MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 3, 2010

Cik kepada Puan

Salam..

Akhirnya, aku berjaya memboloskan diri dalam dunia pendidikan dan kini telah bergelar sebagai seorang guru.. Tapi, guru praktikal aje ye.. Belum lagi jadi guru yang betul2 ( betul ke ayat ni?)


Kini telah 2 minggu aku berada di Gerik dan masih berbaki 14 minggu lagi utk meneruskan perjalanan dan mengutip pengalaman di SMKG ini….

Disini, aku duduk menyewa bersama Najihah, one of my bestfren di UPSI.. Kami tinggal di sebuah taman bersama2 dengan kak Na, seorang penjahit tersohor di Taman Intan ini…

Di SMKG ini, kami 9orang telah berjaya menarik perhatian 1 sekolah.. Dengan status yang mengemparkan seluruh sekolah.. hehe… Di pagi pertama perhimpunan, pengetua memperkenalkan kami 4orang guru praktikal perempuan sebagai, Puan Sofiah, Puan Najihah, Puan Syiqa dan Puan Shuhada… Aduhh,, Hampir nak tergelak kami bila digelarkan begitu.. Anggapan kami, tentunya puan pengetua menggunakan ayat yang formal di perhimpunan.. Dan kami mengganggapnya ringan.. Rupanya2 cikgu2 yang lain mengganggapnya lain plk… Terjadilah satu dialog yang mencuit hati dan perut serta limpa kami.. hehe..

Cikgu X : Cikgu ni orang mana ?

‘Puan’ Sofiah : Saya orang Ipoh..

Cikgu X : Ohh, jauh ya.. Suami kamu pulak orang mana?

‘Puan’ Sofiah : Suami? emmm…Xtau la dok mana.. Suami saya xdapat dikesan,,Xtau dok mana.. (Gelak sakan) Sebenarnya, saya xkawin lagi cikgu…

Cikgu X: Lahhh.. saya ingatkan kamu dah kawin..kenapa pengetua panggil kamu puan?

‘Puan’ Sofiah: hehehe..xtau lah cikgu..mungkin ayat formal kot.. lagipun kami 4orang ni semua xkawin lagi..

Cikgu X: oohh,, saya ingatkan kamu semua ni kawen awal sebab xnak ke posting sabah n Sarawak..

Dan dialog kat atas ini hampir digunakan semua kepada cikgu2 kat sini yang bertanya kepada kami ttg status ‘Puan’ kami tu… hehehe.. Geli hati sungguh lah… Macammana lah, cikgu2 ni ingat kami dah kawin, muka kami2 semua ni masih budak2 lagi.. hehe..

Ape2 pun, kalau students ingat dah kawin pn xpe.. Sebab diorang boleh respect kt kami nnt.. Iyalah, memandangkan saiz kami 4orang yang kebudak2 kan ini, mungkin boleh menakutkan diorang yang nak buli kami ni..Dengan status ‘Puan’ yang kami ada, InsyaAllah dapat mendatangkan rasa hormat kepada guru.. InsyaAllah.…

6 comments:

FaTiNe said...

hi puan sopiahhhh. agagagaga~

ara said...

wah. puan..hehe

Sofia said...

hehehe...

tp, muka puan yg comey.. ehhee

adilah said...

salam...
insyaAllah berkat kata-kata pengetua...tp bila dah betul-betul jadi puan jangan lupa pulak nak gitau ummi....

Sofia said...

wslm ummi..

InsyaAllah amin..

bile dh sampai masa n ketika nnt, pasti bgtau kt ummi...

husna said...

bila nak tukaq title ni...
nnt klu dah rasa2 tringin nak tukaq gtau ak yer,
hehehe3, so many things nak cter ni. hu3.
tgu la nnt ble free k. kim slam kt jiha n keri
adios n gud luck

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails