MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Ini Yang Seronok Jadi Cikgu!!

Dulu, aku sempat meraikan hari guru buat2 cikgu2 aku... Aku sempat jugalah bagi hadiah kt cikgu2... Simpan 10sen sehari, boleh la beli getah pemadam byk2 dan bg pd semua cikgu dan tulis kt belakang tu nama penuh sampai xcukup ruang..

Mana2 cikgu yang aku suka, aku up kan sikit hadiah tu, bagi pensil 2B ke.. Sebab pensil aku terlampau banyak, jadi aku sedekahkanlah kt cikgu.. Tp, cikgu2 xpernah pun nak balas balik hadiah yg aku bagi tu.. Mak kata : "Setiap pemberian itu berilah dengan ikhlas, dan jangan sesekali harapkan balasan" .. Ok, mak, saya xharapkan balasan dr cikgu2...Tapi, bila dh masuk alam 13tahun, aku dah stop bagi hadiah kt cikgu, sbb harga getah pemadam makin mahal dan cantek2, sayang nak bg cikgu.. hehe...

Walaupun 14Mei tahun ni dah lama berlalu, aku tetap nak buat entry hari guru..sebab bagi aku hari2 adalah hari guru.. sebab setiap hari students akan beri kita pelbagai pengalaman, kenangan yang tidak pernah meminta balasan..Itulah 'hadiah' kita bergelar guru..

Tapi, yang paling best bila jadi guru... eh jap, praktikal baru.... tp, xkisahla, yang penting aku jadi guru ok.. hehe... dan yang paling excited utk guru2 baru aka praktikal ni masa hari guru tentunya lah, HADIAH...


Banyak giler diorang bagi hadiah, sampai lenguh2 tangan2 aku ni bawak balik rumah.. Aku rasa budak2 sekarang ni banyak duet la... Sepanjang aku bukak hadiah2 ni, xde pun aku jumpa pemadam or pensel.. Yang paling terharu ada student bagi aku lolipop...


Tapi sebenarnya...


HADIAH terbaik adalah peluang mengenali kamu2 semua!!





p/s: Lagi gambar sepanjang Hari Guru 2010 tgk kt FB i ok!





Sunday, May 2, 2010

Sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!!


Fuhhh.. Fuhhh… Berhabuk betul blog aku ni.. Apa?? Bulan April nye entry aku post 1 aje? Adeeii.. cmne nak up traffic ni.. Sori2.. Biasalah agak buzy bergelar cikgu sepanjang berpraktikal ni..Biasalah, nak jadi cikgu cemerlang, kena start dari awal lg.. Betul x? Lebih2 lagi mcm2 aktiviti plk yg ada kt sekolah dan mengurangkan masa aku untuk duduk berblogging.. Tambahan plk, sekarang ni semua dok bermuka buku.. So, disana lebih up to date! So, pada sape2 yang belum add aku di FB , sila la berbuat demikian di kaunter pernyataan ye!


Sejak aku berpraktikal ni, banyak juga aku join program Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, sebabnya kitorang support 2orang kawan praktikal ktorg yang merupakan bakal kaunselor..Ktorg xsupport duet, support tenaga & air liur aje.. Tapi, mmg berbaloi la, sbb pengalaman2 mcmni mmg jarang2 orang boleh dapat.. Ditambah lagi, ini salah satu kemahiran insaniah yg perlu dipupuk utk jadi cikgu yg terbaik!! Kan dulu aku pernah kata, jadi cikgu ni bukan hnya tahu mengajar aje, mendidik pun perlu ada..Bak kata pepatah, menjadi cikgu ni mcm jadi powergirl la… Fuhhhh.. Memang terasa sgt aura kecikguan dlm diri aku.. hehe..
Serius.. Waktu aku sekolah dulu, program motivasi sume nya memboringkan, sbb duduk dan dengar aje..Biasalah, sekolah aku dulu, semua students nye geleng2, angguk2.. Semua jenis cepat paham kecuali aku yg lambat paham..hehe.. Tapi, bila aku join program kt sekolah tempat aku berpraktikal ni, best la plk..Macam2 slot2 serta aktiviti2 yg best2, dan mmg boleh mereleasekan tension belajar dan mengajar.. Ditambah pula dengan idea2 dr kawan2 sepraktikal yang sgt gila2 dan best2.. Kadang2 aku rasa aku ni mcm tersalah amik bidang aja… Aku rasa dari dl aku patut amik bidang kaunseling.. hehe..
Minggu lepas, ada 1 program motivasi utk pelajar2 yang bermasalah .. Perghhh, students yang pergi program tu semua nya yg kaki ponteng kelas,kaki malas belajar, kaki busuk, masam serta kaki segala kaki.. Perghhh, ini 1 pengalaman baru buat aku, sbb sebelum ni aku handle program2 utk pelajar asrama, pengawas , ketua tingkatan dan juga pelajar2 pmr dan spm.. Kali ni, mmg program utk pelajar2 hardcore punye!Perghhh….
Aura harimau ku sudah keluar!Insaf!
Tapi, bagi aku dan kawan2 yang lain, mereka semua masih ada masa lg utk diselamatkan.. Aku xnak pelajar2 yang cmni dipandang serong oleh guru2.. Ada 1slot tu, kitorang dengar luahan dari setiap pelajar, kenapa diorang boleh jadi cmtu. Ramai lah yang merungut, guru2 xnak ajar diorang , abaikan diorang sbb diorang kelas bawah2 dan menyebabkan diorang ponteng kelas, melepak xtentu pasal. Ish2…. Masa slot muhasabah diri tu pula, mmg kaw2 punye kitorg balun diorang.. Yang perempuan dah teresak2, yang lelaki pula control macho.. Memang hati keras!! Tapi aku nmpk muka sorang2 mcm menyesal… Iyalah, mau nya xmenyesal, lebih2 lagi bila kami pasang lagu Aiman(Ibu),Surah Yassin, kaitkan pula dengan susah payah ibu bapa diorang besarkan diorang… haaa.. Memang berterabur air mata sorang2..
Memohon kekuatan dari Tuhan Yang Maha Esa!
Tapi, apa yang aku harapkan bukan lah tangisan dan airmata.. Sebab airmata boleh kering .. Tapi yang penting adalah kesedaran yang diorang lahirkan dari hati… Kesedaran utk mengubah sikap diri dan kesedaran utk mengubah nasib keluarga.. Sebab aku tau, pelajar2 disini bukannya pelajar2 yang kaya raya… Semuanya sengkek belaka.. Emak ayah kerja potong getah, tapi anak2 ponteng sekolah..Ish2… Aku xpinta diorang utk jadi pelajar cemerlang 30A’s… Tapi aku harap sgt diorang jadi anak yang berjasa pada kedua ibu bapa mereka! Sebab aku dulu juga salah seorang dari mereka dan sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!
Dunia diluar adalah lebih mencabar!



Tuesday, March 16, 2010

Family Outing

Minggu lepas adalah minggu yang paling memeningkan dan memberatkan kepala, sebab kami semua cikgu2 praktikal perlu mengejar silibus utk diajar.. Memang tension !! Huhhh...

Jadi, Ahad yang lepas diisi dengan aktiviti yang menyihatkan.. hehe..

Iaitu berpiknik...

Sihat la sgt!.. Kami cikgu2 praktikal ni bagaikan 1 family, sebab kami ni sering berkongsi masalah dan cerita dan yang paling penting gosippppp.. hehehe...
Walaupun kami semua baru aje kenal di sekolah, tapi bila bersembang macam nak pecah rumah! Memang havoc!

Malam Ahad tu dah plan..Baik punya.... Aku dan Jiha masak bihun dan goreng ayam, Kak Raudhah goreng nuget, Syika dan Nurul buat puding dan koktel, boys pulak buat air dan bawak apa yg patut... Sebab kalau bagi bab persiapan makanan kt boys, alamatnya bihun kemana , ayam kemana.. sumenya masuk perut diorang, tinggal tulang aje.. hehe...




Family Outing dgn korang memang best dan kenyang sgt!!! Memang benar, makan dapat merelaxkan minda.. hehe.. Waktu kitorg tengah berpiknik tu, memang waktu utk orang2 beriadah.. Iyalah, bayangkan pukul 6ptg, semua orang tengah mengeluarkan peluh dengan berjoging, kami pula meringankan air liur dengan bersembang dan menaikkan segala kilo2...


p/s:: rindu la plk nak balik Gerik...

Monday, March 15, 2010

Cikgu xakan tinggalkan kamu semua!

Pejam celik, pejam celik xsangka sudah genap 4 minggu aku mengajar di SMKG ini.. Masih berbaki 10 minggu untuk aku berbakti disini.. So far, semuanya ok disini.. Segala kekurangan disini, aku terima dengan hati yang terbuka.. Siapalah aku ini untuk menolak..
Walaupun masih bertitle guru praktikal, namun kami semua tetap dianggap sebagai seorang guru sebenar di hati pelajar.. Chewaahh.. Students ku sering berkata.. ’’cikgu sofia , stay la sampai kami habis belajar” “Cikgu, janganlah pindah sekolah”.. wahhh.. ini benar2 menyentuh hati aku… Mungkin sebab aku benar2 semangat utk mengajar students disini..
Disini, kami juga xlari dari pelajar2 yang bermasalah.. Dan boleh aku katakan bahawa kami semua cikgu2 praktikal mendapat kelas yang mempunyai pelajar2 yang bermasalah.. Mungkin disebabkan aku dibesarkan di sekolah yg tidak pernah mempunyai pelajar bermasalah, jadi pengalaman berpraktikal disini digunakan semaksimum mungki n..Kelas aku sahaja ada 3 orang pelajar yang bermasalah yang selalu ponteng kelas dan merayau2 semasa P&P berjalan..Bukan kelas aku sahaja, namun kelas yang lain juga.. Hanya datang kesekolah dan ponteng ntah kemana.. Jika ada didalam kelas pun, hanya menganggu P&P dan pelajar2 lain yang mahu belajar..
Satu hari, mereka lepak di luar kelas ketika aku mengajar.. Maka, aku pun pergi kepada mereka, walaupun pelajar2 lain tidak membenarkan aku pergi dan tidak mahu aku memanggil ketiga2 pelajar itu masuk ke kelas kerana risau mengganggu P&P..Namun aku berkeras juga utk memanggil mereka...
Cikgu Sofia : Kamu bertiga....
Students bertiga : Alamak... Cikgu.. Lari.. ((mereka lari dari aku..))
Cikgu Sofia : Eh... kamu nak lari kemana ni ? Saya bukan nak bagi e-disiplin pada kamu bertiga.. saya nak bagi kamu ni aje.. ((sambil menunjukkan worksheet))
Students bertiga : Ingatkan cikgu nak bagi e-disiplin.. Cikgu kami buat worksheet kat luar kelas boleh ?
Cikgu Sofia : Ok , Boleh.. tapi dengan syarat, kalau kamu xboleh jawab, kamu kena masuk kelas cikgu, belajar, lepas faham, kamu buat kerja kt luar kelas balik, okay?
Student bertiga : Okay cikgu.. ((Sambil mereka bersemangat membuat worksheet))
Alhamdulillah, cara ini berkesan.. mereka mmg buat worksheet yang aku suruh di luar kelas..Bersemangat lagi mereka tekan kalkulator.. Bila mereka xfaham ,mereka masuk kelas, dan aku suruh diorang duduk tempat sendiri dan dengar penerangan aku.. Setelah itu, mereka duduk di luar kembali utk menyiapkan worksheet.. Lepas aje habis kelas, mereka bertiga datang pada .. aku dan mengatakan mereka xakan ponteng kelas aku.. Kelas cikgu lain mungkin ponteng..hehe..
Mereka bertiga sering berkata aku baik sebab aku masih mengambil berat akan diri mereka kerana selalunya pelajar2 bermasalah macamni akan diberi e-disiplin, dirotan dan sering dianggap dan dilabel pelajar nakal dan bermasalah..Baik ke aku ni? Bagi aku, selagi pelajar2 yang ponteng kelas ini hadir ke sekolah, mereka masih ada peluang utk diubah.. Jangan kita biarkan mereka hanyut dan jangan terus kita melabelkan pelajar itu dan ini bermasalah selagi kita belum mengenalinya..
Dan aku sendiri, selalu berkata kepada anak2 muridku, ‘Cikgu xkira kamu siapa, kamu asal dari mana, bijak atau bodoh, kamu baik atau jahat, cikgu xakan sesekali tinggalkan kamu..
Aku yang rajin mengecat kelas.. hehe..

Sunday, February 14, 2010

Semua Best!!!

Salam Sayang..


Semakin hari, semakin best aku duduk kt bumi Gerik ni.. Benarlah kata orang, xkenal maka xcinta.. Walaupun, kalau atas peta Malaysia, Gerik ini antara tempat yang paling ulu dari bandar, tapi best tau duduk kt cn.. Sebabnya :

Makan Best!!!
Aku dapat rasakan kenaikan berat badan secara mendadak sbb kt cn, aku kuat sgt makan.. Ditambah lg, ada seorang cikgu kt cn, mmg suka sgt belanja kitorg makan.. Bulan ni je, aku rasa dah byk kali dia belanja kami n cikgu2 lain..Kat rumah sewa pun, rezeki melimpah ruah.. Sebabnya, rumah aku ni, sering didatangi dgn jiran2 yang nak tempah baju gn Kak Na((housemateku)).So, setiap kali diorang datang, macam2 le makanan yang dibawa, kuih2 le, nasi bungkus le,.. Tukang habis kan makanan = aku juga!! Ditambah lagi dengan kitorg yg rajin masak, aiseymann... macam2 resipi kitorg cuba... hehe...
Licin... Ikan Bakar cicah air asam yg dibelanja olh ustaz..Perghhh..
Resipi Baru... Kuih Suci Dalam Debu

Sekolah Best!!
Aku rasa cm dok kt oversea je bila kt SMKG ni.. Pagi2 lg kt cn, mmg kabus.. Bukan calang2 kabus, kabus macam atas gunung tu tau.. Kadang2, masa aku n najiha merempit dari rumah sewa ke sekolah, xnampak jalan, sebab kabus pagi menutupi pandangan.. hehehe.. Pas tu, kawasan sekolah ni, mmg dikelilingi dgn bukit2, kiranya kawasan nya mmg hijau mata memandang la.. Bukan setakat kabus je, pas tu, sejuk pula.. Aduii, memang oversea betul la dok sekolah ni.. Cikgu2 kt cn pun, boleh tahan la.. Macam2 karakter aku tgk.. Bab sembang menyembang mmg sah kalu berjumpa.. Aku pun dapat Guru Pembimbing yang best, dan senang la nk deal ape2, sbb sama2 perempuan..

Kabus... Masih pukul 8.20 pg lg...
Students Best!!
Sebabnya, kt sekolah ni byk students oversea.. Ada yang siam , kemboja , dan diorang2 ni semuanya xde kewarnegaraan... Aku pun sempat la belajar gn diorang bahasa2 asing ni.. Kat cn pun, ada OA.. Aku xpernah jumpa gn OA secara live, kat cn, dapat oohh.. Cuma diorang ni senyap ckt, xberapa nak bercakap dgn orang.. Kalau dapat melukis,, perghhh.. kreatif sungguh.. I salute U... Cuma kt cn, students nya nakal... At first agak tension jg aku melayan kelas yang nakal ni, last2, aku rasa terhibur pl gn diorang, sbb diorang ni baik sebenarnya.. I sayang U all lahh..
Kawan2 Best!!
Member2 praktikum mmg best n havoc betul.. Even sebelum ni xpernah kenal masa kt UPSI, sebab lain2 fakulti, tapi, kitorang semua boleh la get along together2... hehehe... Kitorg kat SMKG ni, xdapat duduk kt bilik guru sebab, dah penuh, ditambah lagi cikgu2 kat cni ramai, hampir 90orang.. Jadi kami semua pun merempat kt Bilik APD.. hehehe... Kiranya, bilik APD tu dah jadi port n rumah kami.. Kadang2 sebelum g ngajar, ade lah yg test2 mengajar((microteaching)) kt depan whiteboard.. Kitorang ni kira cam kamcing jg la, sebabnya, xdelah buat hal masing2.. Masing2 tolong menolong atr satu sama lain.. Bila balik dari kelas, tension.... masuk bilik APD, mesti ceria balik, sebab masing2 ada cerita yg nak diceritakan.. Ditambah lagi sume cikgu cikgi praktikum ni ada karakter masing2.. Ada yang suka wat lawak, menyakat, bagi motivasi, bagi tazkirah, dan macam2 lagi.. Muka sorang2 mcm xde masalah...hehe...Memang beruntung sgt2 dapat praktikum gn diorang semua...

Buat2 rajin!!Cikgu2 Bio yg comey2 belaka!Muka2 cikgi yg xde masalah!!Najihah test menulis kat Bilik APD

p/s:: Aku rindu kat students la plk!!




Wednesday, February 3, 2010

Cik kepada Puan

Salam..

Akhirnya, aku berjaya memboloskan diri dalam dunia pendidikan dan kini telah bergelar sebagai seorang guru.. Tapi, guru praktikal aje ye.. Belum lagi jadi guru yang betul2 ( betul ke ayat ni?)


Kini telah 2 minggu aku berada di Gerik dan masih berbaki 14 minggu lagi utk meneruskan perjalanan dan mengutip pengalaman di SMKG ini….

Disini, aku duduk menyewa bersama Najihah, one of my bestfren di UPSI.. Kami tinggal di sebuah taman bersama2 dengan kak Na, seorang penjahit tersohor di Taman Intan ini…

Di SMKG ini, kami 9orang telah berjaya menarik perhatian 1 sekolah.. Dengan status yang mengemparkan seluruh sekolah.. hehe… Di pagi pertama perhimpunan, pengetua memperkenalkan kami 4orang guru praktikal perempuan sebagai, Puan Sofiah, Puan Najihah, Puan Syiqa dan Puan Shuhada… Aduhh,, Hampir nak tergelak kami bila digelarkan begitu.. Anggapan kami, tentunya puan pengetua menggunakan ayat yang formal di perhimpunan.. Dan kami mengganggapnya ringan.. Rupanya2 cikgu2 yang lain mengganggapnya lain plk… Terjadilah satu dialog yang mencuit hati dan perut serta limpa kami.. hehe..

Cikgu X : Cikgu ni orang mana ?

‘Puan’ Sofiah : Saya orang Ipoh..

Cikgu X : Ohh, jauh ya.. Suami kamu pulak orang mana?

‘Puan’ Sofiah : Suami? emmm…Xtau la dok mana.. Suami saya xdapat dikesan,,Xtau dok mana.. (Gelak sakan) Sebenarnya, saya xkawin lagi cikgu…

Cikgu X: Lahhh.. saya ingatkan kamu dah kawin..kenapa pengetua panggil kamu puan?

‘Puan’ Sofiah: hehehe..xtau lah cikgu..mungkin ayat formal kot.. lagipun kami 4orang ni semua xkawin lagi..

Cikgu X: oohh,, saya ingatkan kamu semua ni kawen awal sebab xnak ke posting sabah n Sarawak..

Dan dialog kat atas ini hampir digunakan semua kepada cikgu2 kat sini yang bertanya kepada kami ttg status ‘Puan’ kami tu… hehehe.. Geli hati sungguh lah… Macammana lah, cikgu2 ni ingat kami dah kawin, muka kami2 semua ni masih budak2 lagi.. hehe..

Ape2 pun, kalau students ingat dah kawin pn xpe.. Sebab diorang boleh respect kt kami nnt.. Iyalah, memandangkan saiz kami 4orang yang kebudak2 kan ini, mungkin boleh menakutkan diorang yang nak buli kami ni..Dengan status ‘Puan’ yang kami ada, InsyaAllah dapat mendatangkan rasa hormat kepada guru.. InsyaAllah.…
Related Posts with Thumbnails