MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

Tag oleh Kak Aliesha Kirana

Ollllllllaaaaaaaaaaaa…….. Apekhabar semua.. Hamik kau, panjang aku buat perkataan OLLA tuh… Sejak 2 menjak ni, blog agak terabai…. Maap noo.. ceq bukan sengaja, tp ceq mmg saja2 nak mengabaikannya.. Ehh2, xdelah, gurau je…Sebenarnya sejak akhir2 ni, buzy sikit gn beberapa urusan , nnt akan ku update dlm entry2 seterusnya ye.. Tugas aku kt 100Penulis pn banyak terbengkalai.. Adeiii Admin, im sori, tp keenam-enam assignment ceq dah siapkan dah tau… sobssss…

Beberapa bulan yg lepas (wowww.. punyalah lama) , aku telah ditag oleh kak fara aka Aliesha Kirana yang merangkap senior aku masa kt MJSC Balik Pulau dl…. Kitorg terjumpa pn kt dunia blogging ni la.. Tengok2.. xsangka kn, dunia blog ni pun leh wt kita jumpa balik kenalan2 lama tau…So sweet kn….Untuk perhatian semua, senior aku ni juga penulis novel tau kt www.penulisan2u.my ..Sape2 yang minat baca novel/cerpen online, mmg diorg berkampung kt web ni.. So, silalah dapatkan segera cerpen/novel Aliesha Kirana di web tu ye!! hehehe.. Gerenti merembes2 airmata jatuh bercucuran ok!!

Blog beliau!! Sila follow sila  !!

cats1

Facebook beliau!! Sila like sila  !!

cats

Ok, kak , saya dah siapkan tag ni.. Maaf lambat buat ye… N one more, saya curi2 print screen blog n FB akak… Xpe ke atau pe2?? hehehe… Bgtau sy ek kak!! Terimakasih tag saya.. Nnt bagi lagi, saya suka wt tag2 ni… kekeke…

1- Name one person who made u laugh last night?

>>> FB……… Melayan kawan2 aku yg suka merapik kt FB…

2- What were u doing 1 hour ago?

>>> Aku baru lepas makan… Lepas tu terus semangat kental nak siapkan blog..keke..

3- What was da last thing you said out loud?

>>> Huwaaaarghhhh ( ak menguap…kah kah kah)

4- Where's da next place you're going to?

>>> Nak p atas tilam…(Ngantukkkk weiiii …)

5- What was da last thing u paid for?

>>> Xingat… Short term memory betul….

6- Where were u last nite?

Teratak Ayahanda Bonda ku Tercinta

7- What's da best ice-cream flavour?

>>> Sume jenis aku bedal… Xde istilah NO

8- Do u wanna cut your hair?

>>> Nak………….. Pas tu nak wat fashion2 ckt.. Baru stylo… hehehe……..

9- Do u love to 'melatah'?

>>> Xsuke…  Tapi termelatah gk kekadang

10- If that so(melatah), what will u said out loud?

>>> OmakKau………………..

11- What does da last text-msg received say?

>>> ‘ Weeessss Yang.. Dah tau posting belum ni?’ (Huewaaaa… hari2 akan dapat mesej dr membe selagi penempatan sekolah xkua2 lagi kt web KPM itu)

12- Will u get married in da future?

>>> InsyaAllah.. Nak2.. *mood gatal dtg…eehee……….

13- Do u chew on your straw?

>>> Nope~

14- Do u make-up your own words?

>>> Gapo dio ni ? ? ? ?

15- Is there anyone u like/love right now?

>>> Sapelah lelaki bertuah yg aku suka tu…

16- Tag to other 5 bloggers/more

  • Husna ----->> My bestfren , karokzz n vogue fren…
  • Ida ------>> My bestfren, karokzz n vogue fren too..
  • Fatin ---- >> My junior, karokzz n vogue fren too…
  • Lily ------>> My classmate UPSI n pandai mengait2 ni tau.. Nak wt tempahan boleh pegi ke blog beliau.. hehehe..
  • Anith ------->> My classmate KMPk, My latest followers
  • Farhana ------>> My classmate MJSCBP n now beliau seorang engineer ok!
  • Dlamer --------->> Blogger n my latest blogger komen kt dalam shoutbox

 

Sunday, October 10, 2010

1 hari , akan ada 2 perasaan

Excited sangat semalam sebab asyik duduk depan tv nak tengok Dato Dr SMS akad nikah  dan bersanding bersama Datin Dr Halina… Sweet sgt2 dua2 mempelai ni..
Alhamdulillah… Semuanya telah selesai…
58113_439188295957_25409635957_5321771_2216877_n Tahniah Dato Dr SMS dan Datin Dr Halina
Tapi, dalam gembira2 ini pun, terkejut juga bila berita TV3 jam 8.58pm smlm pasal kemalangan ngeri 2biji bas , ada kereta dan van juga….Lebih kurang 10 orang maut.. Ngerinya… Aku harap, tiada saudara mara mahupun kawan2 aku dalam kemalangan ni.. Kelik sini ; http://www.mohdhafizuddin.com/2010/04/kemalangan-ngeri-plaza-tol-simpang.html
Tapi, pagi tadi, aku dapat perkhabaran kurang enak, sebab salah seorang mangsa yang maut tu sahabat upsi ku yang bakal konvo.. AlFatihah buat arwah Norazmi Abdul Karim..
Dah la hari ni aku nak g Tanjung Malim tercinta sempena raptai konvokesyen aku…. Naik bas lagi tu.. Aishhhh, tetiba macam ngeri plk nak naik bas petang ni… InsyaAllah xda ape2 kan….. “Hai driver Bas SeriMaju, saya xkan berkata ape2 kalau kamu bawak bas slow… 50 km/j pun xpe.. sile2… Asal sy selamat sampai…”
IMG_3520 copy1
Amik Jubah – 4Oktober 2010
Raptai Konvokesyen – 12Oktober 2010
KONVOKESYEN – 15Oktober 2010
Banyak hari kan aku kena pergi UPSI… Nampak x duit aku habis kt mana… Duit aku? Duit emak ayah aku.. hehe.. Sebelum ini, emak ayah aku dah pesan, hati2, duduk rumah elok2, kamu tu xkonvo lagi… Hehehe.. Semoga semua nya baik2 aja….
IMG_3538
Semoga perjalanan hari ini dipermudahkan, dan segala urusan kami jua dilancarkan.. Amin….

Friday, October 1, 2010

Alhamdulillah… xsabar bertukar ke status tetap

Kesinambungan dari entri INI

Alhamdulillah… Syukur kepada yang Maha Esa , yang senantiasa mengabulkan doa-doa hambanya…. Hampir sebulan lebih, aku serta rakan2 seperjuangan ku yang lain, setia menunggu dan setia membuka laman web KPM hampir setiap hari utk melihat status temuduga samaada berjaya atau tidak…

Dan akhirnya……….. Tadaaaaaaaaaaaa…………Tepat 30Sept2010 hari Khamis, jam 6.20 petang waktu Perak, masa yang ditunggu telah tiba apabila aku terpandang akan SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA BG TARIKH 2-6OGOS 2010 di web KPM… 

cats 

Dan Alhamdulillah…. Aku berjaya…

Tiada apa yang dapat ku luahkan, kecuali perkataan ALHAMDULILLAH…

DI ATAS KEBESARAN MU YA ALLAH, AKU BERJAYA!!!

Tahniah kepada semua yang berjaya…

TerimaKasih kepada semua yang mendoakan aku, EmakAyah ku, AdikBeradik ku, SaudaraMaraku, Sahabat2 ku, Para pendidik ku, Para followers, Readers dan Bloggers…TerimaKasih juga pada para panel yang sudi menilai sahsiah serta kebolehan kami sebagai seorang guru.. Terimakasih atas pengalaman temuduga yang sungguh menggerunkan dan tidak boleh kulupakan…  hehehe..

p/s:: Xsabar menanti  negeri penempatan… Harap2 dapat Perak atau Selangor…InsyaAllah, Amin…Doakan kami semua ye….YaAllah , permudahkanlah urusan kami…

 

Tuesday, September 28, 2010

Aku rajin menulis sampai boleh jadi editor

Tahniah la buat aku sebab buat julung2 kalinya aku dapat gelaran editor… waaaaa… Aku rasa macam kembang kucup hidung dah sebab dh rasa macam editor Dewan Bahasa n Pustaka (DBP) plk.. kekeke.. Waaaaa… Ini kalau jadi editor, tiap2 minggu pun dah boleh balun pizza hut ni… Tapi, jangan berangan la beb, tak teringin aku nak belanja korg….sebabnya, aku jadi editor kat Blog 100Penulis dengan nama pena Sofia ok …. Kalu nk jadi editor DBP, memang jauh panggang dari api la ye.. Harap maklum semua!!

Ada ape dengan Blog 100Penulis ni sampai aku beria-ria nak masuk…?? Sebabnya sebab…..

catsKelik weiii!!

  • Terhimpunnya 100Editor yang hensem2, ganteng2, hebat2, fofular2, mantap2… Pendek kata, 100Editor ni berkumpul kt cn, utk share entry memasing mengikut giliran memasing…
  • Menambahkan kenalan bloggers dialam maya, mencari calon suami, waaa…. Yg pasti semua 100Editor kt cn sume hebat2 dan ade followers yg ramai… Setakat 100 200 tuh, diorang xheran la.. Semua nya seribu keatas.. Waaa… Hebat x hebat..
  • Rasa macam big family bila all 100Editor duduk dalam satu blog, share idea2, cerita2, pendapat2,  seriously, rasa dekat di hati.. hehehe… Lebih2 lagi, kami diagihkan dalam group memasing.. Macam aku dalam Group G14, dan dalam G14 ada 4adekberadik lain……Best2!!
  • Susun atur jadual post entry yg hebat oleh admin yang aku xpasti kacak atau cantek, tp yg penting otak dia cukup geliga smpi boleh buat batu cincin kawin jiran nenek aku..hahaha… Hebat gler dia susun jadual.. First2 aku log in Blog 100Penulis ni, ak dah rasa kagum sebab wowwwwwww……… Hebatnya beliau cipta blog ni.. 100Editor leh post entry dalam 1blog…Hebat btl….
  • Dan aku rasa byk lg lah sebab musababnya, yg best2 dan indah2 belaka.. Sesapa yang nak join kami dalam Blog 100Penulis ni, boleh la klik ya!! Korang akan rasa wowwwwwwww….Percayalahhhhhh…….

 IMG_0885 copy P/s : Editor dulu dan kini byk berbeza….. Dulu tulis pakai tangan or typewriter aje tau.. Sekarang ni, pakai streamyz aje dah boleh sent entry  tau ….

Tuesday, September 21, 2010

Hari-hari hari raya

Hari ini -------- >> Syawal 12……….
Waaahhh.. Cepatnya berlalu lalu dan pergi… Sob2…. Sedihnya… Dahla Syawal hanya sekali setahun aje, mana ada berkali2….. Dan Alhamdulillah xsangka ini kali yang ke 23 aku berhari raya.. Panjang umur aku…. Alhamdulillah!!! Kan best kan kalu hari-hari adalah hari raya macam lagu Anna tuh….. Sebabnya….
IMG_3282 copy
Sesi maaf2 dan sesi lebam biji mata sebab nangis potong bawang akan sentiasa ada, pas tu duit2 raya akan dipas oleh yang tua.. Yang pastinya, yang belum kawin, sila tadah duit utk dapat duit raya dr yang sudah berkahwin… hehehe…
IMG_3319 copy
IMG_3332 copy
Sesi membelasah sume jenis makanan dipagi raya bagai lupe ingatan kejap pd nasi briyani, ayam masak merah, dalca, lemang, ketupat, rendang nenek, dan sume jenis kuih yg buat kt kedai.. Lupe plk pada kuih yg buat sendiri, adalah 1jenis.. Aisehhh..

IMG_3322
Sesi bila emak ayah lupa pada anak2 yang belum berkahwin, dan asyik melayan cucu kesayangan.. Ohhh noooo……. Ini tidak adil… Tapi apa boleh buat, sebab beliau lebih comey dari hamba.. Jadi, yang single mingle , silalah cepat kahwin … kekeke…
Sesi yang ni paling aku suka bila hari raya…. Aku suka aku suka…. Sesi menggedik2 depan kamera.. kekeke…Bajet macam aku supermodel baju kurung.. Yeahhh… Ape aku peduli?? Raya setahun sekali maaa..
IMG_3422 copy IMG_3384 copy IMG_3396 copy IMG_3397 copy
Sesi makan dihari2 raya yg lain memang paling best, lebih2 pulak kalu macam2 hidangan yang ada… Sampai terbalik pusat, tapi nak mengunyah lagi…. Bajet macam perut utk lontong xpenuh lagi, perut utk mee bandung@singapore@vietnam xpenuh lagi.. Aishhh…. Banyak tong nak kena angkut dalam perut kalu hari-hari hari raya ni..Tambahan lagi kalu birthday sepupu sepapat jatuh masa hari raya…Wahhh… Ya, saya memang nak hari hari hari raya …hehehe
IMG_1495
IMG_1494 copy










IMG_1534 copy




Tapi……… Sesi ini yang paling aku xsuka kalau hari-hari hari raya…………. Demam batok selsema sakit perut muntah2 … waaaaaaaaaaaaa….. Ini memang paling xsukaaaaa….
121617903283528754wariat_Toilet_Signs.svg.med



Toilet dirumah xde beza.. Bedal aje jantinanya… Yang penting, sape cepat, dia melepas dl…hehehe…

Bertindak segera..............Ini Perosak Komputer anda!!!

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Tuesday, September 14, 2010

Xkisah jadi apa pun, ini dah kira 1 pengalaman

Salam Syawal buat semua blogger yang masih bersengkangmata mengupdate entry masing2.. N buat my latest follower Mun ... 'Hai.. TerimaKasih sudi ikut I' .. hehehe..

Ramadhan kali ni lain dari lain sikit.. Sebabnya, tahun ni xberpuasa bersama2 teman sekampus.. Tapi, aku berpuasa bersama2 kawan sekerja.. Hajat nk cari duit raya lebih, tuh yg aku kerja kt 1 mall kt Ipoh ni starting Ramadhan hari tu.. Haaa, mana2 bloggers2 yg nampak aku kt kedai tuh, janganlah malu2 nk tegur cek naa....

Ini pengalaman pertama aku kerja di Ipoh, walopun hanya kerja di kedai biasa, tapi pengalaman itu sgt luarbiasa..

Jadi Kuli
Adatlah, bila kita kerja bawah orang kn... Xkan la kita jadi boss pl..Itu nak kena buat, ini nak kena buat.. Dapat pula boss yg selalu hangin.. Adeiii.. Memang semua kerja yg kita buat jadi xkena dimata beliau.. Adeii.. Tapi, lepas ni, aku kerja lagi mencabar kot, byk kerja..lagi byk hangin boss aku tuh nnt..Pengalaman, pengalaman..

Mengira Pakai Otak
Disebabkan aku ni budak Matematik, so, aku lagi suka guna otak bile mengira, n bila guna kalkulator, aku rasa macam kekok.. hehe.. N plus, aku selalu ingat kata Prof aku, gunakan otak anda semaksimum mungkin.. Masalahnya, bila aku mengira pakai otak aku, customer xpercaya plk, lebih2 lagi bila angka dah mencecah ratusan.. Aishhhh, pas tu bising2 plk, nape leh beratus2.. Kalu xnak beratus2, bajet la harge dl yang..

Cakap Omputih
Satu hari ada customer Arab datang kedai aku.. Diorang belek2 le barang2 yg dijual kt kedai tuh smbil ber-Arab2.. Aku pun dengan poyonya pun, explain la dalam omputih kt mamat n minah Arab ni..Aku bajet diorang xpaham BM.. waaa.. tibe2 macam buih sabun plk bila aku speaking.. Macam omputih.. hehe..tapi, tiba2, minah Arab ni buka mulut sambil tunjuk 2 keronsang kt aku '' Dik, keronsang ni sama ek? '' . Aku pun terus ''Ek ?? ''

Amik dan letak balik
Dulu2 kalau g shopping kt mall, selalu belek2 barang2 pas tu, letak merata2 klu xjadi beli.. Dushh2.. Sekarang ni jadi kt aku, bila customer belek2 keronsang, pas tuh, main letak aje kalau xnak beli .. Adeii.. memang rasa nk pancung2 aje tangan2 yg reti nk letak balik kt tempat dia.. Punyalah berpinar mata aku nk cari balik tempat asal keronsang tuh.. Keronsang bukan ada 1 jenis, beribu2 jenis.. Arghhh.. Taubat2, baru aku tau macam ne orang yg kerja kt mall, yg kena kemas2 barang2.. Perit tau..

Pandang Rendah
Memang mentaliti orang sekarang, yang selalu pandang rendah pada pekerja bawahan... Nama pun dipanggil hoi2 aje, mata dijeling2 aje.. Biasalah.. Dan bila aku bekerja disini, baru aku nampak macamne ragam customer2 yg datang membeli.. Aishh,belajarlah mengormati orang lain.. Mungkin customer2 ni ingat aku xpas UPSR agaknya.. hehehe..

Pandang Tinggi
Aku memang pandang tinggi pada kawan2 sekerja aku..Kalau customer2 tau ni, mesti diorang melutut mintak ampun.. keke.. Kawan2 sekerja bukan calang2 orangnya.. Salah seorang adalah bakal mahasiswa Master in Industrial Chemistry UTM.. 3orang lagi pekerja swasta, n 2 orang lagi pelajar sekolah..Aku memang pandang tinggi kt diorang sebab diorang sgt2 rajin mencari rezeki buat menampung hidup n kos pembelajaran.... I wish to be like them.. Sgt tabah!! Bayangkan yg sorang kawan sekerja aku ni, habis aje kerja kul 5 ptg, terus shoot g sini smpi hbs kerja kul 10mlm.. Fuhh.. Sgt kagum!!!!! Korang ada??

Bagi aku, terlalu banyak pengalaman disini dimana pengalaman2 ini lah yg bakal mengajar aku jerit payah mencari rezeki, memandang setiap manusia ini tanpa ada perbezaan dari segi kaum dan agama, dan menerima setiap dugaan itu sebagai kekuatan yang akan mematangkan aku.. Tiada lagi istilah zon selesa untuk aku!!!


P/s:: Esok dah kena cari kerja baru.. Kedai dah tutup maaa.. Boss g bercuti...


Sunday, September 12, 2010

Dato Sosilawati dibunuh !!!

Di pagi Syawal ke-3 ini, sedang enak mengunyah kerepek2 yang ranggup ni, tiba2 dikejutkan berita tentang kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya yang sebelum ni dilaporkan hilang oleh pihak media..

Aku xdelah amik port sgt pasal kes Dato ni sebab kes nya tengah hangat masa semua umat Islam beribadat di Bulan Ramadhan.. Tapi, sekarang ni, semua bloggers tengah menaikkan rating blog masing2 dengan kejadian Dato ni.. Aku pun nak amik port jugak la.. hehehe...


P/s :: Di bulan yang mulia dan penuh barakah ni, masih ada insan yang sanggup mengambil nyawa orang lain dengan cara yang paling kejam sekali.. Semoga kita semua meninggalkan dunia ini dalam keimanan!!!

Related Posts with Thumbnails