MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Sesuai diri

Yeahhhhhhhhhh……… Sudah 4hari aku menjadi orang Pantai Remis, tapi pantainya tetap aku tidak jumpa2 jugak.. hehehe…

Yeahhhhhhhhhh……… Minggu pertama melapor diri di SMKDI, Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar…Rakan setugas yang baru merupakan 2orang isteri orang dari Uitm dan UPSI…. Ohhhh, aku juga yang bujang tapi tiga-tiga satu kepala.. Okay la kan? Mereka sudah berkira-kira memberi ‘aura’ kepada aku supaya lekas-lekas berkahwin.. Alamak….

Pengetua seorang yang baik dan sopan dan sangat teratur butir bicaranya… Alhamdulillah, aku sudah mula menyukai sekolah ini walaupun ternyata memang betul tempat ini jauh dari bandar…. Briefing awal dari Pengetua sangat menaikkan motivasi aku disini.. Lebih-lebih lagi Pengetua siap memberikan nota berupa slideshow semasa sesi taklimat bersama Pengetua pada hari tersebut…IMG_3646

IMG_3647 Walaupun ramai juga kawan-kawan aku yang lain bercuti masa cuti sekolah ini, namun aku perlu akur pada sekolah yang akan pada bila-bila masa sahaja boleh memanggil guru-guru datang berkhidmat pada musim cuti sekolah… Xpelah, sekurang-kurangnya, masa cuti sekolah dan orientasi guru baru ini, aku boleh mengenali sekolah dan pentadbiran dengan lebih rapat dan mendalam lagi… Nnt buka sekolah 3Jan ni, aku dah boleh tumpukan pada kelas dan mengajar sahaja.. Xperlu kalut-kalut buat report orientasi lagi.. Tak gitu??

2 comments:

Eliyana said...

dah nampak betul2 macam cikgu...selamat bertugas cikgu Sofia!...

Sofia Karim said...

terimakasih kak eli.. aura tuh dah smpi..hehe

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails