MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 17, 2011

Bila anak bujang mula memasak

Bakat memasak dari Emak tersayang tidak diwarisi oleh aku..Pelik juga.. Kata anak emak, tapi bab masak – memasak memang fail..  Emak masak memang power.. Air asam aja sudah terangkat, inikan pulak rendang ayam, yang semestinya sudah tinggal separuh masa malam raya lagi.. Aduhh.. Ini memang betul-betul penangan masakan emak..

Masa Along berpantang, dan emak duduk di rumah Along, memang terasa kehilangan air tangan emak, tapi bertukar kepada air tangan aku.. Waduhhh, memang naik juga darah tinggi ayah sebab anak nya ini masak sampai  tak ingat dunia bila nak masukkan garam.. Secubit macam segenggam.. hehe.. Amacam gerun tak kalau korang datang beraya rumah aku, dan aku yang jadi tukang masak nya?? hahahaha(gelak jahat sambil angkat kening ^-^)

Tapi, sejak menjadi bujang yang menyewa jauh dari rumah emak ayah, pastinya, bakat memasak dari emak tiba-tiba datang menyinggah pada aku… Sebab nak harap beli di luar, oh tidak mungkin lah..Kadang-kadang harga tak setimpal dengan rasa… Jadi, bakat terpendam yang ada, jangan lah sekali-kali aku persiakan, sebab tiba-tiba masa darurat macam ini, skil memasak memang menjadi-jadi sampai kadang-kadang rasa lebih hebat dari emak.. Opppssss..

IMG_3705  Tiba-tiba datang mood nak masak kari ayam.. Tapi, macam tak best je letak ayam sekali, so bye-bye kentang, tinggal lah kamu keseorangan…. Papadom pun ada yang macam dalam movie Papadom tu, tapi ini versi kecil…

IMG_3771

Hari tu tiba-tiba mengidam makan ikan.. Nama juadah : Ikan sardin masak merah dengan hiasan kentang di tepi mangkuk.. Woowww,, panjang nama, rasa pun sedap… Tepi kiri, ikan masin goreng kecil.. Cuma aku ni, kadang-kadang bila memasak, xtau nak padankan lauk apa dengan apa….

IMG_3732

Ada hari, tekak nak rasa sup.. Yang ini , sup telur puyuh, ok, nampak tak telur puyuh tengah menari-nari anak dalam sup tuh? Hotdog masak cili, yang memang terangkat pedasnya sebab aku terlebih letak cili giling…

IMG_3735

Dessert ala-ala hotel okay… Puding dan aiskrim cokelat, amacam ? Ada ala-ala Hotel Hilton tak?

IMG_3734

P/s: Agak terliur semasa menaip entry tentang makanan ini!!

Tuesday, April 12, 2011

Luluh hati

Tahu makna luluh hati?Ohh ya, mungkin bagi yang jarang-jarang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul macam aku, mungkin rasa macam sejenis kuih atau makanan ringan.. Ohh tentu sekali bukan ya.. Luluh hati ini boleh tak diibarat kan macam gugur hati, rasa macam hati terlampau sedih atau sebak atau rasa hati gugur jatuh ke tanah? Waaaaa… Hiperbola betul.. Kalau guru BM yang baca ayat aku, mesti dia kata aku dulu pernah fail BM.. Teeeettttttttt…

Ok2… Kembali lurus… Hati aku macam tersentap ok, dengan keputusan peperiksaan anak-anak aku.. Waaaa, macam dah beranak lima pula aku ni… Yelah, bila tengok keputusan diorang yang macam aku xtau nak kata apa, korang tengok ajelah kat bawah ni, aku rasa macam ‘’eh-eh korang xpaham ke apa yang cikgu ajar ni? Teruk ke cikgu mengajar ni sampai macam ni sekali result ?’’ "eh-eh korang ni belajar tak kat rumah ?

Fuhhh.. Memang tamparan wanita la untuk aku, lebih-lebih lagi aku cikgu baru dan aku rasa macam kesian pula kat anak-anak murid dapat cikgu macam aku ni.. Yelah, aku pun dalam proses pembelajaran juga bagaimana untuk mengajar.. Dan aku harap aku boleh perbaiki lagi sebelum peperiksaan pertengahan tahun ni pula!!!!!! Yeaaaaaaahhhhhh, you can do it Sofia!!!

p/s: Perasan tak, ayat-ayat aku semakin skema?

 

Monday, April 4, 2011

Terbongkar sudah…

Hari itu masa kat sekolah, tiba-tiba ada seorang cikgu tanya kat aku,

‘’Sofia, awak ada belog ye? ‘’

hehehe… OhMy… Blog EpilogSofia telah terbongkar akhirnya dikalangan guru-guru disini.. hahaha.. Malu pun ada ni kalau ada warga sekolah yang terbaca belog aku yang comey ni.. hehehehehe.. Ini yang nak ambil cuti tahunan ni.. hehe.. Siapakah agaknya orang pertama yang menceroboh masuk ke belog ku ini?

