MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

Dalam Delima



Dalam delima memikirkan banyak perkara (mengalahkan Pengarah Syarikat aje)


Akhirnya, keputusan telah berjaya aku buat dalam meletakkan negeri pilihan utk posting guru akhir tahun ini.. InsyaAllah..

Kalau ikutkan perasaan, Sabah & Sarawak memang diletakkan dalam senarai teratas negeri pilihan.. Namun, memikirkan kesihatan ayah & emak aku yang tidak menentu, ditambah lagi dengan adik-adik yang masih menuntut, aku membuat keputusan untuk kembali berbakti pada negeri tumpah darahku dan juga negeri terdekat..


YaAllah, permudahkan.... Semoga aku dan sahabat-sahabat aku yang lain berjaya dalam sesi temuduga yang InsyaAllah akan dijalankan dalam bulan Julai@Ogos ini.. Semoga impian kami untuk bergelar guru pada tahun ini akan tercapai... Doakan kami semua ye!!

Wednesday, June 16, 2010

Kepada semua bloggers, doakan aku ya!

Alhamdulillah.. Setelah sekian lamanya menunggu result semester akhir sem 8, akhirnya keluar juga malam td.. Alhamdulillah yang xterhingga padaNya , result praktikum aku cemerlang 4flat & ini salah satu pas utk aku bergelar guru kelak.. Just sekarang ni aku kena tggu surat pengesahan senat & konvo aje..

Syukur sgt2, sebab usaha aku sepanjang praktikum berbaloi... Alhamdulillah!! Aku harap, surat pengesahan senat & konvo tu cepat2 la sampai dirumah aku, sebab tinggal lg 15hari saja lagi aku nak kena isi borang temuduga & posting tu...

Jadi, aku harap2 biar semuanya berjalan dengan lancar dan xda bengkak bengkok!!


Harap semua bloggers doakan aku berjaya menjadi guru yang cemerlang ok!!

Kegembiraan aku adalah lebih happy dari baby diatas!! hehe

Thursday, June 10, 2010

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Nak buat entry, Nak buat entry!!

Ok2.. Aku wat blogwalking dululah.. Cari ilham.. Biasalah blogger baru kan... Kena rajin wat blogwalking supaya kurus ckt.. keke



p/s: Sape2 nak tukar link gn aku dipersilakan ye!!


Tuesday, June 8, 2010

Contest : Cabutan Bertuah .. Aku menang RM50.. hehehe

RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!

Memandangkan hasil2 anggur yang aku tanam dari bulan lepas masih belum menunjukkan hasil, jadi aku pun terpaksa memaksakan diri untuk memasuki contest 'Cabutan Bertuah' di Blog Tuan Farhan ni..

Kalau aku menang cabutan bertuah ni, aku akan dapat RM50.... Wahhh.. Lepas ni kalau tgk wayang berkali2 ni..

So, korang sume tggu apa lagi? Be Tuan Farhan nye followers, Paste link kt atas ni, n Buat satu entry ttg contest ni..

Mudah kan????

Ape tggu lagi... Jom2, sebelum RM50 ni melayang 30Jun2010 ni............








Saturday, June 5, 2010

Aku beli topup, dapat jersi bola ! Betul xtipu...

Wahhhh.....(saje je nak buat kecoh)

Berbaloi2 betul lah aku beli topup tadi.. Beli topup hotlink RM8 aku dapat jersi bola aka t-shirt... Perghhh, berbaloi2 betullah... Mentang2 la demam bola dh dekat kn?

Apa? Korang xcaya? Betul.... T-shirt tu dah lah free size, sapa2 aja boleh pakai... Yang besaq, yang kecik, tua atau muda, ish2, semua orang boleh pakai lah.. Kata free size kan..

Warna dia pulak dah la merah menyala... emm.. memang dabomb la makngah memakainya.. Kalah mak nyah u .. auwww.. Siap dengan nombor 8 lg.. emm, bak kata orang cina, nombor 8 byk ong rr..

Lahhh... xcaya lg? ok2, take a look ye...
....




......




..........




..................




................................




Tadaaa.... Jersi bola no 8

hehe.... maxis sekarang ni ada menawarkan topup maxis RM8, dan korang akan dapat tiket topup dalam bentuk jersi bola macam gambar kt atas tu.. Kod 14digit ada kat belakang jersi tu la... Agak comey tau... Yang korang tgk berlipat2 tiket tu, sebab adik aku jeles aku dapat tiket topup comey.. keke..

Lepas korang topup Rm8, korang akan dapat 50mins masa berbual n 100sms ... wahhh... so, pada kaki sms n gayut, boleh le berebut skrg di kedai2 topup...

Lagi link kt sini : http://www.maxis.com.my/FIFAworldcup/hotticket.asp


p/s: Kan aku dh cakap, free size utk semua peringkat umur! Aku guna youthclub, lagi berbaloi2


Thursday, June 3, 2010

Ini Yang Seronok Jadi Cikgu!!

Dulu, aku sempat meraikan hari guru buat2 cikgu2 aku... Aku sempat jugalah bagi hadiah kt cikgu2... Simpan 10sen sehari, boleh la beli getah pemadam byk2 dan bg pd semua cikgu dan tulis kt belakang tu nama penuh sampai xcukup ruang..

Mana2 cikgu yang aku suka, aku up kan sikit hadiah tu, bagi pensil 2B ke.. Sebab pensil aku terlampau banyak, jadi aku sedekahkanlah kt cikgu.. Tp, cikgu2 xpernah pun nak balas balik hadiah yg aku bagi tu.. Mak kata : "Setiap pemberian itu berilah dengan ikhlas, dan jangan sesekali harapkan balasan" .. Ok, mak, saya xharapkan balasan dr cikgu2...Tapi, bila dh masuk alam 13tahun, aku dah stop bagi hadiah kt cikgu, sbb harga getah pemadam makin mahal dan cantek2, sayang nak bg cikgu.. hehe...

Walaupun 14Mei tahun ni dah lama berlalu, aku tetap nak buat entry hari guru..sebab bagi aku hari2 adalah hari guru.. sebab setiap hari students akan beri kita pelbagai pengalaman, kenangan yang tidak pernah meminta balasan..Itulah 'hadiah' kita bergelar guru..

Tapi, yang paling best bila jadi guru... eh jap, praktikal baru.... tp, xkisahla, yang penting aku jadi guru ok.. hehe... dan yang paling excited utk guru2 baru aka praktikal ni masa hari guru tentunya lah, HADIAH...


Banyak giler diorang bagi hadiah, sampai lenguh2 tangan2 aku ni bawak balik rumah.. Aku rasa budak2 sekarang ni banyak duet la... Sepanjang aku bukak hadiah2 ni, xde pun aku jumpa pemadam or pensel.. Yang paling terharu ada student bagi aku lolipop...


Tapi sebenarnya...


HADIAH terbaik adalah peluang mengenali kamu2 semua!!





p/s: Lagi gambar sepanjang Hari Guru 2010 tgk kt FB i ok!





Wednesday, May 5, 2010

Bagaimana nak senyum untuk hari esok?

Salam...

Aduhhhh.. Mak... Tolong... Tengah sakit gusi ni.. Adeii.. Xtau la macamna boleh sakit ni.. Baru2 ni terminum air teh panas.. Memang xbajet air teh tu panas giler.. Sebab cawan yang letak air panas tu mmg xterasa panasnya.. Waktu tu pula tgh excited bermuka buku.. Jadi, mmg pxerasan wap2 kepanasan.. Sekali bila minum aje air teh tu, terus kena kt gusi depan dan lelangit...

Perghhhhhhhhhh....Panaassss giler.. dan sekarang ni, rasa gusi dan lelangit dah xmacam gusi dan lelangit.. Xtau rasa apa.. Makan pun dh xlalu.. Nak gosok gigi pun xley kuat2... Adehhh...xtau la bila boleh sihat ni... Macamna nak senyum esok hari ni.. Dah la aku ni raja senyum!


Any idea mcmna nak sembuhkan?





Sunday, May 2, 2010

Sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!!


Fuhhh.. Fuhhh… Berhabuk betul blog aku ni.. Apa?? Bulan April nye entry aku post 1 aje? Adeeii.. cmne nak up traffic ni.. Sori2.. Biasalah agak buzy bergelar cikgu sepanjang berpraktikal ni..Biasalah, nak jadi cikgu cemerlang, kena start dari awal lg.. Betul x? Lebih2 lagi mcm2 aktiviti plk yg ada kt sekolah dan mengurangkan masa aku untuk duduk berblogging.. Tambahan plk, sekarang ni semua dok bermuka buku.. So, disana lebih up to date! So, pada sape2 yang belum add aku di FB , sila la berbuat demikian di kaunter pernyataan ye!


Sejak aku berpraktikal ni, banyak juga aku join program Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, sebabnya kitorang support 2orang kawan praktikal ktorg yang merupakan bakal kaunselor..Ktorg xsupport duet, support tenaga & air liur aje.. Tapi, mmg berbaloi la, sbb pengalaman2 mcmni mmg jarang2 orang boleh dapat.. Ditambah lagi, ini salah satu kemahiran insaniah yg perlu dipupuk utk jadi cikgu yg terbaik!! Kan dulu aku pernah kata, jadi cikgu ni bukan hnya tahu mengajar aje, mendidik pun perlu ada..Bak kata pepatah, menjadi cikgu ni mcm jadi powergirl la… Fuhhhh.. Memang terasa sgt aura kecikguan dlm diri aku.. hehe..
Serius.. Waktu aku sekolah dulu, program motivasi sume nya memboringkan, sbb duduk dan dengar aje..Biasalah, sekolah aku dulu, semua students nye geleng2, angguk2.. Semua jenis cepat paham kecuali aku yg lambat paham..hehe.. Tapi, bila aku join program kt sekolah tempat aku berpraktikal ni, best la plk..Macam2 slot2 serta aktiviti2 yg best2, dan mmg boleh mereleasekan tension belajar dan mengajar.. Ditambah pula dengan idea2 dr kawan2 sepraktikal yang sgt gila2 dan best2.. Kadang2 aku rasa aku ni mcm tersalah amik bidang aja… Aku rasa dari dl aku patut amik bidang kaunseling.. hehe..
Minggu lepas, ada 1 program motivasi utk pelajar2 yang bermasalah .. Perghhh, students yang pergi program tu semua nya yg kaki ponteng kelas,kaki malas belajar, kaki busuk, masam serta kaki segala kaki.. Perghhh, ini 1 pengalaman baru buat aku, sbb sebelum ni aku handle program2 utk pelajar asrama, pengawas , ketua tingkatan dan juga pelajar2 pmr dan spm.. Kali ni, mmg program utk pelajar2 hardcore punye!Perghhh….
Aura harimau ku sudah keluar!Insaf!
Tapi, bagi aku dan kawan2 yang lain, mereka semua masih ada masa lg utk diselamatkan.. Aku xnak pelajar2 yang cmni dipandang serong oleh guru2.. Ada 1slot tu, kitorang dengar luahan dari setiap pelajar, kenapa diorang boleh jadi cmtu. Ramai lah yang merungut, guru2 xnak ajar diorang , abaikan diorang sbb diorang kelas bawah2 dan menyebabkan diorang ponteng kelas, melepak xtentu pasal. Ish2…. Masa slot muhasabah diri tu pula, mmg kaw2 punye kitorg balun diorang.. Yang perempuan dah teresak2, yang lelaki pula control macho.. Memang hati keras!! Tapi aku nmpk muka sorang2 mcm menyesal… Iyalah, mau nya xmenyesal, lebih2 lagi bila kami pasang lagu Aiman(Ibu),Surah Yassin, kaitkan pula dengan susah payah ibu bapa diorang besarkan diorang… haaa.. Memang berterabur air mata sorang2..
Memohon kekuatan dari Tuhan Yang Maha Esa!
Tapi, apa yang aku harapkan bukan lah tangisan dan airmata.. Sebab airmata boleh kering .. Tapi yang penting adalah kesedaran yang diorang lahirkan dari hati… Kesedaran utk mengubah sikap diri dan kesedaran utk mengubah nasib keluarga.. Sebab aku tau, pelajar2 disini bukannya pelajar2 yang kaya raya… Semuanya sengkek belaka.. Emak ayah kerja potong getah, tapi anak2 ponteng sekolah..Ish2… Aku xpinta diorang utk jadi pelajar cemerlang 30A’s… Tapi aku harap sgt diorang jadi anak yang berjasa pada kedua ibu bapa mereka! Sebab aku dulu juga salah seorang dari mereka dan sebelum terlambat, aku harap aku dapat selamatkan mereka!
Dunia diluar adalah lebih mencabar!



Related Posts with Thumbnails