Seperti mana yang telah Cik Pia janjikan dalam entry yang lepas , mai Cik Pia review apa yang Cik Pia paham lepas ambil borang permohonan nikah hari Jumaat yang lepas..
Disebabkan, bakal suami Cik Pia pun dari Perak juga, jadi kami berdua ambil sama-sama borang permohonan nikah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Tabung Haji , Balai Polis Trafik, dan Stesen Bas Medan Kidd tu.. Apa yang Cik Pia nak cerita untuk pasangan sama negeri ya terutama sekali dari Perak... Negeri-negeri lain mungkin berbeza 2, 3 item...
Disebab kan borang nikah ni valid hanya dalam masa 3 bulan aja, jadi masa sekarang ni (tinggal lagi 4 bulan ++) adalah masa yang sesuai untuk ambil sebab banyak lagi urusan yang perlu dijalankan.. Sebenarnya, tak ada susah sangat nak isi borang permohonan nikah ni, kalau kita ikut betul-betul arahan yang diberikan ... TQ banyak-banyak kepada pegawai di Jabatan Agama Islam Perak sebab explain sampai paham.. heeeee
PERMOHONAN LELAKI (borang nikah disediakan bersama-sama 4/5 item dibawah) :
- 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
- Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
- Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV
- Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Tunang Cik Pia akan hantar borang dia dulu kat Tok Kadi mukim dia, kemudian dah setel cop, baru bagi borang nikah dia pada Cik Pia.. Cik Pia pula akan sediakan :
PERMOHONAN PEREMPUAN (borang nikah disediakan bersama-sama 5/6 item dibawah) :
- 2 salinan Kad Pengenalan (Bakal Suami dan Isteri)
- 2 salinan Kad Pengenalan Wali (Ayah Cik Pia )
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu ( Asal dan 1 Salinan)
- Surat Akuan Bujang (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
- Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV
- Kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kena amik borang pemastautin (Disahkan oleh Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan)
Kemudian...
BORANG EN TUNANG + CIK PIA + DOKUMEN >>Hantar kat Tok Kadi Belah Cik Pia
I
I
I
Hantar kat Jabatan Agama Islam Perak
I
I
I
Follow Up dengan Tok Kadi selepas beberapa hari/minggu, samada dia sudah ambil borang nikah yang telah disahkan di Jabatan Agama Islam ....
Oke, itu sahaja.. Senang kan??? heeeeeeeeeeeeeee..... Pegawai tu pun siap-siap tandakan lagi ruang mana yang PERLU DIISI dan mana yang JANGAN DIISI.. Kalau di Perak , IC saksi tak perlu difotostat, sebab Tok Kadi akan bawa saksi dia sendiri yakni orang-orang masjid..... So,, urusan lebih senang,, Kalau kita dah siap-siap tulis sapa saksi kita, pas tu saksi tu pula tak datang masa akad nikah, kan haru jadinyaaaa....
Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesilapan semasa menulis borang, Cik Pia sarankan B2B semua fotostat dulu borang nikah, kemudian isi yang fotostat dulu.... Dah rasa yakin, tak ada kesalahan, baru tulis elok-elok dalam borang original.. Bukan apa, kalau salah, kena beli lain lagi.........