MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 19, 2009

Melepaskan Penatku

Salam... Alhamdulillah atas kudrat yang Allah SWT telah berikan kepada diriku yang kerdil lagi hina ini.. Alhamdulillah atas segala nikmat dzatnya , diri ini masih bernyawa menyambung hidup di bumi bertuah , UPSI Tanjung Malim.. Sibuk..Itu jawapan yang plg tepat pd yang bertanya..Terlalu banyak perkara yang berlaku yang ingin dikongsi bersama2..Dan izinkan diriku melepaskan penat disini..

Kesibukan bermula dari Ogos lagi dgn projek kursus Sains Alam Sekitar dibawah seliaan Prof. M Dr. Ir. NurTjahjadi Dimana team kami, PERINDUALAM perlu menghasilkan baja kompos dan blog alam sekitar.. Projek ini kami terima dari awal semester lagi, dimana masa utk mengkompos baja adalah selama hampir 2bulan. Setelah baja selamat dikompos dr bahan2 organik yang terbuang, kami perlu menanam pokok bg melihat keberkesanan baja kompos yg dihasilkan.. Dan kumpulan kami memilih pokok sayur sawi sebagai bahan eksperimen... Selain dr menjadi cikgu Math in the future, kami ni juga cukup pakej sebagai cikgu Kemahiran Hidup ataupun cikgu Pertanian.. hehe..


1Okt 09 yang lepas, diriku masih berjaya meloloskan diri dr kesibukan yang melanda.. Bersama sayang2ku Husna, Nurun, Ida & Yana.. Mula menerjah tapak Auditorium tepat jam 3ptg... Lemang, sate, nasi impit, air pelbagai warna & perisa, nasi kerabu, kebab, soto, bakso, laksa, mee bandung dan pelbagai lagi masakan yang sedap2 yang berjaya kami makan dan menambahkan lagi berat badan di kala Syawal..


Kesibukan ini berada di tahap yang agak kronik lebih2 lagi utk penghasilan blog & poster buat team PERINDUALAM.. Tuanku Bainun Library Tingkat 3 dan cafe Bitarasiswa sudah menjadi rumah kedua kami sepanjang sem ini.. Mencari update2 yang terbaru mengenai Physical Environment... Bertambah sibuk, apabila Prof mengkehendaki kami membentangkan hasil baja kompos kami.. ngrrr~~ agak ngeri bunyinya.. Alhamdulillah, confident level yang diberikan oleh team sgt2 tinggi dan membolehkan kami seteam mewakili kelas utk seminar Alam Sekitar.. Tahniah buat Team PERINDUALAM..

Alhamdulillah, dalam kesibukan ini, diri ku serta sahabat2 yang lain telah diberitakan mengenai penempatan praktikum bagi sesi Jan 2010.. Alhamdulillah.. SMK Gerik menjadi pilihan sebagai sekolah praktikum bersama sayangku, Najiha dan 4guru lagi.. Semoga kita dapat bekerjasama dgn baik..InsyaAllah.. 2bengkel telah berjaya diikuti pd 12Sept dan 13Okt yang lepas dimana ia benar2 memberi input2 yang berguna kepada kami sebagai guru.. Rasa banyak lagi ilmu yang belum cukup didada.. Semoga diriku dan sahabat2 yang lain dapat menjalani ROS+Praktikum dengan sebaik mungkin..

Dalam kesibukan kuliah dan assignment lain, diriku, Kak Juleya,Kak Mai, Nadia & Yana dari team IQG masih ingin mencuba nasib dalam pertandingan rekacipta sempena Hari Alam Sekitar .. Rekacipta ini perlulah berkonsepkan bahan terbuang dimana menitikberatkan terhadap kos bahan, fungsi bahan dan kreativiti..Hampir 2hari team IQG bertungkus lumus utk menghasilkan kotak serbaguna & rak kasut dr kotak2,sampul duit raya,botol mineral, tin aluminium yang kami kutip di tong2 sampah..Slide presentation juga dibuat bagi menambahkan lagi kekreatifan kami berlima..Walaupun, masing2 dari fakulti yang berbeza dan masih sarat dengan assignment yang bertimbun, tetapi semua team IQG telah memberikan 1 teamwork yang terbaik.. Sememangnya , utk kita jadi guru, kita perlu jadi guru yang kreatif & inovatif..

Pada 12Okt, team IQG mempersempahkan hasil ciptaan di Auditorium Utama UPSI..Pelbagai hasil ciptaan dipersembahkan dr setiap kumpulan.. Rasa kecil dan merendahkan diri yang sememangnya rendah.Walaupun kak Juleya tidak dpt hadir bersama2, namun kami tetap memberikan presentation yg terbaik.. Alhamdulillah... Kejayaan ditempat pertama berpihak pada team IQG.. Tahniah2.. Berbekalkan kos bahan 60sen, kami berjaya menyakinkan juri bhw ciptaan kami memang murah & mesra alam.Yang penting, bukan kemenangan tp kesedaran terhadap alam sekitar..

Bagi melengkapkan lagi projek team PERINDUALAM, kami telah mengadakan 1 photoshot bagi tujuan blog & poster di sekitar UPSI yang penuh dengan warna2 hijau dan ditambah lagi dengan kami yang memakai baju berwarna hijau.. Tujuan photoshot bukan sekadar bergambar ttp ingin menaikkan semangat kami dikala masing2 tension dengan tesis yang perlu dihntr selaras dengan minggu assignment, dan projek.. Memang masa utk tidur semakin berkurang..Ditambah lagi dengan jadual kuliah,mid exam & aktiviti lain. Rasa2nya hampir semua students Matematik mengalami masalah yang sama iaitu ---terkejar2 mengejar deadline tesis---- emmm.. Makan & Tidur ntah kemana.. Status di YM hampir semua sama.. ~~Tesis~~ Tetapi inilah pergorbanan utk menjadi seorang guru.. Nanti dah jadi guru, lagi xcukup kaki & tangan..

15Okt09, Hari Alam Sekitar telah berlansung dengan jayanya .. Pelbagai kempen dan pertandingan yang dimana setiapnya mengajak kita mencintai alam sekitar utk generasi yang akan datang..InsyaAllah.. Diri ini telah terpilih sebagai wakil di Pertandingan Seminar Hari Alam Sekitar dengan tajuk projek 'Composting'.. Namun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepada sy.. Maaf semua!

Alhamdulillah...Akhirnya siap juga tesis ku yang berbunyi 'Mengkaji Jenis Kesilapan Pelajar Dalam Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah Terhadap Topik Persamaan Garis Lurus' Penantian hampir 1tahun bermula dari sem lepas akhirnya berbayar setelah laporan penuh tesis selamat sampai di meja penyeliaku, Prof Dr Marzita tepat jam 3ptg ,Jumaat 16Okt09 di Pejabat Penerbitan UPSI.. Semoga tiada lagi tesis selepas ini... hehe.. Bukan senang nak hasilkan tesis ni..Ditambah lagi dengan assignment2 yang lain...huhu..Memang menguji kesabaran!

Penat tesis masih belum hilang, malah ditambah lagi dengan Exam Mid II Kimia pd Ahad 18Okt.. Aduhaii... Ingatkan masa tidur boleh dipanjang2 kan, tapi semakin dipendekkan kerna diri ini belum lagi ada persediaan yang rapi utk menembak di hari Ahad ini.. Seperti biasa, mata dijegilkan dan dibesarkan utk melihat kembali nota2 kuliah yang terlalu lama dibiarkan dek kerana sibuk yang melanda.. Terkulat2 bertanya apa itu SN1,SN2 mechanism, Markovnikov Rules, dan sebagainya..Alhamdulillah, selamat juga kertas exam tadi dibuat tanpa meninggalkan kosong walaupun rasanya yang kutanda itu adalah tembakan kosong!

Alhamdulillah...

Selesai semua perkara...


Rasa ringan sgt2 beban di kepala..


Masa utk rehatkan minda sebelum bermulanya
Final Exam...

p/s:: Kepenatan ini mengejar ku erti kesabaran.. Sabar Sofia.. Lepas ni, xde dah nak terkejar2 hntr assgnmnt & projek.. Lepas ni, terkejar2 wt LP plk.. huwaaaaaaaaa....

5 comments:

FaTiNe said...

wahhhh! mantap tol entry. Ntah bape lama taip nieyh. Heheheeee...

husna said...

wahhh,mantapnya.patutla malam td status ym update bl0g. rupa2 nya perghhhh, mantap hasilnya. aku pon byk ag x update nih. yg rasa semangat nak citer je yg update dl. i will follow u. hahaha. c0ngrates my pren

Sofia said...

hehe..

kak pia klu dpt menaip mmg mcm2 cerita kuar..

tp, bab assignment.. ehhe.. teragak2 nk tulis pe..

kih2

husna said...

pia...b0leh la komen,
ko click kat komen, then komen la

Anonymous said...

wah mantap pia....rindu team perindu alam:)

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails