MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Gerik. Show all posts
Showing posts with label Gerik. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Family Outing

Minggu lepas adalah minggu yang paling memeningkan dan memberatkan kepala, sebab kami semua cikgu2 praktikal perlu mengejar silibus utk diajar.. Memang tension !! Huhhh...

Jadi, Ahad yang lepas diisi dengan aktiviti yang menyihatkan.. hehe..

Iaitu berpiknik...

Sihat la sgt!.. Kami cikgu2 praktikal ni bagaikan 1 family, sebab kami ni sering berkongsi masalah dan cerita dan yang paling penting gosippppp.. hehehe...
Walaupun kami semua baru aje kenal di sekolah, tapi bila bersembang macam nak pecah rumah! Memang havoc!

Malam Ahad tu dah plan..Baik punya.... Aku dan Jiha masak bihun dan goreng ayam, Kak Raudhah goreng nuget, Syika dan Nurul buat puding dan koktel, boys pulak buat air dan bawak apa yg patut... Sebab kalau bagi bab persiapan makanan kt boys, alamatnya bihun kemana , ayam kemana.. sumenya masuk perut diorang, tinggal tulang aje.. hehe...




Family Outing dgn korang memang best dan kenyang sgt!!! Memang benar, makan dapat merelaxkan minda.. hehe.. Waktu kitorg tengah berpiknik tu, memang waktu utk orang2 beriadah.. Iyalah, bayangkan pukul 6ptg, semua orang tengah mengeluarkan peluh dengan berjoging, kami pula meringankan air liur dengan bersembang dan menaikkan segala kilo2...


p/s:: rindu la plk nak balik Gerik...

Sunday, February 14, 2010

Semua Best!!!

Salam Sayang..


Semakin hari, semakin best aku duduk kt bumi Gerik ni.. Benarlah kata orang, xkenal maka xcinta.. Walaupun, kalau atas peta Malaysia, Gerik ini antara tempat yang paling ulu dari bandar, tapi best tau duduk kt cn.. Sebabnya :

Makan Best!!!
Aku dapat rasakan kenaikan berat badan secara mendadak sbb kt cn, aku kuat sgt makan.. Ditambah lg, ada seorang cikgu kt cn, mmg suka sgt belanja kitorg makan.. Bulan ni je, aku rasa dah byk kali dia belanja kami n cikgu2 lain..Kat rumah sewa pun, rezeki melimpah ruah.. Sebabnya, rumah aku ni, sering didatangi dgn jiran2 yang nak tempah baju gn Kak Na((housemateku)).So, setiap kali diorang datang, macam2 le makanan yang dibawa, kuih2 le, nasi bungkus le,.. Tukang habis kan makanan = aku juga!! Ditambah lagi dengan kitorg yg rajin masak, aiseymann... macam2 resipi kitorg cuba... hehe...
Licin... Ikan Bakar cicah air asam yg dibelanja olh ustaz..Perghhh..
Resipi Baru... Kuih Suci Dalam Debu

Sekolah Best!!
Aku rasa cm dok kt oversea je bila kt SMKG ni.. Pagi2 lg kt cn, mmg kabus.. Bukan calang2 kabus, kabus macam atas gunung tu tau.. Kadang2, masa aku n najiha merempit dari rumah sewa ke sekolah, xnampak jalan, sebab kabus pagi menutupi pandangan.. hehehe.. Pas tu, kawasan sekolah ni, mmg dikelilingi dgn bukit2, kiranya kawasan nya mmg hijau mata memandang la.. Bukan setakat kabus je, pas tu, sejuk pula.. Aduii, memang oversea betul la dok sekolah ni.. Cikgu2 kt cn pun, boleh tahan la.. Macam2 karakter aku tgk.. Bab sembang menyembang mmg sah kalu berjumpa.. Aku pun dapat Guru Pembimbing yang best, dan senang la nk deal ape2, sbb sama2 perempuan..

Kabus... Masih pukul 8.20 pg lg...
Students Best!!
Sebabnya, kt sekolah ni byk students oversea.. Ada yang siam , kemboja , dan diorang2 ni semuanya xde kewarnegaraan... Aku pun sempat la belajar gn diorang bahasa2 asing ni.. Kat cn pun, ada OA.. Aku xpernah jumpa gn OA secara live, kat cn, dapat oohh.. Cuma diorang ni senyap ckt, xberapa nak bercakap dgn orang.. Kalau dapat melukis,, perghhh.. kreatif sungguh.. I salute U... Cuma kt cn, students nya nakal... At first agak tension jg aku melayan kelas yang nakal ni, last2, aku rasa terhibur pl gn diorang, sbb diorang ni baik sebenarnya.. I sayang U all lahh..
Kawan2 Best!!
Member2 praktikum mmg best n havoc betul.. Even sebelum ni xpernah kenal masa kt UPSI, sebab lain2 fakulti, tapi, kitorang semua boleh la get along together2... hehehe... Kitorg kat SMKG ni, xdapat duduk kt bilik guru sebab, dah penuh, ditambah lagi cikgu2 kat cni ramai, hampir 90orang.. Jadi kami semua pun merempat kt Bilik APD.. hehehe... Kiranya, bilik APD tu dah jadi port n rumah kami.. Kadang2 sebelum g ngajar, ade lah yg test2 mengajar((microteaching)) kt depan whiteboard.. Kitorang ni kira cam kamcing jg la, sebabnya, xdelah buat hal masing2.. Masing2 tolong menolong atr satu sama lain.. Bila balik dari kelas, tension.... masuk bilik APD, mesti ceria balik, sebab masing2 ada cerita yg nak diceritakan.. Ditambah lagi sume cikgu cikgi praktikum ni ada karakter masing2.. Ada yang suka wat lawak, menyakat, bagi motivasi, bagi tazkirah, dan macam2 lagi.. Muka sorang2 mcm xde masalah...hehe...Memang beruntung sgt2 dapat praktikum gn diorang semua...

Buat2 rajin!!Cikgu2 Bio yg comey2 belaka!Muka2 cikgi yg xde masalah!!Najihah test menulis kat Bilik APD

p/s:: Aku rindu kat students la plk!!




Wednesday, February 3, 2010

Cik kepada Puan

Salam..

Akhirnya, aku berjaya memboloskan diri dalam dunia pendidikan dan kini telah bergelar sebagai seorang guru.. Tapi, guru praktikal aje ye.. Belum lagi jadi guru yang betul2 ( betul ke ayat ni?)


Kini telah 2 minggu aku berada di Gerik dan masih berbaki 14 minggu lagi utk meneruskan perjalanan dan mengutip pengalaman di SMKG ini….

Disini, aku duduk menyewa bersama Najihah, one of my bestfren di UPSI.. Kami tinggal di sebuah taman bersama2 dengan kak Na, seorang penjahit tersohor di Taman Intan ini…

Di SMKG ini, kami 9orang telah berjaya menarik perhatian 1 sekolah.. Dengan status yang mengemparkan seluruh sekolah.. hehe… Di pagi pertama perhimpunan, pengetua memperkenalkan kami 4orang guru praktikal perempuan sebagai, Puan Sofiah, Puan Najihah, Puan Syiqa dan Puan Shuhada… Aduhh,, Hampir nak tergelak kami bila digelarkan begitu.. Anggapan kami, tentunya puan pengetua menggunakan ayat yang formal di perhimpunan.. Dan kami mengganggapnya ringan.. Rupanya2 cikgu2 yang lain mengganggapnya lain plk… Terjadilah satu dialog yang mencuit hati dan perut serta limpa kami.. hehe..

Cikgu X : Cikgu ni orang mana ?

‘Puan’ Sofiah : Saya orang Ipoh..

Cikgu X : Ohh, jauh ya.. Suami kamu pulak orang mana?

‘Puan’ Sofiah : Suami? emmm…Xtau la dok mana.. Suami saya xdapat dikesan,,Xtau dok mana.. (Gelak sakan) Sebenarnya, saya xkawin lagi cikgu…

Cikgu X: Lahhh.. saya ingatkan kamu dah kawin..kenapa pengetua panggil kamu puan?

‘Puan’ Sofiah: hehehe..xtau lah cikgu..mungkin ayat formal kot.. lagipun kami 4orang ni semua xkawin lagi..

Cikgu X: oohh,, saya ingatkan kamu semua ni kawen awal sebab xnak ke posting sabah n Sarawak..

Dan dialog kat atas ini hampir digunakan semua kepada cikgu2 kat sini yang bertanya kepada kami ttg status ‘Puan’ kami tu… hehehe.. Geli hati sungguh lah… Macammana lah, cikgu2 ni ingat kami dah kawin, muka kami2 semua ni masih budak2 lagi.. hehe..

Ape2 pun, kalau students ingat dah kawin pn xpe.. Sebab diorang boleh respect kt kami nnt.. Iyalah, memandangkan saiz kami 4orang yang kebudak2 kan ini, mungkin boleh menakutkan diorang yang nak buli kami ni..Dengan status ‘Puan’ yang kami ada, InsyaAllah dapat mendatangkan rasa hormat kepada guru.. InsyaAllah.…

Friday, November 13, 2009

Sekolah oh Sekolah

Salam...

Semester 7 kian berakhir, dan semester 8 juga mula menghampiri.. Hanya tinggal lebih kurang 2bulan aje lagi utk kaki ini melangkah ke alam praktikum.. Emm... Cuti semester ini perlu review semula silibus Matematik, buku2 pedagogi pendidikan n teaching method of Mathematics..

Gap utk exam final TSE juga makin hampir.. Aku masih terguling2 di rumah, dan riak2 kemalasan utk study dirumah hampir mencecah ke infiniti.. woowww...Memang btl2 malas study.. Ini xboleh jadi.. Kena segera pulang ke bumi Tanjung Malim kesayangan dan study.. Dah kata dah, kalau aku duduk dirumah memang xboleh study.. Macam2 godaan yang mendatang.. Katil yang embuk, masakan emak yang superb, tv yang 24H... emm.... InsyaAllah Sabtu ini, aku akan segera pulang ke TanjungMalim.. Hold on Ipoh dl ye!!

Dalam minggu ni, ramai juga kawan2 ku yg mula pergi ke sekolah2 yang bakal mereka mempraktikumkan diri.. Telefon ku juga xhenti2 berbunyi, kawan2 minta tunjuk jalan...Biasalah, Ipoh ni mudah sikit tersesat.. Lebih2 lagi kalau dh masuk town.. Sesak dgn kereta n trafficlight.. Bersabar ye kwn2 sume.. Ipoh ni xdelah besar mana pun.. Byk jalan2 rahsia yg korg semua boleh ikut.. hehe..

Ramai juga kawan2 yg bertnya, kenapa aku xbuat praktikum di Ipoh? Kesenangan dah ada, kemudahan ada di depan mata.. Senang je kalau buat praktikum di tempat sendiri.. Hajat di hati mmg aku nak buat, tapi disebabkan aku dah terlalu imun dengan Ipoh , nak juga rasa buat di tempat lain, berhijrah spt teman2 lain.. Merasai keindahan hidup di luar bandar.. Aku ni memang kaki jalan, n suka kalau dapat pergi tempat orang.. Dan, penempatan praktikum ku di Gerik adalah jawapan yg tepat.. Apa2 pun, aku akan cuba menerima Gerik dengan lapang dada dan terima kasih ku dahulukan kerana sudi terima aku sebagai bakal penghuninya.. Aku berharap agar aku n 8 orang cikgu2 praktikum yang lain dapat bekerjasama dengan baik n dapat mengutip seberapa byk mutiara di SMK Gerik nnt.. Setakat ni, aku dah kenal separuh dr nya... Separuh lagi kita berkenalan kt sana lah ye! Wahhh.. xsabar nak pg praktikum, tp dalam hati ni, takut juga.. Iyalah, bukan senang kita nk menjadi cikgu.. Apa2pun, inilah salah satu dari proses kita nak jadi cikgu.. Jangan takut ye sofia!! Chaiyok2!!


SMK Gerik..Here we come!!



Related Posts with Thumbnails