajar aje, mendidik pun perlu ada..Bak kata pepatah, menjadi cikgu ni mcm jadi powergirl la… Fuhhhh.. Memang terasa sgt aura kecikguan dlm diri aku.. hehe..
    Serius.. Waktu aku sekolah dulu, program motivasi sume nya memboringkan, sbb duduk dan dengar aje..Biasalah, sekolah aku dulu, semua students nye geleng2, angguk2.. Semua jenis cepat paham kecuali aku yg lambat paham..hehe.. Tapi, bila aku join program kt sekolah tempat aku berpraktikal ni, best la plk..Macam2 slot2 serta aktiviti2 yg best2, dan mmg boleh mereleasekan tension belajar dan mengajar.. Ditambah pula dengan idea2 dr kawan2 sepraktikal yang sgt gila2 dan best2.. Kadang2 aku rasa aku ni mcm tersalah amik bidang aja… Aku rasa dari dl aku patut amik bidang kaunseling.. hehe..
    Minggu lepas, ada 1 program motivasi utk pelajar2 yang bermasalah .. Perghhh, students yang pergi program tu semua nya yg kaki ponteng kelas,kaki malas belajar, kaki busuk, masam serta kaki segala kaki.. Perghhh, ini 1 pengalaman baru buat aku, sbb sebelum ni aku handle program2 utk pelajar asrama, pengawas , ketua tingkatan dan juga pelajar2 pmr dan spm.. Kali ni, mmg program utk pelajar2 hardcore punye!Perghhh….
    Aura harimau ku sudah keluar!Insaf!
    Tapi, bagi aku dan kawan2 yang lain, mereka semua masih ada masa lg utk diselamatkan.. Aku xnak pelajar2 yang cmni dipandang serong oleh guru2.. Ada 1slot tu, kitorang dengar luahan dari setiap pelajar, kenapa diorang boleh jadi cmtu. Ramai lah yang merungut, guru2 xnak ajar diorang , abaikan diorang sbb diorang kelas bawah2 dan menyebabkan diorang ponteng kelas, melepak xtentu pasal. Ish2…. Masa slot muhasabah diri tu pula, mmg kaw2 punye kitorg balun diorang.. Yang perempuan dah teresak2, yang lelaki pula control macho.. Memang hati keras!! Tapi aku nmpk muka sorang2 mcm menyesal… Iyalah, mau nya xmenyesal, lebih2 lagi bila kami pasang lagu Aiman(Ibu),Surah Yassin, kaitkan pula dengan susah payah ibu bapa diorang besarkan diorang… haaa.. Memang berterabur air mata sorang2..
    Memohon kekuatan dari Tuhan Yang Maha Esa!
    Tapi, apa yang aku harapkan bukan lah tangisan dan airmata.. Sebab airmata boleh kering .. Tapi yang penting adalah kesedaran yang diorang lahirkan dari hati… Kesedaran utk mengubah sikap diri dan kesedaran utk mengubah nasib keluarga.. Sebab aku tau, pelajar2 disini bukannya pelajar2 yang kaya raya… Semuanya sengkek belaka.. Emak ayah kerja potong getah, tapi anak2 ponteng sekolah..Ish2… Aku xpinta diorang utk jadi pelajar cemerlang 30A’s… Tapi aku harap sgt diorang jadi anak yang berjasa pada kedua ibu bapa mereka! Sebab aku dulu juga salah seorang dari mereka dan sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!
    Dunia diluar adalah lebih mencabar!



    Thursday, April 8, 2010

    Bila aku nak ada aura harimau ni?

    Jumaat lepas aku agak dalam kesedihan sikit.. Biasalah melayan pelajar2 yang agak nakal ni menyebabkan kadang2 down juga semangat utk menjadi guru! Xboleh2 sofia.. Kamu kena semangat balik... yihaaa!!

    Bayangkan lah, aku punyalah semangat nak mengajar, tapi ada sekumpulan pelajar dalam kelas aku ni mengganggu budak2 lain dan menyebabkan kelas under control.. Dah la aku ni kurang sikit aura harimau... huhuhu.. Aktiviti kelas pendidikan sivik pun agak hambar sebab aku xda mood nak melayan pelajar2 kelas ni.. Elok2 aja habis kelas, air mata aku dah bergenang dah sebab memikirkan masa depan pelajar2 nakal ni.. Macamna lah diorang nak hadapi masa depan, kalau belajar pun malas, suka main2 dalam kelas, xbuat kerja sekolah, perangai pulak macam samseng.. Aduiii.. Sedih aku! Masuk2 aja bilik APD, menangis aku! Huwaaaaaaaa...

    Tapi sekarang kesedihan aku dah berkurang sebab aku baru aja dapat award dari qamarguyz.....
    Wahh.. Ini bukan calang2 award tau, sebab 1st time aku dapat award dalam dunia blogging ni.. hehe.. Dah macam ABPH plk.. Hehehe.. Ape2 pun, thanks ya qamarguz sebab dah buat hati kakak kembali gembira!! Terus aku bersemangat utk mengajar semula!!! Yihaaa..

    p/s: semua bloggers yg singgah sini, mai la amik award ni, saya ikhlas bagi!

    Related Posts with Thumbnails