Tiba-tiba aku rasa macam rajin nak baca balik entry – entry hingusan aku yang berlapuk-lapuk tuh.. hehe..Nak tergelak pun ada bila baca balik.. Ok, sudah-sudah la gelak tu Sofia.. Tiba-tiba rasa takut pun ada.. huwaaaa.. kot-kot la aku ada termengata ke, ape ke.. ok-ok.. Rasanya belog aku ni baik, macam tuannya.. hehehehe…  xada gosip-gosip liar, masih bersih dan suci lagi ok.. hehe..

Dan sekarang ni, aku rasa aku semakin jarang mengupdate belog kan? OhNo.. Xboleh-xboleh.. Camne side income nak masuk dengan lajunya.. Kepada husna, ida, fatin, nurun sila lah update belog kalian, aku rindu nak baca….

Kepada seluruh warga sekolah ku, yang sedang membaca belog picisan hamba.. Selamat Datang diucapkan.. Welcome to the club!!!!!! Jangan lupa tekan butang follower ok? hehehe….

Penumpang bas yang tegar

school_bus_stop_sm_nwm

Akulah penumpang bas yang tegar… Kalau ada award ini di Shout Awards, tentunya pemenang nya ialah aku.. hehehe.. Aku mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penumpang bas ini, sejak aku Tingkatan Tiga lagi.. Memandangkan ayah ku, partime nya seorang pemandu van anak-anak mengaji Al-Quran ini tak bermaksud ayah boleh senang-senang ambil hantar kami dengan van merah itu.. Sebab, ayah perlu utamakan anak-anak yang mengaji Al-Quran ini dahulu.. Memandangkan, aku belajar sesi pagi, habis sekolah tidak menentu, jadi bas pekan la kenderaan yang paling best untuk naik pulang ke rumah… Pakcik-pakcik bas pekan agaknya dah kenal muka kami adik beradik.. Bermula dengan kakak aku, aku, adik lelaki aku, dan adik-adik perempuan aku, aku rasa pakcik-pakcik bas ni memang xasing lagi dengan kami.. Bas yang perlu kami naik, tentunya bas yang tertera perkataan IPOH PARADE, RAJA PEREMPUAN TAAYAH, atau TNJG RAMBUTAN.. Ok, pas… 3 jenis bas ini sahaja yang perlu kami tggu untuk balik kerumah.. Mana-mana satu yang sampai dulu, kami rembat…

Kalau naik bas yang tertera IPOH PARADE, perasaan akan berbunga-bunga riak sikit, sebab bila pakcik bas tanya, nak turun mana, orang lain cakap nak turun kat IPOH PARADE,…. hahaha.. tapi kalau pakcik itu tanya aku nak turun mana, aku akan jawab, ‘’LIBRARY pakcik’’, yeahhhh, nampak tak tanda-tanda riak disitu padahal xpergi LIBRARY pun, tapi aku kena sebut LIBRARY juga sebab, rumah aku memang betul-betul depan LIBRARY tuh dan perlu menapak-napak guna kaki yang persis a tlet ni utk sampai ke rumah.. Ohhh, lagi best kalau bawak beg berat-berat, jinjit pulak buku-buku teks kat tangan.. Waahhh, rajin betul anak melayu ini… hehehe..cats

Pelan ke rumah pengantin perempuan… Jemputlah, Sila! hehehe….

Sampai ke hari ini, aku masih naik bas pekan lagi di Ipoh… Lebih-lebih lagi kalau dulu aku belajar di Tanjung Malim, malas nak suruh ayah amik di stesen bas, jadi aku pun ambil bas pekan dan menuju laju-laju terus ke rumah aku.. Tapi, hari itu aku tersentak dengan pakcik bas pekan tu… hohoho…

Pakcik : Lama xnampak.. Pergi mana?

Aku : Sekarang xdok kat Ipoh dah pakcik.. Saya kerja kat Pantai Remis..

Pakcik : Ohhh, kerja apa?

Aku : Kerja biasa-biasa aja , pakcik

Pakcik : Iyelah, biasa-biasa tu kerja pa?

Aku : Mengajar, jadi cikgu…

Pakcik : Ohhoo, cikgu.. Patutla lama xnaik bas.. Cikgu mana nak naik bas ye tak?

Aku : Alaaa.. Mana daa pakcik…

p/s: Aduhaiiiiii, tanpa mu bas pekan, aku xmungkin boleh sampai ke tahap ini tau!!!! Huwaaaa…Lagipun, naik bas pekan la syok, save duit dan minyak….. air cond free maaaa….. 

p/s lagi : Jangan malu untuk menggunakan perkhidmatan awam! Gunakan lah dengan sewajarnya…

Friday, February 4, 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

STICKY POST !!!
(Jenguk2 dibawah utk entry lain)

Ok, hari ini, nak masuk GA anjuran Elia(GF KFCM) & kakak beliau, Erin pulak.. Jom2 join.. Mana tau ada rezeki di 2011 ni pulak..
Klik banner untuk tumbesaran yang lebih besar!!


1. Terbuka kepada semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia
2. Perlu follow 4 blog yg berikut; Ceritera Erin , Elia: Short & Sweet , My Worth Buying Shoppe (penaja), dan Closets of AmyAmy(penaja) .
3. Buat "sticky post" entry dengan tajuk;Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011
4. Ltak banner di atas serta link kan ke entry ini.
5. Sila komen di entry ini dgn maklumat anda;

-Nama
- ID Follower
- link entry

tarikh tutup: 4 Feb 2011
masa: 1159pm

Saturday, January 22, 2011

Mari jadi guru yang rajin macam saya

Apabila menjadi guru, jangan la dikau menjadi malas ya.. Suka menangguh-nangguh kerja secara sengaja atau tidak sengaja.. Ini akan menyebabkan dikau akan mula berkata-kata ‘Kerja guru suatu bebanan la, terbeban la, membebankan la’ Ohh yeahh, jangan begitu ya.. Lebih-lebih tenaga muda, bujang lagi cun, jangan kata duduk rumah kena mop setiap hari rumah, sambil tu siram-siram pokok bunga sambil makan biskut mery disapu jem strawbery dan dicicah dengan milo panas.. Yummy.. Ohh, jangan nak menipu kata duduk rumah buzy ya, apa yang ekau buzy tu?

Jadi langkah pertama yang boleh menunjukkan dikau seorang yang rajin adalah dengan tanda buku budak-budak yang rajin hantar buku.. Aku ada ngajar kelas yang hebat jugak, setiap kali bg homework aje, esok harinya, masa perhimpunan kul 1suku, sudah 2-5 orang mengejar-ngejar aku dengan beg berat sambil berkata-kata ‘nak hantar homework, nak hantar homework’ .. Ohh Yeahh, nampak macam aku garang sangat kan sampai belum beratur lagi diorang dah bersemangat nak hantar..

IMG_3743

Tapi, kadang-kadang lemas juga aku dibuatnya.. Bila budak-budak hantar buku non stop sampai kadang-kadang tak menang tangan aku nak menandanya.. Sebab tengok-tengok atas meja dah penuh dengan buku-buku dari kelas lain, ditambah lagi dengan tulisan anak-anak murid yang cantik, yang bulat-bulat, yang macam doktor, dan macam-macam lagi.. sampai kadang-kadang meja guru yang besar itu pun, xcukup ruang untuk aku nak letak cermin tengok tudung hari tu sengit ke tak! Aishh…

IMG_3741

Yang ini aku hangin, sebab tiba-tiba dapat title PUAN.. Mengaku cepat siapa suami aku?

P/S:: Hari minggu yang buzy dengan menanda buku.. Isnin ni kena rombak kelas !!

Friday, January 21, 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011

image

Dapatkan

GiveAway Diary Motivation 2011 di Blog Daniel Adie

sekarang….

Ohhh, saya mahu-saya mahu….

Mari-mari : Ayano,  Lili, NinaAz, Fatin, Husna, Ida join!!

P/s :: Diary… Ohhh… Agak lama xmenulis diary rasanya.. Dulu masa kecik-kecik selalu tulis, tulis pasal adik angkat la, ada kakak comei muka macam amy mastura la, kawan-kawan berebut beli poster Sheila On 7 la n bla-bla-bla , lepas tulis kan, mesti akan nyorok kat tempat yang paling orang susah nak jumpa, sebab xnak adik beradik lain tengok.. Malu sehh.. Tapi kan, rumah kita kecik, nyorok la kat mana pun, mesti jumpa punya.. hahaha…

Sekarang ni xpayah nak diary-diary dah, sebab dunia internet makin canggih, tekan-tekan sana, klik-klik sana, tag-tag sana sini, dah boleh tau schedule cerita masing-masing.. Dikau sedih ke, gembira ke, pengsan ke, satu dunia tahu ok!!

Tapi, siyes, saya mahu ini diary sebab diari motivasi kot.. Lain dari lain ni.. I like.. Aku rasa hidup aku ni macam kurang motivasi aje sejak-sejak bekerjaya ni.. hehehehe

Saturday, January 8, 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

image 

Aku memang betul xde pendrive, setelah diambil oleh adikku, Aneb, maka tiadalah aku pendrive.. Yang ado hanyalah pendrive pinjaman ihsan dari adik-adik ku yang lain.. Sobssss…………

Sape yang bernasib baik macam aku jugak, silalah klik banner Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway kat atas ni..

Nak tag -- Miss Elia, Miss Sakihani, Miss Yat, Miss Fatin

Related Posts with Thumbnails