MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

TAMAT CAMPING , MULA CERITA BARU

2 hari sebelum pergi perkhemahan....Kurus sikit, berat kurang...


4 hari selepas berkhemah, gemuks, berat naik sebab 6 kali makan sehari, gelap sikit, sunburn....

Cik Pia dapat pergi Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan 13Mei- 22 Mei, tapi terpaksa ditolak sebab lagi seminggu nak kawen kan, nanti tak sempat nak tonyoh muka jadi putih pula....hehehehe...

Sedih la juga nak tolak tawaran tu, En Tunang pun tak bagi pergi perkhemahan dah lepas ni sebab ''Darah Manis'' katanya.... Alahaiiiiiii, disebabkan En Tunang, terus Cik Pia jadi lembut tau, tolak tawaran.. Alahaaaaiiii, En Tunang kena tahu tau, susah nak buat keputusan ini.. Hehehehehehe...........

Thursday, April 25, 2013

WEDD PREP : PERFUME YANG BEST

Alhamdulillah.... Weeehhhhhuuuuu.. Barang-barang hantaran semua dah dibeli.. Tup-tup, sepupu Cik Pia belah emak Cik Pia kata nak sponsor perfume.... Alhamdulillah... Murah rezeki orang nak kawen ni... Mari-mari sponsor lagi..hehehe... 

Disebab kan, Cik Sepupu Cik Pia suruh Cik Pia pilih perfume yang mana berkenan, Cik Pia terus blank.. hahaha.. Sebab selalu guna Bodyshop aja.....

Cik Sepupu Cik Pia ada mms kan gambar set perfume Crabtree & Evelyn, dia suruh Cik Pia pilih nak wangian mana satu? Alamakkkk, jenama apa ni? Selalu tahu Bodyshop aja...kui-kui.. Terus search dalam internet, emak oooi, mahal nya harga satu set, tapi ada orang sponsor, layan zasssss aja...........

***sape pernah guna perfume ini? Bau apa yang best?
Semua nya nanti datang dengan : Eau de Toilette 30ml, Hand Therapy 100g, Bath & Shower Gel 250ml, Body Lotion 245ml, Compact Mirror dan juga beg itu.. Weeeehhhiuuuuu...

Mari-mari pilih, yang mana satu mauuuu...........

CUTI.... Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Esok akan berada di Kem Alam Damai Chenderiang , Tapah untuk perkhemahan kadet bomba peringkat Negeri Perak dari Jumaat sampai Isnin minggu depan.. 4 hari wooo..Bestnya, dapat la merelaxkan minda setelah penat bekerja sambil menambahkan ilmu di dada ...... Tak sabar nak jumpa kawan-kawan kadet bomba yang dikenali..

B2B jangan rindu merindui ya...

Persiapan perkahwinan terpaksa ditunda sekejap...Minta tolong emak dan adik perempuan Cik Pia setelkan kad kawen dan beli apa-apa yang patut.........

Alahai, bertambah golappppp den.....
''Menjadi guru, mungkin kadang-kadang memenatkan, tapi perjalanan seorang guru itu sangat menyeronokkan ''

Monday, April 22, 2013

POST WEDD: HUBUNGAN IPAR DUAI BIRAS BERAS

Wooooowwww, tajuk, memang mantap sangat kan....... Takut Cik Pia okeh!!!

Persiapan sebelum majlis malas nak fikir, sebab gaji tak dapat lagi, tak boleh nak beli apa pun...

Tapi, persediaan selepas kahwin itu penting... aiyooooooooooooo ammmmmaaaaa.......... Takutnya, bila memikirkan tentang hubungan kekeluargaan dengan bakal suami selepas kawen.... Aigooooooooooooo...

Macam Cik Pia, bakal jadi kakak sulung pada bakal adik-adik ipar Cik Pia.... Bakal adik ipar lelaki beza dengan Cik Pia 2 tahun dan sorang lagi beza 9 tahun, dan  bakal adik ipar perempuan beza dengan Cik Pia 5 tahun...

Jarak tu tak adalah jauh sangat, memandangkan Cik Pia paling tua, jadi Cik Pia paling diva la kan.. hahahahahaha.... *****awal-awal lagi dah ngaku diva, camne tu..hehe.. kiranya, diorang tak boleh buli-buli Cik Pia la kan............. Cik Pia buli diorang adalah...........

Sebenarnya , Cik Pia takottttttt sangat tak boleh in dengan diorang, iyalah , diorang kan tak biasa ber-kakak-kakak, nanti Cik Pia jadi kakak yang garang macam kat rumah Cik Pia kang, habis Cik Pia kena cop ''kakak ipar yang garang + tak cool lansung + tak macho jugak'' hahahahaha...

Alahaaaaiiiiii , susah sebenarnya nak memenangi hati orang, walaupun Cik Pia ni ramai orang kata cepat mesra, tapi, kalau orang lain tak mahu mesra dengan Cik Pia, tak jadi jugakkk......

B2B yang lain macam na pula??

Sunday, April 21, 2013

POST WEDD : HONEY BEE

Weeeeeeehhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuu, dalam sibuk-sibuk dok cari destinasi pilihan nak pi honeymoon, tetiba En Tunang bagitahu yang dia dah setel bab booking honeymoon semua.. Biar betuii dia ni, selalunya kalau bab-bab order  mengorder ni, Cik Pia yang laju, tetiba dia yang terlebih laju, dan paling excited adalah, honeymoon disponsor oleh jabatan dia............... weeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhuuuuuu, banyak kali cakap kat En Tunang, betul ke? betul ke? betul ke? En Tunang siap emel kan lagi reservation letter dari syarikat pelancongan tu... cam tak percaya aja, macam artis la pula ditaja-taja ni..............Alhamdulillah, save the bajet, boleh la duit untuk honeymoon salur kat benda-benda lain kan.... Alhamdulillah...

Destinasinya mana? Yang penting, dalam Malaysia, boleh la.... Kata ditaja.. hehehehe... Alhamdulillah!!Yipppieee!!!

Saturday, April 20, 2013

WEDD PREP : 40 HARI MASA BERPANTANG

Dalam 40 hari banyak benda yang B2B nak kena buat dan amalkan: 
(Cik Pia lagi la nak kena amalkan ye)
  1. Awalkan solat 5 waktu, jangan nak dekat habis baru nak pergi solat...
  2. Berdoa pada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan....
  3. Perbanyakkan bacaan Al-Quran, berselawat , berzikir...
  4. Hafal doa-doa yang perlu dan rasa perlu..
  5. Solat hajat, solat taubat, solat sunat ....
  6. Berdoa agar diberi kesihatan diri dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat.
  7. Baca buku-buku motivasi, buku nak jadi isteri yang baik, menantu yang baik, ibu yang baik..(ibu? awalnya Cik Pia baca)
  8. Belajar memasak, lipat kain, basuh kain (melampau sangat tu Cik Pia ooooi)
  9. Banyakkan sedekah, senyuman , bantuan, kepada orang lain
  10. Lebih dekat dengan family, huwaaaaaaaaaaaaaaaa..... (No 10 paling sedih, padahal lepas kawen boleh aja jumpa hari-hari...hahaha...)

Dalam 40 hari ni kena banyak berpantang antaranya: 
(Cik Pia terutamanya lah)
  1. Diet - Untuk dapatkan bentuk badan idaman, boleh pakai baju yang ditempah dengan selamat, (agar tak ada lemak-lemak yang terlipat, agar Cik Abang sayang, tetibe)
  2. Minum air masak banyak-banyak-banyak-banyak (kasi pam semua lemak keluar)
  3. Tutup mata dari makan semua benda-benda lemak, manis-manis semua ituu
  4. Kurangkan makan di kantin sekolah, sebab kat sana sumber makanan yang sedap-sedap setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum..hehehehe
  5. Jaga muka dari kena matahari, memang akan pakai topi, payung saiz besar kalau pergi latihan rumah sukan lepas ini
  6. Berpantang la dari jumpa En Tunang, last jumpa 31 March hari itu..Bakal berjumpa masa fitting the bajusss.(Bagus juga tak jumpa, biar suprise, lepas dah kurus, dan cantik, hahahaha..Biar si dia terkejut...**tetibe lg)
  7. Jaga hati dan perasaan diri sendiri , jangan cepat marah-marah, jangan cepat panik, relax dan cool aje
  8. Jaga hati dan perasaan orang lain, terutama emak ayah  family tercinta, tunang dan keluarga saudara mara semua-semua la (biasalah, bila nak dekat majlis ni macam-macam dugaan kan, semua orang kita rasa nak marah kan)
****Apa kejadahnya Cik Pia ni nak berpantang, kawen pun belum ye dak... Gataiii sungguh nooo

WEDD PREP : UNTUK PIHAK LELAKI

Cuti 3 hari yang dapat minggu ini, memang digunakan maximum yang mungkin.. Semalam hari Jumaat, setelkan kerja-kerja sekolah yang tertunggak.... Kasi licin semua beres!!! Lega!!!

Pagi Sabtu dimulakan dengan misi roadtax, geram betul dari hari Khamis tak setel-setel lagi, nak buat sendiri punya pasal, sebab nak murah kan.....Kalau dengan agen mahal sikit.... 

Petang Sabtu, sambil layan hindustan buatlah glass jar utk pihak lelaki....Ikat-ikat reben dan tampal TQ Tag aje pun....Tapi.... Sakit-sakit badan oke buat  untuk pihak lelaki, baru buat 100 aja dah sakit belakang badan dan vontotttt..... huhuhu.....Cik Pia tak dapat bayangkan B2B yang rajin-rajin yang buat untuk 1000 tambah lg dengan goodie bag yang DIY semua-semua itu... cayalahhhhhhhh....

Lepas itu, Cik Pia print siap-siap nama untuk di tampal pada kad jemputan kawen..Gunting-gunting semua. Cepat-cepat B2B yang nak datang wedding Cik Pia, bagi alamat ye kat misssofia87@gmail.com.......


Esok ingat nak buat :
  1. Guest Book - Nak hantar jilid aje, senang
  2. Guest Book Corner - Nak print label yang cute-cute
  3. Signage (Petunjuk Arah) - Nak design dan print dan laminate terus
  4. Pixajoy Photo (Pre Wedding) - Nak edit dan send untuk print
Aiyoooooooooooooooooooooooooooooooooo.............. 40 hari lagiiiiiiii.......................

KANTOI DENGAN WEDDING PLANNER

Alamak,hari tu onn whatsapp, tiba-tiba masuk mesej ..  Cik Pia punya Wedding Planner mesej .

WP : Salam. Kat blog nama Cik Pia ye?

agagagagagagaga........... Terkejut Cik Pia, alamak-alamak, kantoiiii terus sebab ada belog, terus rasa, takutnya, takutnya, kenapa WP tanya camtu, alamak terus pikir, Cik Pia ada tersalah cakap/tertulis benda-benda yang tak elok ke, diorang nak saman Cik Pia ke apa ke? huwaaaaa, takut nya, takut nya..Cik Pia tak suka komen-komen yang negatif tau, Cik Pia ni positif orang nya, ***tibe-tibe, haha....Cik Pia pun terus tarik nafas dalam-dalam, dan reply ............

Cik Pia : Aik, camne tau , stalk ye? hehehehehehehe

Terus WP reply .....

WP : Tq sangat, sebab ayat-ayat sofia , ada orang book dengan butik , nak kena belanja makan ni....

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............ rasa nak nangis oke, Cik Pia punya la nervous semacam , hahahahahahaa.......


****** dalam hati , dok pikir, Cik Pia belum mention lagi nama WP Cik Pia, ooh, mungkin ada komen-komen di belog orang kot.. hiksssss

To my WP yang baca belog saya ini, TQ sebab suka layan karenah customer macam saya ini, jangan lupa pasang pelamin next month ye...hiksssssss....

''Setiap rezeki itu telah tertulis, 
hanya tinggal usaha kita dan berdoa sahaja ''
Related Posts with Thumbnails