Tahun ini, memang banyak undangan perkahwinan yang datang nya dari kawan-kawan Cik Pia masa zaman persekolahan mahupun zaman seuniversiti dan sekerja... Macam biasa, Cik Pia memang suka kalau dapat pergi majlis perkahwinan ni sebab Cik Pia memang suka memeriahkan dan meraikan pengantin yang berkahwin lebih-lebih lagi kalau pengantin tu Cik Pia amat kenali... Kalau Cik Pia tak dapat pergi masa bersanding, Cik Pia mesti akan pergi akad nikah jika diizinkan dan tiada aral melintang, InsyaAllah...
Dalam bersembang-sembang dengan kawan-kawan , tidak kurang juga ada juga sahabat-sahabat yang bertanya:
Dalam bersembang-sembang dengan kawan-kawan , tidak kurang juga ada juga sahabat-sahabat yang bertanya:
- ''Carilah aku sorang calon cikgu ke, doktor ke, atau sesiapa ajalah, umur aku dah 26 tahun ni tahun depan, kawan lain dah beranak-pinak dah''
- ''Aku takut la pula tengok semua kawan dah kawen, aku tak kawen-kawen lagi.. Macam ni.. Duit dah banyak, calon pula tak ada.. Cari satu calon''
Alamak..... Kalau bab suruh Cik Pia cari calon, minta maaf la banyak-banyak ya, sebab Cik Pia memang tak pandai nak match-match kan orang ni, takut tersalah match pula.. Tapi, ada beberapa tips yang Cik Pia boleh kongsikan pada sahabat-sahabat Cik Pia mahupun bloggers yang lain dalam usaha-usaha untuk mempercepatkan jodoh... Iyalah, sesetengah tu , nak kahwin sangat-sangat... Tapi, jodoh tak sampai-sampai lagi....
- Betulkan niat dalam hati terlebih dahulu.. Tanya pada diri sendiri, apa makna kahwin bagi anda? Jika anda kahwin hanya kerana melihat orang lain berkahwin, atau hanya kerana dipaksa berkahwin, atau tidak mahu dilabel sebagai andartu terlampau yang belum kahwin, maka perkahwinan itu akan jadi sia-sia sebab tiada hala tuju yang ingin anda fokuskan.
- Banyakkan berdoa pada Allah.. Solat hajat/taubat/sunat.. Dekatkan pada Pencipta kita.. Sesungguhnya DIA lah yang mencipta rasa cinta dalam setiap insan.. Mengadu dan memohon la pada Yang Maha Esa. Berdoa supaya diringankan urusan jodoh dan juga ditemukan jodoh yang terbaik (terbaik bukan bermaksud kacak/kaya tetapi melengkapi hidup kita)
- Berusaha - Tidak salah jika kita berusaha mendapatkan jodoh dengan cara menggunakan orang tengah untuk merisik calon pilihan kita, match maker dari sahabat-sahabat, atau carian jodoh alam maya asalkan kita pandai menjaga diri dan tidak membelakangkan agama serta keluarga kita.
- Memperbaiki diri sendiri. Kadang-kadang sesetengah orang sering mengimpikan untuk dapat jodoh yang sempurna, cantik/kacak, alim, baik dan sebagainya, tapi kita tak pernah nak cermin diri kita sendiri. Kalau kita cantik pun, peribadi kita cantik sangat ke? Kalau kita alim pun, tapi dalam hati selalu mengata-mengata orang, eeeemmm.. macam na tu? Jadi, rasanya tidak perlu la kita mencari dan terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang setinggi langit kalau kita pun tak sehebat mana sebenarnya.. Sebaiknya, kita cermin diri kita dulu sebelum meletakkan penilaian pada calon kita.
Semoga dapat membantu bloggers sekalian ...
0 comments:
Post a Comment
Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe