MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 7, 2012

REVIEW : MAJLIS MERISIK & PERTUNANGAN

Alhamdulillah... Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan dengan 5 Syawal 1434 Hijrah merupakan tarikh bersejarah buat Cik Pia sebab Cik Pia telah dirisik dan bertunang dengan seorang lelaki yang dahulu nya dikenal kan oleh kawan tempat kerja Cik Pia.. Alhamdulillah.. Match maker menjadi.. kekeke..... 

Sudah 3 bulan 2 minggu  Cik Pia bertunang dengan tunangan Cik Pia ..... Alhamdulillah...

Tinggal lebih kurang 5 bulan 3 minggu dan 4 hari lagi Cik Pia akan meninggalkan zaman bujang.... 

Lambat lagi rasanya...... hehehe...... Bila free2 macam ni mulalah rasa lambat lagi.... Kalau nak dekat nanti baru la rasa kalut sampai tak sempat nak siapkan semua benda.... 

Macam kes pertunangan Cik Pia , bulan Jun En Tunang bagitahu nak masuk merisik dan bertunang dengan Cik Pia lepas raya ok, Cik Pia is malu ok!! Bagi tau emak, hujung2 Jun kot... hahaha.... Kalutness ok !!

Sebabnya, masa tu rumah tengah renovate, so tak tahu sempat atau tak majlis dibuat.... Kebetulan pula En Tunang adalah anak dan cucu kesayangan ok, of course majlis pertunangan dia semua nak datang... So, perlu kan ruang rumah yang besar sikit, plus Cik Pia pun mestilah nak juga keselesaan pada semua yang hadir expecially untuk family Cik Pia sendiri.... 

Kan dah cakap tadi, confirm semua keluarga En Tunang datang majlis pertunangan.. Takut Cik Pia tengok dari atas... Dub dub dub dab dab dab.. Sampai photographer pun kata, ''Ini pertama kali saya tengok majlis pertunangan yang ramai orang..OMG''


Antara hantaran dari Cik Pia kepada En Tunang..... Banyak makanan , sebab masa ni Raya ke-5. Emak kata pihak perempuan baik banyakkan makanan manis-manis pada pihak lelaki.. Sebenarnya plan asal nak buat 7 berbalas 9 sahaja, tapi sebab banyak saudara mara kedua belah pihak bagi macam2, maka jadilah 16 berbalas 16.. hahaha.. Genap, tak pe lah, adat sahaja kan.. 



Yang ini pula hantaran dari En Tunang kepada Cik Pia.. Tema Purple oke.. Sebabnya, Cik Pia kan suka warna purple, so pihak lelaki bagi warna purple dan En Tunang suka warna biru, so, Cik Pia pula bagi hantaran warna biru dan tema majlis Cik Pia pun jadilah warna Biru Turqoise.. Overall hantaran Cik Pia dan En Tunang semuanya perfect walopun kami bagi biasa2 sahaja, xde lah gempak2 sangat.. Perfect sebab cantik, dan dari En Tunang lagi cantik dan beradun aja kerja nya, rasa malu pula Cik Pia bagi hantaran sebab xda la secantik hantaran dari belah En Tunang.

Yang ini masa majlis merisik dan pertunangan.... Pihak perempuan diwakili oleh saudara ayah Cik Pia yang memang dah biasa jadi orang tengah,pihak En Tunang pula diwakili Pakcik nya.. Nebes2 masa ni kat atas... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.....


Sweet moment.. 
Terima kasih En Tunang dan sekeluarga kerana sudi merisik dan meminang ku ..


Alhamdulillah, selamat semua, apa lagi, bergambar time la..


Oke, nanti Cik Pia akan review pasal vendor-vendor ni semua ok!

3 comments:

NinaAz said...

kawin nanti tema apa cik piaaa.. hehe

YanaHime said...

Hehe! Akhirnya dpt jgk tgk...mmg ramailaaa...mcm kenduri kahwin plak...

PUAN PIA said...

Nina : Tema kahwin belum decide btl2 lagi...

Kak Yana : Hehehehe... kan? Bersemangat semua nk terima bakal menantu baru.. hehehe

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails