MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 4, 2012

TUNGGU SEKEJAP


WILL UPDATE SOON......


Sunday, November 18, 2012

KURSUS KAHWIN LAGI

Alhamdulillah.... 
Selesai sudah kursus kahwin petang tadi dengan diakhiri dengan ujian 30 soalan objektif.... Result xdapat lagi, tapi sijil kursus kahwin dah dapat.. Kira LULUS la tu ye??hehehe...

Itulah sijil kursus kahwin yang dapat tadi.... Kena simpan elok-elok dan nak buat copy banyak sikit..... Dan tolong simpankan sekali yang copy untuk En Tunang...... Takut dia bagi hilang... Baik p copy siap2..... 

Dari semalam lagi masa kursus kahwin dok tengok peserta-peserta kursus yang datang ambil kursus kahwin........ Bukan usha-usha line yang mana hensem ya, tapi dok tengok attitude sorang-sorang peserta.. hehe.. tak ada kerja kan aku ???  Peserta yang datang kebanyakkanya muda-muda, bagus!! Tapi ada satu sikap yang aku xgemar, rasa macam nak p tegur ja.. hahahaha.. mentang-mentang la cikgu kan.... Boleh pula peserta-peserta ni p tidur masa ceramah... eeeeeeeeeeeee....geram betul la dengan diorang ni............ Macam xbersungguh ja p amik kursus.. Kalau setakat p amik kursus sebab nak  lengkapkan syarat kahwin kat Malaysia ni, baik xpayah amik kursus...... Boleh pula tidur depan2 penceramah.... Nak kata boring , xada la boring, sebab ustaz-ustaz semua nya memang pandai buat lawak... eeeeeeeeeeeeeee....... geram2.....  kalau diorang ni pelajar aku, memang dah lama kena sound!!!!!!! Tapi, bab kata ustaz, kita berprasangka baik ajalah, anggap aja diorang ni tidur tapi boleh serap apa yang ustaz tu cakap...... 



1st STEP PASS... 
MOREEEEEEEEEEE STEP TO GO !!!!!!!


Saturday, November 17, 2012

Kursus Perkahwinan

Alhamdulillah.......


Akhirnya hari ini berjaya hadir ke Kursus Perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam Perak (sebelah Balai Polis Trafik Ipoh).. Kena bayar RM 80 dan perlu hadiri kursus selama 2 hari dari pukul 8 pagi - 6 petang.... Tapi, ceramah pagi tadi buat kat Institut Tadbiran Islam Perak atau nama singkatannya INTIM dekat-dekat dengan Taman Cempaka dan Politeknik Ungku Omar..............

Kebanyakkan peserta yang hadir tadi semua nya muda-muda belia.. Ada yang umur 20 tahun , auwwww.. malu aku.. Rasa tua sangat nak kawen... hehehe.... 

Baru hari pertama dah sakit-sakit belakang sebab nya asyik duduk aje kan dengar ceramah...... Nasib baik la kerusi empuk.. hehehe..... Banyak juga benda-benda baru yang aku belajar walaupun baru hari pertama.. Harap-harap dapat dijadikan panduan untuk hari akan datang!!!

Antara pengisian nya :

  1. AQIDAH
  2. IBADAH
  3. AKHLAK
  4. PROSEDUR PERKAHWINAN
  5. HUBUNGAN DALAM KELUARGA
  6. PENGURUSAN KEWANGAN & MASA
  7. KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
  8. PENGURUSAN STRESS & KONFLIK
  9. PENGURUSAN KESIHATAN
  10. PENGURUSAN TALAQ / FASAK
Esok dah hari terakhir, dan esok juga ada ujian ..... Auwwwww..... Takutnya... Semoga berjaya pada saya dan juga En. Tunang.....

Sunday, November 11, 2012

SELAMAT BERCUTI

Alhamdulillah..



Akhirnya, cuti sekolah kali ke dua milik aku.... hehehe.... Tertunggu bila nak cuti panjang, sebab rasanya tahun ni aku dah buat yg terbaik untuk sekolah dan anak2 muridku.. jadi, biarlah kami bercuti selama sebulan setengah ini... hehehehehe....... Tapi, kena jaga SPM, so tak adalah mood cuti sekolah sangat kan.. Tapi, nasib baik dapat jaga SPM dekat dengan rumah, so, xada lah terasa sangat duit minyak keta tu..

Misi utama masa cuti sekolah ni, of kos la nak prepare apa yang patut untuk wedding aku yang tinggal lagi 6bulan aja... Alamak, macam xcaya aja, nak kawen dah aku ya.... Minggu depan dah nak kena kursus kawen....... Nasib baik la aku amik kursus kawen masa nak dekat kawen, masuk la sikit input2 yang penting.. masa aku belajar dl, ada juga kursus kawen yang dibuat dalam universiti , harga pun murah, kawan2 pun  semua dok pulun amik sebab xmo harga tinggi kalau buat kt luar.. tapi, aku xamik, sebab konsep aku, kalau amik kursus kawen sebab harga murah tak mahu lah, biarlah aku amik kursus kawen pabila masa yang sesuai untuk kawen dah tiba.. Jadi fokus kursus kawen tu lebih terarah! cewahhh

Tadi, pergi teman en tunang tengok pakej kahwin untuk belah dia... Emmm, overall tema untuk belah dia warna biru turqoise... baju dah siap, cantik.. siap aku try lagi.. hehe.. tapi aku ada masalah sikit, sebab aku memang dr dulu kalau boleh xnak baju yang ada corset2 ni... huhuhu.. tapi baju biru turqoise tu ada corset... Alamakkkkk.......... Aku rasa macam xselesa aja bila pakai... macam besar pun ada.. maybe sebab kakak tu xhabis fitting aku lagi kot... Baju nikah pun disediakan juga, tapi aku kurang minat sikit, sebab baju nikah nya macam kain sanding, dan melekat kat badan.. auwww seksa n seksi.. plus, aku rasa macam panas kainnya, kalau boleh masa nikah tu nak pakai baju kurung moden yang longgar, ringan dan selesa..... Aku pun sebelum ni, ada beli baju nikah kurung moden yang dah siap.... sonang cita.... tinggal tudung aja xada lagi.. tapi, aku ingat macam nak pakai shawl la masa akad nikah nnt... nampak cam ayu aja... kekeke... tapi,trend skrg ak review, ramai pakai shawl, kurang dah tudung2 awning , so aku decide nak try cari shawl yang cun!!!! 

Saturday, October 20, 2012

Tahun 2012 yang mencabar

Tahun 2012 semakin sampai ke penghujungnya... Tinggal lagi 2minggu masa untuk bercuti sekolah...
Minggu ni sekolah sampai Rabu aja, sebab sekolah aku ambil cuti Khamis Jumaat utk Raya Haji....
Minggu satu lagi depan pula, Khamis ada taklimat SPM..... 
Sabtu 3/11/2012 pula ada perkhemahan kat sekolah....
Minggu lagi satu depan pula, minggu terakhir sekolah, adalah minggu SPM.... so, tinggal lagi 2 minggu ajalah ak kat sekolah untuk setelkan apa2 yang patut... sepatutnya, lagi nak dekat cuti sekolah, lagi happy kn, tapi aku tak...............
Sebabnya, lagi banyak kerja nak kena setelkan :
-Nak setelkan yuran majalah budak2 yang ketegaqqq nak bayar...
-Nak setelkan PIBG (Bendahari PIBG)
-Nak setelkan Kad 001, Kad kesihatan, Kad ape2 lagi...
-Nak setelkan pasal majalah (Fotografi sekolah)
-Semua pasal PBS Form 1 yang tak ada kena mengena gn aku(nasib r jadi SU PBS)

Baru  lepas habis print Sijil PBS KRSV

Aku lah SU PBS yang paling rajin sebab tolong susun, tolong label no, tolong susun ikut kelas, buat filing.. hahaha..... Ada sapa2 nak jadi SU PBS tahun depan tak?


Walaupun hakikatnya, tahun ni aku rasa otak aku bukan saja dibelah kepada dua (otak kanan-otak kiri sebab ngajar Matematik dan Seni Visual) , malah aku rasa otak aku telah pun dipecah-pecah kan kepada bahagian2 yang lebih kecik, sebab nya banyak betul tugasan yang diberi sampai satu tahap aku rasa macam nak resign aja semua nya tuh... 

Tapi, bila difikir-fikir balik, aku bersyukur sebab dapat semua jawatan2 penting sekolah, sebab maksudnya, sekolah merasakan aku sangat-sangat penting kat sekolah, sangat-sangat diperlukan dan mereka percaya kepada aku dan kebolehan aku... sebab itu, semua jawatan2 dan tugasan yang diberi oleh mereka aku akan beri all out 200% walaupun kadang2 kena korbankan masa tidur dan rehat aku...... walaupun , kadang2 aku terlambat siapkan, tapi aku akan pastikan hasil nya memang all out dan tak sia-sia kelewatan aku itu.... kekekeke....

Jadi, bila semua kerja-kerja aku dah setel, boring pula bila tak ada kerja.... Rasa macam ternanti-nanti kerja-kerja yang lain... kekeke.... Jadi, mula lah gatal memakai shawl ilham dari sepet... Macam best la pula..... Padahal nak pergi tesco aja pun... kekeke... Sempat jugak la beli shawl rm10 kt tesco sebab rasa macam best la pula pakai pegi jalan2... 






Monday, October 8, 2012

GAMBAR BERTUNANG DAH SAMPAI

Yeyeyeh!!!

Syiokk sangat sebab gambar tunang dah sampai......

Berbaloi sangat2... ku ingatkan dapat album biasa2 aja, sebab bayar pun murah2 aja....

Tapi, siap dapat album besar 120 gambar, kualiti gambar cantik walaupun dia  tak guna pun edit2 yang hebat2 macam photograher lain.. Siap dapat gambar yang dah diframe kan satu, dan cd yang sume gambar yang cantik2.... Berbaloi sgt..........

Yeszzzaaa..........

Tapi, tak boleh upload banyak2... Nanti hilang kemanisannya...hehehehehehe.. Sebenarnya malas nak upload nak tggu satu2 gambozzz.... Pepaham ajalah tenet kat rumah ni kan......


Friday, September 28, 2012

DIMANA PERLU BERJIMAT

Kredit kepada penulis artikel ini.... Sangat memberi motivasi disaat nafsu-nafus jahat yang mengiyakan duit-duit yang berterbangan...............

Bukannya kita ini sayang duit, kedekut sampai nak buat majlis cincai-cincai... NO!!!!! tapi, selagi ada ruang untuk berjimat , saya akan cuba dan cuba dan cuba.....Walaupun orang kata gaji cikgu ni besau, tapi saya tak nampak pun dimana besaunya gaji tu.. Banyak tanggungan lain walaupun  tidak berkahwin lagi.. Biasalah, orang hanya nampak di luaran sahaja, dalam hati kita siapa yang tahu, ye x? Majlis kahwin untuk sekali sahaja, kebahagian kahwin untuk selama-lamanya............. 


Majlis walimah saya dilangsungkan setelah lebih kurang tiga bulan saya bernikah. Jadi dengan adanya suami, adakalanya saya terpaksa gunakan nama suami, ‘kuasa veto’ suami untuk menghentikan keinginan orang lain yang nak kita habiskan duit untuk kenduri kahwin sehari…

Dan 15 Mac 2009, berlangsunglah majlis perkahwinan saya di rumah ibu bapa saya, nun di pinggir hutan di sebuah kampung di Kuala Pilah. Minta maaf ya sahabat handai yang sesat untuk ke kampung permai saya..

Alhamdulillah saya berpuas hati tidak terlalu banyak duit yang kami habiskan semata-mata untuk majlis perkahwinan, saya gembira saya tidak berperasaan untuk segala bentuk pelamin, andaman, hiasan yang dengannya saya juga tidak menyusahkan perasaan suami yang menyediakan semua sumber kewangan.

Saya meminjam beberapa perhiasan perkahwinan dari ibu saudara, tapi ada juga yang saya beli..dan kemudiaannya saya pinjamkan pula pada orang lain.

Dengan gaji suami saya seorang pemandu, boleh saja bermewah-mewah untuk majlis perkahwinan puluhan ribu, tapi tergamakkan hati menghabiskan duit untuk keinginan dan impian peribadi sewaktu ada insan-insan yang daif sukar mendapat sesuap nasi…?

Mungkin sedikit pengajaran yang boleh dikongsikan ialah:

Berjimatlah agar tidak terlalu banyak duit dileburkan untuk majlis perkahwinan kita..

Jangan kerana kenduri sehari, berbulan-bulan sebelum itu kita dah stress dengan duit yang tak cukup-cukup, dan malah bertahun-tahun selepas itu, kita stress dengan puluhan ribu yang kita dah habiskan untuk sehari kenduri kahwin, sedangkan kita sangat perlukan duit itu untuk memulakan kehidupan baru bersama pasangan dan anak-anak yang bakal dikurniakan.

“Kahwin hanya sekali, apa salahnya berhabis sikit” ..slogan ini tidak benar, tiada siapa menjamin yang kita tidak akan berkahwin lagi. Dan seandainya hanya itulah perkahwinan kita, maka sebab itulah kita buat yang terbaik, berusaha menepati majlis perkahwinan yang sesuai dengan syariat islam yang penuh kesederhanaan.

Yang paling penting, jangan kerana majlis perkahwinan, kita dah bergaduh dengan pasangan kerana keinginan kita seorang perempuan untuk lapan pasang baju untuk sesi bergambar, untuk pelamin dan hiasan bilik pengantin yang canggih menelan belanja yang banyak, untuk juruandam yang berkualiti, untuk album gambar kahwin – yang pakej-pakej ini menambahkan ribuan jumlah hutang kita dan pasangan. Kesian bakal suami…tapi hanya dipendamkan, nanti pengantin perempuan merajuk panjang.

Setelah selesai majlis perkahwinan, kita tergolek kepenatan, duit juga telah habis dalam simpanan, dan selepas itu kita meneruskan hidup dengan keserabutan untuk membayar hutang dan untuk ‘cover’ balik segala perbelanjaan pernikahan dan perkahwinan...

Apakah kita ingin kebahagiaan rumahtangga yang kita harapkan itu dimulakan dengan hutang dan tekanan menyelesaikan hutang…?

Ya, dengan segala kos barangan yang makin naik, mungkin kita dah terlanjur mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang (baca:mahal) dengan berhutang dan kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada adik-adik kita, anak-anak kita … jadi apa cadangan untuk merendahkan kos perkahwinan..?

Sama-sama kita fikirkan cara yang praktikal …insyaALLAH nanti kita sambung bincangkan tentang ini..

Penting juga untuk kita bincangkan baik-baik dengan mak ayah sebelum mendekati tarikh majlis perkahwinan, bahawa kita tak mahu spend duit yang banyak, sebab kita sangat memerlukan duit itu untuk keperluan rumahtangga kelak. Elakkan suasana gaduh, sebaliknya bersabar dan bertenang bertahan dalam menjelaskan.. Ini tidak mudah, kerana rata-rata ibu bapa dan adik beradik mahukan kita ‘buat kenduri macam orang lain’.

Komunikasikan dengan tuhan setulusnya sewaktu manusia tidak menyokong untuk kita ‘memurahkan kenduri kahwin’ dan tabahkan hati dengan kata-kata dan sindiran yang sememangnya kita tidak ada kuasa menghentikan, melainkan orang-orang itu sendiri yang akan berhenti bercakap bila penat.

Alangkah bagusnya nanti selepas bernikah, bila si isteri ingin membeli keperluan-keperluan baru untuk rumah yang telah didiami bersama suami tercinta, si isteri punya duit simpanan untuk membeli sendiri tanpa meminta-minta dari suami..

“Abang.. alhamdulillah dulu tak ambil pakej fotografi yang seribu lebih. Dan kita buat kenduri di kampung yang murah dengan gotong royong masak.. Kalau catering, banyak juga duit yang kita perlu keluarkan.. Sekarang duit tu kita dapat beli tumble dryer, senang nak uruskan pakaian kan.. kita ada banyak masa untuk spend berdua”

Cerita elok-elok pada mak, duit ribu-ribu yang kita kumpulkan dengan tekanan dan penat lelah, adalah supaya kita mulakan hidup dengan agak selesa dan baik.. Peti sejuk, mesin basuh, oven dan lain-lain peralatan yang memudahkan kita yang sememangnya sibuk dengan dunia kerjaya..

Lepas kahwin, kita perlu banyak duit untuk berziarah atau berkenalan dengan saudara mara, atau bercuti ke pulau impian menikmati cinta halal..

Hati tenang memulakan cinta di alam pernikahan, bila duit itu kita salurkan pada tempat yang lebih prioriti. Suami tenang jika isteri mengerti betapa besarnya tanggungjawab suami menyediakan kewangan untuk keluarga yang baru dibina..

Pada diri yang mampu dan senang, silakan berkenduri mengikut impian peribadi, namun jangan berlebihan. Bersyukurlah dengan kesenangan yang dimiliki oleh anda dan famili…

Pada hati yang sedang tak tenang dan kegusaran tentang majlis pernikahan yang mendatang, ayuh renungkan ayat Allah..

“…Mohonlah ampun (istighfar) kepada Robbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah, kenali dan akui kesalahan diri kita insan yang lemah ini di hadapan ALLAH.. 

Moga dengan hati kita yang selalu istighfar, kusyuk mengharap ampunan Allah, Allah akan menambah harta dan melimpahkan rezeki lainnya..

Hingga akhirnya kita tenang mencipta syurga rumahtangga..

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya, dan dijadikanNya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. 

(Ar-Ruum:21).


BELANJAWAN 2013

Sesiapa yang terlepas siaran di TV petang tadi, boleh la baca disini.....

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBajet2013/Article/

Related Posts with Thumbnails