OMG...
Lagi beberapa hari sekolah nak bukak dah, dan lagi beberapa hari juga 2013 bakal menjelma tiba.. OMG OMG OMG !!!!!! Dalam kesibukan Cik Pia , mensurvey dan menempah vendor-vendor yang berkaitan untuk majlis tahun hadapan, Cik Pia sekarang ni pun buzy juga untuk memulakan sesi persekolah 2013... Memang umum tak nampak apa yang buzy nya cikgu-cikgu masa cuti sekolah, tapi sebenarnya, kami memang buzy nak sediakan bahan mengajar , cari buku-buku latihan yang baru dan terkini, update fail-fail untuk tahun hadapan dan banyak lagi la......Itupun masa cuti sekolah , Cik Pia banyak kali juga pergi sekolah sebab nak uruskan pasal PIBG dan hal-hal lain..
2 hari lepas sekolah Cik Pia baru aja buat mesyuarat guru bagi persediaan persekolahan 2013... Yang paling excited sekali masa mesyuarat adalah mencari nama dalam takwim sekolah, sebab nak tahu apa tugas yang diberi oleh sekolah untuk kita laksanakan tahun hadapan.. Memang syok highlight2 nama ni, tapi memikirkan tugas-tugas yang diberi untuk tahun hadapan, guuulllppppp, pikir pula pasal nak kahwin , guuullppppppp lagii..... Rasa macam tak cukup kaki tangan Cik Pia aje....... Harap-harap tahun hadapan Cik Pia diberi kekuatan dan pertolongan untuk memudahkan kerja-kerja Cik Pia .. Amin.......
Inilah rupa takwim persekolahan Cik Pia.... Memang mula-mula excited nak tengok isi dalam.. Tahun ni Cik lagi, tahun - tahun akan datang bertukarrrrr...... hehe.. InsyaAllah, Aminnnnnn
Dah mula highlight nama dan tugasan 2013.. InsyaAllah, mari sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk diri sendiri, sekolah, agama, bangsa dan negara...
Ini antara tugas-tugas Cik Pia bagi tahun 2013, tapi tak banyak beza pun dari tahun lepas :
- Matematik Tingkatan 3 (3 kelas)
- PJK Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 (3 kelas)
- NILAM
- Guru Kelas Tingkatan 3
- Jurukamera sekolah
- Bendahari PIBG
- SU PBS
- AJK Headcount
- AJK 1 Murid 1 Sukan
- Guru Kelab Fotografi
- Guru Permainan Bola Jaring
- Guru Rumah Hijau
Tekanan dah semakin hampir.... Cik Pia rasa tekanan sebab nya Cik Pia dan pasukan Cikgu Matematik sekolah Cik Pia perlu kekalkan atau tingkatkan peratus lulus dan A bagi subjek Matematik bagi PMR 2013.. Gerun pula bila memikirkan semua tu sebabnya peratus Matematik PMR sekolah Cik Pia 95.8 %, maksudnya % untuk tahun hadapan tak boleh jatuh, kena naikkk lagi..... Risaunya Cik Pia ......
Semoga Cik Pia dan kawan-kawan yang lain dapat buat yang terbaikkkk lagi untuk tahun hadapan....InsyaAllah Amin.....
P/s: Students.... Please be nice to me, ok!!!
2 comments:
Bestnye jadi cikgu...Cik Anna pon bercita2 nak jadi cikgu tp xtercapai...mungkin lepas kawen akn cuba apply buat degree kt upsi...blh ke?? heheheh...
@Cik Anna Jamu Susuk Darahehe.... cik anna nnt jadi cikgu kt anak2 sendiri.. lg best!!
Post a Comment
Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe