MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 13, 2010

Lelaki zaman sekarang

Salam.. Fuhhh, penat betul 2minggu ni... Penat mengajar dan rabu lepas aku, najiha dan khairi selamat di observe oleh lecturer kesayangan.. Best sgt2 lepas kena observe, dan yang paling best, dapat lecturer yang baik sgt2.. Pada mulanya takut juga nak kena observe, sebab baru je seminggu lebih masuk mengajar, dah kena observe.. Dan yang paling utama, lecturer yang observe tu dari fakulti lain.. Kalau dari fakulti yang sama xpe, sekurang2 nya kita dah kenal dan dah tahu perangai sorang2.. Tapi, Alhamdulillah, Allah berikan kami , lecturer yang baik dan sporting.. Ini yang sayang pm ni.. Kami 3orang dapat markah yang agak baik dan yang paling penting, komen2 yang diberi cukup memberansangkan, dan segala kekurangan kami disampaikan dengan penuh bijaksana oleh pm..

Tengok pada tajuk blog aku kali ni, agak dasat gk ayatnya.. Alkisahnya bermula mcmni.. Semalam aku balik naik bas dari Gerik-Ipoh.. Dan aku duduk sebelah lelaki... Ohh, bukan2, lelaki tu yang duduk sebelah aku... Lelaki yang duduk sebelah aku tu pulak banyak cakap pula.. Aku malas aje nak layan... Sepatah tanya, sepatah aku jawab, pas tu dia membebel sorang2 dia.. Lantak dia la.. Tension tul gan lelaki ni.. Pastu, topik yang dia sembang dah la boring, malas betul aku nak layan...Pastu, dah la xde input topik dia.. Boring betul.. Lepas tu, boleh pulak nak mengayat2 sambil cakap ''macam biasa jumpa je'' .... Last soalan dia tanya yang menyebabkan dia senyap, dia tanya ''balik nnt, sape amik, leh saya tumpangkan?'' Aku menjawap, ''xpe, tunang saya amik, dia kerja askar habis kul 5ptg'' ........((Tipu sunat xpe..hehe, utk keselamatan diri))............ Senyap dan aku tgk je tingkap sebelah kiri tu, sampai lah ke Ipoh.. Biarlah teling pun tengkuk aku pun, malas betul nak layan lelaki mcm tu...

Bila aku dah sampai je, kat stesen bas Ipoh, aku pun betulkan balik tengkuk aku ni, dengan memandang ke arah kanan je... hehehe... Pas tu, tgh2 aku tunggu ayah ku, tiba2 terserempak pula dengan seseorang... Emm, pada mulanya, aku xkenal.. Lepas aje, dia bertanya ''macam biasa jumpa je''..... baru aku teringat dia ialah orang
kuat yang pernah wat program astronomi kt UPSI masa tahun 2008 xsilap aku...Dan aku juga salah seorang peserta yang kecoh dalam program tu..ooppss, bukan peserta kecoh, peserta yang aktif.. hehehe... wahh, xsangka aku glamour, ada orang ingat... hehe...((saya sedang mengangkat bakul sendiri)), Then, sembang2 pasal program terbaru dan pencerapan meteorid terbaru di Gopeng Resort anjuran Belia Perak, sambil bertanya langit kat Gerik cantik tak untuk dicerap... Then, aku juga berkira2 utk memujuk ayah utk pergi ke Gopeng utk melihat meteorid malam esok... hehehe...


Emmm.. korang nampak x kontras antara 2lelaki yang aku jumpa semalam.. Bagi aku, walaupun, lelaki pertama yang aku jumpa ni, nampak mcm macho, tapi kalau dah kaki mengorat, perempuan pun boleh jadi menyampah dan xberkenan.. Tolonglah ubah perangai ye lelaki zaman sekarang ini.. Berbeza plk masa aku terserempak dengan en astronomi ni.. hehehe.. ((sila jangan salah faham en astronomi sudah berkahwin)).... Lu pikirlah sendiri .....

3 comments:

FaTiNe said...

wahhhhh!!! hahahaahahahahahah

zan-xray said...

saya sedang belajar dari 2 situasi lelaki di atas. yang kedua tu lebih disenangi sebab telah dikenali kan.
dan satu lagi kena mulakan ayat dengan
"Macam biasa junpa je" :-)

Sofia said...

kedua2 lelaki tidak dikenali.. lelaki kedua pun xdikenali, hanya pengarah program suatu program aje...

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails