MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

Merdekakah aku?

Salam...

Alhamdulillah..Akhirnya.. Tepat jam 9.53 am td, berakhir la kuliah terakhir utk diri ku setelah 17tahun diriku mengabdikan diri pada buku2 ilmu..Alhamdulillah...

Merdeka sudah aku setelah 17 tahun ini...

Merdeka sudah aku setelah 6205 hari ini...

Merdeka sudah aku setelah 148920 jam ini...

Merdeka sudah aku di destinasi ilmu terakhir di UPSI ini...

Merdeka sudah ilmu, Merdeka sudah fikiran, Merdeka sudah kesibukan..

Merdeka , Merdeka , Merdeka dan Merdeka...

Adakah cukup penghayatan kemerdekaan ini?

Adakah aku cukup yakin dengan kemerdekaan ini?

Aku kira belum sepenuhnya aku merdeka...

Aku kira belum sepenuhnya aku merasai kemerdekaan ini...

Aku kira belum sepenuhnya aku menjiwai watak sebagai orang yang merdeka...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa ilmu...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa kental...

Selagi aku belum melahirkan hati2 yang berjiwa besar..

Selagi itu aku rasa aku belum menjadi orang yang berjiwa merdeka...

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan kewajipan ini..

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan tanggungjawab ini..

Ya Allah.. Permudahkan lah aku dalam menjalankan amanat ini...

Ya Allah...

Ini..

Amat berat... Amat payah... Amat sukar...

Ya Allah...

Kepada Mu, aku bermohon..

Permudahkan lah aku...

Permudahkan lah dia...

Permudahkan lah mereka...

Permudahkan lah kami semua...

Permudahkan lah kami semua dalam menjadi pendidik bakal2 jiwa ilmu ini..

Amin Ya Rabbal Alamin...







2 comments:

izakhairi said...

Salam buat adik Sofia yang sis kasihi keranaNya,
Tahniah dari sis kerana telah berjaya mengharungi epilog seorang mahasiswa di dalam mencari ilmu.
Nasihat dari sis satu sahaja jangan jadikan kemerdekaanmu ini sebagai satu noktah di dalam keghairahanmu untuk menimba ilmu.
Sesungguhnya sebagai manusia kita perlu sentiasa dahagakan ilmu terutama jika sudah bergelar pendidik.
Sekali lagi sis doakan adik Sofia sentiasa beroleh keberkatan di dalam hidup.

Sofia said...

Terima Kasih byk2 sis..

InsyaAllah..

Sy akan cuba berusaha mencari ilmu walaupun tidak secara formal.. InsyaAllah..

Semoga dgn kehadiran sis dpt menguatkan sofia n rakan2 utk menjadi pendidik yang dahagakan ilmu..

InsyaAllah..Amin

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails