MY BLOG

Daisypath Friendship tickers

OUR ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 28, 2013

WEDD PREP : HANTARAN 70 DULANG HATI NYAMUK

Puteri gunung ledang sangat kan Cik Pia.. hehehe.....
Dalam hati ni kalau boleh nak hantarannya ................... 

 

Kalau tak dapat, tak nak kawen, boleh?? hehehe

Kejam nya Cik Pia kalau macamni... Botak kepala En Tunang Cik Pia kalau macam ni nafsu hantarannya Cik Pia... 

Cik Pia sebenarnya tak ada lah nak impi benda2 yang tak terjangkau dek akal ni.. Lebih-lebih pula Cik Pia dan tunang bukannya gaji besar pun.. Cukup-cukup makan aja pun... Jadi, untuk hantaran, kami buat syarat ada aja, nak lebih-lebih macam ipad ke kamera ke apa ke, itu semua lepas kawen la , buat hadiah birthday ke, anniversary ke, hadiah APC ke.... hehehehe......Tapi, kalau diikutkan hati Cik Pia yang bajet kos ni, tak mahu berhantaran-hantaran ni, sebab nak jimat kos punya pasal, tapi memandangkan kedua-dua ibu bapa nak juga hantaran , marilah kita berjimat cermat memilih barang-barang hantaran.. Asal ada, udah , iya dak??

Dari Cik Pia untuk En Tunang :
  1. Cincin palladium untuk bakal suami
  2. Kasut
  3. Set wallet + tali pinggang
  4. Baju batik + seluar 
  5. Set wangian
  6. Kek
  7. Cokelat
Dari En Tunang untuk Cik Pia :
  1. Kasut
  2. Beg tangan
  3. Baju batik + tudung
  4. Set wangian
  5. Kek
Plus, En Tunang dah banyak bagi duit kat hantaran, mas kawen, cincin-cincin masa tunang hari tu, rantai tangan buat batal air sembahyang, dan benda2 yang lain.. Alahai, tak sampai hati nak berhabis duit dekat barang-barang hantaran pula..... Marilah kita membantu pasangan masing-masing menjimatkan kos, bukannya perabih kan lagi duit mereka.....**Lepas kahwin tak apa...........kui2.....

6 comments:

NinaAz said...

Perghhh. Keta tak boleh tahannnn. Hihi

AyongAtikah Zaid said...

mari2...cik pia...bagi semangat utk buat hantaran..malas betul la..huahuahua...

sarahhernyzar said...

porche babe.. nanes.. owh ada ke anak raja nk masuk minang sara ni.. bhuahahahhaa... :p nak bajet2 puteri gunung ledang juge la.. hahaa

CIK PIA said...

@NinaAz angan-angan mat pia..hehe

CIK PIA said...

@AyongAtikah Zaid mari ayong.. mari kita buat sama-sama.. weeeehuuuuu.. apa tema warnannya?

CIK PIA said...

@sarahhernyzar hahaha.. sarah, jom cari anak raja gopal..hehe

Post a Comment

Mendoakan Puan Pia dapat baby ramai & comey .. hehehehe

Related Posts with Thumbnails