MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

Permulaan hidup yang baru bermula

Ohhhhhhhhh…….. Tak ku sangka yang bukan mudah untuk memulakan kehidupan baru… Bukan mudah jua untuk mengubah tradisi ‘bergantung hidup’ kepada ‘bergerak hidup’…. Iyalah, mungkin sahaja sebab aku sudah terlalu lama hidup dalam penuh keselesaan, kedamaian, kebahagian dan 1001 rasa yang indah-indah selama 23 tahun ini..

Aku bersyukur menjejakkan kaki ke SMKDI merupakan perkara yang paling terbaik pernah aku dapat… Bantuan dari staff dan kakitangan sekolah memang tak akan aku lupakan.. Seorang staff yang dipanggil Abg Man dikalangan majoriti disini, memang bersemangat waja mencari rumah sewa untuk aku.. Bahkan kawan2 yang pernah berpraktikal disini pun ada memberitahu mengenai bantuan Abg Man ni.. Rugi aku, tak pandai bawak motor, sebab kawan-kawan yang pernah berpraktikal disini diberi motor oleh Abg Man untuk ulangalik ke pekan.. Xpelah, nanti aku nak cepat2 amik lesen!!

Setakat ni Alhamdulillah.. Aku menyewa di kuarters guru SMKDI disebelah pagar sekolah aja.. Aku hanya boleh berjalan kaki beberapa langkah sahaja, boleh juga main-main lompat pagar, dan boleh pergi mengajar.. Alhamdulillah , masalah pengangkutan kesekolah settle!!

IMG_3645

Percaya atau tidak, ini sahajalah barang yang aku bawak ke Pantai Remis sebagai permulaan hidup aku yang baru…Baju2 hanya bawa yang perlu sahaja..

Sebelum emak ayah nak meninggalkan aku di Pantai Remis ni, kami sempat la membeli tikar getah, baldi, penyapu, penyodoksampah dan kain ‘GudMorning’ buat tambahan.. Lepas aja, dah angkat barang ke dalam rumah sewa, emak ayah terus meninggalkan aku bagi membolehkan aku berdikari dengan kaki sendiri….

IMG_3637 IMG_3640 

Keadaan bilik pada awalnya tak ada tikar getah.. Hanya bersimen kelabu, berpasir,berhabuk dan kotor sangat2.. Sebijik macam bilik setinggan.. Lepas menggunakan khidmat untuk  menyapu, mengemop,memasang tikar getah, dan sebagainya, hasilnya, boleh la buat tidur bilik ini.. Itupun, laptop memang bukak sepanjang malam sampai ke Subuh…Bilik ni xada langsir, kebetulan aku terjumpa tudung siapa ntah masa mengemas2 bilik ni, aku gantung kat tingkap konon-konon nak buat macam langsir… hehehe… Konon bagi serilah sikit bilik tu..hehehe…

  IMG_3641IMG_3642

Beg Kampuchea yang warna pink tu aku jadikan sebagai tempat nak letak baju kotor.. Aku beruntung sebab dapat menyewa di kuarters guru sebab kemudahan almari dalam bilik semua ada.. Tengok, bukan main besar lagi almari nya dengan laci bagai, tapi baju-baju aku xsampai separuh laci tu pun… Kebetulan , rumah ni pun dah cukup lengkap dengan peti ais, mesin basuh, dan semua peralatan eletrik sebab housemates yang duduk sekali memang dah menyediakan semuanya selama 3tahun dia bekerja disini.. Alhamdulillah..

Housemates banyak memberi kata-kata semangat kepada aku sebab mereka juga pernah melalui perkara-perkara yang susah disini.. Dan semua orang bermula dengan kesusahan disini, tiada istilah senang..Diorang menceritakan pengalaman balik ke kampung dengan kemudahan bas yang terhad, perlu menaiki bot  ke Damar Laut untuk mendapatkan bas..Dan semuanya itu, bergantung kepada diri kita bagaimana dan sejauh mana kita mempositifkan diri dan memberi keyakinan pada diri untuk mengharungi segalanya… InsyaAllah Amin…

Go-Go-Go, Fight-Fight-Fight, Win-Win-Win

 

7 comments:

Aliesha Kirana said...

wah..pengalaman yg hebat! xpe dik, chaiyok!!! semoga segalanya berjalan lancar..amin....

qudwah hasanah said...

wah... gud luck ckgu pia.. nnti biler anith blk mnjung, leh ar jumpa... nnti anith roger2 k.. hehehe....

PUAN PIA said...

InsyaAllah kak ela..harapannya cmtu jgk..

PUAN PIA said...

anith.. nnt datang melawat pia ok!!

Unknown said...

wah..good luck k

ijat_asni said...

good luck
good luck~~

PUAN PIA said...

edy n ijat asni.. terimakasih..InsyaAllah

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails