MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 30, 2013

HAPPY WEDDING TO B2B CIK MAH

Yeaaahhhhhhhhhhhhhh, lagi 2 hari B2B kita yang super rajin ni nak mendirikan rumah tangga... Dah kurang satu B2B kita , hehehe.... Lepas ni jadi Mommy to Be plk.. heeeee...Nervous okeh Cik Pia untuk Cik Mah.. Percaya lah... hehehehehe.. Jejom, kita pakat-pakat doakan Cik Mah kita selamat urusan pernikahan, persandingan dan bertandang... Apa-apa pun, Cik Pia puji betul sikap Cik Mah kita ni, sebab nya, sampai sekarang ni dia dok sibuk + kalut + rajin nak ber-DIY semua tau............... Salute u, Cik Mah......................... Hopefully, lepas ni rajin - rajin berblogging lagi okeh !!! 
Pesanan untuk Cik Mah :

Jangan nervous-nervous okeh !!!!!

Thursday, January 24, 2013

CHECKLIST PERSIAPAN LAGI

Tinggal lagi 4 bulan plus plus plus..... fuuuuhhhhhh.. Rasa macam lambat lagi sebab nya, sibuk bekerja sampai kadang-kadang terlupa yang Cik Pia ni bakal berkahwin... hehe... Tapi, nasib baik la, ada kawan-kawan Cik Pia yang bakal melansungkan perkahwinan, jadi bila teringat nak pergi majlis diorang, baru teringat majlis sendiri.. hehehe....

Lagi 4 bulan... Ada beberapa perkara yang belum Cik Pia setelkan..
  1. Pelamin, All decoration for Wedding , Baju bersanding  = DONE FOR DEPOSIT  !! Tapi, belum pilih baju, tema baju, pilih pelamin lagi dan decorations.... grrrrrr.. sabar ajalah, nasib baik la my wedding planner kata dia akan simpan baju-baju yang cantik untuk pilihan Cik Pia sebab Cik Pia dah bayar deposit....
  2. Borang Nikah + HIV = DONE ambil borang , tapi belum bergerak buat lagi..... heeeeee
  3. Khemah = BELUM ... OMG !!!!! Tak tempah lagi mana-mana vendor untuk khemah... Hari tu ada tanya pakcik khemah kat taman rumah Cik Pia , tapi dia kata dah ada orang masa tarikh yang sama.. Terus sentap, sampai sekarang tak cari-cari lagi.. heeeeeeeeee
  4. Kompang, DJ, Silat = BELUM !! NAK SEMUA ITU.. Tapi, tak jumpa lagi harga yang berpatutan dengan Cik Pia yang bajet bride ni.. 
  5. Guest Signature’s Board = TAK TEMPAH LAGI.. Tapi, dah survey-survey harga kat CKK.. Not bad la.. Nak tunggu hasil dari Scallop TQ Tag dulu.. Kalau puas hati, baru proceed order untuk Guest Signature’s Board
  6. Barang hantaran = Another half BELUM BELI LAGI.. Kasut, Cincin nikah both ukir , jam tangan, wangian ... Sekarang tengah sale CNY !!!!!!!! Ape lagi, grab it !!!!
  7. Catering Nikah + Sanding = Dah tempah, DEPOSIT BELUM LAGI !!!
Masuk aja minggu hadapan ,
 Cik Pia nak cari KHEMAH dulu.....

Sunday, January 20, 2013

WEDD PREP : BORANG PERMOHONAN NAK BERKAHWIN

Seperti mana yang telah Cik Pia janjikan dalam entry yang lepas , mai Cik Pia review apa yang Cik Pia paham lepas ambil borang permohonan nikah hari Jumaat yang lepas..

Disebabkan, bakal suami Cik Pia pun dari Perak juga, jadi kami berdua ambil sama-sama borang permohonan nikah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Tabung Haji , Balai Polis Trafik, dan Stesen Bas Medan Kidd tu.. Apa yang Cik Pia nak cerita untuk pasangan sama negeri ya terutama sekali dari Perak... Negeri-negeri lain mungkin berbeza 2, 3 item...

Disebab kan borang nikah ni valid hanya dalam masa 3 bulan aja, jadi masa sekarang ni (tinggal lagi 4 bulan ++) adalah masa yang sesuai untuk ambil sebab banyak lagi urusan yang perlu dijalankan.. Sebenarnya, tak ada susah sangat nak isi borang permohonan nikah ni, kalau kita ikut betul-betul arahan yang diberikan ... TQ banyak-banyak kepada pegawai di Jabatan Agama Islam Perak sebab explain sampai paham.. heeeee

PERMOHONAN LELAKI (borang nikah disediakan bersama-sama 4/5 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  3. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  4. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  5. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Tunang Cik Pia akan hantar borang dia dulu kat Tok Kadi mukim dia, kemudian dah setel cop, baru bagi borang nikah dia pada Cik Pia.. Cik Pia pula akan sediakan :

PERMOHONAN PEREMPUAN (borang nikah disediakan bersama-sama 5/6 item dibawah) :
  1. 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
  2. 2 salinan Kad Pengenalan Wali (Ayah Cik Pia )
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
  4. Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
  5. Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV 
  6. Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Kemudian...

BORANG EN TUNANG + CIK PIA + DOKUMEN >>Hantar kat Tok Kadi Belah Cik Pia
I
I
I
Hantar kat Jabatan Agama Islam Perak
I
I
I
Follow Up dengan Tok Kadi selepas beberapa hari/minggu, samada dia sudah ambil borang nikah yang telah disahkan di Jabatan Agama Islam ....

Oke, itu sahaja.. Senang kan??? heeeeeeeeeeeeeee..... Pegawai tu pun siap-siap tandakan lagi ruang mana yang PERLU DIISI dan mana yang JANGAN DIISI.. Kalau di Perak , IC saksi tak perlu difotostat, sebab Tok Kadi akan bawa saksi dia sendiri yakni orang-orang masjid..... So,, urusan lebih senang,, Kalau kita dah siap-siap tulis sapa saksi kita, pas tu saksi tu pula tak datang masa akad nikah, kan haru jadinyaaaa....

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesilapan semasa menulis borang, Cik Pia sarankan B2B semua fotostat dulu borang nikah, kemudian isi yang fotostat dulu.... Dah rasa yakin, tak ada kesalahan, baru tulis elok-elok dalam borang original.. Bukan apa, kalau salah, kena beli lain lagi.........

Saturday, January 19, 2013

APDM - SELESAI DALAM KESEDIHAN

Alhamdulillah.. Selesai ber-APDM .... Legaaaaa, sebab nya 80 % maklumat datang nya dari maklumat-maklumat yang telah guru kelas tahun lepas isi, so Cik Pia hanya buat semakan dan tambahan atau perubahan aja pada maklumat anak-anak murid kelas Cik Pia... Terimakasih cikgu-cikgu... 

Sedihnya hati dan pilu bila tengok  maklumat keluarga setiap anak-anak murid dalam kelas Cik Pia.. Bukan semuanya datang dari keluarga yang kaya.... Ada yang emak/ayah kerja jaga, cleaner, kerani... Ada yang emak ayah berpisah, PJJ, dan tak kurang juga ada anak murid yang duduk di rumah kebajikan ... Sedihnya... Itu belum tengok lagi pendapatan keluarga.. Ada yang rm500 aje, tanggungan keluarga pula sampai 3-5 orang.. huhuhuhu.. Sedihnya bila tengok, nak key in data dalam sistem APDM ni rasa sebak aje.. 

Macam na la Cik Pia tak marah anak-anak murid bila diorang ni malas belajar, sebabnya tanpa pendidikan mereka tak boleh nak ubah nasib keluarga... Aiiisssshhhh, lepas ni kena banyak bagi motivasi lagi kat anak-anak murid!!!!

PANGKALAN DATA MURID : APDM

Hari ni off kejap dari cerita kahwin-kahwin.... hehehe.. Sebabnya, Cik Pia kena fokus buat kerja sekolah masa cuti-cuti ni.. Awal-awal tahun ni, sebagai guru kelas, Cik Pia dan seluruh warga guru kat Malaysia ni kena update maklumat pelajar/ibu bapa/penjaga dalam sistem Pangkalan Data Murid  ...... Jenuh juga nak buat kerja ni sebab nya salah satu halangan nya ialah kemudahan internet.. Kalau internet laju, memang best la buat kerja ni, kalau tak , memang kena berjuang la nak masuk sistem ni dengan beratus ribu guru yang lain yang online pada masa yang sama.....
Tengok la jumlah guru yang log in pada waktu yang sama dengan Cik Pia pukul 9malam... Berpuluh ribu tu..

******Kepada warga guru sekalian, selamat ber-APDM di hari minggu.... Tak apa, kita korbankan sedikit masa cuti kita, untuk kerja-kerja ibadah kita.. Dapat pahala lagi...

WEDD PREP : BORANG NIKAH OH BORANG NIKAH

Weeeehhhhhhuuuuu, balik sekolah tadi, terus pecut balik rumah, pukul 145 dah sampai rumah.. hehehe.. kenapa pecut laju-laju ni, sebabnya :


    1. Nak update blog, biasalah Cik Pia kalau hari Jumaat - Ahad baru pandang blog sebab dah habis kerja-kerja sekolah.. Yang kedua nyaa..... ehem-ehem-ehem.....
    2.  Nak amik BORANG NIKAHHHHHHHHHH.....
Weeeeehhhhuuuuu... Tapi , lambat lagi kan Cik Pia, ada 4 bulan  2 minggu lagi kan-kan-kan ??? ...  hehehehehehe... Cik Pia dan En Tunang, nak ambil awal, sebab dah plan nak setelkan ujian HIV + Borang Nikah sebelum Mac/April .....

Oke lah, Cik Pia akan review pasal benda ni later on okk.. sekarang nak pegi solat, pas tu makan laju-laju, dan siap laju-laju..


 ^_____________________^

Wednesday, January 16, 2013

AMBIL HATI

 ♥ TQ En Tunang lukiskan karikatur Cik Pia ♥ 

 Amik dari gambar ini......


Eh-eh , sama tak gambar nya???
Pandai betul En Tunang, tapiiiiiiiiiiiii

bukan dia yang lukis, dia upah orang aja, hehehehehehe..... 

kalau En Tunang pandai lukis, dah lama Cik Pia upah dia buat design kad kahwin, baju kahwin, etc etc etc... hehehe.. tapi, terharu sebab kalau keluar dengan En Tunang, mesti ada saja cenderahati dapat dari dia.. Ambil hati I la tu.. kekekekeke.... Tq En Tunang ♥ 
 Cik Pia memang tak pandai nak ambil hati orang lelaki..... hehehehe... Macam na ya?????? 

Monday, January 14, 2013

FIRST GIVEAWAY BY CERITA SUPERSTAR

GA datang lagiiiii............ Cik Pia join.. Mari-mari... Tq Cik Anna sebab promote....


Syarat2 penyertaan nye : 

1. Kene follow blog Cerita Superstar
2. Buat entri yg bertajuk " First Giveaway By Cerita Superstar" lps tu copy banner, letak dalam entri & link kan banner tu ke blog/post GA beliau...
3. Jangan lupe letak link entri korang beserta Nama & Email ye...

Hadiah-hadiah nya pula..


1) 2 pcs kain felt (Oren & Putih)
2) Roses
3) Assorted Ribbons
4) A set of embossers
5) A set of scissors

****Hari ni hari Isnin.. Buzy sangat dengan kerja sekolah... Atas meja kat sekolah dah penuh dengan fail-fail PBS, mungkin lepas ni Cik Pia kena pandai-pandai bahagi masa kot... Lepas kawen tak nak bawak kerja balik rumah... huhuhu

Related Posts with Thumbnails