MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 10, 2013

WEDD PREP : TEMA MAJLIS

Lagi 50 hari, tapi Cik Pia tak cerita lagi kan tema  warnanya....Konon suprise, suprise la sangat kan....
MALAM BERINAI
BEBAS... (sebenarnya tak adalah majlis sangat pun, saja-saja aja, kaum keluarga terdekat aja, entah-entah adik beradik emak ayah aja kot, hehehehe)

MARHABAN & KHATAM AL-QURAN
Diingatkan ye, Cik Pia sudah KHATAM AL-QURAN sejak sekolah rendah lagi tau.... Disebabkan Along Cik Pia dulu pun ada majlis macamni, emak pun nak buat sekali lagi untuk anak dia nombor dua ni... hehehehehe... Kaum keluarga terdekat aja yang terlibat...



AKAD NIKAH


BERSANDING

BERTANDANG

**** Abaikan gambar-gambar sexy itu, hanya sekadar gambar hiasan

50 HARI LAGI

Alhamdulillah....... Syukur.. Debaran pilihanraya sudah berakhir walaupun belum bermula lagi sebab nya, tarikh PRU 13 telah diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013... Alhamdulillah.. Sebenarnya, risau juga selagi tarikh PRU tak diumumkan, ialah takot-takot jatuh hari Cik Pia nak kawen nanti...

Walaupun tinggal lagi sebulan lebih nak kawen , Cik Pia masih relax-relax lagi.... hehehehehe..Emak ayah pun masih relax-relax lagi, mungkin sebab dah ada pengalaman perkahwinan Along Cik Pia yang dulu..

Yang belum dibuat adalah :
  1. Tempah makanan untuk nikah, dj, kompang, marhaban
  2. Beli karpet bilik Cik Pia, balang kuih, kerepeksss, telur, beg plastik
  3. Design tag kat balang kuih, signage
  4. Beli cokelat + kek untuk hantaran +Perfume (nak dekat majlis baru beli)
  5. Beli bunga telur untuk belah pihak lelaki
  6. Batang bunga manggar + span
  7. Deco hantaran
  8. Edar kad jemputan
Semoga semuanya berjalan lancar.. Eh2, bulan depan aja Cik Pia nak kawen..... ngeeeeeeeeeeeeeee.... Malunyaaaaaaaaaaaaa
Hai Abg Ketak-ketak, lagi 50 hari lagi kita nak kawen la.......

Tuesday, April 9, 2013

BUKTI SUNBURN

Walaupun kalah, tapi kalah bermaruah.. Tahniah buat pasukan sekolah ku.. Walaupun kalah, tapi kita tetap menang sorakan.. hehehe... Mana tak sunburn nya, cikgu nya pun turut sama terkinja-kinja macam budak-budak.. Nasib badan la Cik Pia oooii, pas ni letak banyak-banyak fair n lovely ye....



Sunday, April 7, 2013

WEDD PREP : MUKA OH MUKA

Aduiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. Sebelum bergelar pengantin , haruslah menjaga wajah agar cerah berseri, bersinar-sinar sampai tetamu yang datang kena pakai sunglasses oke.. Itulah yang sedang Cik Pia buat sekarang.. Cuba untuk menjaga wajah yang tak berapa nak putih sejak azali lagi ni.. Itu tak apa, sebab Cik Pia still gojes macam Nabila Huda oke... ***Tipu sangat

Hehehehe, masalahnya sekarang ni adalah sunburn yang seronok-seronok menjadi di wajah Cik Pia ini.... Adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....Berbelang-belang sudah wajahku.... Memandangkan tahun ni Cik Pia jadi guru PJPK jadi wajiblah Cik Pia turun naik bersama-sama pelajar dalam ber-PJPK...Adeeeeeeeeeeiiiiiii, seksanya... Konon-konon nak teduh la kat mana-mana, tapi bila tengok pelajar menjongket kat dataran bermain badminton, bola jaring , berlari-lari semua,mana maunya duduk sahaja, wajib lah terkinja-kinja dengan pelajar semua, selepas aktiviti panaskan badan.... 

Bonus jadi cikgu PJPK, selain sunburn adalah kurus... hahaha... Turun la sikit berat badan, sikit aja oke...........

Last-last week, ada kursus Bomba 4 hari, itu dah memang panas-panas terik dah, minggu ni ada perlawanan bola jaring, lagi 2 minggu pula jadi hakim pertandingan kawad kaki... Minggu ni juga ada latihan rumah sukan.. Awal bulan Mei pula ada LADAP di Pulau Pangkor............. Semuanya melibatkan matahari.... Cik Pia memang suka kerja-kerja adventure ni , tapi memandangkan nak kawen ni kan, wajiblah kot nak menjaga kulit......... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Setakat ni, balik-balik rumah aja :

  1. Lap dulu muka, kasi angin-angin dulu muka
  2. Lepas tu, baru basuh muka dan sembahyang
  3. Sapu jeli rumpai laut kat muka
  4. Atau sapu Minyak VCO kat muka
  5. Atau sapu yogurt

Oh My Face.. Please be Strong....I LOVE U VERYYYY MUCH.....muuuuaaaahhhhh.........

Thursday, April 4, 2013

POST WEDD : RUMAH SEWA OI RUMAH SEWA

Sekarang ni tengah buzy mencari rumah sewa... En Tunang la buzy, Cik Pia relax aje.. hehehe..... Cik Pia request, nak yang dekat dengan sekolah, jauh sikit dari rumah bakal emak mertua, tak mahu dua tingkat, rumah tak mahu besar-besar, bajet dalam RM 350-RM 400 je.... hehehehehe.. Selamat mencari En Tunang...kekekekeke

Sunday, March 31, 2013

60 HARI LAGI .....

Rupanya, lagi 60 hari nak kawen.. Lambat lagi nak kawen..... Muahahahhaha.......
(gelak Pre Wedding masih tak habis.. Muahahahahhahha)

WEDD PREP : PRE WEDD YG SUPER LAWAK

MUAHAHHAHAHAHAHAHAHAAA

Sepanjang Pre Wedd asyik gelak-gelak aja, penat berpeluh sebab banyak gelak  bukan sebab nak bergambar..... hahahhaha.......... Gelak-gelak sebab kami berdua kan tak pernah tangkap gambar bersama, so macam kekok-kekok malu-malu kucing... muahahahahahahahaahahaa........Bila ada scene yang adik Cik Pia merangkap jurugambar pada hari ini suruh kami berdua pandang sesama sendiri, first-first suruh pandang tu dah okay dah, tapi bila suruh start senyum, terus gelak ketawa berdekah-dekah........... hahahahhahahhahahahha....................Cancel scene pandang memandang, jeling menjeling... Muahahhahahhahahhahahaahhaa..................


Friday, March 29, 2013

WEDD PREP : DIY PRE WEDDING

Macam-macam sekarang ni ya, nak pre wedd bagai, padahal tak penting mana pun, manalah duit tu tak melayang dan kos kahwin makin naik mendadak , sebabnya, kemahuan kita melebihi kemampuan dan keperluan kita..Lebih-lebih lagi orang perempuan macam Cik Pia ni... hehehehe.....Jangan maraaa aaa.....
Opppppssss, kenyataan kat atas tu, Cik Pia tujukan khas untuk Cik Pia aja tau, sebab Cik Pia kan B2B Bajet Kos, wajiblah mengutamakan keperluan dari kemahuan.. Ye dak? Jangan ditiru ya.. hehehe.....


Memandangkan Cik Pia berkeras nak juga ada gambar Pre Wedding yang selalu orang buat sekarang ni, jadi, haruslah Cik Pia berfikir 360 darjah macamna nak meminumkan kos...
  1. Jurugambar : Kalau upah, mau dalam beratus, jadi guna aja adik Cik Pia, kamera sendiri.
  2. Gambar : Burn aja dalam vcd, print yang mana perlu aja dulu.. Sudah digrab print photobook RM10 dari PIXAJOY, jimat-jimat ..... (TQVM Ayong sebab promote)
  3. Props : Guna Alat Bantu Mengajar (ABM) Cik Pia punya yang memang Cik Pia beli guna duit belanja Cik Pia sendiri, so jimat duit disitu.....
  4. WhiteBoard Kecik : Beli kat Giant Ipoh, agak mahal sikit, tapi tak ape, sebab boleh tulis padam, so jimat, kalau guna kertas, mau lunyai kertas tu.....Kalau dah tak mahu guna, boleh simpan untuk ABM Cik Pia..
  5. Bunga : Guna bunga tangan masa tunang hari tu.
  6. Kipas comel : Nak beli kipas comel esok kat kedai mainan kanak-kanak kat Pekan Lama Ipoh.. Murah kot dia jual, RM 5 kot...
  7. Payung pelangi : Amik aja kat rumah tu, kalau tak ada payung pelangi amik aja apa payung yang ada..
  8. Baju : Guna aja baju sedia ada, tak payah nak bertema-tema
  9. Lokasi : Dalam rumah aja, eh2 tak2, dalam kawasan rumah Cik Pia diawasi emak ayah Cik Pia.. hehehe...
Tips : Tak semestinya guna props yang banyak, kalau tak ada props pun tak apa, yang penting sesuaikan diri dengan lokasi yang ada, Pre Wedding atas jalan raya pun boleh, asal kita happy, gambar diambil, sudah !!!!! Itulah dia bajet kos Cik Pia yang menggedik nak Pre Wedd juga...hehehehhehe....
Semoga Pre Wedding ini berjalan lancar Ahad ini.. Jangan expect yang kebabooomm ya..... Tangkap suka-suka aja...hehehe... Saja menghabiskan masa cuti sekolah yang berbaki lagi ini...
Related Posts with Thumbnails